Flat Quarters…

Saje nak drop line tentang citer hantu..

Citer ni jadi dah agak lama dlm pertengahan tahun 2009. Masa tu I kena tukar tempat keja mengajar di sebuah skool di NS la. I dapatla menumpang dgn guru praktikum di rumah guru. Ni kira flat 4 tingkat. Besar dan Luas. Kita orang duduk di tingkat 3. My fren duduk di tingkat atas. I called her miss J. Dia agama Kristian yang devout punya. So agak percaya jugaklah dgn benda halus ni.

Anyway, sebelum i pindah di rumah guru ada gaklah miss J citer sikit2 benda2 yang agak ganjil jadi di kawasan tu, Macam bunyi orang menjerit, bunyi ketukan kuat di pintu tapi bila kita buka takde orang.  I pun dengar dgn penuh kepasrahan sbb nak taknak kena gak duk rumah guru tu kan. So berpindahlah i ke kuarters tu..pindah mindah takde prob..bdk2 praktikum yg duk sermh dgn i pun ok,..cuma mlm tu dah start hal dah. I jenis tak suka tido dgn cahaya, tp sbb rmh baru tak biasa lagi, masih rsa tak selesa. So I renggangkan pintu blk, dptla lihat dari cahaya lampu ruang tamu. I tidur2 ayam je, biasalah dlm fikiran I tempat baru memang payah nak lelap. Dlmlena tak lena tu I kalih tgk jam dah pukul 5 masa tulah I dengar ketukan pintu yang paling kuat menerjah telinga.

Dia punya ketuk mcm nak roboh pintu nasib baik dah nak subuh, mungkin bnda tu nak kejutkan bgn subuh gaknya..Esknya i tanya adik praktikum, ada dengar tak bunyi tu, dorang kata tak dengar. Mungkin dorg tidur pulas sangat kot, yela tidur sebilik 2 org..kurangla agaknya takut, lainlah mcm I sensorang kat blk belakang. Tapi kemudian baru I ingat adik praktikum tu penah ckp dgn i b4 i move there, katanya ”akak kalo nak panggil kitaorang telefon dulu k, kalo akk ketuk pintu mcmne pun kami tak buka pintu”  Sejak tu ada mcm2 gurauanlah yg terjadi di kuarters tu. Mcm bunyi ketukan dari tingkat atas unit kami. Bunyi ketukan tu tak berenti kira dari kul 8 hampir ke 10 mlm. Dah penat sgt dgr bunyi org menukul i sms Miss J, coz dia yg tinggal unit atas.

I tanya dia ada hammering something ke. Miss J jwb cool je, coz dia ingat kita org yg sedang menukul..haii sudahnya, ignore je la bunyi menukul tu..Sekali tu I mimpi ada org kecik2 ckp dgn I tak bagi tido atas katil atas (ni katil single yg ada tilam lagi kat bawah dia), benda tu suh i tdo kat bwh. I pun terjaga dari mimpi tak banyak kira (coz dh ngantuk) terus tido kat tilam bawah. Memg pun lena sampai pagi. I citer mimpi I kat Miss J, dia pun kata pelikla mimpi I tu, mcm boleh plak ada komunikasi gitu…

Selain tu, bunyi benda menjerit, kerap sgt dengar terutamanya waktu Magrib, bunyi dia bknla menakutkan tp aneh jelah, suaranya lirih gitu..humm..Lagi yang agak aneh ialah bunyi org ketip kuku dari dalam rumah. Padahal I dgn adik2 prktikum tgh ngadap tv. Lama2 dah bosan kitaorg tutup tv masuk bilik. Adik2 praktikum ada ckp, kalo i takde kat rumah, dorg bwk tv tgk dlm blk, sebenarnya I pun takot gak..Allah yang taw.   Keadaan yg seram tu bkannya jadi waktu malam, waktu siang pun ada. Sekali i tgh buat air di dapur, i dgr suara menjerit yg lirih and straight away , anak jiran yg duk bwah unit kami pun menangis. I pun tak tahulah apa yang dilihatnya tu.. Sekali tu sorang adik praktikum kena tinggal seorang dlm rumah, coz I dgn adik praktikum yg satu lagi balik kg, dia kata dah terpaksa dia bantai bukak lampu satu rumah. Tapi sepanjang mlm tulah mcm2 bunyi dia dengar.

Tak tahulah skrang mcmne keadaannya di kuarters tu coz, I dah pindah tapi menurut kata Miss J yg masih berkhidmat di situ, it’s getting better coz semua unit dah ada org.Dulu bayangkanlah,  flet 4 tingkat tu ada 4 famili jer duduk.

Kak Leen

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thanks.

Comment: 19