2 days at The Curve…

IMG_20121019_114923

i sent this to RD’s office on his birthday day, my routine setiap tahun

he bawak balik, passed to Kakak

C360_2012-10-19-22-03-00

on the birthday nite, we met at The Curve

Dia ye ler sampai on time, aku ni dari pengkalan hujung dunia!

aku amik 1jam 20min to reach there, bongek punya traffic jam, should have used the Kerinchi Link instead lah…taulah KL tu kalau hujan + Friday, hasilnya memang bernegative sesaja

So that was his birthday, tanya dia memang senang ler, makan apa pun tak kisah macam aku yg punya birthday. he suggested Bubba Gump coz aku dok kemaruk berbulan2 nak makan kat situ, and memang in 1 packagelah, bukan senang kitorg nak kuor berdua makan sejak beranak kecik nih. tiap kali kuor nak kena bawak batallion kan. Masa events tu lain ler, tu kerja.

20121019_222619

 They made him standing! suh dinyanyinyer. memang tak ler kan. diorg ler nyanyikan happy birthday to him, tebal merah muka malu!

Happy birthday suami, dah Nov dah pun, dah lama betul ler kan birthday awak but still my iPhone 5 hai bilalah nak mendapat.

IMG-20121021-00843

budak lonjong telah bertanya pada ibunya

Mummy suka?

Nakkkkkkkkk!

Nanti abang dah kerja Abang belikan Mummy, mahal ni Mummy, 3ribu

Yelah bang, semoga ko kenang kata2 ko tu sampai akhir hayat :)

 IMG-20121021-00844

2 days laternya, we went to The Curve againnnnnnnnnn

Asalnya niat nak buat early celebration of Abang’s birthday. Beza RD and Abang kan 4 hari sahaja.

IMG_6580

Makin gelap gulita betullah ko Bang, ko pergi sekolah dok dalam kelas ke ko berdiri tengah panas yek?

RB membuto tuh…..

IMG_6582

Kakak benda kat tangan tu kain baju maknya, dia jadi assistant. Tu ler kan, birthday bapak, mak nya ikut tekak nak makan. birthday anak, maknya kena shopping dulu. Eh bukan hari2 aku dapat pergi The Curve nih!

Aku amik berhelai-helai, bawak pi fitting room, but tapi belinya selai sahaja, for event.

IMG_6586

dan mari kita mengsapadek! Lepas2 makan tu kitorg jalan2 lagi pi sana sini, kat Watson’s jer habis 100 lebih, tau tak abang nak facial wash! Aku belikanlah jugak, yang murah2 alam, dia kan dah meningkat remaja. Sibuk nakkan kaler kulit asalnya, bapaknya dok cakap ‘orang jantan mana ada heran kaler kulit bang, ko tak yah risau, nanti dah besau2 sok kaler ko datang balik’

Baru 11 tahun tuh!

IMG_6596

kami makan di restaurant yang penuh ngan chocolate tuh….ada pizza ada spaghetti, for both abang and kakak. aku hanya minum sup, coz tumpang cuit2 apa yang depa semua makankan…. maknya makan perlu sangat berkawal

IMG_6598

tu bapaknya punya pun anak2 belasah jugak….

oh on abang’s birthday day tu aku beli kek and terus celebrate kat rumah just all of us jer, nak amik gambar pun dia tak bagi, nak buat party panggil kawan2 dia? jangan harap! orang dah big boy kan, dia lansung tak nak gitu, nak being low profile sangat

hadiahnya tak beli lagi, tak dibaginya beli without him, dia nakkan jam tangan jugak, tunggulah cuti sekolah kita pi carik kay

IMG_6600

RB pun makan jugak, but his own food, bawak sendiri dari rumahlah, porridge campuran

IMG_6604

sedap betul dia makan, memang melapau. Sudu tak sampai ke mulut dia dah menganga lelebar. Bagus ko anak, kalau suka makan, mak pun hati senang!

 

IMG_6609

 ni semua dok sibuk mengempet sebelah RB coz kitorg berebut mintak RB kiss2….dia kan dah pandai kiss tapi tu ler, berkira betul. Paling dia suka kiss abangnya, apa yang abang dia mandrem tah, aku ngan kakak dapat sket jer kiss. Kakak tu yang dok sokmo layan dia tapi dia dok gak kiss abangnya jer jugak, makan hati kakak ko Zeeshan weii!

IMG_6614

yang ni pulak sessi perebutan untuk mendapat suapan roti dari RB. kan ada roti dari sup tuh, saja aku bagi dia pegang buat nyonyot tapi aku ngan kakak dok mintak dia suapkan ke our mouth. Ada le jugak dia bagi tapi kedekut betul, dok pegang je roti tu takut betol mak kakaknya ngap sampai habis. hikss…bestlah.

Kalau masa dulu aku rasa macam tekejut boleh ke nak beranak kecik kembali, setelah lama bertahun tak de baby, but after having him, we are so happy. Mengelek tak cukup tidur malan, apakan daya tu satu tanggungjawablah, tu dah setiap anak begitu but yes, we enjoy and thankful Allah for giving us the beautiful kids. The latest edition sangat beruntung, abang kakak manjakan ko sesangat.

IMG_6630

btw sepanjang kat sini, kan ke sehari sebelum nih adalah event aku berpenuh inai, jadi masih lagi ler penuh merah inai di jari. Sepanjang kat The Curve nih orang dok tengok aku semacam sesangat.

Dia ni mesti kawin ngan duda anak 3, sure baru kahwinnya tuh

hahhahaha aku macam dapat baca je pikiran orang bila depa tetengok jari merah aku pastu dok cepat2 tengok suami and anak2 yang kebetulan si RD dok mendukung je RB, nampak ler sangat macam kahwin ngan duda anak 3 kan…

Nak cakap bujang kawin ngan single mom anak 3 hemm…macam tak logik kot.

hahaha tak nak kalah gak tuh! nak gak up!

Comment: 17