VAT Cash Tax Refund for non European Country…

90% of this entry is done by Sirman, thanks encik. lain2 tu aku yang tambah….saje bagi task ni kat Sirman coz aritu aku dok gagau2 bengang napa tak dpt 17% refund, napa 10% jer, so sebab bengang entry nih Sirman kena buat.


Hah, kalo tak silap there are a few companies yg handle Tax Free shopping ni. in our case kitorang kena buat the refund dengan 2 different companies, Global Refund & Premier Tax Free.

Global Refund logo

Premier Tax Free logo

ok sebelum korang nak shopping peratikan these 2 logos, biasa kat pintu masuk kedai depa ade tampal, tak pung ade kat kaunter cashier depa. meaning that bila shopping kat kedai tu kita boleh buat tax free refund.  but seelok2 nya tanya SA, what is the minimum purchase to entitle the refund. ade separuh kedai 30pounds, ade yg 50euro, ade tu sampai 100euro minimum purchase. ade satu kes tu aku lupa nak tanya, bila time bayar baru tanya, sekali min purchase is 50euro, aku beli 49.90euro ha kelam kabut capai benda lain so that leh claim refund tu hehehhee.

benda yang aku capai tuh pulak stokin yang biasa orang pakai ngan high heels or pakai ngan kasut baru gitu. perkh, sib baik sebelah cashier tu jer benda tuh, kalau dia letak yang harga 100 euro, mampus nak membayo. padahal tak cukup seposen jer tuh.

normally all cashiers tau the process bila kita ckp kita nak tax free refund. so bila time byr ckp jer “i want to claim for tax free refund”. Nanti dia akan mintak passport kita, then kena isi form. But some kedai dia leh automatik print jer the form, nanti kita isi la sendiri form tu. Tapi passport still dia nak tengok. So dlm form tu akan stated how much refund yg kita akan dapat, biasa range dlm 10-17% dari purchase. but from that percentage ade kena tolak admin fee depa sket.

macam kitorang pi 3 negara Europe kan, so simpan jer la all the forms & isi siap2, sampai la the last airport kita nak balik KL, in our case Schiphol Airport kat Amsterdam. Lagi satu, stated kat dlm form tu samada nak CASH atau nak refund ke CC. tak kisah kalo purchase pakai CC pun leh refund CASH and vice versa. Tapi aku ade dengar my fren minta refund ke CC sampai 6 bulan tak masuk2 lagi. so kitorang mintak la semua CASH.

sebabnya aku tak nak balik dari cuti, refund tak dapat2 lagik and jadik stress! orang balik cuti lagi lah nakkan peaceful. dah abih duit kat oversea katanyakan…

IMG_3388

Flight pukul 12noon tapi kul 8pagi dah sampai airport sbb nak buat menda ni. Kalo kat Schipol tu, Global Refund office kat Hall 3 belakang Kaunter 22 kalo tak silap. BTW buat ni sebelum check in all the luggage sbb depa nak tgk benda2 yg korang beli tu. Ha seret la all the luggages ke opis depa tu. time kitorang tu sib org tak bape ramai q. just submit all the forms kat kaunter, nanti depa2 kira2 then depa tanya la mana benda item tu semua, tapi Global Refund ni ok sket tak strict sangat, then tak tengok pun barang2 tu semua. and on the spot dapat the cash in euro huhuhu. tu yg sambung shopping kat airport lak hahahahaa

Kalo Premier Tax Free lak kena pi kat Hall 2 belakang kaunter 15. untunglah korang yang terbang ikut Schiphol, siap aku cakap counter number lagik. ade gak brg yg kitorang beli under Premier ni. ha Premier ni leceh sket. it is actually kastam opis. kita kena dapatkan cop kastam on all the forms b4 dapat claim refund tu. then dia randomly tanya all the items. ade tu siap kena selongkar la barang kuorkan dari luggage. nasib baik time kitorang dia tak tanya pun barang, tengok forms terus chop2 🙂

