Our kaki ayam’s story…

IMG_4286

she s not taller than me, but dia pakai wedges tinggi aku, pasalnya…. mak nampak kemetot

IMG_4309

sebelum birkin blue tu expire, baik kita lunyai pakai dulu…

IMG_4383

the group of Red Family

Kakak in complete of Aidijuma, dari jubah ke tudung. abang masih lagi dengan konsep pakai topi coz his hair tak pepanjang lagi, dari awal cuti dia buat skinhead, saje gatei….pastuh bila kuor hah tu lah asyik bertopi jer..

magnet aku, kalau boleh nak masuk dalam perut. aku suh pi dok kat bapaknya, ingat peha mak kau tu kuat nak tampung ko dik, pun dia tak nak. Bukan masa ni jer, most of the time kalau kat luar mana pun, even at home pun nak berkepit jeeeee ngan maknya

itu kalau cakap masa tidur, lagi ler, selagi boleh mengempitttttttttttt. kalau kita tolak dia sket, jap lagi dia datang balik. shan shan….

IMG_4387

Dr Adzrul and isteri, Selamat Pengantin Baru Adz and Najwa

terima kasih atas jemputan mesra, semoga diberkati perkahwinan kalian and kekal ke akhir hayat

IMG_4419

oi dah macam keje pejabat je ko dik

dan tetiba kita dah sampai ke IKEA Cheras….wedding was jauh lah kat Bukit Jelutong, but we tak nak balik rumah, but aku pun tak nak berjalan sangat coz aku ngah sarat berbaju tradisional, dengan barang kemas bergemerlip…so berpusingan kita kat Shah Alam lah bagai. If balik rumah kang, bapaknya sure tarik bantal pasang aircond tidur. or movie online. So kids dok jom lah jalan jomlah jalan…

hasilnya ke IKEA. aku rasa ikea tu ok lah lagi bercatwalk dari aku jalan kat satu mall kan…some more near by gak ngan our house kat Cheras.

IMG_4471

tapi idok le aku berbarang kemas segala, semua tu aku cabut ler masa kat sini. Pakai masa wedding jer…then kita pusing2 ikea tuh, but most of the time aku ngan Zeeshan berduaan jer, coz half time depa spend dalam surau (i was cuti), and habis makan kat sini pun, aku ngan Zeeshan jalan caloo dulu…as ai said, he s my magnet sangat kan.

Silap besar betullah pi Ikea waktu gini, udahlah public holidays, cuti sekolahnya, homeng….manusiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa is unsengkarable. Tak de urgency datang sini but tu lah, nak gak mencelah tengah ribuan manusia dalam nih.

Beratur makan ni jer….sampai ke luar luar lane hujungggg nun, in fact trolley dah mmg takdelah, kita pakai tray je 3 beranak angkat. Magnet aku ada sama, dia pun nak memilih gak. Abang’s job carik meja makan, pun dia dapat yang hujungggggggggggggg belah kanan dalam tuh. Phew.

Udahlah aku ngan kakak sakit kaki  nih, salah kasut daaaa…..

IMG_4477

habis depa makan, aku ngan Zeeshan jalan dulu. Elok gak dia ni tengok Bajrangi hindustan tuh, coz dia dok takut je nak melencong ke mana, dok risau je aku ilang dari mata dia. Kan kes Muni / Shahida tertinggal train berpisah ngan maknya tu kan, hah….terus Zeeshan sedar diri, kena always be with mak abah if kat luar. Aku masukkan dia dalam trolley nih, ko pegang handbag mak ye dik…

Ada gak aku tinggalkan dia 5,6 langkah jer, nak tengok something2 ler, means dia masih dalam pandangan mata aku, but dia pulak yang risau tengok aku bergerak jauh dari dia, terus dia tinggalkan benda yang dia main and pegang tangan aku. Mummy waitttttt for me, begitu kau dia jerit.

Suh je anak2 korang tengok Bajrangi Bhaijaan and sesambil tu reracun sket ler. Sure diorang pun risau, tak nak le hilang mak apak kan hiks…

IMG_4480

dan kat bahagian pokok2 bunga segala IKEA tu, aku cabut wedges aku, tak tahan siot. Kakak pun joined the club,dia coz first time pakai wedges gak tu yang sama sakit. Sedap bebas jer selamba kita berjalan ngan kakiayam. at least kakak tu ada ler gak socksnya kan. Bila tengok beraturnya, oh lagi satu omeng gak. Kakak dah longlai2…adik sedap ler dok lam trolley.

dahlah mananya ngan drama kad ikea tuh. We didnt bring our IKEA family card, jadik masa kat kaunter makan bayar tuh budak cashier tu tanya je our membership number. But bila kat counter depan pulak, cashier tu dok cakap without physical card, tak boleh nak swipe coz itu dia punya KPI kena buat macam tu. Super *^#&)_) betullah. Ada lagi tu kalau tak bawak kena pi kiosk yang belakang hujung dunia tuh and reprint balik the card. Ko ada 18ribu orang kat belakang kau, ko tak kelakar ke nak suh aku pi patah balik? eii sakit jiwa lah.

The end…but aku kena pi visit balik ikea gak pasnih coz nak redeem points. I did the online redemption, tapi still kena gak pi kiosk depa amik printing vouchers tu, banyak hal betullah ikea nih. tak boleh ke semua sekali jalan online jer, auto kat membership card ko tuh. Grrrr

Dan kami 2 beranak pun berkaki ayam, sampai ke parking kereta…pun bahagia. Biarlah orang yang memandang, asal kami 2 beranak happily ever after :) . the boys dont care one hiks…

Comment: 5