RedMummy

Kiss Kiss sikit…

 

IMG_5008

**amboi kiss kiss, tak cemolot sekali ke mak abah??**

semoga berpanjangan usia kalian.

Comment: 19

Buku #cerpentwitter @ajamiha !

Kuala Lumpur-20120830-00259

#cerpentwitter get a copy Silverfish Books, Bangsar & Kedai I Am Lejen, Shah Alam

RM15 senaskah dan for online purchase di sini

karta teman agung @ajamiha , to be launched on 16th September 2012

dulu aku ingatkan dia punya #cerpentwitter tu memain jer buat modal twit siang malam, rupanya terhasil jugak sebuah buku!

hebat ko bang! tahniah Ajami Hashim

Comment: 9

Syawal di Kapar…

 

IMG_0586

assalamualaikummmmmmmmm

kami dah balikkkkkkkkkk

tapi bukan balik rumah mak mertua. kami balik jumpa kat rumah family nenek RD. jumpa di sana terus. coz memang resmi family RD ni kalau pagi2 abis je bersalaman each other  depa pi rumah nenek and adik beradik mak yang lain lah…dedekat situ gak. belah RD kalau beraya in one day dah abis, separuh hari dah siap. wahhahha sib baik le ada Melaka side aku merasa gak anak2 berhari raya hoho balik kampung versi panjang.

IMG_0571

 Sebab tu yang kakak merahnya pun rambut dah bersanggul ikat. dah renyah heh. tunggu nak bersalaman je nak tukar uniform pulak.

IMG_0572

jadiklah buat kenangan

eh aku malas le nak type benaunyaaa…korang kang kalo aku type sket suh pepanjang. letih coz bila menaip si kecik tu dok mengaco tu yang pendek je entry mostly

IMG_0592

tak nampak kan the dress kuning ThePopLook tuh padahal ado hah lam tuh

IMG_0607

sessi bersalaman, itu mak mertua den

for raya i gave 3 pcs of tudung tapi mak tak pakai lagi. handbag Long Champ and Coach purse too.

IMG_0616

sini Kapar style memang duduk kat bawah bila bersalaman….

IMG_0627

mana yang ada, coz ada yang beraya di rumah mertua. on RD’s side ada 9 beradik, 7 lelaki 2 perempuan. ramai boys kooo.

IMG_0637

salam bersalaman

IMG_0660

yang kecik of cos salam dapat duit2 raya

IMG_0661

duit2 raya kerja anak2 aku and RD uruskan masuk dalam sampul. Kerja aku pi tukar anto kat member bank, a week bulan puasa dah siap duit2 raya tuh…cantik je sumer duit baru dapat.

IMG_0698

duit raya tukar pun berlebih2 jugak tahun nih, so memang ada balance and boleh carry forward tahun depan gak

IMG_0726

family adik ipar

4 anak dara, mewah anak perempuan. best korang…

IMG_0604

adik ipar jugak

 ada orang tak caya akak ipar dia ni Redmummy

muahahha…silah percaya ye teman2 adik ipar biras duaiku semua…

IMG_0753

family kakak ipar sulong. in grey

aku pun nanti bulan sept ni in grey jugak coz adik ipar bongsu nak kahwin

IMG_4500

IMG_4493

budak ni dah merimas ngan baju melayu so apa lagik, togelkan dia ler….tapi time makan, harus tak tinggal, raya2 jugak food makan dia aku dah siap2 buat and usung je merata..bila tiba waktu makan ha kasi suap. dia seronok nih coz ramai orang melayan and berpass pass je pakcik makcik sepupu sepapat dok ngepit dia…dan bila dia meraung melalak jer depa pass kat mak nya ni hah. termasuk le bapaknya pun kalau RB meraung lelebih dia pass kat aku gak.

Routine setiap tahun akan dok di Kapar sampai midnite. Pernah sekali dalam 1 raya tu kita cuba raya di Kapar dulu tapi pastu by noon dah kena balik rumah makpak aku tapi pastu tak dapat nak spend lama kat Kapar pulak. So kita buat tetiap tahun di rumah sendiri, pastu ke rumah mak abah aku tapi tak leh ler lelama, then by noon kena rush to Kapar so bolehlah spend longer hours di situ. Coz kalau tidak raya kedua dah kena cabut ke Melaka kan…

Tu yang malam di Kapar pas Isya’ kita pergi rumah Jejai, dekat sangat ngan rumah mak mertua aku nih. Insyallah, Surat Untuk Jejai Dua akan menyusul jugak satu hari nanti.

Kat Kapar ni aku tahun ni tak bawak dah rendang bagai coz tetiap tahun bawak sudahnya tak habis coz sini pun berendang bagai banyak. Jadi yang wajib aku bawak ialah kek coklat yang dah more than 5 years aku tempah dari baker yang sama. Itu memang wajib depa akan carik, together ngan kuih2 raya ler berbalang2 aku bawak. So rumah aku kuih raya memang tak le banyak mana janji rumah mak and rumah mertua kena wajib ada dihantar.

Gitu jer ler…

Pasnih sibuk menyambut menantu pulak, pun dalam musim raya.

Comment: 13

Nun weekend yang lalu…

IMG_2144

kau

bapak depa balik aritu for 3 days dari Siam. jadilah….

dari tak balik langsung. he has to be in Thailand for a month, but dalam once in 2 weeks dia bolehlah balik jenguk anak2 ni ha….sampai je Jumaat petang and terus langsung malam tu, malam Sabtu and malam Ahad, RD look after the baby yang standardlah bangun memalam nak bfeed and in between gak meraung2 nak empeng mahupun nak didodoi.