IMG00450-20100619-1520

Diorg tengok2 barang nih, biasanya they pick randomly, minah 2 orang depan Sirman tuh, very the samseng gak, mulutnya gaduh ngan orang depan2 sebelum tuh coz pasalkan kes beratur, siap ajak aku ngan Sirman jadi witness, tapi aku ngan Sirman buat2 bodoh tak paham english depa. muahahahah. yelah kita tak nak terlibat dengan apa2 kes, so korang nak gaduh ke hapa lantakkanlah. So diorg macam nak ngelat, kawan depa yang beli barang, under CC kawan depa, tapi diaorg yang nak claim. mana boleh. nama CC hendaklah sama dengan nama passport. so kastam memang check barang2 depa satu persatu. yang kitorg ni belakang dia beria lah stand by apa saja lah kastam ni nak tanya kang…

yg lecehnya for Preimer nih bukannya on the spot dapat cash mcm Global Refund, tp kena pi kat 1 bank kat dlm departure hall utk claim the cash. tak ke leceh. apa lagi kitorang pun checked in, kelam kabut carik bank nak amik duit refund tu. ngam2 setel semua 45 minutes b4 boarding. ns lemak yg my biras  and BIL tapaukan pun tak sempat nak ngap. tapi ngap dlm flight hheheee 🙂

IMG_3396

tu la all the info psl tax free refund, tak paham kalu, leh le contact aku. so korang jgn lupa nak claim balik duit korang. opps 1 more thing lupa nak kabo, kat Paris, kat Printemps mall kita boleh terus dapat cash refund tu on the spot tak yah tunggu buat kat airport pun, just that the form kena jugak chop kat kastam and mail kan kat office depa. envelope semua depa ade bagi. kalo tak silap, refund dia less beberapa percentage compare kalo buat kat airport. aku tak kira, mana yg lagi cepat dapat refund baik buat cepat2 ye dak…

but ada member aku pulak sorang lagik, dia mintak refund via CC, dapat in 2 weeks time, so ikut nasib lah jugak. so paham idak lah yer kisah VAT nih? sume tempat so far memang aku claim VAT, takde lah lupa, kalau lupa pun tu ha kat Selfridges, tu yang patah balik wpun dah bape langkah keluar. it s our right tuh, duit kita.


IMG_3392

huh luggage 2 bijik je checked in tapi kena seal sampai 40euro! kat KLIA  baru 20inggit dedua luggage tu aku buat

cuma satu lagik ada orang yang cuba nak amik kesempatan kat orang2 yang dah tolong belikan barang2 orang kat europe ni lah. ko bayangkan kalau kawan ko belikan, beraturkan,bawak hand carry barang ko, tak yah lah ko nak demand refund VAT tu dari kawan ko. buatlah bayar service tax dia. so tu pasal aku paham bila ada shopping online yang letak this price that price.

sebabnya takkan ko expect Chanel jual kat sini 5850, kat Paris 1k Euro, ko nak harga auto convert pulak? let say rate was 4.00, dia kalau mark up 4,100 tu logiklah gak (tu kira murahlah tuh amik 100 jer, ada yang jual 5200, baper dia make up tuh, 1200 kay!).  and VAT pun dia amik jugak, ater heret beret bawak bag barang ko, kulu kilir naik tram train lrt naik flight beraturkan pastu ko demand harga standard. wahhahaah, then baik ko pi sendiri.

aku boleh buat utk orang, only for my frens sahaja and family members. tapi aku tak kenal ko,and ko boleh demand nak aku belikan and nak pulak harga selepas VAT, i wont do it lar. kem salam. 🙂 . eh tapi aku tak amik order pun, only untuk 2,3 orang kawan yang baik ngan aku jer seperti Kak Juliana Robert, Datin Sri and Kak Jem.

Shopping online pun takde nya nak jual harga bag dengan harga after VAT.

IMG00452-20100619-1825

flew back via Malaysia Airlines

IMG00453-20100620-0440

ok selamat sudah suami aku tidur, he s sick masa dalam flight, aku pun sakit gak,kong kong batuk tak sudah….kita tak bergambar sangat lam flight coz we were so sleepy, and tired,and dedua pun dah flat and lagipun mood nak sampai Msia cepat jer….

So khatam sudah ek pasal VAT?

bermakna khatamlah sudah hikayat cerita kami berholiday sakan di Amsterdam, Paris, London and back to Amsterdam…those yang menggunakan entry2 aku sebagai reference, kalau ada yang tak complete or ko rasa salah, maafin saja dong, ini dari pengalaman kami, dari sudut mata kitorg. kalau ada yang nak gunakan buat reference, dialukan. aku ada tengok dalam draft aku ada banyak lagi gambar randomly, so nanti senang2 aku tempeklah yek…

Mau tengok apa lagik? tak sudah2 korang ni nak tengok benda shopping kan… 🙂

Comment: 28