Bersama Mak Merah

Bersama Mak Merah

Salam Kak Red…

hope the whole family berada dlm keadaan sihat dan happy selalu… I have a problem… whereby saya jenis susah nak confront orang,, so nak mintak tolong dari readers Kak Red and your goodself sekali on how to convey this problem to this person in a better way and w/o insulting her… anyway fyi she’s a pregnant lady… Saya dah published cerita nih dlm blog saya, but the respon sgt few… that is why mencari alternatif di sini before I shoot her an email…

Kalau Kak Red nak adjust ayat2 yg dah saya type tu I don’t mind, as long as the intention sampai sudah… just nak opinion your readers about this before I proceed to shoot her an email. Anyway saya copy/paste jer dari blog saya and this is what I have published… I have adjust some info.. Thank you in advance Kak Red…

Happy Monday all.. I hate to start my Monday with negative vibes showering me… pagi2 saya dah niat untuk nak rajin bekerja… and dah set kat minda of good things will happen in the office… tak nak asyik fikir negative pasal kerja and company… Tapiiiii Sampai office jer.. meja saya agak terusik… mouse tersasar dari posisi asal dia…(ayat sangat skema) dan sedikit kotor.. kotor dengan sisa-sisa pemadam… alaa yang bila kita erase tulisan dgn eraser tu then ada serbuk2 dia tu… haa tu laaa.. ok tak pe lagi I’m cool… maybe makhluk tu hanya gunakan meja saya untuk buat kerja dia….

tak pelaa sharing is caring kan… walau pun si makhluk tu bukan staff kat office nih… ( ni saya assume jer, coz every Saturday hanya akan ada satu staff jer yg kerja… so kalau ada extra tu..mesti org bawaan si staff tersebut) So.. I’m still cool… tak pe kotor boleh bersihkan.. serak boleh kemaskan… BUT… after log in the computer… something happen… so saya buat laa kerja CSI sikit… check sini sana… hmm makhluk tersebut bukan saja menggunakan meja saya… dia juga menggunakan komputer saya.. untuk log in ke website seperti Wayn.com, Friendplay.com dan macam-macam lagi yang saya sendiri tak pernah browse atau pernah tahu…..

So persoalannya… makhluk tersebut of coz orang luar… nak tegur..saya tak tahu siapa.. tapi kalau dia bekerja laa..prinsip kat office dia.. boleh ke bukan staff utilise sesuka hati… siap boleh log in komputer staff yang ade… mesti ada undang-undang kan…

So persoalan pada si pembawa makhluk tersebut…. walaupun office kita nih undang-undangnya flexsible…. tapi janganlaa sampai melampau menggunakan harta benda office dan jugak komputer milik staff lain di dalam office untuk orang luar guna … dan sewenang-wenangnya memberi atau membantu makhluk tersebut untuk log in id pemilik komputer itu… kira pecah amanah laa..

awak bagi password saya pada org luar…. privacy saya dah di cabuli!!! walaupun ia komputer milik syarikat… tak perlu la saya nak tegur atau warning perkara begini… gunalaa akal….u should know..

So my dear Redmummy readers.. what do you think, macam mana saya nak beritahu dia.. sebabnya dia adalah ibu mengandung tapi prob nih bukan 1st time dah berkali-kali cuma saya tak nak kecoh ajer ?

Any suggestions ? Terima Kasih in advance to all..

– Aliah

Comment: 12

Bersama Mak Merah

tadi parent aku datang…aku pun ikut ar family aku kuar jalan2…then sampai umah aku ni dalam maghrib..lepas solat maghrib aku terus tido.. then dalam kul 11 aku bangun,tgk peti ais housemate aku x switch on fridge lagi..adehh..da la mak aku kasi makanan..kang basi lak kalo x bukak switch on fridge,dengan air menitik2..

tujuan housemate aku tutup fridge sebab nak kasi cair ais yang da membeku macam kutub utara…dah tu,xmo bawak kuar segala yang ada dalam fridge tu..bayangkan makanan korang dlm fridge ,air bertakong pikir2..ish kalo nak tunggu minah ni buat keje memang lembab giler aar…last2 , aku amik inisiatif untuk buat sindri,buang segala ais tu…aku ketuk2 xmo kuar…then dapat idea , ,curah air panas kat ats ais,then tepi penjuru aku amik skru driver celup dalam air panas and ketuk2 la ais itu..walla ..senang keje,cepat lak tu…ahaks..buang segala air dalam baldi…da selesai sume tuang dalam kolah bilik air.

