Saya Nak Cuti bersama 7 finalists!

Cuti Cuti!! dok eh ai x cuti, tapi sticky post cam biasa hekk…scroll down sketlah tengok kita menceceh….

image

wah wah! punya beribu orang yang participated untuk Saya Nak Cuti bersama MAS dan Astro Ria…drop down to 20 orang, dan akhirnya 7 peserta telah digobalkan. 7 nama yang siapa sangka sekerdil kerikil kemudiannya menjadi 7 nama besar dan gah di pesada pengacaraan.

7 orang yang sangat bertuah dan mempunyai keunikan peribadi masing2, yang pada mata kasar mana mungkin memecah tembok di Astro Ria tapi korang tengoklah, bila masuk je contest nih, usaha sungguh2, sedikit 1% luck yang diambil, selebihnya berusaha maka menghasilkan Saya Nak Cuti program, sebuah travel episode di Astro Ria yang pastinya aku pun nak dok depan tv ngadap sama. siapa yang paling unik membawa penonton ke jelajah negara Asean yang sungguh mereka idamkan…

image

These 7 participants/finalists menyumbang setiap update kehidupan mereka sebelum bermulanya perjalanan rakaman kehidupan mereka bersama MAS dan Astro. I watched the videos from the finalists, kelakor sungguh. korang tetapkan elemen2 lawak tu ye bila on air nanti. kang jangan bila dok holiday sakan, korang pi tinggalkan the videoman plak.FYI, salah sorang peserta yang saya undi sewaktu di top 20 telah terpilih juga di dalam Top 7! wuhuuuu! hai dik, korang ni tak baca RM lah aku suspect…do they really now that i ve been helping out to promo them and gain the votes? hahahahahahha

takpolah, dapat baju merah ke

kasut merah ke pun dah cung giler dari destinasi yang hangpa ramai2 pi sakan tuh. lagi molek afdal ha bawak aku sama, jadi assistant co-host pun aku biasa.

image

in the Mastraveller’s site ada jugak rakaman2 lensa dari the finalists, untuk tulisan2 dari peserta yang turut menyertai ekspedisi pencarian the top 7 of host untuk rancangan Saya Nak Cuti bersama Astro Ria. Dari masa ke semasa, the blog post akan berupdate baru, so membaca tulisan mereka, impian dan idaman untuk menjejak ke negara orang, dan juga di hujung negeri di Malaysia sungguh mengasyikkan.

Saya juga ada negara idaman untuk diadaptasikan di dalam RM, ok ok, this entry is not bout me, it s totally bout the lucky 7 finalists. so who are they? dok lah aku ceceh pasal 7 peserta yang bertuah…let s take a look 🙂

image

3 finalists lelaki, dan dominasi 4 peserta wanita untuk program Saya Nak Cuti di Astro Ria diterbangkan khas oleh MAS, masing2 sungguh membawa keunikan pada kehidupan yang bakal depa face it, sebagai pengacara. Mampukah ke 7 orang ini menjadikan program Saya Nak Cuti satu episod yang sangat bisa membuat kita enggan meninggalkan television. that s to find out once the show is on air.

My seringgit 90sen comments to the finalists:

1. Alif seorang pelajar perfileman, mungkin ini peluang kamu yang sudah biasa dengan belakang tabir rakaman, you should have grabbed this opportunity so well. Melihat kamu yang menjadi seorang sukarelawan Palang Merah sewaktu gempa bumi di Yogjakarta, sudah menunjukkan kamu sangat concern dengan dunia yang kamu bantu 4 tahun yang lampau.

2. Madina bertuah kerna membesar di Malaysia, tetapi saya kagum kerna kasing sayang pada the blood mother, kerna perang di Vietnam lebih 40 tahun yang lampau menyebabkan terpisahnya hubungan kasih sayang antara keluarga dari darah Vietnam yang ada di sebelah ibunya Pulanglah bersama Saya Nak Cuti untuk mendekatkan lagi ziarah dan taulan.

3. Doktor Nur Fadhilah pencinta haiwan, yang ingin menakluki Sandan untuk melihat alam sekitar dan habitat semulajadi monyet dan orang utan. Hey Doc, saya juga pencinta orang utan, mau saya temani? At the age of 21, kamu bukan saja seorang doktor tapi menjadi pengacara terkenal di Astro Ria, barangkali 🙂 . eh, kucing akak kalau jumpa ko, dapat special attention tak?

4. Pemegang tali pinggang hitam Akaido bisa buat sang lelaki goyah. tapi tunjukkan sama ye Juliana yang ko boleh mengacara Saya Nak Cuti lebih hebat dari the rest of the 6. tapi kat Bali memang ada buat bungee jumping yer? Itu pertama kali saya dengar dan pastinya kalau akak ke Bali, akak pun sama lah nak cuba buat aksi gini. Ai suker jer….

5. Aishah yang mempunyai sahabat baik yang juga dianggap seperti kakak sendiri di Sabah ingin menamatkan zaman bujangnya dengan menakluki Gunung Kinabalu. boleh je ko naik tuh, cuma kalau ada asma, ubat jangan ko lupa bawak naik. If lah kan…and alangkah moleknya juga if pengakhiran dan perjalanan sebagai seorang anak dara ditamatkan dalam Saya Nak Cuti untuk perkahwinan kamu juga. Eh best kan idea ai nih hahahahaha!

6. Affandi oh pandi, rambut ko sungguh unik dan nehibetti! Impian untuk menyelam bersama Saya Nak Cuti crew dengan rakaman dasar laut air Tawau! Tidak perlu pergi jauh keluar negara, hanya mengimpikan yang dekat di dalam Malaysia sudah bisa membuatkan impian ko menjadi nyata.

7. Amyrol yang sungguh talkative kurasa, sangat outspoken, mahu meniti bumi Bangkok. Oh shopping sana best dik, cuma ko jangan layan dengan orang2 yang ajak pi masuk club2 kat townnya tuh. depa never give up, and since u r going wt the crew of Saya Nak Cuti, gf ko akan rasa senang hati ehhehehehe 😉

To all 7 of you, saya Redmummy dan readers dari RM pun nak menepuk tangan syabas kerna berjaya menjadi pengacara di rancangan Saya Nak Cuti bersama MAS dibawakan oleh dengan kerjasama Astro Ria. They are not only famous in RM, but also in Mas Traveller dan let s become the fan to get the update of the latest storis in MAS Traveller’s FB. You can start watching Saya Nak Cuti di Astro Ria bermula pada 21 April jam 1030 malam, setiap hari rabu huhuuuuuuuu!

Khidmat pesanan masyarakat MAS is brought by Redmummy.com

Comment: 14