Family

Dah tau kahwin ngan keturunan Melaka, duit toll kena sediakan dik!

IMG_6656

photo wajib ditempek di dalam RM coz cousin yang paling rapat ngan aku demand gambor ni kena letak, she s my loyal reader for so many yearssssssssssssss!!!

IMG_6661

another photo with my cousin, 2 makciks and my mom too…the topic for this photo kedua makcik aku punya rantai gelang barang emas berselirat koooooooo!!! bila tau aku nak blogkan, terus memasing sorok tak nak tunjuk…muahahaha, makcik2 saya terkenal dengan barang kemas yang oiii

aku tu lah sebentuk cincin sahaja di jari, sejak kes rumah aku kena pecah, memang takde naluri nak beremas baru, i just have 1 diamond ring, cincin lain pun ada yang sempat terselamat dari kena ngap but jari dah tak muat, ai kan buntal.

IMG_6710

saya sangat looking forward dengan wedding ni. i missed one of my cousin’s wedding gak yang fall on the same day with my Astro Byond PVR event, tu wakil sama family aku je lah. apa nak buat. the 2 cousins pulak kawin sehari selepas pulak tuh. so on Sunday, i hv blocked for this wedding kaw2….tapi baju takde nak pakai. sigh. ni lah masalahnya bila tak banyak baju tradisional. ada tu ada, tp nak simpan jimat utk hari raya. pastu biasanya baju kurung or kebaya ni aku pakai berulang2 pun.

the concept of the wedding is purpleeeeeeeeeeeee! pengantin perempuan adalah sepupu terapat saya, kami membesar dari kecil bersama2 dengan rumah kami pun depan belakang pun sama gak kat Alam Shah dulu. so dahlah jiran, sepupu sendirilah jugak.

diorg jadi jiran aku coz masa maknya (adik ibuku) lepak umah mak aku masa muda2 dulu pastu sorang staff SAS sudah berkenan sama makcik ku, tu yang kawin hehehe…terus jadi jiran wpun pangkat sedara.

oh ye wpun pengantin perempuan sepupu saya, aku pun pelik camne adik aku leh jadi pengapit pengantin lelaki muahahhaa…padanlah bila sms dok jwb odw semedang, rupanya dok bersiap pakai baju melayu kooo! hikss Ginga oh Ginga, ko asik lah jadi pengapit kan, bila ko nak carik bini?

IMG_6715

Sebab saya havoc and sangat happeningggggggggggggggg, aku mesti jadi penggerak utama utk wedding sepupu aku nih. one of my jobs with my cousins lain and makcik2 lain dengan mendapat arahan dari Mak Ajah ibuku and Maklong kami, we have to be the toll guard! Oh saya orang KL mmg betul tapi keturunan mak abah aku semua dari Melaka + Singapore. so adat Melaka adalah wajib ada toll ye di dalam perkahwinan belah perempuan.

IMG_6727

Kita selamatkan dulu pengantin perempuan, naik letak atas pelamin, and mulakan proses toll! haisay, adik aku ni pun satu ko jadi pengapit tapi ko tak remind ke pengantin yang dia kena sediakan tol berderet2. Abih aku korek poket pengantin lelaki, nan ado nya jugak toll nya heh!

IMG_6733

Dik, nak lepas sini kena ada bayar toll dik

saya takdak duit kak

manyaklah ko jawab takdak duit, suh pengapit ko bayokan…kena gak toll!

IMG_6736

Sesengih Ginga ulurkan sekeping toll, ciss, yang berdiri bersusun batallion pengantin perempuan punya ramai, ko bagi satu angpau jer! oklah sebab dah kat kol 2 kita bagilah laluan kat pengantin lelaki..itupun sebab mak pengantin perempuan dah suh kitorg berenti iskk…

mana aci!

laki aku dulu Sirman nak kawin ngan aku, bape punya banyak tollllllllllllllll dia kena ko!

