Kampachi, IB, Prince Court…

IMG_1998

Happy 30th Birthday Nan!

baru 30, ko dah nak pengsan. tengok cam akak…hahahaha lagi nangis.

IMG_1968

My yearly or every quarterly meet up with the Doc’s family.

akak nak kena pi Kelantan heh melawat kawasan, sabar ye teman2 Kelantan.

IMG_1969

btw kalau kat Kampachi tu akak suka makan nih, beef set. Pernah le amik yang takde set memandangkan bukan akak makan pun semua dalam tray set nih, kecuali beef jer, tapi harganya beza sikit sangat. so amik le jugak set and yang akak tak makan tu, kadang2 aku panggil sampah sarap, my companions kena perabihkan. Really, i only eat the beef sahaja, wasabi sayur mayur soup sume tuh segala pun takdaknya akak nak wallop. Sedap beef nih.

Sorry if korang puasa2 ni tengok macam terliur plak. But apahal…kita bukan macam bebudak tengok je dah terus nak bukak puasa, memasing dah tua kan. kahkah.  Kalau ada anak2 yang baca entry ni, Aunty mohon maaf lah year. Pi memana pun, even iklan pun ada gambar food 🙂

IMG_1719

di hari lain, actually makan penutup Ramadhan during weekdays was kat Kampachi but IB was a day before. Aku pun dah tunggang langganglah entry heh. Ini sama adik2 aku, sapa yang boleh joined je lah.

IMG_1732

Kak Ngah my niece and my SIL pun ada sama jugak joined. IB pun ada bukak puasa so nanti cam tahun2 sebelum ni korang nanti nampaklah entry aku makan kat sini jugak.

IMG_1762

I love both of them so much. My youngest brother yang dulunya lahai nakal ko dik but Alhamdulillah, dah boleh dapat gelaran Ustaz dah. sejuk perut mak, Dik….Nana my sis works at IB though, tu pasal kami datang menjengak makan di sini…

IMG_1798

laki bini main kekejar ngan kakaknya eh…

IMG_1819

dan aku menyambung melawat Beautifulara’s wife, for the new born of their little baby a girl a girl a girl!! Hidy Cipela pun ada sama, memang sesuailah sangat beriadah tenghari tuh. Best is semua ni around KLCC jer, so makan sekejap, terus lari pi spital…siap :). Lin dah tentulah tak puasa dalam pantang ni hah…

sapo lagi lam pantang heh? Oh kat IG akak ada gambar akak dukung the baby, walaupun cubaan ramai nak pujuk haku beranak lagi, oh my terima kasih. Syukur Alhamdulillah dengan 3 orang yang diberikan, saya dengan ini sudah berjanji untuk tidak lagi mengandung. Terima kasih Allah for the best 3 presents in my life.

Korang ni orang dah beranak 3 ko suruh beranak lagi, soalan suruh beranak lagi kat Kak Red dah basi lah.  Orang tak nak tanya dah soalan gitu, lain kali jangan bagi dah soalan camtu kay. Pikir soalan lain plak. Pastu laki aku melayan je ko Hilal punya buat anak nya komen. Grrrrr!

Comment: 2