Bersama Mak Merah – Medan dan Bali!

Puan Red

saya nak pergi Medan pada bulan October tahun ini dan juga ke Bali pada awal bulan December tahun ini juga. Flight tikets pun saya sudah beli, cuma belum dapat hotel dan apartment. mohon kalau Puan dapat bantu saya melalui RM.

Untuk penginapan di Medan, saya mahukan cadangan untuk hotel apartment, sekurang-kurangnya 3 bilik dalam satu apartment, 4 atau 5 star pun boleh.

Untuk penginapan di Bali, saya suka di Kuta untuk 4 atau 5 star hotel juga, tetapi satu bilik hotel sudah mencukupi.Harap sudilah kiranya readers Puan di RM boleh memberikan pelbagai cadangan.

Sekiranya ada supir atau pemandu untuk jenis kenderaan seperti Carnival untuk sekurang-kurangnya 9 orang di Medan, pun saya hargai terima kasih. Kalau ada site, boleh diberikan juga, dan harga yang ditawarkan.

Salam dari Selatan

Puan Som

Comment: 13