IMG_6744

ko ingat abih dah ke dik keja ko, ada lagi satu toll ye kena bayo. tu ha makcik ku dah tunggu kat kerusi pengantin. Btw, pengantin lelaki tu sakit mata tak tahan panas tu yang pakai rayban! aku dah suh bukak tapi dia tak nak jugak. Masa ni memang diorg tak de duit ko, mmg tak sediakan duit toll langsung, nasib baik ada tangan mana tah yang selamatkan keadaan, ulurlah RM30 untuk toll di atas pelamin sahaja. eh ok ler tuh, kalo takde orang ulur nak selamatkan korang, takde ko dok atas pelamin tu yek.

To you yang tak biasa ngan adat Melaka, family saya memang kuat ngan adat tol2 ni yer. itupun dulu kalau lepas abih majlis, kita main air ngan arang. tapi sejak arwah Atuk meninggal, budaya tu telah diberhentikan serta merta. Arwah Nenek tak bagi…

IMG_6757

Selamatlah bahagia kamu Nani…..dedua Cikgu 🙂

IMG_6791

nampak uzur dah Ayahanda saya, he leads the doa selamat untuk majlis perkahwinan ini…..

IMG_6820

dan aku kembali menjadi mereka yang bekerja di balik tabir sket…ater rasa bersalah coz malam tu tak tolong menanggah berinai sama kan….kan aku bz kedaung dok event Astro lor…takpe takpe, aku qada buat keje setengah hari suntuk di siang hari pulak.

IMG_6873

ehcehcehh….sibuk korang yek. abang gegirl and their 2 cousins…

IMG_6885

Sirman, awat gambo saya ngan pengantin satu ni jer yang solo?

eh adalah jugak gambar you yer, gambar I dari beratus I snap langsung takde…

hahahah ah ah ko, satu hapa gambo Sirman takdak, ater dia yang pegang camera. sapa suh 😛

IMG_6934

Family photos….

IMG_6961

comel kan anak buah aku yang pompuan bertudung tuh…dulu kekecik dia lah yang aku kendong kulu kilir! lady yang long hair tu is my future sis in law….bf dia adik bongsu aku.

IMG_6953

si bongsu Adikku yang bertuah! bersama pasangan baru pengantin yang pada hari sabtunya aku tidak dapat hadhir. eh baju kebaya merah dia tu kan, aku ada gak baju tuh, beli dulu kat Bandung…panas woorr baju tu bila pakai tetengah siang hari. sib baik aku tak pakai, kalo tak boria hiksss

IMG_6828

nyampahs….oklah letak gak gambo mamat nih yang masih lagi solo, very fussy tak jumpa2 lagi the right woman. Ginga yang tetiba kena jadi pengapit pengantin lelaki yet he s from the family of pengantin perempuan. Ginga ni adik aku ler.

IMG_6978

ok suka gambar ni cos wpun penat, melikat panas, peluh berkuap2 kuor, make up pun dah lencun, tapi puas hati coz dapat sama2 tolong sket2 for my cousin.

IMG_6985

Alolo….itu makcik saya, adalah kisah pilu sedih sket…mana leh citer weih. aku kan boleh jadi listener gak 🙂

IMG_6627

nak jugak letak gambar nih…the 4 women in my family. My mom, on my right hand is my little sister and the left is my big sister. apesal aku yang lain sket? muahahhaha..dahlah aku paling comel dan kerendahan dari diorg, aku jugak yang paling rock and giler. yeyyyyyyyyyy! takpe, saya sayang mereka semuaaaaaaaa!

IMG_6988

last pose yek sebelum Sirman menutup camera DSLR nya. kalo aku amik gambo sirman lagi sian peluh meruap2 pakcik tuh….diorg ada engaged prof cameraman jugak, but sirman nya camera lain package, utk sedara mara, he usually save kan dalam CD and pass to the respective person. utk koleksi depa sendiri….

Ya tamat, moga perkahwinan mu berkekalan ke akhir hayat, dan walaupun sudah merantau mengikut kampung halaman suami di Johor, tidak lupa dengan family di KL…tenang2 menjadi isteri, the first 5 years adalah satu mainan perkahwinan yang paling hebat.

wah gaya cakap….aterr! been there done that before. perkahwinan ada pahit manisnya, saya juga ada mengalami getir benir dan onak manis, tapi alhamdulillah, saya sayangggggggggggg Sirman saya 🙂 .

eii..tetiba ucap sayang depan2 public, korang jangan blush kay.

