Exora VIP Session!

48hours sticky sponsored post :)

image

Hari Sabtu yang lepas adalah hari yang bermanafaat dan berinformasi bagi kami suami isteri. Apa taknya kami telah berkesempatan untuk menghadiri sesi satu hari penuh bersama Proton iaitu Sesi Pandu Uji Eksklusif Proton Exora di Fullhouse, Sunway Giza Mall. Sesi ini bukan sahaja untuk pandu uji Exora sahaja, tetapi ianya lebih dari itu dan lebih dari yang saya jangkakan. Dihadiri seramai lebih kurang 20 pasangan, sesi ini memang bermanafaat dan saya dapat belajar banyak benda baru serta tip-tip yang menarik :)

 

image

Dimulakan oleh kata-kata aluan dari representative dari Proton iaitu Raja Nur Zahirah Raja Adam, kami kemudiannya  diberi penerangan dan taklimat oleh Ivan Khong serba sedikit tentang apa yang bakal kami akan buat semasa pandu uji Exora ini. Beliau ialah certified trainer yang selalu organize a car clinic teaching about the basics of car control etc. Looks like Proton memang mengambil berat tentang keselamatan kami semua semasa pandu uji ini dengan membawa orang yang betul-betul pakar tentang kereta untuk sesi pandu uji ini. Actually risau juga la kitorang, wondering cemana la Proton nak handles kami ramai-ramai ni nanti nak drive Exora ni, sebab lepas ni kami ramai-ramai akan memandu Exora dari Sunway Giza ke Desa Park City. Kang confirm ade yang sesat barat hilang entah ke mana, maklum la bukan semuanya datang dari KL, ade yang datang dari Johor, Melaka, Seremban dan tempat-tempat lain. Mak sendiri pun tak reti jalan ke sana gak hiks :)

Tapi sebelum kami pergi membuat pandu uji Exora ini, kami diberi taklimat tentang keselamatan pula oleh Puan Kartini Illias iaitu Pakar Klinikal Psikologi dati UiTM. Beliau menerangkan ciri-ciri keselamatan, serta tip dan teknik perjalanan terutama sekali untuk mereka yang berkeluarga. Apa yang perlu diajar kepada anak-anak kita supaya perjalnanan kita nanti akan selamat tiba ke destinasi seperti contoh memakai tali pinggang keledar of cos la kan, tidak menjenguk ke luar kereta dan sebagainya.

 

IMG_0528

Saya menjadi driver untuk membawa bersama Press dari akhbar-akhbar harian tempatan :)

Selepas itu apa lagi kami seterusnya diberi peluang untuk memandu Exora pergi ke Desa Park City. All these Exora come with Proton navigator system sekali, so no worry sure tak sesat. Sepanjang perjalanan itu juga kami diberi arahan oleh Ivan melalui system walkie-talkie. Beliau mengarahkan arah perjalanan dan juga menyuruh kami supaya menguji Exora ini dengan membelok, membrek, menekan minyak atau accelerate dengan lebih laju. Terus terang saya katakan memandu Exora yang pada mythnya yang orang kata panjang, besar dan susah nak bawak, adalah tidak benar. Sama sahaja seperti memandu kereta-kereta yang lain even dalam keadaan yang sesak dan banyak kereta masa tu. Lagi bangga ade la, sebab kereta kita lagi besar hiks :)

 

IMG_0558

yey semua dah selamat sampai di Desa Park City

 

IMG_0578

Coincidentally saya dapat memandu kereta 1107 ni, ke ade makna lain yang tersirat :) Sapa tahu apakah maknanya number 1107 Exora itu pada RM?

 

IMG_0629

Di sini kami akan membuat pandu uji Exora dengan membuat beberapa ujian seperti emergency brek sambil mengelak, blind folded parking, mengisi muatan dan zig zag driving.

 

IMG_0633

Ok nak start buat emergency brek sambil mengelak halangan

image

Ujian ini adalah untuk membuktikan walaupun dalam kelajuan yang tinggi, sistem brek Exora dapat membuat hentian yang tepat dan jitu even kita memusing stereng untuk mengelak halangan di hadapan semasa membuat emergency brek tersebut. Yup tak terbalik, kerana ianya dilengkapi dengan sistem ABS + EBD so ianya memang stabil.

 

IMG_0617

Ha cuba teka berapa minit saya membuat side parking dengan blind folded begini?

Of cos la my hubby kena bagi arahan cemana nak masuk parking tu.

