Dec 16 2013 Monday, 9:00 am
Maid Story, The Truth!
toksey le letak gambo our birthday luncheon bebanyak, amik satu je cukup hah. Kami makan kat Wong Solo, mengenang untuk negaranya punya food, konon le kan. Itupun aku masih lagi demam sangat but kerna keperihatinan untuk seorang maid, our house helper, so aku tekadkan badan untuk keluar makan kejap, celebrate her birthday. Beli kek, only for her to eat. Kita bernyanyian reramai birthday song, staff WS pun dok dari belakang senyum simpul terharu sama.
Dia pun lagi ler, sampai menangis2 terkejut sedih pilu gembira beribu jenis perasan, hadiah birthday pun aku bagi jugak, in fact setiap bulan pun dapat hadiah, mak encik ko jenis suka bagi barang so bersyukurlah ye cik helper. Habis celebrate kami berdua pulang, coz aku kan tak sihat tapi the 4 of them melanjut pergi berjalan….
Happy Birthday Bibik…dengan ucapan. Ko jangan nak lari yer!
So a few weeks ago, ada aku letak status nih kat FB Page. Dan seperti dijangka, cerita maids antara yang paling tegar dan rancak diperceritakan, memasing penuh dengan kisah, ada yang manis dan mostlynya pahit memanjang. I pasted here some of the comments, SOME sahaja, tak mampu nak letak bebanyak.
If you nak baca lagi cerita dari kawan2 readers akak, boleh tengok kat link FB akak nih nanti, penuh beronak bila baca cerita2 mereka tentang maids dan helpers dalam hidup kita nih.
https://www.facebook.com/redmummydotcom/posts/10152500636048298
Setelah aku dimusibatkan dek kisah tragedi maid aku few years ago, masa aku ngah pregnant yang tak kuasa dah aku nak sebut namanya dulu, i did have lots of maid after that. Dah tak kuasa nak pikir dan kira berapa kerugian dan sakit hati yang dapat, cuma kalau ada yang nak berkongsi patah hati, kahkahkah…mehlah sama.
Ada yang kena tipu, ada yang kena caras ada macam2 jenis perangai dan ragam maids yang kita jumpa. Despite of kita layan dia baik memolek, tapi ada jugak yang buat hal, tak banyak sikit. Macam aku pulak, maid aku pun ada jugak buat hal but apa yang aku boleh close one eye, aku tutup je lah, apa yang boleh tegur, kita tegurlah. Pergi bawak holiday, pergi berjalan, kalau ada rezeki lelebih sesama kongsi tapi ada jugak yang tak pernah nak bersyukur, ada cerita yang pi menggatal, ada yang bawak bangla datang rumah, ada yang buat onar, dera anak2 kita, who knows, hanya kita yang jadi majikan je lah yang menahan hati.
Ramai jugak yang bila dah serik, tak sanggup dah nak ada maids, but kalau ada peluang nak jadi housewife, mungkin itu jalan terakhir, menguruskan sendiri family matters, tapi ada yang masih belum mampu untuk stay home, tak dapa hantar day care (pun day care pun ada masalah yang tak pernah kita dapat menidakkannya), so at the end, kita loose some kita gain some.
A friend of mine, back from her holiday, tengok maid dok menyarung her bra, panties happily. Bukan selai 2, selonggok bila diselongkar bilik maid. Pun dia tak boleh nak sack coz keadaan dia yang memerlukan maids menguruskan anak dan rumah, but she wont be extending the permitlah, habis permit, dia tekad nak tukar lain. Ada jugak yang menangis bercerita macamana longlai barang berharga di rumah, maid bertahun gained the trust tapi akhirnya lari bersama barang kemas dan wang ringgit.
Boleh luluh jantung dan geram gila dengan hal2 maid nih, macam aku cakap, walau baik mana kita menjaga mereka, kalau mereka mula nak buat hal….semua kebaikan kita all gone by them. Ada yang 1 dari 10 akan mendapat maids terbaik, mungkin satu je salah silap dia yang kita nampak dan dia mulia untuk kerja dengan kita demi sesuap nasi orang di kampung…semoga maid aku pun macam tu jugaklah. Amin.
