14 Nov – Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun terbitan Arteffects International, telah mencatat jualan fizikal hampir 80 ribu unit, dan kekal berada di tempat teratas carta iTunes Malaysia dan Asia (tempat kedua pada hari siaran media ini dikeluarkan). Dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh media dan para peminat, Arteffects International telah bersedia untuk membawakan album Zikir Terapi Diri ke skala yang lebih besar iaitu Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun.

Konsert yang akan berlangsung pada 14 November 2012 ini akan bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Konsert ini juga diadakan bersempena sambutan Maal Hijrah 1434H.

Hafiz akan mempersembahkan 12 buah zikir terapi di sepanjang konsert yang dijangka mengambil masa 90 minit ini. Kesemua zikir-zikir ini akan dimantapkan dengan tema dengar, lihat dan rasa, yang menjadi elemen utama konsert ini.

Bagi memantapkan lagi persembahan, pihak penganjur turut menampilkan pengacara Halaqah Sentuhan Qalbu iaitu Hj. Ahmad Noor Sulaiman yang akan melontarkan suara emasnya sebagai Narrator. Beliau akan menyulami persembahan Hafiz Hamidun sepanjang konsert ini akan berlangsung.

Konsert ini juga akan menampilkan persembahan khas oleh Burn & Soul yang dianggotai oleh Pengarah Filem dan Pelakon, Shamsul Dato’ Yusuf Haslam dan Dr. Anwar Fazal. Konsert ini juga akan diserikan dengan persembahan pembukaan sebelum konsert oleh artis-artis rakaman Arteffects seperti Izzat Mahadi, Fitri Haris dan Imam Muda Najdi.

Radio IKIM FM merupakan radio rasmi bagi konsert ini dan para pendengar radio ini juga berpeluang memenangi tiket-tiket percuma pada setiap hari bermula 7 November sehingga hari konsert.

Kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan konsert ini, pihak penganjur menawarkan beberapa harga tiket iaitu RM125, RM100, RM75 dan RM50. *Tiket boleh dibeli terus dengan menghubungi 012-225 1297*. Bagi memudahkan para pembeli, tiket-tiket boleh dibeli secara dalam talian di * www.airasiaredtix.com* bermula 8 Oktober 2012. *Tiket juga akan dijual di pintu masuk* utama pada hari konsert bergantung kepada baki tiket yang ada.

Sebarang maklumat lanjut mengenai penempahan tiket, penajaan dan pertanyaan, boleh menghubungi pihak penganjur, Arteffects International ke alamat emel newmedia@arteffects.com.my atau menghubungi talian 012-2251297 / 03-7727 1297. Maklumat tentang konsert juga boleh diikuti melalui laman Twitter @hafizhamidun dan www.arteffects.com.my

Press release provided by Arteffects International

image

mak meyah pergi…..

jumpa yek kat sini on the 14th Nov di Dewan Perdana Felda jam 8pm

Comment: 7