3 new things…

IMG_9087

Ya Allah penatnya aku Fri lepas.  Kerja, pastu lunch break lari ke AEON Maluri. Kenkonon nak beli satu-2 barang jer, tapi knowing me, terbeli ler barang2 lain gak.

meh tengok, dahlah pemalas nak susun amik gambar bila dah sampai rumah, so gambar ni asalnya aku hantar kat RD, jadi pakai semula ler.

Rak untuk letak dalam cabinets dapur, so cantik le sikit aku punya maknek barang2 masak.

The king and single bedsheets (for parents and Abang). Akemi brand is always my fav, tapi mak datuk kenapa harga makin mahalllllllllllllll, ini sale tau, kalau takde sale, omeng!

Berus jamban merah hahahaha, nak amik lagi 2 takde stock ler pulak dah.

Pisau containers, sebab dia merah. Kalau dia hijau aku tak amik dah tentu. Sapa suh korang buat warna merah.

Botol air sekolah Zeeshan (dari dia sekolah, itu ler satu botol dia pakai, about 5 months, weekend pun pakai tu, dah naik lusuh hoih), ini mami up sampai 2 terus.

2 tier rack sets, patut tak nak le pakai coz aku tak suka semak atas top dapur tu but banyak jer pinggan mangkuk kena basuh. I told my maid dengan syarat, rerajin sikit simpan lam cabinets, kain lap baru untuk lap pinggan aku dah beli jangan nak malas buat (tapi aku gak yang buat setiap malam sebelum aku tidur!) Bangun pagi pun or bebila ler bila aku tengok ada je pinggan mangkuk kat situ, aku gak yang lap masukkan dalam cabinets. Haiyohhh cik kak tu.

All total atas tu was closed to RM550. Nampak benau lah kan yang mahalnya kat bedsheets tuh! Sebelum pindah aku dah beli online for 4 sets of my king size tapi tu sume bukan Akemi, ni yang aku datang poi beli, my bedsheets must be changed 3 times a week (kids hanya once a week).

IMG_9093

Habis kerja, terus lari balik amik kakak abang, 2 weeks cuti bebudak tak pergi mana ngan parents, kita cuti lama tapi dah cakap depa kena paham kita pindah rumah. Diorg pun looking forward. But their cousins ada bawak depa pi skating kat IOI, lelepak reramai ngan cousins. Ada gak adik aku ngan bini anaknya bawak abang kakak gak pi bowling gak. Cuma ngan parents je takde.

Zeeshan tak leh ikut abang kakaknya, he s too active ler. Kena ada either mak or apak sama, aku tak berani le nak bagi dia lepas. Lagipun petang2 memang his bed time, so tak yah ler dia ikut abang kakak.

Yang masa aku bawak Abang Kakak keluar pas keje aritu pun, aku suh depa  keluar sesenyap, adiknya tidur, tak leh ikut. Kita nak kena tengok wayang hahahaa…

IMG_9096

Lepas beli tix bagai, jalan2 kejap coz memang initial plan nak beli barang sikit. Halahaih beli lagi! Ni aku tengok, harga ni standard ke mahal ke murah? RM124. Korang rekomen sket. Ada yang duo/double but tak nak le yang tuh, nak amik seketul ni jer pung.

IMG_9099

aku risau je dalam kedai nih, abang kakak dok memain gak but aku dok remind le dalam ni banyak kaca kang jangan ada yang terlanggar bersepai ha….mak kau gak kena bayau

IMG_9104

rumah aku tu dah ada 2 step ladders yang 3 steps. Satu dok bawah, satu dok atas. Tapi bila nak pakai kat bilik kakak, kena le pergi bilik sana amik, so aku beli ni extra 2 terus. Tak boleh  nak gegaduh ngamik bagai yek.

IMG_9108

camne aku tak bebel, ada je lawak jenaka bebudak 2 orang nih

IMG_9109

bila tengok gambar nih, oh selain letak pinggan basahan boleh je letak lam cabinets aku tuh, untuk tetutup periuk, kan kan kan, molek gak, leh amik yang 1 tier jer for letak pinggan basuh, lagi murah. Ada yang contractor cabinets aku provide, but ada yang tidak, so nak cecanggih lain tambahan kena le beli sendiri.

IMG_9116

We left these 2 ladders kat sini lepas bayar and pi makan. Bebudak ni nak kena suap makan dulu sebelum movie.