Comment: 21

Entry ni pun sama gak, once a month lor!

IMG_1655

serious sejuk perut mak ngandungkan ko…eh bukan sejuk. sedap hati mak ko kay…

ha tau napa?

bukan si adik, adiknya ngah sibuk main ngan cousin tu ha. bukan jugak si bapak, yang sibuk baca paper. si anak lelaki yang dok amik quran mengaji and baca. memanglah kat umah kat sek agama dia mengaji, but bila dia terasa nak mengaji kat umah neneknya, nampak quran. tak ke sejuknya hati ibu ko bang.

IMG_1667

tapi kejap je lah…

kejap pun, one progress yer. aku ada hutang abanglah…aku nak bawak dia berdating. and sirman to bring gegirl out. and pastuh aku bawak gegirl dating, and sirman bawak abang pulak. it s a 2 + 2 dating lah. not in 1 family. coz nak bonding ngan anak2 ni kena guna macam2 style…

kalo pagi marah, thari aku dah pi merendek ngan depa.

kalo malam aku merajuk, jam2 tu gak diorg pujuk. apa2 je lah kan, but i dont want my kids afraid with us, but they have to keep on respecting the parents, can share anything with their parents too.

IMG_1661

tu pasal kadang2 aku tidur ngan abang, kat biliknya berduaan. kadang2 gak aku suh sirman tidur luar, wahhahaha….sebab mak nak tidur bertigaan ngan anak2nya. tak yah dihalau pun sirman pandai je bawak diri. kadang2 gak aku pulak kena tidur sorang2 coz depa bertigaan. ada kalanya waktu aku ngah tidur ngan abang, gegirl pulak mencari maknya, anak 2 kor..kalau anak bertambah2 lagi ha pusing2 gitu gak. semua nak melekat.

aritu memang aku marah ngan abang, kena gaklah rotan. tapi petang dah reda and we are frens back. i know his pride jaga maruah dia, so aku takdelah share kisah kena rotan tu ngan sapa2 except kat lam blog. it s a lesson to all of us. ntahlah, i love them so muchhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, anak2 kita kan.

haritu aku sempat tengok cerekarama ke hapa yang kisah anak ilang nama Dila tu, the last 30min tu aku tengok iskk sedihnya.

IMG_1645

makan pun payah…nenek suh makan nasi tak mau, makan satay tamo, so makan nasi lemak share berdua. wpun diorg ni dah besar, tapi kalau kat opis tu kadang2 aku rindu jer nak peluk2 diaorang. ingat tak aku cakap kalau ada peluang, if event tu tak leceh, aku angkut je anak2 aku ni kulu kilir. kalo kat opis lak, if diorang tak tepon, aku dah pelik, coz they will keep on calling me and bapak diorang to give the latest updates.

tengok gambar diaorg berdua nih, Ya Allah, panjangkanlah umur kami untuk bersama….sekurang2nya hingga mereka besar dan bisa berdikari.

IMG_1640

Irish is the latest edition in Sirman’s family nya side. born 3 months ago, kira the little cousin to my kids lah. payah nau nak suh Sirman pegangkan baby nih, manjang je kata dah lupa lah, tak geti lah. aku cakap aku nak terbeseh bonar baru dia pegangkan. Dont think we are going to have the 3rd in the family, coz aku sendiri dah nak pasang IUS (dok tak dapat carik slot yang suits me and my gynae yet).

