RB oh RB 4 bulan!

 

IMG00450-20120428-1155

Tau tak, bila tiba harinya the no plastic bags day, tiap Sabtu kan, memang tak ramai orang kat Jusco @AEON. aku memang suka shopping masa hari Sabtu. bonet aku memang ada je bags untuk shopping. so momantai. Aman tenang je shopping masa kat sini. Satu trolley RD tolak, RB pulak aku yang menolak. Abang kakaknya takdo, ada yg tuition ada yang school projects. Huh, berlari2 aku laki bini menghantar budak2 ni ke sana sini.

Cakap pasal school projects ni kan, aku rasa ada yang makpak ni macam main sesenang je suh mak bapak abang pi hantarkan anak diorg ke rumah anak lain. main lepas tangan jer. Bila ngutip takde le pulak nak antokan anak aku pi sekolah balik.

So pusing punya pusing le jugak hari Sabtu tuh…..

IMG00455-20120428-1248

aku kan paling pemalas betul nak lipat2 stroller nih, but dedengonya laki aku nak kena pergi outstation lama pulak so dipaksaya gak aku buat sendiri. Ye ler ye ler. bukan aku tak buat pun selama beranak pinak sebelum nih, tapi saja tak nak buat. Senang jer, ada number, tekan 1, 2 ,3 zasss angkat simpan bonet!

IMG00418-20120427-1416

Anw a day b4 this, kami bawak RB pi cucuk 4 bulan. Banyak betul drama nak dptkan appointment. Masa 2 months check up, staff nurse yang bagi slot 5 May. Pastuh depa overlook tak perasan itu public holiday, bila depa perasan, depa tukarkan tarikh appointment aku ke bape belas haribulan tanpa telling me langsung. Entah aku boleh idak pun bukan depa tanya. Tu sib baik aku check nih. sesuka je ko main tukar kan.

Then it s too late, so kita amik awal, pun drama gak. Mana ngan eh….ok malas nak cerita the drama yang banyak. Pendekkan cerita, dapatlah jugak slot.

IMG00421-20120427-1444

He s been so good, rela je dia kena cucuk, kena 2 pulak tuh but tak demam alhamdulillah. cuma sebab kita pergi jumpa 2 doctors masa nih, ya hampun aku letih betul dengan farmasi spital nih. korang pun almaklum ler sangat kan. sampai staff sini pun ngaku kelembapan the farmasi.

IMG00424-20120427-1554

aku nak tunggu dptkan the med dox kat atas, RD and RB lari turun bawah dulu untuk amik ubat from the first clinic. Sampai tertidur2 si RB tu hah. RD tu tak tidur tapi dok gayakan anaknya mentidoq.

Selesai jer, aku lari balik with RB alone. just me and the baby. bapaknya sambung pergi kerja sampai ke malam. dan ini juga pertama kali sejak aku beranak kecik nih, kuor berdua in the car wt the small RB.   Tanpa dibantu sesiapa dalam kereta tu yek. Kitorg kan datang asing-asing, bertemu je kat spital terus.

IMG00428-20120427-1628

muka musykil jer budak kecik nih, mau taknya aku pasang lagu2 baby rhymes dia kasi distract so dia tak hokhek hokhek, toys pun bersusun aku letak. mata dia pun kuyu je nak tidur tuh….well bukanlah pertama kali for me, anak2 lain pun berdua je ngan aku bila ke mana2 most of the time. bapaknya kan sokmo takde dulu2 tuh….obersi outstation je semedang.

Tapi ni sebab dah lama gitu kan, so memula macam gabra gak.

IMG00438-20120427-1640

Memulanya tu kejap jer ler, pas 5 minit aku kembali brutal. Siap singgah beli laksa lagi, tapi aku tak keluar ler, akak gerai laksa datang terus pass through tingkap….

selamat hari berdua bersekereta with RB pertama kalinya – aku kan supermak!

IMG_1239

kakakkkkkkkkkkkk abanggggggggggggg tolong jaga adikkkkkkkkkkkkk, mummy sibuk kat dapur niiii

nah, kakak yang bijak capai iPAD, bukak utube, carik video baby rhymes, pasang bagi adik dengo and nonton

IMG_1240

budak kecik ni kan, dia nak orang mengadap je dia. pasang kejap jer pun kena ada sama dok ngan dia. kalau layan bercakap ngan dia lagi afdal. Kadang2 most of the time aku pasang jer Channel Baby TV kat Astro tu, mau le dia mengelip tengok pastuh dah mokakk hokhek nak dikepit2 sama……oi tak jadi kerja aku tau. Tu yang malam2 pun dah after 11pm ke midnite baru dapat nak pegang laptop.

Anw alhamdulillah RB dah 4 bulan.

Oh budak kecik tuh, dek kerna dia dok nak berkendong memanjang, tak jugak dia meniarap sendiri lagi. Hai lambek le jawabnya nih, asal letak kat tilam je tak lama dah mintak dukung. Dia suka orang berdirikan dia pastu dia lompat2 kakinya tuh, ha tu memang pojaan betullah kat dia. Dapat pulak dipeluk ke hapa lagi dia suka.

Just 2, 3 hari ni je dia dah mula paksa his body to roll over. Semangat sungguh, gamaknya dia pun tahu, saya RB dah 4 bulanlah hei! Dan makcik pakcik mesti dah tau nama kita kan? My mom just announced it in the magazine :)

Comment: 32