Cerita Jumaat & Guest Writer…

sudah 4 hari sekolah, 4 botol baru ni gak lah yang dibawak dek anak2 aku. botol gegirl satu je yang kaler pink dora tuh, tapi abangnya 3 botol coz sebotol for sek agama, 2 botol lak for sek NK….ha kak ann spore woii – bagus tol bag sarung botol ben10 akak tuh, sangattt berguna letak botol air tau!

tapi petang smlm ha sila lihat apa yang dah terjadi ngan satu botol air abang, kuat kasar sangat dia bukak cover botol tu sampai pocah! aku suh bapaknya cuba godek2 kot leh pasang balik, buat dek jer….pakai botol lama lah kan kalo gitu.

tapi mengikut firasat aku yang x berapa arif nih, memang tak boleh nak pasang balik…so botol tu leh buat minum air kat umah je lah …

ganas ko bang!

sekali ada pulak set tupperware madagascar yang baru, smlm gak sampainya…udah sebulan lebih aku order ni dari tupperware, under akak aku lah. beria sungguh gegirl nak set nih, sampai aku lupa. tu yang aku belikan dia botol air dora tuh. mesti dia nak bawak botol ni pi sekolah dia kan, tp sebab botol abang dah patah riuk, aku pujuklah mintak dia bagi abang pinjam, share2 gitu…at least madagascar nih tak nampak ‘girly’ so bolehlah abang pinjam kan kan…

at first dia x bagik, tp bila ku tunjuk bukti botol abang yang dah patah tercabut tuh, barulah dia hemm, ok lah share2 tau abang!

setiap malam keje aku camni lah, ngisi botol2 air budak2 nih, isi 2 bekas makanan depa. tapi for sek agama abang, dia x nak bawak bekal, coz dia boleh beli. kat sek NK kenalah aku bekalkan, tengok mood depa lah apa depa mintak, selalunya cookies, kalo aku x keje boleh gak aku gorengkan nuggets ke burger tp ni dah kerojer nak goreng pepagik, x dap sejuk semata jer…

that s it…

arini ari jemaat dah, light story lah sket kan. cite pasal botol air anak2 pulak..asik citer soping artist pun, aterrr…dah jadi blog hiburanlah pulak blog aku nih. botol air pun boleh jadi one long full entry, kalau kena gaya tulisannya.

so untuk assignment korang next week, anto tulisan kat blog merah aku nih, tajuk yang aku nak korang buat gini:

1. Kisah dan pengalaman hitamku…(ku tu koranglah, or kawan2 or sapa2 saja yang korang nak citekan)

2. Bila rakanku menjadi anak durhaka…

3. Kenapa aku membenci kaler merah…

aku bagi 3 options jer kay dulu, so up to you to choose nak buat entry yang mana and send it to red@redmummy.com . x kisahlah kalo nak letak entry tu ada gambar ke idak, up to you, entry korang, aku postkan je kat sini..katanya GUEST WRITER.

Comment: 36