Mak

The 68th and The Camp!

IMG_8079

kat tangah si kecil tu ada ipong apaknya yang laki aku dok seriau jer if anaknya baling ke bawah. Memang ada dia baling pun, tapi sket lagi nak masuk dalam kawah steak abang hahahaha….

we had our dinner kat Western Cafe, ada indoor and outdoor. kalau hujan mau bertempiaran lari masuk dalam. Just few of us jer, Abah pun takde, ada hal.

Bawak mak jer and my little sister’s family.

IMG_8088

First time gak kita makan kat sini, not badlah. boleh order dari western and kalau nak melayu (wpun restaurant ni ada gak melayu menu) but boleh order di cafe sebelah. Side by side.

mos tof us amik western.

aku je amik nasi putih ngan tomyam putih coz Zeeshan nak nasi. dia suka fries but tak healthy and tak kenyang, so aku amik nasi putih makan kekongsi ngan Zeeshan. He is very encik nasi yer….pantang nampak nasi dah menganga.

IMG_8084

Mak turns 68

alhamdulillah…..semoga dipanjangkan umur murah lagi rezeki, untuk kembali lagi ke Mekah seperti hari2 dan tahunnya sebelum ini. Amin….

nak bawak mak pi makan nipun aku dok tanya nak makan mana, dia dok nak ajak pi makan kat tempat yang sokmo dia makan kan tuh, so kita tukar selera. Berkejaran aku balik kerja aritu nak make sure on time sampai.

IMG_8212

the next day, early morning, big kids went to Sepang.

Ini kali venue berlainan dan ada agenda yang agak beza walaupun tak banyak. Yang penting venue lain tu yang wajib. Sepang agak jauh tapi dulu pun yang biasa KICK buat pun sama je jauhnya…

 

IMG_8216

3 nites 4 days getaway, camping 2 beradik ni, sebab dah banyak kali sangat pergi, semua dah sebati for them. Cuma packing baju semua, masih aku yang monitor. masih jugak aku yang buat.

buat tetengah rumah. aku petik je

pi amik spender 8 lai (eh kakak pakai disposable panties, much easier).

pi amik socks 8 pairs

pi amik baju 8 lai

pi amik pi amik pi amik

pastu depa rolled up

pastu aku rombak balik coz tak puas hati ngan roll up depa

macam tu lah….

one medium size luggage for Kakak, and 1 small luggage and 1 bagpack for Abang. Facilitator pun dah kenal depa 2 nih. Pergi bertahun berkali2 pun takde nya dapat discount, tetap gak bayar sama. tak kira le anak Redmummy pun, walaupun free promotion jugak depa dapat sini.

IMG_8222

kakak dan abangnya di hujung2…

kadang2 abang bukan nak cakap kat orang dia ada adik sama kat camping nih tau. Sometimes sampai dah habis tamat KICK pun kawan2 batch dia tak tau le ko ada adik ke sama kat sini…

ha gitu

perahsia sungguh….

Frankly speaking masa kat camping macam ni lah abang akan ada bertambah kawan melayu, oklah kakak pun sama, but abang lebih lagi suka collect number phones the girls, and the boys, tak banyak pun. the girls yang ke main banyak heh.

 

IMG_8227

Datuk Dr Fadzilah Kamsah ngah beri taklimat to the parents.

IMG_8208

 

Tuesday 26th depa balik. Pun apaknya yang jemputkan. Pergi dah tentu ler apaknya yang hantar sama. Aku tak kuasa nak ngekor.

habis 4 hari, bapaknya jemput jugak….thanks RD. sebab u ada in town. kalau u takde, i ler yang pergi ke Sepang tuh.

eh aku pernahlah jemput bebudak ni, waktu tu bapak depa overseas. masa tu aku baru few months beranak. dahlah datang awal, pump tetek tak bawak, astaga….nangis aku masa tu tunggu balik, susu dah membengkak betul!

clip_image001[6]

 daddy cakap budak dua orang ni duduk ke main jauh each other coz abang tak nak orang tau dia ada adik ikut sama pi camping yet sisternya pulak ramai dok usha tanya korek rahsia si abang….

clip_image001

clip_image001[4]

balik petang tu, siap kemas badan mandi makan solat, terus mintak handphone…

malam tu dia tunjuk salah satu wechat yang dia dapat dari teman campingnya

wah…awak tau tak, awak ni hotlah, kita semua cakap pasal awak dalam dorm tau!

mummy, hot tu apa? takkanlah hot panas tu?

muahahahhaa

abang abang….ko hot bang! wakakakak

so anw, malam tu, sebelum pergi dan balik dari camping, depa bergusti. Lead by Zeeshan.

Tengok tengok tengok hah….

