RedMummy

Teater Tun Siti Hasmah!

IMG_6976

hi – can you spot me?

or u see Tun Siti Hasmah?

IMG_6977

so my dating partner for the Tun Siti Hasmah’s teater, special appearance anak sendiri, the sulong one, Abang! ada sebab kena bawak dia nih.

anw our seats atas jemputan dari Datin Paduka Umie Aida. Thanks Tin.

IMG_6989

kenapa kita kena tengok teater ni mummy?

nak ajar abang sejarah, abang tau sapa PM?

ooo yang sekarang tau lah, yang dulu2 tu mana abang tau sangat

hah, molek sangat le tu, tengok teater ni!

IMG_6991

Mummy mummyyyyyyyyyyyy

perrrrrrrrr

Lisa Surihani ada yek? hehehe abang nampak dia punya muka kat luar tadi, ada nama and gambar dia

napa kalo Lisa ada???

hehehehehe abang tanya jerrr

Lisa is so cuteeeeeeeeeeee, joget dia ala2 manja jer. Sopan 🙂

IMG_7008

Salute to #tunsitihasmah ‘s team! Erma Fatima!! memang bestlah teater kali ni, compared ngan teater yang ada satu lagi tu kan, yang half way je aku dah cabut hahahahah. this one memang worth to max to watch.

Bangun duduknya seorang suami, bergantung juga pada isterinya…

Tapi kalau isteri pulak bangun jatuh, suami tak nak support bertunggu-tangga, tak nak jadi pelindung dan pendinding camnooooooo? Bini jugak kena defense herself!

eh ni quote sendiri, not from the theater 🙂

Eja, Esma Daniel, Lisa dan ramai lagi dalam team #tunsitihasmah , cuma untuk part anak2, terlampau ditonjolkan watak untuk Marina Mahadhir. But overall, Abang and I enjoyed the show sangat. i tried gak buat agak2 if abang nak kuor awal during the show, ohhhhhhhhh tidak, dia nak tengok sampai habis.

The show is still on going, till 19th Nov. tengah cuti2 sekolah, bolehlah bawak anak2 coz anak2 perlu kenal sejarah, apadah abang, Tun Mahadhir pun dia kenal gitu2 jer, tak tau betapa besarnya nama Tun M tu di mata dunia, apatah pada rakyat Malaysia. Tun Siti Hasmah tu kuat ye wanitanya, mental hati sume kena mantaplah, dapat lakinya ya bizi kehampun, nak kena jadi pelindung sokmo untuk suaminya.

Tempat     :     Panggung Sari, Istana Budaya
Tarikh     :     9 – 19 November 2012
Jumaat & Sabtu malam – RM35, 75, 95, 125, 185, 305 Selain Jumaat & Sabtu malam – RM35, 55, 75, 105, 155, 305
www.ticket2u.biz 03-4026 5558 / 03-4147 8600

Abang loves Lisa Surihani so much, he didnt tell me directly but throughout the show asyiklah tanya pasal Lisa sahaja, and best pulak bila offer nak tak amik gambar ngan Lisa, huh merah muka malu terus tak nak! tapi sibuk tetanya!

Comment: 15

14 Nov – Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun terbitan Arteffects International, telah mencatat jualan fizikal hampir 80 ribu unit, dan kekal berada di tempat teratas carta iTunes Malaysia dan Asia (tempat kedua pada hari siaran media ini dikeluarkan). Dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh media dan para peminat, Arteffects International telah bersedia untuk membawakan album Zikir Terapi Diri ke skala yang lebih besar iaitu Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun.

Konsert yang akan berlangsung pada 14 November 2012 ini akan bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Konsert ini juga diadakan bersempena sambutan Maal Hijrah 1434H.

Hafiz akan mempersembahkan 12 buah zikir terapi di sepanjang konsert yang dijangka mengambil masa 90 minit ini. Kesemua zikir-zikir ini akan dimantapkan dengan tema dengar, lihat dan rasa, yang menjadi elemen utama konsert ini.

Bagi memantapkan lagi persembahan, pihak penganjur turut menampilkan pengacara Halaqah Sentuhan Qalbu iaitu Hj. Ahmad Noor Sulaiman yang akan melontarkan suara emasnya sebagai Narrator. Beliau akan menyulami persembahan Hafiz Hamidun sepanjang konsert ini akan berlangsung.