Frustkah korang…??

eh janganlah, gitu, rezeki anak itu dari Allah, i have 2 beautiful Abang and Gegirl already, aku sedang menikmati ciptaan Allah yang aku rasa patut sangat2 bersyukur. Tho masa baru2 kawin we planned to have 4, but I guess, 1 pair is enough, tapi aku pun cakap jer, kalau ada, tarak hal.

ada kawan aku pas beranak sorang, anak dah umur 10 taun sampai la ni dia x nak beranak pinak lagi coz dia takut if she has another child, she has to split her love to her kids. vavavaaaa….so beranak sorang je lah. laki ke kawan2 ke family do suh beranak lagi, tetap gak dia ngan own decision. so what to do. pilihan itu di tangan kita…

Comment: 8

RM merempit dalam kedaruratan…

IMG_1115

Monday petang, jem ya hamat hazabbbbbbbbbbbbbbb!!! sangat2 tak bergerak bila kami stuck kat depan tabung haji for 1 hour! serious x bergerak. aku dah dalam keadaan kritikal untuk mengencing sesangat. not only me, Gegirl too. i was fetched by Sirman and my family lain, then amik sister aku pulak kat opis dia, so we were like stranded lama gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr….sib baik sis aku ada belikan kuih muih buat melapik perut makan dalam kereta.

the situation was so critical, i cannot go out from the car to cross the road untuk kencing carik toilet, tak berani aku heh nak melintas, gegirl pun nak kencing sama gak tuh.

So my sis called my bro’s help, the bongsu. dia dah sampai rumah, n he heard jalan tun razak memang hebat tak bergerak, kes air naik. dek kerna kakaknya dah darurat, dia pun patah balik ngan tak bukak baju kerja, to rescue the sis and his little niece.

IMG_1118

dah lama aku x naik motor…lamaa bonarlah jugak. but dalam keadaan terpaksa yang darurat gini, kena lah jugak adik aku datang coz jem melampo2 sangat. but bila passed by RHB/Technip takde pulak jem nya. tu lah bape kali aku dah perasan, 2 minggu ni police traffic asik tahan jalan yang kitorg lalu from jln tun razak, and dia bagi yang those kat jalan bukit bintang jalan lagi lama than us. waahahahh….cannot oor.

eh aku siap called police traffic check kenapa sampai tak bergerak2 jalan tun razak tuh.

IMG_1117

aku terpaksa angkut gegirl naik motor sama coz dia pun dah critical nak buang air kecil. but naik motor ngan adik aku nih banyak giler pesanan dia. coz kita pun benti keter tepi jalan jer so x sempat nak letak hbag aku lam bonet motor belakang dia. should leave my hbag kat sirman jer. dah tentulah kitorg yg naik motor ni sampai dulu…

acik nak laju ke nak biasa?

eh bawak biasa2 jer, jangan ko nak merempit!

so adik bawak quite flexi lah tak laju tak slow cam kura2 smyx aku tuh. but aku pelik jap2 dia tengok kiri kanan, agak2 ada motor lain lalu dia slow, bila kat traffic light dia bagi motor lain depan dia belakang. so aku wonder ler napa. dia cakap hbag aku tu wpun aku peluk in between dia and gegirl pun tak boleh, orang boleh tarik. so dia takut kang orang tengok  minah ni leh makan ha kau, nangis jer. hbag ilang takper, but buatnya accident jatuh bagai. waaa tidak tidak!

sampai2 umah terus mencicit aku n gegirl naik atas…actually masa ngan Sirman dah nampak Shell tp masa tu jugak adik aku sampai, so pecut jugak coz nak lagi redha pakai toilet rumah. tu kalo adik aku tak sampai ngan motor dia, harus aku masuk gak shell toilet tuh.

oh i twitted bout this, amboi…kalo aku tau singgah je kat opis Ayu The Sun, but nak turn ke kiri pun mak datuk, manusia berlawan2 kereta tak nak bagi jalan. But ini keadaan yang paling terdesak, lagipun aku ada Sirman yang drive the car, if i m alone, nak aku campak ke mana pulak kereta aku heiiiiii….

