Nov 27 2013 Wednesday, 11:00 am
A trip via LRT
mummy dukung nak?
NO
sok sok kalau dah pandai lagi cakap sure dia jawab lagi panjang, skang NO NO jer
you want me to hold your hands tak?
NO NO
no je mulut ko kan! macam dah besau tak nak pegang tangan….
tetiba…
astaga, mummy pakai selipar lupa nak tukar kasut!!
passing batton to si bapak
abang meleka ngan hp
kakak tak kuat sangat nak dukung adiknya lelama
nak aku bagi maid, memang tidak le kan. Do you know maid hanya boleh pegang anak aku bila kes tertentu jer, tolak pram pun aku tak bagi, it s all done by me or hubby or kids. kami ada rules regulations, aku dari dulu anak2 aku agak ada pantang sket kalau maid ngan baby aku nih. wpun dia dah toddler, still…aku ada, aku boleh buat, aku handle.
ibu cantik sini ibu, cantik sini berdiri sket ibu
yelah photographer aku adalah sangat gilakan amik gambar. kadang2 gambo dia sendiri je camwhore dari ipong aku kay…
tengok abang yang meleka lagi dengan hp nya
hish budak nih! ada hotspot tu pasalnya. he mana ada data2 nih…apaknya sharekan hotspot tu pasal bahagia ler dia…
bik cepatlah ko sini ibu ajar camne nak masuk machine lrt nih, sibuk ngan gambar ko heh!
iya ibu iya ibu
pastu dia punya pucat muka toreh ngan darah pun boleh coz seriau pakai lrt, bukan main gembira suka betul naik lrt.
kalau tak kerana sorang budak yang suka benau ler dengan trains, takde nya kami menjejak LRT
part of the package kami ni dok LRT coz ada anak yang suka sangat ngan trains. sok sok kita naik bus pulak ke, truck ke, kepala keretapi ke haahhahaha.
dia punya asyik dengan any of the vesicles, sangat ler unbelievable.
kalau nampak bus tu sket punya bus bus bus!
abang tu dah kena tiau baru le geti nak pandang camera!
seronok sang kecil dapat tengok LRT (trains) kiri kanannya….mulut ke main murai sungguh
sebabkan sorang punya hobby minat, semua kena involved sama yer
eh train trainnnn
eh trainnnnn
manjang le mulut ko train trainnnnnnnnnn
standard, takde orang nak bagi laki aku duduk pun bila dah dokong anak, mungkin sebab laki aku kuat je kot, kalau aku sorang mau aku halau orang2 yg gagah perkasa duduk kat lrt nih
bila orang dah turun kat next station baru kita dapat duduk, itupun kakak punya seriau ngan Bangla sebelah dia
si lonjong ni memula berdiri, bik dok sebelah aku, pastu bik aku berlagak nak berdiri amik gambar, pastu terjerit2 tekejut ngan train, hish, gemer betul aku lam lrt nih.
udah2 ler bang oi….
sapa saja yang ko ngorat tuh
Destinasi kami was ke Stadium Bukit Jalil.
satu kerna tempatnya luas, senang Zeeshan nak berlari bagai juara
keduanya kadang2 ada event ler kan kat sini tapi masa kita sampai takde event, so best gak, sunyi hahahaha
si kecik tu punya berlagak nak naik tangga sorang2 tak nak dipegangkan…takut je terkebelakang badannya
kakak dah nun melaju…
come come dik kita pegang tangan sama-sama
no noo
mulut menjawab je le no kan!
dan alamak
renyai
ada rintik hujan!!!
lari anak2…lari lari
bersungguh le aku tangkap Zeeshan berlari, masuk to the nearest cafe kat Stadium nih
hah sini le kami melepak, makan le apa lagi. dah renyai kat luar tuh. Cafe ni pun best, beso. but RB tak nak dok lama kat situ so terpaksa le bagi dia ubat, ipon. segala educational apps dia dalam tuh aku dah buat, 10 folders ok, setiap satu folder ada 9 apps. so ko kira le berapa. kat ipon bapak dia pun ada gak, kat S3 abang dia pun ada gak, tapi tak le sebanyak yang dalam ipong aku…
kitorg kat sini kan, layan hindustan. bibik ngan kakak le melayan.
aku pun tengok2 sama jugak.
Shah Rukh Khan punya marah dalam citer tu, mata dia merah2 berair sket punya real betul!
kitorg makan2 sini, pastu bila bayau…
kak, dari mana?
oh dekat je, Bandar Tun Razak.
oh ada apa datang sini?
hahaha saja je, bawak anak naik LRT, jalan2 sini lah, Stadium sini kan luas.
oh ye ke, ingatkan tourists coz saya kenal orang2 kat sini sumer, jarang orang luar datang sini kalau takde events.
hiks..event kami ialah menaiki LRT 🙂
Hujan dah reda, Zeeshan punya bebas berlari kulu kilir.
dik cepat dik, jom dik…
nak hujan balik nih
jom jommmm
kami pulang bila hari dah nak hujan kembali, lagipun cukup le kat 2 jam pi balik makan segala. Jadi ler dari takde kan…
ni kitorg semua gelak coz asalnya aku kakak abang duduk sama, RB ngan RD kat opposite. maid aku pi dok hujung. sekali RB RD pindah dok ngan us sederet, tapi maid aku boleh tolak orang and lari duduk sebelah aku, pastu dia macam eh mau amik gambar, dia pi lari balik duduk depan opposite and pi tolak lagi orang yang baru masuk nak duduk, astaga ko ni bik! main tolak orang jer, bape kali dah ajar manners manners manners.
Abang behind the scene dok bisik kat telinga aku eii mummy, bibik ni buat malu je lah, habis semua orang dia tolak2.
begitulah bang, kita kena ajar dia.
tahukah bik aku dah pandai cakap thank you / terima kasih setelah berpuluh kali aku ajar dia, selepas mendapat menerima barang/hadiah? she kept saying kat tempat dia, tak perlu cakap terima kasih. Kasar ganas betul dia tu kadang2…
eh bus
eh truck
eh bus
eh train
eh dik, ye dik ye….bus trucks trains ye dik…
coincidently, blue vs yellow that day…
seronok 🙂
first, RB dapat merasa naik jugak and tengok trains dedepan mata dia.
2nd walaupun outing kita sangat simple, naik lrt ke Bukit Jalil je pun but coz kita bukan pengguna LRT and sangattttttttttttt ler susah nak ke Bukit Jalil pun kalau takde kerana kerja/events, jadi bila once a while buat nih, very memorable.
Jangan pandang rendah dan mengata orang yang pergi berjalan dedekat sini jer, coz at the end of the day, depa pergi bersama family, at the end of the day jugak. family that matters 🙂 .
Love you kiddos.
RM Recent Comments