Konsert ini juga akan menampilkan persembahan khas oleh Burn & Soul yang dianggotai oleh Pengarah Filem dan Pelakon, Shamsul Dato’ Yusuf Haslam dan Dr. Anwar Fazal. Konsert ini juga akan diserikan dengan persembahan pembukaan sebelum konsert oleh artis-artis rakaman Arteffects seperti Izzat Mahadi, Fitri Haris dan Imam Muda Najdi.

Radio IKIM FM merupakan radio rasmi bagi konsert ini dan para pendengar radio ini juga berpeluang memenangi tiket-tiket percuma pada setiap hari bermula 7 November sehingga hari konsert.

Kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan konsert ini, pihak penganjur menawarkan beberapa harga tiket iaitu RM125, RM100, RM75 dan RM50. *Tiket boleh dibeli terus dengan menghubungi 012-225 1297*. Bagi memudahkan para pembeli, tiket-tiket boleh dibeli secara dalam talian di * www.airasiaredtix.com* bermula 8 Oktober 2012. *Tiket juga akan dijual di pintu masuk* utama pada hari konsert bergantung kepada baki tiket yang ada.

Sebarang maklumat lanjut mengenai penempahan tiket, penajaan dan pertanyaan, boleh menghubungi pihak penganjur, Arteffects International ke alamat emel newmedia@arteffects.com.my atau menghubungi talian 012-2251297 / 03-7727 1297. Maklumat tentang konsert juga boleh diikuti melalui laman Twitter @hafizhamidun dan www.arteffects.com.my

Press release provided by Arteffects International

image

mak meyah pergi…..

jumpa yek kat sini on the 14th Nov di Dewan Perdana Felda jam 8pm

Comment: 7

10months Hey!!

IMG-20121021-00841

ewah ewah eh eh joget kita!

untuk inspector RB kita nih. gambo macam menari zapin hahahahah dia tengah seronok berlagak berdiri jatuh berdiri jatuh skang nih. Dapat pulak tiap kali dia berdiri, siap action2 buat style ‘heh lihatlah saya wahai dunia’ . kadang2 aku panggil dia Inspector coz dia akan melawat kawasan rumah pastu dia datang mengadap maknya, mintak susu sondol2 pala mulut membising riuh, pastu minum bukan sampai kenyang coz dia pi sambung lagi melawat kawasan, main main main and datang balik sondol pala nak sambung menyusu.

his hair curly tau, sebijik rambut abangnya and satu chop rambut arwah atuknya belah Kapar, mengembanglah rambut ko RB bila memanjang sket pasnih. He looks like a right handed too, nampak gaya kakak memang takde gang, kakak rambut lurus and kakak jugak lefthanded. Banyak ikut abang sulongnya jer RB nih.

Putih melepak kulitnya nih sekali lagi diulang, semua anak-anak aku memang putih ler cuma skang abang kakak coz dah besar2 jadi kopi o a bitlah,  udahnya depa dok sekolah berpanas, naik je darjah 1 semua warna bertukar.

DSC_4357

kalo aku dok atas katil buat keje laptop ha dia dok luar nanti hegeh2 le masuk mulut berkicau mintak naikkan atas katil minum sekejap and sibuk suruh turunkan, dia kuor balik carik kaum kerabat dia kat luar. gitulah if hari2 cuti, hari tak cuti pun malam2 meligat.

paling dia pantang dengo grill pintu terbukak, dialah yang paling laju menjenguk and nak tau sapa yang balik.  dari pemfirasatan aku, tiap kali aku and bapaknya balik, dia lebih laju crawling mengejar bapaknya, dari maknya. sebab aku suspect dia ni tengok hari2 mak balik, bukan kejar dia dulu, simpan bags2 dulu, simpan stock EBM yang pumped from office, baru nak amik dia. Tak macam bapaknya yang masuk je tak sempat nak simpan bag bapaknya dah angkut lambung2 dia. so not fair tau ko RB!

