Mak

Pulangnya si ibu…

IMG19900

kids tinggal kat umah atuknya ngan adik badik aku….ini dah midnite yang oi! mak ajah is back from Mekah, supposedly landing lam kol 1230 mlm lah gitu…

memandangkan tengah malam and kompem sampai umah pun 2,3 pagi…so hanya 2 keter sahaja yang pergi.

IMG19912

n just 4 of us…my dad pak aji, sirman and i, and adik aku Epi. lain sume tinggal umah tak yah ikut. ada gak yang tidur lam keter plak yang oii…

tapi bila sampai2 flight was delayed like an hour, sure kol 230 pagi gak baru mak ajah kuor plak…

IMG19903

waktu epi and sirman tak nak parking dalam, aku legar2 and shopping kat dalam klia tu. beli bun lah yang oi…

sirman dok nampak aku pegang plastik shopping laju je dia ‘sempat lagi soping tuh?’

hoi orang beli roti coklat la…lapoooooo!

n bila dengo flight delayed apa lagi kenalah jugak diorg parked keter kat dalam.

IMG19909

roti coklat tak cukup, kol 1 pagi kita makan McD…nyam nyam pelenyammm sambil buat sessi ngumpat. antara sessinya ialah kisah artist2 yang baru2 ni kena tutttttttttttttttttt………!

ko tau tak cik, kenapa ada artist yang add ko dalam FB, yet diorg bukan kenal ko

ha ah ada artist yang add aku, tp ada yang aku reject coz pehal artist2 tu nak add aku, bukan aku artist pun. so napa? unless diorg add aku  nya FB fan page lah, itu mmg aku takleh nak reject, sesapa could join.

sebab diorng target kat famous bloggers, kalau apa2 diorang leh detect coz korang kan dah jadi frens list korang. andaikata korang pi kutuk diorg artist  ni dalam blog, so tau lah mana nak attack.

ek enek gitu plak??

korang caya ke fakta ni??

IMG19914

eh mak ajah dah kuor…….almost at 3am. dari penuh bhagian menunggu tu sampai tinggal suam2 orang nya, coz mak aku kuor terakhir sekali. dia menunggu air zam zam nya yang lambat plak nak kuor. itupun ada air zam zam yang dia postkan jugak dr Mekah.

IMG19916

eh ceh ceh…peluk2 nampak….

rindu ek. sian abah, sakit tak berapa sihat.

IMG19921

IMG19919

ya gitu hampir kol 4pagi lebih gak lah baru sampai umah, tidur pun pas subuh. betullah mata aku boliang sesangat…ngan reramai yang pi keje pun masuk lambat, eh ai tak keje, ai ngan sirman cuti cuti year end huhuuu! Alhamdulillah mak ku sihat walafiat……..

anak2 aku and sume orang pun dok membongkang bila mak ajah balik. we went back to VA wtout kids cos sirman malas nak dukung anak2 nya sesatu masuk lam keter…tapi depa bangun esoknya jap jap tepon napa tak bawak diorg balik. tak boleh kasi can langsung lah budak2 ni…. nenek korang balik pi lah kepit ngan nenek tu yang oi.

Rerasanya taun depan mak abah aku pi buat umrah lagi kot….salah sorang anaknya akan turut serta. turn sapa plak kali ni yek…4 anak mak abah dah bawak, ada 4 lagi yang blom menyusul.

Amin……

Comment: 17

Rukun Haji untuk Mak…

IMG_1932

someone is sick, totally sick wt her asthma attack. tepat kena at 12midnite. wah..jam berdenting tengah malam je dia datang kau! napa ek. it was so bad, sampai sirman kena lari patah balik amik inhaler aku yang tertinggal.

oh yes ai dont talk so much bout my asthma prob, tp lately ni melampau2 pulak. asal malam je dia datang. asal aku ngah tidur je dia menyemput. siang2 ke main plak ko sihat. mlm je aku s/by inhaler bawah bantal lagi, hai napa le ko semput.