IMG_9119

Kita makan kat Kenny Rogers, aku dah ingat nak pi kopitiam ke mana tah, coz dulu mana ada Kenny nih, susah nak makan halal kat Viva coz banyak restaurant non halal je dalamnya.

looking into this photo, my first son and daughter, dah besarnya lahai….

IMG_9124

macam aku tak makan je, aku makan mushroom soup, tapi makan suku je, bebudak ni dok pau mak nya. Yang macarony cheese tu, muak ler, tak leh nak telan. sesudu pun payah. Bebudak pun sama tak leh nak goooo

IMG_9126

Abang kakak makan lamb chop and steak, aku add on ayam seketul yang quarter tu pun kekongsi ngan anak2, diorang suka betul makan kat sini coz sedap sangat. Specially kakak ler, sampai lam movie dok terkenang2 kesedapan Kenny nih, leh kita datang lagi yek kids…

IMG_9128

abang nak selfie lah!

kena touch up kasi cantik dulu plate abang..

aku peratikan jer gaya budak bujang nih

IMG_9130

amik dulu, nanti balik rumah ada wifi abang leh share gambar2 ni kat kenkawan abang hehehehe

IMG_9134

yeah begitulah anak2 kita. aku pun jarang selfie ler, bila peperlu je sangat. Kakak takde hp, kena grounded hp for a month plus coz dia tak siapkan tuition’s homeworks (kantoi ngan maknya).

IMG_9141

Habis dinner, abang hantar dulu the ladders and food ke kereta while aku ngan Kakak naik atas to buy the popcorns for them. Well, about the Jurrasic park, hemm bebudak suka ler. Aku tak suka hahaha, tak best kot, not my type of movie. Balik malam tu, apaknya balik je dari kerja aku terus kong, letih kau, tetua ni 3 locations in a day, boleh tahan le pancit sangat.

Hari tu anak2 belajar 3 perkara:

1. Manager Kenny Rogers tengok kami tak luak makan macarony tu, he was then offered a new one with less cheese, complimentary. Tu yang kita tapau. Thanks (beyond our expectation betul yang Kenny will do so), yet kita tak komplen pun.

2. I am an MBO member so points memang penting le tiap kali beli food ke or bayau tix, even dah penah redeemed gak before. So bila beratur untuk bayar tix (tak beli online coz it was less than 1 hour + show), the ticketing adik tu cakap yang system down so tak leh nak amik points. I told her, even your system down ke apa, you kena gak amik my record manually and once your system is up, u boleh insert. This is my right as a customer, if 10 kali down, 10 kali le rugi points aku.

The manager agreed, he ajar the ticketing staff (think she s quite new), coz she memang tak tau camne nak do manually. I wonder gak, takkan le MBO customers lain tak komplen kot suh budak tu buat manually? But pastuh bila aku pi bayar untuk popcorn, cashier sana amik pulak points kita manually and aku tengok ramai gak nama yang dia dah tulis kat bukunya. So bukan aku le gak yang make noise pasal korang kena amik our membership details kan, though your system dah down.

3. Same girl gak, at MBO – Bila dia bayar balik the balance of my money, short 5 sen. Oh well, itu duit kan, my right. Teppanyaki KLCC selalu buat camtu gak, burn duit 5 sen customers. So I asked her politely, yang duit you bagi short 5 cent, dia cakap takde 5 sen, the manager ada lagi situ belakangnya, told her to give me 10cents even they dont have 5 cents. Yes, not because aku kedekut ke hapa, but korang ada macam2 jenis service charge ngan dunia GST lagi skang nih, my 5 cents kalau korang tak pulangkan for 50pax, dah berapa korang untung?  I told my kids, this is not about mami being so berkira kedekut but system yang govt buat sekarang dah buat kita rakyat susah, jadi kita jangan nak bagi muka ngan depa, if that s your right, ask for it, unless korang tak kisah, malas nak drama.

Abang kakak dapat pelbagai pengalaman baru hari tu, depa bebudak so tak tau sepak terajang dunia wang ringgit, yang depa tau, nak apa saja, mintak duit, paling besar pun depa buat, kena simpan duit belanja sekolah untuk pergi berjalan bila cuti sekolah (for eg ice skating), jadi incidents atas ni semua depa belajar baru ler.

As we grow older, we learn new things, that s for sure.

Comment: 8