Jadi, apakah cerita kalian, ibu dan bapak sekalian, or rahsia maids yang hendak korang kongsikan. It s time to hah muntahkanlah semuanya. Tak banyak sikit, hok geram2 tu boleh membantu kot 🙂
Mya
Dec 16, 2013 @ 09:26:31
saya takde maid kak. tak mampu dan tak berkeperluan he he.
tapi kaklong saya once upon a time penah ada maid.
awal2 ok la, baik je jaga anak saudara saya semua.
tapi bila dah ujung2 tu cam dah berubah sikit.
macam ala2 nak caras abang long saya. huhu.
elok cukup time, kaklong tak renew dah permit dia.
sekarang dah takde maid dah, anak2 hantar nursery.
malam kalau kaklong saya kerja, abang long jaga anak-anak sendiri.
begitulah kisahnya.
Mya recently posted..Rose Hair Perfume
siti
Dec 16, 2013 @ 10:24:07
ahaaa siti pun penah experience dgn 2 org maids
sorang ok bertahan 3 thn, as usual memula mmg ok, lama2 naik tocang, mintak nk cuti. tapi sokay lama2 kita pun ok jer… tapi ni jenis kasar sikit. kesian kat anak kecik tah apa dia buat. kadang perasan jgk dia salinkan baju anak, kasar sgt…
tapi yg bestnye boleh berkongsi cerita/masalah dgn dia..
but 1 day nak jadi cerita, ct blk rmh mengejut, tgk dia takde kat rmh. anak ditinggalnya tido dlm buai…heh time tu geram sgt! pastu dia blk kite pun nak marah lah… then terus drama ckp ‘ok takpe kalo ibuk xsuka, saya nak berhenti skrg!’
sebenarnya cari point dah taknak keje la tu… then xpela saya nekad soh dia berenti. sbb prestasi makin teruk di thn ke 3… then jiran ada bgtau yg dia selalu keluar tinggal anak (3thn dan sethn) time saya pegi keje… heh
yg maid ke 2 pulak, keje 5 bln dah lari sesubuh. time tu baru dapat gaji 1st… sebab kita soal dia, sebenarnya dia cubit anak berbekas 2 belah peha tapi taknak ngaku. then ct xbercakap dgn dia seminggu, tgk2 dia dh larik. keke sebbaik tak dikebasnye apa2 barang.
tapi modus operandi depa nih, 2-2 maid mintak duit 2-3k katanya nak biaya anak sakit kat kg… paham sgt taktik nih. lagi 1 ada yg pengotor sikit, biasa yg tu…yg memula dtg bertudung litup, lama2 tudung terbang pun ada..kesimpulannya rimas dgn depa2 nih…now saya dah dkt 2thn takde maid huuu
siti recently posted..Macam-Macam di i-City
Aiza
Dec 16, 2013 @ 10:29:36
Pernah ade maid..2 orang..Seriously..SERIK!!!!
(bukan nak burukkan..tapi..Allah je yang tau..x dinafikan ade yang baik cm yg bekerja dengan keluarga mertua skrg nih..thn depan nak balik dh..bibik nih pon dah berumur)
Kalo diberi pilihan, nak jaga anak sendiri..semua ditangan sendiri..
1st maid- Suami dia keje dengan FIL..
Pada aiza ok lah..at least suami dia ade..senang kalo nak complaint ke pape..
Hurm..macam mana nak mula pon xtau..
Aiza xmintak lelaen..Tolong jaga anak & kemas rumah pape yang patut..
Masak..awal² lagi aiza ckp..aiza masak sendiri..kaen baju tolong ampai je..
Start buat hal..alkisahnya..nak dekat ngn suami dia..siap mtx tukar dgn maid MIL aiza..
yang paling xtahan..bila gi rumah MIL aiza..buruk² kan kita plak!!!