IMG_1933

so mak ajah nak berangkat naik haji. dah past midnite kau, mak aku bersunglasses lagi, mata mak kan tak berapa baik, so dia pakai sesiap kot kang terlupa letak lam bag dia kang.

kitorg adik beradik cucu2 je yang anto, itupun tak semua menantu ada, ramai tunggu kat Kelana Jaya terus.

IMG_1937

lam keter aku, mak ajah and pak aji and sirman jer. n luggage sume sumbat lam keter aku, so kami dapat terus masuk dalam.yang lain parking luar. sesungguhnya aku sebenarnya berada di alam lain waktu ni. abah aku sblm tu bagi aku ubat batuk yang selepas setengah jam, aku jadi high giler.

mata tak leh nak bukak langsung

ngah carik tpt nak landing sesangat

IMG_1942

eh beso kan baju aku,tu jacket sirman da.

aku dahlah rugged kan, tp boleh yang rugged ni jer pakai jubah. adik badik aku yang bertudung sumer pakai suor. ciss korang! eh tapi senanglah pakai jubah,dalam suor. aku malas nak berbaju kurung, sungguh aku sangat pemalas nak melawa. anto mak pi aji jer pung

ngan tudung tak semenggah, ngah tak sihatnya.

adik aku cakap ‘sian acik ek, hilang dah diva divo ko cik’

dulikkk! aku tau aku nak landing jer…kol 3 pagi ni wei!!

ha aku pakai jacket sirman tu pasal sejuk memalam, baju sejuk aku sume bila aku sarung jubah tu kat tangan sangkut jadi ketat, so kenalah pakai jacket sirman yang besau, selesa wpun aku adalah perempuan tak semenggah.

IMG_1943

budak2 ni dari bangun jaga bangun jaga, tak sedo diri tol dah waktu tidur. sakan diorg main. sib baik lah tak ujan tau, kalo tidakkan, mesti bertimparan lari masuk khemah.

khemah pun bukannya muat ngan semua jemaah and family lagi.

IMG_1962

tapi pastu semua bertempiaran ketiduran….

aku pun tak ingatlah kol baper ni, pagi lah, between 2-4am gitu. cos aku pun terbongkang sama.

IMG_1950

itu nampak pak aji pastu akak aku and adik aku kan, ada sorang pompuan terbaring pengsan tido mati. aku bukan tidur, aku leh dengo orang cakap borak, tp mata aku tertutup ngantuk giler jadi high dek ubat batuk yang abah aku bagi. asma aku dah ok coz dah sedut inhaler, but penangan ubat batuk pak aji yang aku tak tahan.

padanlah kadang2 terlajak2 tidur pak aji, rupanya dek ubat batuk yang sangat kuat mabuknya. iskk

pala aku tidur dari beralaskan bahu, turun ke peha sirman, pastu kaki dia naik kebas, aku lapik pala ngan hbag plak. ater mata dah x leh bukak, capai mana yang ada.

n baru aku pasan next to me yang tidur, anak family jemaah lain yang umurnya lam3,4taun, baik punya dia sepak muka ai ahhahaha

IMG_1939

someone is going to have a nikah reception without his mom around him…syian Adik

IMG_1951

aku sedor2 kena bangun coz nak anto Mak Ajah masuk dalam, duduk je bukak mata akak aku ulur meehoon ngan teh tarik. perkhh ngan air liur basi ke hapa, terus telan. baru segar sket badan. masa ni memang wa talak tau anak2 wa kat mana dah.

actually abang asalnya dah tidur kat umah, tp kita angkut gak bawak, so dia sedor bila dah sampai KJaya, terus tak tidur2.

IMG_1961

bersepah2 tol tudung aku. ngan jacket laki yang besau kupakai. tak perlu lelawa lah, burung hantu pun tak eran nak tengok engko

IMG_1966

bila ek mak balik, insyallah end of dec.