Maknya, giat menggigih untuk kembali kurus lagi setelah bulan july aritu naik mendadak dek melantak je kat German, tapi tu ler, weight aku ngan awal hujung ni sama jer takde naik pun but memang rasa lemak sangat ada lagi, berat air le sangat! Yang paling aku bersyukur coz masih lagi pumping, walaupun kini hanya 2 kali per day sahaja, tapi sebab stock EBM pun ada lagi, he s now taking the stock from Aug/Sept pulak. itu waktu siang bila aku kerjalah, malam2 direct feeding jer, weekends pun sumbat direct gak.

DSC_4340

Itulah aku percaya invest kat pump yang molek, and consistently pumping memang insyallah badan kita boleh produce susu yang banyak dan berpanjangan, i kan dulu masa bfeed Abang and Kakak tak lama, dapat 6 bulan jer, bunyik pump lama dulu perepppppp perepp pereppp satu Cheras bley tau.

Lain2 on his 10months, dia dah of courselah kenal semua family members dia, dah susah sikit nakkan strangers, hari tu raya bapaknya pi letak dia kat rumah mak aku, coz baru sampai kan, kelilingnya ada makcik2nya yang dia jarang jumpa terus dia  meraung, mencebek2 nangis peluk maknya takut benau ngan orang. Makan pun dia laju, ko baru cedok dari mangkuk, terus dia dah menganga. Sedap tengok dia makan, He s not that chubby but pun tidak kurus, kira sedang2 je lah. Sekali lagi dibandingkan ngan tetiga anak, abang memang menang takhta yang paling chubby gak.

DSC_4338

Oh RB juga till now belum tumbuh gigi, hahahaha aku macam ok gaklah coz risau waaaa kang dia gigit masa breastfeed, but I know masa untuk tumbuh gigi akan tiba juga. Emm…ha kalo ko mintak barang kat dia, dia give u the stuff tapi dia bagi cara kasar, baling2 lagik. Kalo ko nak handphone ko cepat arwah, bolehlah pass kat RB, memang terbaik dia baling. Mandi air sejuk tak tahan, nak water heater, tu yang dia melonjak je huwek bila mandi pool, sejukkkkkkkkkkkkk!

Barang kat rumah aku, dah memang hiasan rumah ala kadar sungguhlah, semua dah kukotakkan. Tangan dia mencapai sesajor. kakak abangnya pulak setiap langkah gerak adiknya, depa tau, begitulah depa masa kekecik dulu 🙂

oh satu lagi at least for 5min at nite kita bagi dia tengok ipad, checking through his muffin songs. takleh lelama dia cepat jemu sangat, so 5 min tu dah max lah, dia pun tau asal nampak pegang iPAD jer memang dia tunggu kita tekan play. Oh kalau aku pasang Gangnam Style, sambil merangkak dia goyang2kan cik vontot dia tau! Pantangggggggggg  bermuzik jer!

IMG_6613

Alhamdulillah, RB is already 10months today, the 29th.

Comment: 16

Holleyyy!

 

image

hidup aku senang pikir

nak tau tema apa, hah jangan ditanya, dah tentu le aku pilih merah

so bila aku hosted the baby shower, the only colour came into my mind dah semestinya merah

but nak le jugak carik baju baru, tak jumpa2……penyudahnya pakai the caftan top from FashionValet

20121003_134154

tunggu sampai depa engage ler

baru nak cite details pasal nih

IMG-20121009-00728

i had a bad caugh, flu and fever, compelete package. pi doctor tak jugak molek2, penyudahnya pi Marks & Spencer, Body Shop, Isetan and a few shops to buy this that this that and ajaib, the flu berkurang totally! fever pun terus drop.

that s one of the best medicines gak 🙂

Comment: 19

Kuning misteri nusantara…

IMG-20120924-00615

boleh masuk dalam Misteri Malam nih

dah lama takde slot Misteri Malam dalam RM, senders tu korang, bukan i. mintak maaf cerita2 mistik hantu2 ni memang aku takkan baca, walaupun dalam blog aku sendiri, semua tu RD yang amik dari korang hantar via email tu and he will then help to publish in RM coz bininya kalau baca mau malam tak leh tidur. so if nak hantar balik the mistik story boleh di Contact Red, senders will be linked to your blog.

Comment: 14