IMG_2160

So bersusun le things to do list for RD untuk 2 – 3 hari kat KL kan. Kira pukul balun habislah menda2 yang aku tak kuasa nak buat, semua dia kasi bikin. Keter aku pun dia pergi settle anto car wash coz memang ai really hv no time to attend those yang remeh temeh. Aku buat yang major jer….

Selesai dah semua, makanya semua terus ke KLCC, aku dah memang amik tickets Madagascar di TGV KLCC for them to watch. Aku ngan RB tak tengok ler, malas heh nak masuk coz kang kalau dia menangis or terjaga tak selesa dah aku kena bawak kuor plak…So RD, Abang and Gegirl je pergi menonton. Memang biasa pun begitu gak, lagipun aku bukan melopong takde buat menda, aku pi menyopping ngan RB lagik ado!

Biasanya memang aku melepak kat 4th Floor Isetan KLCC coz situ nursing roomnya selesa. Dah habis shopping sket2 with RB, aku dok le lam nursing room tukar diapers and bfeed kan dia.

IMG_2164

Pastuh aku bawak si kecil tunggu depa kat depan TGV but dok minum hot choc and cuppies kat kedai ni hah…Coz depa nak kuor dari wayang pun ikut situ gak. RB ok jer….masa aku lalu kat bahagian toys Isetan mata dia ke main suka betul tengok ke main banyak kaler2 toys yang attract sangat dia. Bila dibagi laju jeeeeeeeeee nak masuk lam mulut.

ha ko terus aku beli 3 bijik, jam2 tu gak bukak bagi dia main.

Then melapau…

mak merah lapauuuuu! Chilli’s kena queue sampai 1 jam tak sanggup heh aku wpun dah bagi nama.

IMG_2168

Bapaknya nak carik Levi’s lagik.

Tak paham tol aku bapaknya jeans ni dah berpuluh….pun masih lagi kena ada yang baru. ok lah dari bini ko yang tetiap hari menyopping kan…

IMG_2169

Sementara tunggu bapaknya menerai…kita posing yek yek yek..

abang dok kat luar, dia tu kan…dah besar2 panjang skang nih, ada je pantang dia. tak leh amik gambar dia ler, jangan peluk2 abang ler kat public, heh sume tak leh.

IMG_2170

Aku suka pakaikan RB ngan kemeja + seluar panjang / bermuda, ni set baju tuh dari adiah Diva Darling. punya dah lama dapat, baru ni memakai…

IMG_2171

Jeans aku tu, dari cap Mango, cam tak best je pakai coz rasa macam besau padahal jeans tu dari asal sebelum mengandung lagik.

IMG_2173

Being RB, semua dia nak menariknya…tu nak tarik spek mata aku ler tu. Tu yang aku tak berapa suka pakai spek but I had no choice aku kan tak leh pakai c/lens untuk 2 – 3 minggu nih

IMG_2175

Heh lamanya hai bapak ko menerai jeans tu….

IMG_2177

Photographer adalah si kecil Gegirl…

IMG_2178

Bersungguh2 ko kakak…..

senang kan bawak sling bag, macam gini le aku masa kulu kilir ngan abang kakaknya gak, memang sling bags sesaja, so tu yang kalo kuor ngan RB, sling bag je aku sauk. Hidup kena pikirkan senang jangan lebihkan susah ahhahahha!

IMG_2181

Habis je selesai sumer kitaorg emm…

makan lelaju kat food court sudahnya coz tak kuasa lah aku nak tunggu lelama kat Chilli’s tuh ngan aku dah lebih 4 jam kuor rumah tak bawak pump bagai segala. Si kecik tu wpun bfeed tapi aku kena gak pump, itupun in between asal boleh nak jugak aku menyinggah carikkan kakak and abangnya something.

Kakak skang suka pakai cardigan and abangnya pulak suka pakai sweater macam pesen 2 lapis heh dah pandai le demand depa nih..

Oh Madagascar tu depa suka, ni yang buat aku nak tengok sorang2 nih. Well maklum ler sejak ada beranak kecik nih aku pi tengok wayang pun waktu pas kerja ifffffffffffffffff lah nak teringin sangat tengok citer tu, kalo under Nuffnang pun aku pergi gak. Macam recently nih aku nak sangat tengok Men In Black 3, aku pergi je sorang2 tapi tix amik untuk 2 orang (coz i hv the Top Gun’s pass). Tak sempat ler nak ajak2 orang tengok sesama nih coz benda ni impromptu. nak pergi berdua ngan laki memang takde le kan, coz laki aku memang berbulan2 ni takkan nampak bayangnya di Kolumpo nih, apatah baunya lagi jauh….

Weekend ni pun lagi banyak pancaroba…nanti cite.

Comment: 17

1 Janji…

maaf kalian

keadaan agak kucar-kacir sket.

baru lepas kenduri hosting for RB aqiqah and my brother’s wedding…

and 5 of my family members juga harus terus berangkat menunaikan umrah.

langsung juga suamiku akan terbang lagi.

makanya….

cerita kita tergantung di sini buat sementara waktu

izinkan aku kembali semula dengan warna-warna lebih ceria…

1 janji.

 

Comment: 11