IMG_1967

bf mak yang tidak ikut serta kali ni. kali ke 4 aji for mak, abah dah pi 3 kali, best kan. aku sejak bila mak register me tu kan, pastu tengok ramai orang muda2 lam jemaah haji tu pi haji. macam seronok je tengok. wpun saya mamai, tp masih lag sedar diri dengan suasana keliling.

IMG_1969

masa bermula untuk mak ajah kena masuk dalam…

sesi salam menyalam, bermaafan.

IMG_1973

aa bersepah2 anak2 menantu cucu2 dok kepit mak. dari sedih2 sampai jadi tak sedih. tp nak balik cepat pun ye gak coz memasing nak keje pagi tu. akak aku lagi lah dia nak pi catch flight pi langkawi kol 10 pg, kol 8 dah nak kena gerak pi airport, ngan bag tak packing lagi. hamik!

IMG_1971

sayangnya pak aji ngan mak ajah. peluk2 nangis, iskk sedihlah tengok gambo mak abah aku peluk2 ni…syedih nyaaa

IMG_1983

aaa ada pun korang nampak sirman kan. tu ha dia kena kendong Gegirl yang tidur lena lepas berhempas pulas main semalaman. tau plak budak2 ni carik port melanding. mlm tu sblm kitorg gerak ke KJaya, neneknya dah usap2 cakap ngan anak cucu sumer, gegirl nangis pilu2.

IMG_1996

amik gambo sendiri lagi senanglah. ini kat pagar nak tengok diorg masuk ke dalam.sibuk tollah mamat ni aku nak amik gambo dia punya badan je dah tutup muka mak aku.

IMG_2002

ada lagi si Ginga ni!!

IMG_2000

ha ada pun gambo ai ngan mak ajah ai. aku yang berbangun tidur, berasma semput, lalok dek ubat, jacket besau, tudung tak semenggah, complete set lah…

compare kan ngan mak aku yang tak berbedak langsung…sesuci betul wajahnya kan.

IMG_2011

untuk mak yang sudah berpergian, moga ini bukan lawatan haji terakhir mu, moga kembali ke tanahair semula bersama anak-anak, suami dan cucu yang ada di sini. moga mak tenang beribadah di sana…

Amin…

Comment: 20

Back from Umrah…

IMG12510

ya allah, kak ipar aku lesunya muka haiii hahhahahah sib ko lah kak oii

that s alang my brother, yang baru pulang dari umah midnite 2 mlm lepas..

IMG12516

together with my dad pak aji and mak ajah, mak aku tak pakai tudung so x de lah aku nak amik gambo….

the brothers n sirman pi jemput depa kat klia, sampai umah kol 1 pagi rabu hamikkkkkkkkk, memasing kuyu je. letih. they are not that well. ada luggage mak aku ilang, aku ngah uruskan ngan MAS. eiiii bercinta tol nak deal lah ngan depa.

IMG12509

berkilo2 air zam zam…satu plastik tuh aku punya.

sirman wuii! u lupa ke nak amik dr dalam bonet ai? berat tuh…x kelaratan kudrat teman nak mengangkut….

IMG12514 IMG12515

ni sarung2 kaki utk semayang for muslimah, banyak gila mak aku borong. tak tau lah utk sapa, kawan2 dia sedara mara lah kot. ada banyak lagi lah ole2, tp aku tak pentingkan sumer nih. aku nak air zam2 jer…

ngan satu kurma nabi. kurma nabi mmg aku pesan khas, utk adik angkat aku yang dok mengidam nak kurma nabi, kesian dia, dah bape bulan nak merasa…an, suh laki ko amik kat umah akak nanti.

