Menjeleslah kau!

salam kak Red…

Biasa orang dok tepek ceta seram kan, kali ni saya nak ceta pasal jeless bolehh…
Rasanya kan kak ramai yang jeles dengan akak, jap-jap pi sana, jap-jap pi sini..jap-jap entry pasal london, jap lagi buat entry pasal bali, tup-tup entry pasal Medan pulak.

Saya memang sumpah tak bohong jeles tengok akak dok poya-poya sana poya-poya sini ha..ha…tapi tu inspirasi saya, kenapa akak boleh saya tak boleh jugakan. Cara macamana pun tak kisah, walaupun kena menabung. Tiap kali baca entry akak pasal negara orang memang meluap-luap perasaan ni nak pergi ha..ha…nak-nak kalau tau tempat tu shopping bagus. Gigih tak gigih menabung diri sendiri jer yang tahu..

Saya nia paun kategori suka berjalan kak, walaupun just Indonesia, Brunei, Singapore yang paling kerap saya kunjungi kira bertuah jugalah kan…ada yang lansung tak pernah jejak singapore kan…

Tapi kan kak, saya menyampahlah bila ada yang baca pasal kita gi jalan ni, tak kira tepeklah kat FB ker, kat blog ker ada yang siap perli-perli cakap “tak ada hatilah nak gi Singapore tu…” tak pun “tak terpikir nak gi Singapore tu….”

Alahai kak….bohonglah kalau jadi manusia ni tak teringin bagai kan….cara memerli tu sangat-sangat menyakitkan hati..
betul ke ko tak ada hati or tak terpikir nak gi atau memang ko tak cukup duit kan…

Ntah-ntah tak ada pasport tak..???
ha..ha..Tup-tup dengo-dengo sibuk buat pasport…
Erm…apa pandangan akak dengan orang yang dengki2 cam ni kak…
Dalam tak ada hati tu diam-diam nak pergi juga..
menyampahlah dengan orang macam ni..
perli-perli shout kat Fb pulak tu…
sakit hatilah kak…
cuba akak jerit sikit orang macam ni…

Rasanya yang jeles dengan akak lagi ramai..
kalau akak ada pengalaman sharelah sama…
Panduan & nasihat akak tu boleh kita semua jadikan iktibar….

Thanks kak red..

Sender: Ainul

Berminat berkongsi cerita under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 22