Ha pusing kanan, balas sket, reverse lagi lagi, depan sket, pulas kasi habis, kiri lagi. Lagiiiiiii. Ha reverse balik… ok done put gear in P. Tarik hand brake!!!

ha kau my hubby jerit….  bape minit korang teka tadi?

Don’t play-play, I did it in 1min 7secs kay. See even blind folded pun leh parking Exora yang panjang ni, inikan pula tak blind folded dak :)

image

Then lepas tu buat zig-zag driving to show that Exora is easily handle untuk pemanduan jalan yang berbengkang-bengkok ataupun bersimpang siur.

IMG_0679

Dan ini pula kami berlumba siapa dapat memuatkan barang-barang ini secepat mungkin. 4 luggages, golf bag plus stroller memang muat masuk ke dalam Exora and still ada extra space lagi. Memang sesuai la kalau untuk balik kampung ataupun nak pergi jalan-jalan bercuti.

Ooo btw, di sini kami semua dikehendaki menjawab beberapa soalan tentang Exora dan hadiah berjumlah RM6 ribu tunai menanti kami nanti.

 

image

Yang gambar tengah tu ialah pemenang pertama kuiz Sesi Pandu Uji Exora ni. Tahniah!

Usai sahaja sesi pandu uji litar Exora tu tadi, kami pulang semula ke Sunway Giza untuk lunch. Selepas lunch dan solat, sesi kami bersambung dengan taklimat dari Dr Alvin Ng Lai Oon iaitu Pakar Klinikal Psikologi dari UKM mengenai Keselesaan. Tahukah anda hubungan kita suami isteri akan bertambah erat jika keselesaan kita amalkan. Bermakna selesa itu penting dalam hubungan kita, ini bermakna pemilihan kereta yang selesa juga penting dalam kehidupan berkeluarga ini. Bila masing-masing selesa so masing-masing happy ye dok :)

Diikuti pula dengan taklimat Gaya dan Keterampilan oleh Datin Sharifah Shawati di mana beliau menekankan bahawa imej dan keterampilan adalah penting untuk kita dan kereta yang kita gunakan juga melambangkan imej dan personaliti kita. So make the wise choice dalam bergaya ya :)

image

Kemudian disambung kembali oleh Ivan menerangkan lebih lanjut ciri-ciri ekonomikal Exora di mana beliau berkongsi tip-tip yang penting tentang cara-cara pemanduan yang lebih berhemah dan jimat.

Dan taklimat terakhir pula dari Perunding Kewangan iaitu Encik Al Jazzura Khan. Beliau berkongsi serba ringkas cara-cara bagaimana seharusnya kita berbelanja. 60% untuk expenses, 20% untuk simpanan hari tua ataupun study dan selebih 20% lagi adalah untuk keinginan kita. Keinginan itu sebagai contoh nak beli Exora ni tapi of cos la kena simpan 20% tu untuk few months so baru la boleh buat down payment ye dok :) Beliau jugan menekankan bahawa dengan membeli MPV seperti Exora, sebenarnya kita telah membuat investment dan bukannya liability. Ade betul juga cakap dia, ye lah cuba kita fikir kalau kita beli Exora masa mula-mula kawin, then bila dah ada anak lima tak payahlah nak sibuk tukar-tukar kereta dok? Imagine kalau kita beli kereta kecik dulu… ha mana nak sumbat anak-anak? Tak ke investment namanya tu?

IMG_0590

Sesi ini kemudiannya ditutup oleh Raja Nur Zahirah sambil menghadiahkan consolidation prize kepada semua peserta iaitu RM200 tunai ditambah pula dengan SPA session untuk setiap pasangan  ialah selepas berpanas terik berpeluh ketiak berjemur di bawah matahari 90 degree kenalah merehatkan dan memanjakan diri pula.

Tapi apa yang lebih penting bagi saya ialah tip-tip dan informasi-informasi yang berguna yang saya perolehi semasa Sesi Pandu Uji Exora ini yang diutamakan. Banyak yang kita boleh praktiskan dalam kehidupan harian kita sekeluarga.  It was really beneficial and enjoyable session. Dan ternyata myths pasal Exora adalah myth semata-mata. The facts are actually the opposite!

Terima kasih Proton. So korang, jangan lepaskan peluang ni, tak teringin ke nak join Sesi Pandu Uji Exora?

Khidmat pesanan masyarakat Proton Exora is brought by Redmummy.com .

Comment: 48