IMG12517

since aku sampai on time, aku sempat amik abang. tp jalan sekolah dah clear…ahahaha

on time apanya, kira lambat lah jugok.

not that bad lah, dulu aku sekolah kat SK Jalan Pasar 1, sejam lepas sekolah tutup pun tak tentu pak aji amik tau. nak makan takdak duit, nak minum takdak duit, air bekal dah abih, dok hirup air pair hiks…slurp slurppppppppp

orang kantin kedekut, tak penah nak bagi sikit air ke hapa, penah la staff dia curi2 bagi aku karipap ke air sikit, tp kalo boss dia tau, ngan aku2 kena marah. sian kan, kita ms tu sangat tak mampu, so bertahan lapar je lah…

so korang, terima kasih pada doa kalian, depa selamat pulang wpun kesihatan pak aji tak berapa baik. ubat2nya sume dia lupa bwk tertinggal.

aku jumpa mak aji peluk2, malaikat dok melindungi mereka2 yang masih baru dari tanah mekah.

amin….

saya..? insyallah…di satu hari yang tidak tahu bila akan muncul waktunya.

Comment: 9

Umrah for Parents and Brother…

IMG11567IMG11566

hari pemergian pak aji, mak ajah and my 2nd brother, Alang to umrah, just last tuesday kol 2 lebih. ngam2 aku abih ekon siap, terus zassss balik umah mak.

sempat makan bagai lepak terus bersiap angkat luggage utk bertolak to KLIA.

just 3 cars cukuplah. itupun budak2 kemain padat mampat lam keter adikku nana n anya akakku.

IMG11589

lam keter aku hanya bawak mereka2 yang ke umrah. sirman drove, pak aji dok depan, aku diapit…

IMG11590

ni anak kecil abang aku, Alang. rambut dia lawanya…curly original. tp biasanya bila dah tua, curly cecantik, pi luruskan. pastu dah lurus gatal nak curlykan pulak.

rambut curly gini aku ingat 2 orang jer…

sharifah shahira and riny, my itm mate dulu….

IMG11583

abang aku, Alang…beza ngan aku 2 taun jer. dia ni pendiam, aku tak tau lah dah beso ni aku geti lah pulak bercakap baik2 ngan dia. sbbnya dari kecik umat sampai abih sekolah, wohaiiiiiiii! aku ngan dia sangatlah tak leh dekat. setakat gaduh2 tumbuk tu biasa.

kitorg ni selang bunga, so dia kira partner aku, mmg rasa nak das2 jer dia nih…

ha muka dia kan, badan dia penuh capuk bertanda sbb nya masa kitorg satu family adik badik kena c/pox, dia dah tau dia dah ada simtom kena, dia pi gatal kuor umah pi redah ujan satu hal. pi plak piknik ngan kawan2 dia kat waterfall.

kauu!

dia nya c/pox lah paling teruk kena, bertanda2 kekal…

so korang jangan degil cakap mak2 korang len kali, kalo tak dibagi kuor, janganlah kuor, kan dah kena c/pox bertanda2 hazab. sib baik ada gak orang nak buat ko laki hahahahah…dah beranak 2 lah abang aku nih. bininya lam keter lain, nak muat lam satu keter tak bley.

IMG11597

kalau dah aku diapit, dah tentulah mak ajah di sebelah ku…

masa nih, Sid and Dila ada buat live phone call to mak ajah, sedih mak ajah sampai nangis nitik airmato. mak ler, mak mmg gitu, kita pun mak. adalah yang buat mak aku sedih, buat pasal apa…yelah. eh adalah, x yah citer lah.

tp letih woo telinga aku dengo syarahan tarbiah mak ajah 🙂

ye mak ye…..insyallah. one day ye mak..

korang paham2 jer ler

IMG00879 IMG00869

wah wah kowang…

ni dari gambo berry sirman, aku kantoi diorg main sakann yer.

aku bz ler, bz melayan email jemaah pun yer, bz dok kepit ngan makpak aji pun yer. uruskan tu pegang sana sini pun yer…

IMG11600

ha dah sedap main, menyentap.

ko mana kira tempat, asik lah nak melalak jer…sket2 nak nangis…

IMG11605

n the kiddies, anak2 buah aku…mak pak depa sume ada datang sama, tp pasan sapa yang takdak lam gambo, abang ler kan…abang nak suh bergambo, lagi lari laju satu klia dia pusing ado!

