Bingkisan Salam Syawal

Salam Redmummy,

Saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI terutama buat keluarga saya, Papa & Mama di Ipoh, Angah ( Lt. Kdr Khairil Hariss) yang terpaksa bertugas di Teluk Aden, Bancik, Busu, Akak & Adik, semoga bergembira dihari nan mulia. Mohon ampun & maaf sekiranya ada salah & silap, serta tidak lupa buat adik ipar tersayang Lt. Irma Mardiana & anak2 sedaraku yang comel2 belaka…Fariss Daniel, Fariss Adam & Zara Danisha, jangan bersedih walau tidak dapat beraya bersama daddy.

Juga ucapan ini ditujukan buat teman2 yang berada ditanahair mahupun diperantauan terutama Harny & Sue di Glasgow, Dura di Houston, Zura, Ayeen, Farah & semua yang mengenali diri ini dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN…

http://www.ellemilano7.blogspot.com/

Buat Redmummy, terima kasih kerana menyiarkan Bingkisan Salam Syawal saya ( kalau ada…hehehe..), seronok dapat baca blog u hari2, setiap hari mesti bukak blog mak merah dulu sebab merah lak kan! my favourite colour too tapi tetap tak boleh lawan dengan mak merah….Selamat Menyambut Hari Lebaran to Redmummy sekeluarga, semoga syawal kali ini diberkati…amin.

# gambar2 tu semua sewaktu bercuti ke Europe (cam aku lak yang beraya kat perantauan)…jangan marah…kaler merah lagi.

Best Regards,
Elly Haryati Khairuddin
Design Manager

Comment: 13