Shopping sakan sampai hilang anak beranak!

IMG_6108

sambung jalan2 pusing medan yuk. takleh  nak buang masa, ada seharian jer leh berjimba. pagi2 depa breakfast, siap2 sudah sumer kita terus turun. alkisah macam biasa supir aku tuh tah mananya dia eiii asik nak kena tepon semedang mana ko menghilang lah. org suh tunggu kat lobby hotel dia pi tunggu dalam van pastu kita pulak nak pusing lobby tu mencarik dia….

yg pasti ada hajat pulak tuh suh datang lagi medan and engage dia. citt!

IMG_6175

ingat tempat nih bila pi Medan – Central Pasar

anw we went straight to the Central Pasar. yang semlmnya kita datang dah tutuppppppppp tuh. masuk2 situ, mula2 sumer in group.

IMG_6158

ni sirman sorok2 amik gambar. hikss. ko bayangkan sepanjang 3,4 jam kita dalam Central Pasar nih, 3 keping je gambar yang sirman amik. sebabnya security dia merata2. manjang jer ngekor sirman. coz diorg tau sirman ada big camera kan. sebelum tuh dia dah warning kat sirman jangan sesekali amik gambar. tapi yang 3 keping ni pun ke main degil gak dia….padanlah tak pakai flash.

so anw, memula in 1 group, lepas tu  mak abah aku ilang. pastuh adik aku si nana and laki anaknya pun ilang. so tinggal aku anak beranak and mak mertua aku. pastuh kita nampak tempat langsir yang ready made. waaaaaaaaa mata aku tak leh tahan sungguh. terus aku langsai amik 1 untuk bilik aku plak. tu yg aku cakap 2 sets tempah, 1 lagi beli kat sini.

pastuh laki aku and anak2 bergerak setempat, tinggal aku and mak mertua aku jer.  hangpa bayangkan, aku and mak mertua aku berjalan shopping merata satu pasar yang besau nih coz sampai ke hujung kita tak jumpa yang lain.

so apa lagik, mak mertua aku dapat 2 lai kain ela, selai jubah. aku dapat 4,5 lai kain ela gak.

aku abihkan duit kat tangan cukup2 jer, coz separuh lgi duit sirman pegang.

jenuhhhhhhhhhhhh kitorg carik mana ler yang lain tak gak jumpa.  sian MIL aku so aku ajak dia pi kat van, rerupanya sirman + kids ada melepak kat van. hahaha hampeshhhhhhh!

so letak dulu MIL aku ngan budak2 dalam van, misi mencari mak pak aku and family adik aku pulak. berpusing2 aku laki bini carik tak gak jumpa. last2 kita kena buat announcement.

bayo 1ribu rupiah murah je lah, utk 2 announcements…

kepada Haji dan Hajah, sila ke kaunter informasi kerna putera puterimu sedang menanti

kepada Nana dan Yus, sila ke kaunter informasi kerna ahli keluargamu sedang menanti

perkhhhhhhhhhhh satu Central Plaza kuor announcement, mana ke diorg nih. 15min kita tunggu takde gak nampak batang idung memasing.

kita pusing lagi ronda2 siap tanya orang ada tak nampak orang tua bertongkat laki bini berjalan. sume cakap jumpa tapi bila kita carik tak jumpa.

later baru aku nampak mak akuuuuuuuuuuuu kat2 kaunter information tuh, ke main gelak dia. ngah sakan pilih jubahhhhhh!!

IMG_6166

hah ni mak ajah ngah pilih jubah. kat situ gak nerainya….2 lai dia borong. nak amik the 3rd one tak dpt size. padanlah aku tak jumpa diorg, depa naik 1st floor ko! sume melepak kat tingkat atas. iskk sabar jer lerr…. kejap tu jugak family aku yang lain datang turun menyengih2, sakan soping sampai tak ingat nak pi tempat lain.

budak lelaki yang jaga kedai nih ke main borak ngan aku laki bini. dia mintak carikkan kerja utk dia, nak merasa kerja kat malaysia. katanya sume kawan2 dia keje kat msia tuh gantang2 kaya bila balik indon. so aku cakap ko datanglah kerja kat msia jadi supir akak…

ya waduh aku enggak pandai bawak mobil ibu

ha ko belajar dulu bawak mobil, nanti dah pandai ko datang msia, jadik supir akak yek

muncung je dia….aterrr nak kerja kan. dalam korang dok ganyang2 malaysia, kat msia gak lah ko nak carik kerja kan!

IMG_6186

semua dah siapppppppp shopping, mohlah kita jalan tempat lain pulak. aku yang kaki shopping ni pun light2 jer. memang rasa nak beli macam2. ha kat sini Central Pasar a must place to visit kay. segala kain baju pengantin baju nikah baju tunang baju atas katil pung ado! siap je lah ongkosnya…

mak pak aku borong kain batik lah, baju batiklah, jacket, kain baju ler banyak…macam2.

IMG_6171

ada satu kain songket merah menyala, dia jual 1 juta rupiah! ko giler aku  nak beli.

lalu ibu harga passnya brapa? (maksudnya dia suruh ko bagi last offer price ko willing to pay)

500 ribu  sahaja!

ya ibu jangan begitu dong, naik sedikit lagi ya ibu

400 ribu then!

ya ok ok 500ribu ibu!

laki aku geleng palo. sib lerrr….

tapi mak aku cakap patut tekan lagi to 300ribu, lagi berbaloi. hoi idak ler, nak menawar memang mudah tapi nak bertawarannnnnnnnnn tu yang sakit tekak, kering air liur. nanti di majlis2 keramaian hahahaha ikut depa cakap, aku pakai songket merah menyala tu yek, boleh pakai ngan kebaya nyonya putih mahupun hitam.

pastu buat avatar twitter. peiiiiwitttttttttttt!!

Comment: 17