Sirman pun naik menyampah tengok aku dah bising nak terkucil2 bangat, so since Adik dah sampai, dihalaunyalah anak bininya pi naik motor. ya satu tragedi or kenangan yang sangat2 tak dijangkakan 🙂

Comment: 38

Fun under the moon…

image

yo! citer lama hahahahhaa….thanks to picasa. kalau tidak entry ni nun jadi 8pages gamaknya. we had a family dinner, ni tak semua lah x cukup pun group family members sirman, so mana yang ada jer joined the dinner in Ramai Restaurant. dinner lauk biasalah, segala jenis tomyam, sayurs, ikan, udang, sotong. but ada drama lah jugak kat sini. waktu odw ke restaurant nih, adalah pulak budak2 tu nampak funfair kat tesco. so memasing dah melonjak nak sangat pi funfair tuh.

cam biasalah kalau budak2 ni mintak, makpaknya jawab ‘nanti mummy daddy think dulu’

so gegirl dok gedek2 ngan aku nak jugak pi funfair. while tunggu food sampai, dia dok usha2 lagi, so i said to both of them, ok kita boleh pergi funfair with 2 conditions:

1. dinner makan kena banyak2 and abihkan

2. pi pujuk daddy mintak daddy bagi izin pergi funfair, puji2lah daddy melambung2 sket.

so gegirl pun buat keje dia, peluk2 cium2 bapaknya. siap lah eii hari ni daddy hensemnya.... hahahah punyalah dia nak daddynya bawak pi funfair. tapi sirman mengada, dia nak main2kan anak2 nya lagi, mementang kuasa veto kat tangan dia..

nantilah daddy think lagi

ntah camne bape kali dia dah buat baik ngan bapaknya, dok jwb think think lagi

terus dia sentap merajuk nangis jam2 tu gak, tutup muka kat meja makan tuh. dahlah orang ramai nih..iskk gegirl…satu keje aku nak memujuk hati laranya. lama giler gak dia merajuk, but masa tu lah sirman terus ok ok kita pergi funfair. ha ko laju giler makannya…

abang steady jer, dia dah pujuk bapaknya sekali 2 ok cun, sebab dia tau adiknya mesti usaha nak pujuk si bapak. lgpun tak macho lah kan nak sentap2 depan family members hohooo….

so funfair timeeeeeeeeeeeeee!!!

image

funfair ni budak2 n sirman n pak sedaranya je yang main. aku ngan mak mertua jadi tukang sorak. tapi ada satu menda tuh aku naik ngan the kids, adoiyai, dahlah lama dia berpusing, pinau2 pala aku. kids steady jer. aku siap tutup mata tak menahan punya pening. that s the first and the last game lah yang aku main, x larat tol tetua ni ikut sama ngan depa. aku kena naik sama coz gegirl tu kecik nau so kena ada orang tua, takkan abang sorang je nak menjaga adiknya naik menda tuh.

but mahal tol lah funfair nih, satu token = RM2, so ada yang pemenan nak naik main tuh lam 3 tokens, ha kira lah bape tokens kena bayo. aku tukar RM60. licin sekejap jer….adalah jugak dpt adiah main, alah benda kekecik tuh jer, janji depa senyap. bila abang dpt, adiknya kalah, dah angin so kena main lagi. ngam2 duit abih 60 jom balikkkkkkkkkkkkk.

cuma funfair gini bahaya arr…ada yang macam buaian besi, mak datuk orang yang naik berpusing2 lalu atas pala kitorg. ngeriiii….

but overall, it s a good nite out with our family, we gotta bring my MIL keluar dinner and joined by other family members, budak2 pertama kalinya masuk funfair, n aku muntah2 lepas naik benda pusing2 tuh ngan anak2. rider apa heh namanya…

ok dah abih citer.

watamat….

Comment: 13

Bila dah banyak kali beranak pinak…

IMG_0842

i had to decline 2 functions coz we hv planned to go back to Sirman’s hometown. In the event that it s not advertorial function, i will not accept unless it s necessary. necessary means no conflict, no clash with other important personal matters and kalau aku rajin. being RM yang have to cover lots of events, saya hanya accept pada yang more on advertorial purposes sahaja. which means, kalau ada masyuk, saya pi cover, kalau selinggang mak merah, tu hard lah me nak terjah.

not cos aku sesaja x leh nak pergi pun ye coz it will then a conflict to NN yang tak mau aku attend cover event yang  later will get free advertisement in RM. but ada jugak saya pergi and tapi i x blogkan. ok tnc nih ada macam2 lah pro kontra…but kalau jemputan dari kenalan2 yang macam dah kenal RM and aku pun selesa ngan depa, i will surely datang punyalahh……

so jangan takut untuk panjangkan jemputan yer 🙂

IMG_0862

the weather looks so great in Sirman’s hometown so kids keluarkan senjata badminton memasing and played with their uncles…aku pun main sama lawan ngan BIL aku, huh leh tahan gak tak handalnya adik ipar aku tuh hahaha…pancit ko piz!

