The gold…

 

IMG_3650

walaupun dia lonjong, dan aku pendek but dialah kawan aku dari hari pertama kami kat ITM Jengka tuh…but of cos kita pun ada jatuh bangun sesama…my bff, Ima

Hari tu dia balik KL so dapatlah kita reronda kolumpo muahaha….ni lunch hour, jadi lunch and shopping (aku yang shopping ler dia tukang ngekor)

hah aku beli kain Variente tuh, the pink one. aritu dah ada merah kan…

IMG_3727

few nites later pulak, depa satu family datang raya rumah aku…aku pun habis kerja lambat so dapat buat spaggeti je paling laju, itupun kakak yang tolong buatkan hahaha, mak nya sampai rumah dari opis pun dah jam berapa. Thanks Kakak, sedap betul spaghetti anak dara mak merah tuh.

IMG_3741

sayang masa ni laki aku tak de ye ler dia kan odd hours sikit waktu kerjanya, jadi kekita jer lah…borak borak borak..thanks Ima Sham and kids for coming…

IMG_4041

another day pulak kita pi dating serangkai…kali ni banyak tempat pergi. Like our old days zezaman ITM, anak dara dulu. We went and watch the Fantastic Four. Mak datuk aku punya nak tertidurrrrrrrrrr ler tengok cerita tu! Kesal tengok hahahaa….sampai Ima dok ko jangan tidur oi, jangan nak membuta pulak. Aku rasa kalau aku sorang je kan, mau nya aku chow keluar panggung kot.

IMG_4044

kenapa posing camni, hah  nantilah kita cerita kat hujung2 entry hahahaa….lepas movie, eh sebelum tu kita makan ler. Pastu kita pergi reronda carik periuk kahkahkah, pun tak beli ler. Aku nak buat ketupat tahun depan so nak ler ada periuk besau belanga panjang bagak tuh.

IMG_4048

Ini mana pulak yek, oh ini le kedai periuk hiks…this was at Viva Mall. Tengok wayang kat situ senang, near by to our house jer…cam pelik le kan aku posing camni, ok kemudian sambung di hujung salam hahahaa

IMG_4053

Lepas tu kita ke HUKM, nak melawat our fren’s son, tapi dia dah discharge pulak, dah parked tapi nasib baik le tak terus terjah konon nak buat surprise kan. Udahlah HUKM tu dari parking ke ward boleh tahan mengahnya. Then kita divert ke kedai DIY Bandar Permaisuri. Hah aku beli loyang, konon nak buat ler kuih seri muka. Tapi adoi susahnya remeh ler, beli tempah je lah hahahaa…Tengoklah, kalau rajin aku belajar le lagi kuih seri muka nih (my eldest son is so lah pencinta kuih seri muka nih).

Kedai periuk Viva punya loyak seketul 15hinggit, kat kedai DIY ni 5 hinggit pun tak sampai kau! Sekali 2 aku beli.

Kita jugak pergi kedai 2 ringgit, ada le memasing beli itu ini. Kedai2 DIY and 2 ringgit ni memang best gak, masa aku baru nak pindah / dah pindah aritu, memang banyak barang aku carik kat situ jer. Masa bulan puasa kan, lagi ler walaupun kena balik masak, aku tetap gak terjah, nak barang cepat punya pasal. Tak leh tunggu laki pi beli.

Actually laki aku ler yang begitu suka ngan DIY nih, aku kemudiannya baru jadi fan, tak suka sangat dulu coz parking adoiiiiiiiiiiiii!! aku kalau tetempat yang kena park susah ni memang really lah, dah terpaksa jugak baru pergi.

IMG_4062

lastly sebelum Maghrib kita mentekedarah lagi pulak kat QBistro. Layan member jauh, aku bantai teh tarik. Baguslah berat naik. But actually akak memang sengaja naikkan berat badan, ada sebabnya. hahahaha tunggu le nanti news keluar. I ada engagement lah, i have to look fat first. Gitu kan, kena nampak gemuk pulak, apo nak buat, blogjob sume tuh. Rezeki.

IMG_4065

Skang member akak Ima ni dah balik semula to Beijing ler…tapi hah kenapa le kan asyik Kak Red selfie sangat. Aku pakai gold earing baru muahahha, Ima hadiahkan for my belated birthday. Dapat jam2 tu jam2 tu gak pakai. Tapi tu lah, malam tu buat pakai tidur, sebelahnya hilang kau huwaaaaaaaaaaaaaa!! Esoknya baru jumpa, alhamdulillah.

Lepas tuh, one day tu akak bawak pi kerja, sampai opis lepas sejam gitu sampai ada member tegur kenapa sebelah je earring kau. Oh meng. ah sudah. So akak terpaksa ler jalan balik ke laluan yang dari kereta ke opis, reversekan, kot2 jatuh kat memana lah kan.

Last2 sampai kereta, hah kau, ada kat seat kereta. Lega giler! Syukur sangat. Kekdahnya aku kan dalam kereta sambil driving dalam jam tu aku dok make up, kalau pagi tu rambut basuh, wpun dah blow dry, tetap gak aku kekibas gak rambut tu kasi bebas, jadi masa ngah make up memain lepas rambut dalam kereta tu yang tercabut.

The 3rd one pulak dia tercabut masa Michael (my hairstylist) baru singkap rambut, nasib baik ler sedar. Jadi selepas 3 kejadian, malas le akak nak pergi Poh Kong kan (lain lah ada kat KLCC tuh), so laki aku playarkan kasi ketat hook tuh. Hah kau, takut kang pasni kalau loose gak ada yang tinggal sebelah jer. Thanks Ima for the lovely Poh Kong gold earing, tahun depan gelang tangan ke rantai leher pulak yek hahhahaa…

Speaking of emas, i may look rugged or modern but aku adalah sangat pencinta barang kemas/emas. Time raya ke wedding, memang mak sarung dik!

Comment: 5