Dah register untuk naik Haji?

mak ajah will be going to her haj this year, haji yang keempat. syukur. rezeki mak ajah. 3 kali pergi sebelum ni, pi sama pak aji. but this time, abah tak ikut plak. perginya mak ajah nanti kali ni harap2 bukan juga yang terakhir, setiap taun memang mak ajah hanya mahu menjejak kaki di sana…itu impian ibuku…

ada di sebalik tabir yang ingin kubuka tapi bukan di sini…

next week kami akan beramai2 bertangga di Kelana Jaya, waktu korang ngah tidur. perkhh..lebam lah mata aku sure sampai opis nanti. sib baik aku dah highlight awal2 pasal nih kat the honeybossy.

IMG18478

anw, aritu Mak Ajah pi Tabung haji, dia bawak semua buku akaun anak2 menantu cucu. dia nak update, dia nak wakafkan duit2 dia kat tabung anak beranak.

and she found out aku tak register haji lagi.

erkk…

sebetulnya, aku sudah diberi banyak kali peluang oleh mak ajah utk membawaku ke sana, tapi saya masih lagi macam em….how to say ek. ok better dont say.

so bila dia tengok aku masih lg belum register, ha korang wpun ada simpanan tabung haji, kalo nak naik aji kena jugak register. paling minima kena ada RM1500 lam tuh. so mak ajah terus registerkan aku ngan sirman. our turn insyallah will be 2028. perkhh…i ll be 53 years old that time.kalau on the dot. kalau awal and lambat ai donno.

blurbbb.

….layakkah aku??

…diterimakah aku??

anwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww…..

untuk bakal2 haji yang sudah berangkat, bakal menyusul, to my few frens wpun dah pangkat pakcik makcik, semoga haji kalian diberkati, mendapat mabrur. kalau ketemu ibu saya di sana….sama wajah ngan ai, satu cop. sampaikan salam peluk kasih yer.

Comment: 24