IMG_0850

bergaya tol ko bang melibas pak piz ko!

IMG_0853

n cos leka main, badminton set tu sumer tertinggal kat umah MIL aku, hah apa lagik baik punya sirman kena leter ngan aku. ater sumer barang ko nak suh bini ko ingatkan amik packkan bagai so apa jadik…kan dah tertinggal. pakcik tu kalau kuor umah tau bawak badan jer lah…sebab bininya ada, so dia tau sume bini nya leh ingat leh bawakkan.

camne aku x jadi paku ngan penukul. dipaku baru bertukul. x berpaku tak jalan woorr…

IMG_0845

the hula hoop yang Gegirl kendong dari VA, just to show to her nenek that she can do it, hari2 ko dia main benda nih naik rimas aku. dahlah rumah penuh ngan perabot so kat bilik aku gak dia berpusing2 ngan menatang ring merah tuh. and abang + sirman pulak buat main magic hapa2 lah tak paham aku the boys nih. ada je modal diorg nak bikin aku pening pala ngan benda tuh.

IMG_0867

we called up all Sirman’s siblings to join our dinner, this time we skipped dinner at my mom in law’s house, bawak dia kuor makan lah pulak. asiklah makan kat umah jer, sian plak mak mertua aku tuh. dahlah tinggal ngan anak2 bujangnya jer…santak lam our car terus to Ramai Restaurant. will come out with that entry later2.  muka berminyak licin habis, coz no setitik make up pun i pakai.. 🙂

IMG_0859

ngah2 main badminton tuh ada kitten dok rengek2 jalan compang camping. halahai. abang being abang yang sangat lah pet lover (ko kena bukak kedai pet shop lah sok sok bang, tak pun jadi doctor haiwan). terus mintak izin nak bawak balik! amboi banyak cekadak. kitten tu ada ibunya…mana ke pulak maknya pergi nih…

ibunya kucing belaan MIL aku. actually mak mertua aku x bela, tapi kucing2 nih suke melepak kat umah MIL aku so tu yang jadi kekal. ada tu dah kat 20 taun, so jadi lah kucing mak mertua aku. sian depa susah nak makan, tu yang mak aku bela bagi makan sampai kekal dok umah mak mertua aku. tapi tu lah mana ke mak si kitten nih.

IMG_0864

carik punya carik rupanya mak si kitten tu ngah siap tidur mati lam bilik adik ipar aku. hamboi ko, beranak pandai, tidur sedap jer ek lam bilik, anak ko, ko letak kat tengah padang kebulur. si anak dapat mak nya terus dia carik tetek nakkan susu. si mak nya ni dah tua benor, beranak dah puluh kali sampai anak pun letak merata. anak nak menetek pun dia malas nak melayan. abang angkut si kitty and maknya letak lam cage kat belakang umah MIL aku tuh. ha ko dok diam2 lam cage tuh bagi anak ko minum susu tu dulu.

Si Reddy aku plak, i m now not sure she s pregnant or not, rasanya mcm tidak lah pulak, coz x naik2 pun perut dia. this means Kemek nya upacara ehem ehem adalah gagal. fail lah ko. kena anto Reddy kat umah MIL aku kot biar kena kawin ngan kucing MIL aku baru jalan. but aku x nak lah ngan kucing2 sana, aku nak kucing2 ala bangsa Kemek or Reddy gak, baru berkembang kepersianan depa tuh..ehcewahhh.

Jodoh Reddy pun aku nak tentukan hahahahha….

Comment: 23