IMG00880

ni ha yer group adik badik aku makcik aku, ipar duai semua…

my 4 brothers je takdak tak pat mai!

Epi len kali amik cuti awal2 grrrrrr! tu ler ko tengok MU sangat, ha apa yang ko langgar oi malam tuh? tetttttttttttt!

IMG00889IMG00890

selesai agent umrah uruskan check in, depa dah kena masuk lah kan…

abah led the doa session for all rombongan…

aku pun tak tau lah bape orang ramai yang pergi kali nih.

IMG00865

IMG00858

alhamdulillah berkat duit anak2 bagi, plus mak pak aji berjimat dengan duit pencen depa, so memang dalam setaun sekali 2, depa akan ke Mekah. aku pun dah lost track bape kali depa pi umrah lah, sbb memang kami adalah immune untuk mereka ke sana setiap taun…

makpak aku tak shopping, tak beli brg kemas, tak de beli kain baju bagai, sume anak2 yang support, depa nya duit  depa simpan hanya untuk pergi ke mekah.

in fact diorg pun dah buat haji 3 kali jugak. hujung tahun nih, depa akan pi lagik buat haji untuk kali ke 4 pulak. rezeki orang tua…

wpun saya begini, tp saya support lah dari belakang…

ha currencty rial and RM, sama rata. ko tukar seribu ringgit, dpt seribu rial gak.

IMG00859 ada pun sekali 3 orang lam gambo…yang baju putih tu is my SIL, sian dia nangis2 bila suaminya pergi, anak apatah lagi. she s a housewife, so waktu depa pergi ni, dia ngan anak2 dok bertangga kat umah mak aku jer…

she and my sorang lg SIL yang lepak umah mak are looking after my kids. lgpun ngah cuti sekolah kan..riuh tol umah mak pak aku lah ngan cucus.

IMG11614

IMG11611

to mak, abah and alang…semoga selamat pergi dan pulang. sebelum ke Mekah, mereka singgah ke Jordon dahulu, melawat Laut Mati, visit makam nabi syuib, ke Damascus Syiria etcs…

brapa ye package umrah nih, aku pun tak pernah tau, heheheheheh

yang aku tau, ulur je ler tetiap bulan untuk mencukupkan budget umrah depa. dan sedikit duit belanja for them jugak di sana. alah ni semua anak2 buat kan.

eloklah jugak kali ni alang aku ikut sama, leh gak tolong makpak aji aku tuh…depa bukan sihat sangat pung.

IMG11625

pulang dari klia, kami adik beradik reramai makan kat RnR Nilai. gambo makan enggak ado hiks…semua dah kebulur mana ngan bingitnya melayan bebudak lagi.itu si Nana, adik aku, apehallah gambo ni dia lagi tinggi dari aku kan, hahahahaha mmg dia lg tinggi dr cik merah mar…

IMG11619

Saya nak pi mak!

Nanti dulu Sirman, dah abih semua anak2 mak pergi, baru mak sponsor menantu, ko leh bayo sendiri, korang bukan takde budget pun pi Mekah, asik pi jakarta jer…pi lah pulak Mekah.

tahun depan mak bawak sapa pi Mekah pulak mak?

mak nak bawak ko red, ke ko nak bagi laluan kat Ayin dulu? mak bawak ko lah yer?

emm, takpelah Mak, mak bawak Ayin dulu lah..