Ok fine!!!Bawa bincang depan keluarga mertua aiza, suami dia pon ade skali..Nampak cam ok..tapi bila bagi cuti..last² lari balik dengan suami dia skali..
Amik plak yang ke-2..nampak macam ok..
tapi x boleh di tegur..pernah tegur..(dengan nada yang baek..walo aiza nih garang..tp takut anak diapa²kan time kita x de..) bila anak kita mintak pape kat dia..
boleh plak dia cakap..”x payah mintak sama bibik..bibik jahat!”
aduh!! ke situ plak dia..
Xceli yang nih pernah keje kilang kat sini..bayangkan pergi Segambut..Dia boleh tunjuk jalan kat suami aiza..
Pon buat yang sama..dok mengadu kat mertua yang x der lauk bagai..
Lauk mewah mana yang dia nak..apa yang kita org makan, itulah juga yang dia makan..
kalo rasa x nak..nak buat sendiri..silakan..aiza x pernah halang pon..
sama juga..bawa bincang..boleh dia cakap yang x pernah belikan baju semua..
bila kita cakap..kan selalu time keluar tuh tanya nak beli baju ke tidak?? katanya x nak..
paling besh kak..nak tau dia jawab ape??!
“kalo nak beli, beli aje..x payah tanya”
Nih cuti x pernah miss..(pergi segambut)..
Dah biasa keja kilang bebas..kena jaga budak bagai kan..
Paling aiza bersyukur sangat²..masa dia lari..anak² dengan aiza..
Start dr situ lah..rasa serik sgt² nak pakai maid..
macam komplot je bibik² nih memburukkan aiza..aduyai..
dh lah dia yang lari kita yang kena denda..
Ntah lah..x tau nak cakap..
pu3mawar
Dec 16, 2013 @ 10:39:36
Mcm-mcm cerita maid ye kak red… Sy surrender dah nak pakai maid… Ada pengalaman 6 maid semuanya.. yg lari, yg tak reti keja, yg mental, yg dera anak, yg mencuri,yg bagus pun ada… Yg mental, duk bergelap dlm bilik, tapi pintu bilik tak tutup, bantai bukak baju… adoiiii seb baik time subuh2 tu husband tak bangun lagi… Yang mendera anak jgn ckp la… siap lari cilok barang.. at last kena tangkap polis. bab yg tak reti keja tu, pejam sebelah mata la gak.. dalam pejam-pejam, dalam diam baju kita di laram…
smiley
Dec 16, 2013 @ 10:55:38
Assalamualaikum,
Ohh a’aa pengalaman akk psl maids mmg creepy..kagum dgn mereka dh ada pengalaman yg mengerikan tapi still kuatkan hati utk mencari maid lain..kalau sy, sekali kena mmg buat sy serik sgt
smiley recently posted..Surprise!
JunAina
Dec 16, 2013 @ 13:05:54
Cerita main ni macam2 banyak sakit hati dan makan hati dari suka hati terpaksa punya pasal kita pon dengah rela hati terpaksa terima semua. Saya 2 tahun je guna maid lepas anak2 besar sikit dan habis permit saya hai2 bye2lah… Maid baik, bagus layan anak tapi bab masak2 saya buat sendirilah tp tak bestnya jiran pulak selalu tumpangkan anak minta maid kita tengokkan…haisshhh…
JunAina recently posted..Zon Keutamaan
Lyn Yusoff
Dec 19, 2013 @ 17:53:45
so far tak pernah ade maid indo.. ada dulu pun maid org kita jer.
tapi dia sgt bagus..
maid abg & kakak pun so far tak lagi buat perangai..
harap2 nya mcm tu lah
Lyn Yusoff recently posted..Gelak-Gelak
suriaamanda
Dec 31, 2013 @ 11:59:58
x pernah ada pengalaman guna maid…pernah bercadang nak amik maid sebab mak dah x kuat dan selalu sakit…tp mak x bagi…takut abah di bawak lari katanya
suriaamanda recently posted..Lawak Akhir Tahun 2013