Tumbangnya seorang mak…

oh my oh my

pengsan akhirnya!

Sebenarnya memanglah belum habis citer Penang but balik dari Penang, my weight naik, almost 4kgs (wpun masih dalam kategory my ideal weight) but aku tak nak weight tuh. I want to look good during my brother’s wedding. So i cuma ada less than 4,5 hari jer untuk diet and i managed to loose 4kgs within few days, after sanding pun tak sampai seminggu aku still sambung lagi diet.

Hari my brother bersanding di KL pun aku tak makan apapun, minum air semata jer. Pun ok. dah biasa kan, berbulan2.

dah jadi routine pun kadang2 aku makan kerepek jer, tapi air suam memang bergelen2 aku togok.

But Allah nak bagi jalannya, i balik kerja, badan macam flat sangat, i terus panjat katil, tetiba dah melepasi Maghrib dan Isya, and bila bangun I duduk kat tepi katil, nampak spinning wheels jer but gigih gak bangun. Terus muntah2 angin, hari tu sepanjang hari I cuma minum air suam dan setupperware grapes plus sedikit kerepek. Baru rasa kena makan nih, coz dah berhari2 tak nampak carbs protein segala maknek bagai.

Malangnya tekak dah tak boleh nak terima, I duduk kat kerusi hall, I bangun melutut and memang nampak satu rumah tu berpusing 360 ke 240 ke 180 darjah habis and I tumbang. Sempat panggil Kakak and tak ingat apa dah. Sesedar dalam mamai, abang kakak and bibik dok urut my kepala and dah berselimut but masih di lantai.

Tried to makan sesudu pun tak lalu memang dah teruk sangat peningnya mualnya, longlai betul. Terus terbaring sampai ke pagi di katil, in between asyik muntah angin. Bapaknya balik midnite, kerja kan. Esok pagi terus rush ke klinik.

FYI, memang takde low blood pressure pun, seharian pun masih lagi dizzy, ubat doctor macam tak jalan jer ngan pening2 nih….terbaring je hah atas katil. Dapat sehari je MC so back to work the next day wpun boleh je pergi balik klinik and claim ler lagi MC for bed rest, but aku malas. Kuor masuk kuor masuk baiklah pergi kerja.

So seharian MC tu asyiklah makan nasi ngan roti, naik santak. But actually tak tau ler is it because of the diet aku tuh coz bukan baru seminggu 2 diet pun dah lama, blood pressure pun ok, takde masalah,  Like I said, Allah jentik ler tu suh makan. dah ada nikmat makan ko nak diet drastik lagi, nak dikuruskan apa lagik.

Oklah dah sihat, sambung balik diet, i mean my diet tak nak pengsan balik lagi, tengoklah kalau rajin amik carbs, aku takut gila makan nasi hahahhahaa…..a milo + biskut kering je ok dah for me.

So all, stay healthy, nasib baik akak pengsan tengah rumah buatnya masa tengah driving or di mana sahaja yang takde orang, dah gi mana sik.  Aku ni jarangggggggg sangat sakit, dan bila sakit pun dah too much sangat baru aku jumpa doctor but most of the time memang aku tak layankan sakit nih.

Thanks Abang Kakak yang took after me so well waktu maknya collapsed, specially Abang yang picit pala maknya, comfort maknya, jaga adiknya sampai turn bapaknya balik (kakak and bibik had to go to sleep dah time tidur depa).  May Allah ease us everything.

Let s makan 🙂

Comment: 11