Eh lain kali ler tepek. Kedekut sket hari ini 🙂

 

Comment: 4

Untuk party buih!

 hari tu aku letih

sampai umah dari opis bawak budak2 2 orang tu anto ke Kumon class depa. Bapaknya kan masa tu tak balik lagi, 2 weeks away so kerja untuk 2 orang laki bini/makpak aku le kena memikul sorang. Pas hantar depa kat Kumon, aku patah ke rumah mak aku pulak bawak mak ajah pi pasar Bunyen kalau begitulah ejaannya.

ni biasa pasar2 ni keje laki aku heh, once in 2 weeks depa pi Tesco and Bunyen wpun sebelum pi Bangkok dah beli sampai laki aku bayau RM700 pun tapi ada jugak tak cukup barang.

IMG_4916

staff kat Bunyen ni layan mak aku first class betul. sampai aku dok tengok jer berdiri pegang trolley heheheheh. Ada le aku amik tu amik nih, malas nak campur mak aku nya keje ngutip ikan sayur bagai ngan staff2 bangla sana. Sonok je depa borak, nampak nau ler aku pun memang first time le pergi pasar Bunyen nih.

Laki aku kalau pi sini, dia bawak batallion, aku je yang dok rumah ngan si kecil.

pastuh, dah beli2 nih…anto Mak Ajah balik, aku patah balik rumah…

angkut bebarang dapur, huh biasa pakai trolley tolak tuh, ni kena angkat ngan kudrat sendiri dah macam orang kuat sangat! naik muscle, terkempis jer sket perut. sket jer ler.

laju2 kemas apa yang patut, kuor balik coz nak jemput abang kakak pulak dari Kumon….

IMG_4919

mestilah aku angkut si kecil ni sama. dia dah tengok aku siap nak keluar, dok excited carik kasutnya kay. pandai ko yek. kalau aku tinggalkan lagi le dia meraung heh. and one thing dia dah pandai sangat tengok camera, mesti senyum posing….comel ler ko. bukan ko jer, sume baby comelsssssssssssssss!

aku rajin amik gambar depa2 ni setiap masa coz anto terus ke bapaknya. poknya nak tau update anak2 24/7!

masa nak ke kereta tu aku bagi le dia jalan, ke main ni pegang tangan maknya jalan sama….tapi adoi lambatnya nak sampai! terus aku offer dokong, pun dia suka, ye laju sikit mak ko nak bercergas.

IMG_4922

Tapi baru je sampai Kumon dia dah membongkang!

oh teringat aku dulu masa dia baru 5,6 bulan kot masa bapaknya takde berbulan tuh dia meragam memalam, last2 aku amik kunci keter, angkat dia letak lam keter, pusing seround dua, terus tidur lena! kadang2 depa ni ada ragamnya, sedap kot tidur lam keter nih beralun je badan

IMG_4908

by the way….

letih2 hal tu takper, kita nak pi getaway. dah siap untuk party buih!

IMG_4907

oi aku nak beli pump jap

eh apesal red nak beli pump, kan dia dah ada breast pump dia?

dia nak beli pump pelampung anak dia ler!! ko ni

hahahahahaha tak senonoh kawan aku!

Comment: 11

New Coach for Mak Ajah…

IMG_9033

alolooo

ha putih melepak gak nih, comei je… almost 11 years later korang tengok abang camner

bukan aje takat lonjong, but very the black coffee.

IMG_9032

he looks like his younger brother kan kan?

inilah Abang, rasanya baru habis berpantang, belum 2 bulan gamaknya. iras betul ngan adik bongsunya.

ini saja iklan…untuk nak tunjuk handbag baru!

IMG_9030IMG_9028

a new Coach for my Mak Ajah.

Eh birthday mak lambat lagi

Amik je lah, hadiah sesaja, tengok handbag Mak dah koyak tuh..

Alhamdulillah, mekasih.

Sungguh sebenarnya dia tak tau pun the value of each bags, standardlah mak aku memang gitu, tapi asal saja boleh sumbat semua barangnya ke surau masjid, letak telekung, AlQuran bagai, dah syukur pada ibuku.  Sampai sahaja bag ni, terus dari tangan postmen, thanks Princess Victoria Stylo coz tolong ship this bag out for Mak Ajah.

Bag aku je lah yang bayangnya tak nampak, bau pun takdak.

Comment: 21

Duit dok mengalir je weih……..!