IMG11617

fyi, mak memang berniat untuk sponsor at least 4 atau 5 orang anak2nya dari 8 orang ke Mekah for umrah, so far sudah 4 orang anaknya menjejak kaki ke sana dibawa mak abah aku sama mereka. ye, makpak aku nya menyimpan siapkan budget utk anak2 jugak dibawa ke sana. itu memang niat mak aku dari dulu lagi.

dan aku sebagai kakak, bagilah laluan kat Ayin dulu pergi menjejak kaki ke Mekah, insyallah…taun depan Ayin pulak kot pergi. kalau ada rezeki lagi, pas Ayin, either Nana or Epi pulak. so cukuplah 7 orang anak mak yang pergi. dan  kalau mak nak cukupkan lelapan anaknya pergi, mana tahu aku adalah anaknya yang terakhir akan pergi jua…

saya…emm

saya…

tak leh lah nak panjangkan ayat nih, tapi takpelah, let my adik beradik lain yang dibawa mak dulu. saya mengalah.

Doakan kesihatan pak aji, mak ajah and Alang baik sihat2 dan mudah di sana. My parents are not that well…

Comment: 27

Eating Day for Redmummy!

IMG07923

dalam keter, gegirl tukar tshirt and pant, dia rimas ngan baju kurung. kekdahnya baju kurung dia tu kena air sket bila jalan kat masjid so budak ni kan lorat. sib baik aku ada siapkan baju anak2 stand by lam keter.

IMG07924 IMG07925

wah wah wahh sedapnya sirman makan roti canai…ko hengat ko sorang je boleh makan??

IMG07927

oh ai pun malas nak bukak serkup selendang pala tuh, biak pi lah sampai umah kang hikss., ni abih usai majlis drawing contest gegirl kat masjid.

..so ari sabtu aku dpt makan special sket lah. aku belasah roti telur kay! roti telur ada 356 calorie, wahahahahaha redha je lah. makan seminggu sekali lor. n oso teh tarik, complete lah perasa dia sodap.

IMG07928 IMG07929 IMG07930 IMG07931

gegirl adalah sangat hebat makan telur separuh masak sebijik cam bapaknya. aku pun minat telur tp banyak kali cuba tetap gak aku takleh nak telan telur cenggitu. tapi tiap kali dia makan tak abih pun, half of it dia bagi bapaknya. so depa 2 je lah keje makan telur separuh masak nih.

aku ngan abang agak payah sket tekak nak makan.

IMG07933

abih makan roti telur, rasa macam nak mintak lagik satu jer..isk, insap lah sekejap. memang lah sound like eating day for saturday gitu kan but agak2 lah takkanlah nak makan sepelahap hoi.

abih 2kgs aku yang turun aritu kang immediately naik balik. udah berlapar 6 ari, the 7th day makan tak hingat kang nangis lak nak turunkan lagik 6 ari. ater bila nak target the rest of the 5kgs kan?

IMG07932

mak ajah makan mee goreng. sblm dia suh mamak tu masak dia pesan hundred times, no tomato sos, no cili sos, no ajinomoto, no kicap no hapa2 bagai tah lagi lah…

n mak mintak pinggan kosong, dia bagi 2 mee gorengnya. wah sapa nak makan tuh?

akuuuuuuuuuuuuu  lerrr!

mekasih mak. rezeki.

wahahhaha, dapat makan mee goreng kira bonus yo extra pas makan roti telur. laju je aku makan..nikmat nih. but lam nikmat dok pikir naik plak badan aku nih. but tu lah, one day je aku pamper myself with eating all these kilos calories.

pastuh lunch aku lambat gila, only at 5pm, aku makan nasi setengah plate with asam pedas tenggiri koleq. hemm….malam aku makan buah jer. see see, saya cepat2 insap control makan wpun hari sabtu adalah my eating day.

itu ari sabtu, makan agak mewah sket kan, korang tunggu lah cite ari ahad 🙂

but on sunday nite aku timbang, masih lagik 50kgs. takde naik turun hikss….

**list calorie chart tuh, korang kena blame sirman yang lambat nau nak snapkan gambonya….kalo dia x amik gambo, camne aku nak postkan mar…marah dia yor, bukan saya.

Comment: 12