Yang aku bengangnye dengan housemate aku ni,leps je aku masuk bilik,die cek..eee bengang tol aaa…macam die bos plak kat umah ni…ape ko ingt ko supervisor aku ke hape siot tol…die cek itu ,cek bilik air..ekeleh…aku x fahamla nape die mesti buat macam tu…aku siap basuh segala kain buruk okay…bersih terus dapo tuh..nak harapkan housemate…sampai mati la x merasa nak tengok pemandangan indah kat umah ni…siot tol! perrgh x tahan beb…siap cek segala mak nenek ape aku buat tadi…bodoh tol.. nape eh mesti housemate aku ni terlebey supervise aku?

kalo nak harap die buat keje jgn harap aar…kalo menyapu tu,die suke sapu2,lepas tu letak kat corner,sampai bertimbun2 habuk…adehhh..yang tu condsider bersih ke.. kalo barang aku letak kat luar bilik tau plak bisng,tapi barang2 die kat luar bole plak.apesal aku x bole die boleh?x paham la…

– tensioner

Comment: 8

Bersama Mak Merah

salam kak red,

Slama ni saya cuma merupakan silent reader blog ini sahaja.. Membaca kisah kebahagiaan kak red & family.. Sebenarnya saya mempunyai seorang kekasih & kami telah b’kenalan hampir setahun.. Semasa berkenalan,dia mengatakan bahawa dirinya duda & mempunyai seorang anak..

Bagi saya semua itu tidak penting kerana saya menerima dirinya seadanya.. Tetapi setelah hampir 3 bulan kami bercinta,dia membuka rahsianya yang sebenar.. Dia masih lagi belum bercerai dengan isterinya tetapi mereka telah tinggal berasingan selama 2 tahun lebih..

Pada mulanya sukar untuk saya menerima hakikat itu tapi akhirnya saya pasrah pada takdir saya.. Hakikatnya saya terlalu menyintainya & sejujurnya,saya bukanlah seseorang yang mudah beralih kasih sekelip mata.. Jadi saya memberi peluang kepada dia & juga diri saya sendiri..

Baru² ini hubungan kami semakin serius & dia telah melamar saya unofficially.. Tapi malangnya hasratnya itu telah dihalang oleh keluarganya.. Malah mama kekasih saya telah memujuk isterinya untuk kembali bersama & baru² ini memang mereka telah kembali tinggal sebumbung.. Isterinya juga sudah mengakui kesilapannya & berjanji x akan meninggalkannya lagi.. Kini kami cuma berhubung sebagai teman biasa..

Tetapi dia tetap melayan saya seperti saya kekasihnya.. Dia juga mengakui yang dia menyayangi kedua²nya.. Saya buntu..

Saya masih menyayanginya tetapi saya tidak mahu menjadi perosak kebahagiaan rumah tangga mereka.. Saya juga sudah cuba menjauhkan diri tetapi semakin saya menjauhkan diri,dia semakin menghampiri saya.. Apakah yg saya patut lakukan..

Bantulah saya..

– inlurve

Short Announcement:

RM is printing the RM’s car sticker, please fill up your form via this entry. Thankies….


Comment: 3

Bersama Mak Merah

hai kak red…

saye nak mintak suggestion from those yang dah penah g bandung.

trip saye bulan 5 ni, pakai redah ajer g ni..so nak tau la experiences from those yang dah penah g (FOS yang best, kedai mane yang murah, benda yang perlu alert, mode of transportations, kedai makan yang halal…etc)

time kasih …sharing is caring….=) MMMMUUUUAH! LOVE RM =p


**my suggestion to visit these 3 blogs: they just went to Bandung few months back….

1. http://umimia.blogspot.com/search/label/bandung%20trip

2. http://thesunearthmoon.blogspot.com/search/label/Bandung

3. http://maidreamsphoto.blogspot.com/

Comment: 8

Bersama Mak Merah

Salam kak red,

Saya nk mintak tolong kak red promote kan event saya ni kepada suma readers kak red. Saya mewakili Finance student dari MMU Melaka. Kami akan mengadakan International Conference and Economic Event 2009 ( http://ibf0809.com/ ) bertempat di Dataran Pahlawan, Melaka pada 1&2 Mei ini.

Untuk maklumat lanjut, bolehla lawati laman web kami. Selain daripada Conference, kami juga menyediakan tapak(booth) untuk berniaga. Ini dibawah bazaar organizer yang akan berlansung pada hari dan tempat yang sama. Berkenaan dengan promosi sekitar Melaka, itu akan diuruskan oleh pihak kami. Disini kami ingin mempelawa sesiapa yang berminat untuk membeli tapak tersebut. Untuk maklumat lanjut boleh tengok di http://www.mmubazaar09.wordpress.com/.

Kalo ade sesape yang berminat, boleh email saya di mmu_bazaar09@yahoo.com atau Hp no: 019-6708308. Proposal akan diberi apabila di request oleh sesiapa yg berminat.

Thanks so much kak red… Regards, Tas

**promo tp aku letak lam entry BMM lah yer…

Comment: 2