IMG02095-20100825-0025

wiwittttt! orang sokmo cakap kalau aku tua, ha macam muka mak aku tuh. kira satu chop lah gitu! so anw, by this time mak ajah dah terbang jauh ke bumi Mekah. Epi and I tak leh nak hantar siangnya ke KLIA, adik badik lain yang hantar, so we came at nite. tapi nak menunggu mak aku balik dr tadarus halahai, sampai terpaksa aku ngan Sirman jemput mak dari surau lah….ni kitorg muka2 dah past midnite worr….

si Epi tu perasan dia pun ada makwe lam RM yang minat dia gak, so sakan lah nak suh aku kuorkan muka dia gak…well, insyallah mak ajah balik sehari 2 sebelum Syawal. semoga selamatlah hendaknya mak ku di sana. Sayang makkkkk!

IMG02092-20100824-1510

rial and sin dollars…

IMG02097-20100825-1025

dan duit di musim raya ni dah macam air menjerlus….duit rial tu top up untuk mak ajah aku pakai kat sana. i oso had to change to S$1,500. Hello Singaporean, i m not going there. kalo aku pergi, aku pi sesenyap ahhahaha takde maknanya bulan2 puasa ni nak berjalan weih.. duit malaysia tu aku pulak keje aku jadi Ah Long untuk penukaran ke duit raya. aku kutip dari budak2 opis untuk ditukarkan ngan lagi bapak Ah Long gitu heheheheh. dah dapat pun duit rayanya tapi sebab aku dah bagi2 kan no photos lah. so settled tang tuh.

ni blom lagi duit lain, aku teringin nak beli curtain pasang siap, selain dari IKEA kat mana ada jual yek? aku dah ada ukuran langsir, tak standard ngan biasa tp tu lah nak mencariknya manghaik, sumpah tak tau. so saya yang hena ini mohon bantuan dari korang, adakah tuan puan tahu di mana ada jual selain IKEA?

ikut laki aku pakai je sampai 10tahun, isk, orang laki sume bantai amik mudah jer. curtain aku yang cantik merah menyala jahitan lawa tu aku buat kat jakarta, pagi tempah petang diorg siapkan. memang cung! tapi awatnya sampai nak buat jauh ke jakarta, yang kat kl pun ado tp again, alasan basi aku, dah nak rayaaaaaaaaaa baruuuuuu heboh nak mencarik. huh very the systematic and tak organise langsung!

so tolong tolong……. sian aku, mak jauh kat mekah nun.

Comment: 21

Waktu Bonda di Mekah …

kenangan 150

front row, 2nd from the right (brown handbag)

27112009149

the right ujung sekaliiiiiii

kenangan 145

the black jubah, left side, yang ngah dok menulis

kenangan 137

yang pakai sunglasses lah sapa lagik….

bagi laluan kat mak ajah aku boleh? mak aku kay, mak RM. mak aku yang sokmo baca citer aku lam papers majalah, tengok tv anaknya ni hah tapi tak pernah nak puji. dia puji belakang anaknya jer….paling den sodeh syahdu dengar…ni aku terdengar kay, coz we were in sedara’s house bila mak terpuji2 anaknya si merah nih..oh kembang2 aku. tu pasal mak x suka puji anak2nya ni hah dedepan…

masa aku nak beranakkan dedua anak, dari awal sampai ujung mak aku tunggu, tetiap ari datang dok spital sama, jaga lam pantangpun mak aku yang buat, datang pagi umah aku, petang dia balik. oh mak ai lap u makkkkkkk!!!

btw mak aku memang tetiap taun pi rumah Allah, pak aji aku pun sama. taun nih pun depa pi lagi, but usually depa jarang pi together2, biasa abah aku pi tengah taun waktu cuti sekolah and mak ajah pi ujung taun bila bulan ramadhan. as always. eh gambo mak aku pakai sunglasses tuh coz matanya x berapa ok yer, dia x leh kena panas, sejak 2,3 taun nih tu yang kuor umah jer mmg kena ada kaca mata itam..

i got these photos from Sirman, which he got from the ustaz in the same agency yang mak aku pergi. yelah makpak aku bukan internet nya orang. so anak menantulah yang kerojerkan…since in RM i hv so many entries, i put this entry special for mak mak…and mak ajah ku, and mak mertua ku hahahahah, sekali arung. oh to mak mertua ku, ok ok this weekend kitorg balik mak…this wkend takdak event 🙂

Selamat Hari Ibu ye sumer 🙂

Mother’s Day is coming, i think i m going to buy something else for our both mothers. taun lepas adiah bday diorg kitorg bagi handbags, taun nih mau bagi apa ek. ado idea? asik handbags jer diorg dapat….nak bagi hp bukannya mak aku jenis gadget, hp lama gak dia suka pakai. apa ek?

IKLAN: to my kids, bagitau kat bapak korang, mak korang nak hadiah handbag yekkk.

nak bawak pi makan kang sumer anak cucu menantu lain nak ikut huii ngaco je korang, apa ek apa ek ek ? ado idea dok? tetiba bila buat entry ni takde idea nak pikir tang ole-ole…

Comment: 46