Maid Story, The Truth!

IMG_0207

toksey le letak gambo our birthday luncheon bebanyak, amik satu je cukup hah. Kami makan kat Wong Solo, mengenang untuk negaranya punya food, konon le kan. Itupun aku masih lagi demam sangat but kerna keperihatinan untuk seorang maid, our house helper, so aku tekadkan badan untuk keluar makan kejap, celebrate her birthday. Beli kek, only for her to eat. Kita bernyanyian reramai birthday song, staff WS pun dok dari belakang senyum simpul terharu sama.

Dia pun lagi ler, sampai menangis2 terkejut sedih pilu gembira beribu jenis perasan, hadiah birthday pun aku bagi jugak, in fact setiap bulan pun dapat hadiah, mak encik ko jenis suka bagi barang so bersyukurlah ye cik helper.  Habis celebrate kami berdua pulang, coz aku kan tak sihat tapi the 4 of them melanjut pergi berjalan….

Happy Birthday Bibik…dengan ucapan. Ko jangan nak lari yer!

image

 

So a few weeks ago, ada aku letak status nih kat FB Page. Dan seperti dijangka, cerita maids antara yang paling tegar dan rancak diperceritakan, memasing penuh dengan kisah, ada yang manis dan mostlynya pahit memanjang. I pasted here some of the comments, SOME sahaja, tak mampu nak letak bebanyak.

If you nak baca lagi cerita dari kawan2 readers akak, boleh tengok kat link FB akak nih nanti, penuh beronak bila baca cerita2 mereka tentang maids dan helpers dalam hidup kita nih.

https://www.facebook.com/redmummydotcom/posts/10152500636048298

 

image

image

image

image

image

image

Setelah aku dimusibatkan dek kisah tragedi maid aku few years ago, masa aku ngah pregnant yang tak kuasa dah aku nak sebut namanya dulu, i did have lots of maid after that. Dah tak kuasa nak pikir dan kira berapa kerugian dan sakit hati yang dapat, cuma kalau ada yang nak berkongsi patah hati, kahkahkah…mehlah sama.

Ada yang kena tipu, ada yang kena caras ada macam2 jenis perangai dan ragam maids yang kita jumpa. Despite of kita layan dia baik memolek, tapi ada jugak yang buat hal, tak banyak sikit. Macam aku pulak, maid aku pun ada jugak buat hal but apa yang aku boleh close one eye, aku tutup je lah, apa yang boleh tegur, kita tegurlah. Pergi bawak holiday, pergi berjalan, kalau ada rezeki lelebih sesama kongsi tapi ada jugak yang tak pernah nak bersyukur, ada cerita yang pi menggatal, ada yang bawak bangla datang rumah, ada yang buat onar, dera anak2 kita, who knows, hanya kita yang jadi majikan je lah yang menahan hati.

Ramai jugak yang bila dah serik, tak sanggup dah nak ada maids, but kalau ada peluang nak jadi housewife, mungkin itu jalan terakhir, menguruskan sendiri family matters, tapi ada yang masih belum mampu untuk stay home, tak dapa hantar day care (pun day care pun ada masalah yang tak pernah kita dapat menidakkannya), so at the end, kita loose some kita gain some.

A friend of mine, back from her holiday, tengok maid dok menyarung her bra, panties happily. Bukan selai 2, selonggok bila diselongkar bilik maid. Pun dia tak boleh nak sack coz keadaan dia yang memerlukan maids menguruskan anak dan rumah, but she wont be extending the permitlah, habis permit, dia tekad nak tukar lain. Ada jugak yang menangis bercerita macamana longlai barang berharga di rumah, maid bertahun gained the trust tapi akhirnya lari bersama barang kemas dan wang ringgit.

Boleh luluh jantung dan geram gila dengan hal2 maid nih, macam aku cakap, walau baik mana kita menjaga mereka, kalau mereka mula nak buat hal….semua kebaikan kita all gone by them. Ada yang 1 dari 10 akan mendapat maids terbaik, mungkin satu je salah silap dia yang kita nampak dan dia mulia untuk kerja dengan kita demi sesuap nasi orang di kampung…semoga maid aku pun macam tu jugaklah. Amin.

Jadi, apakah cerita kalian, ibu dan bapak sekalian, or rahsia maids yang hendak korang kongsikan. It s time to hah muntahkanlah semuanya. Tak banyak sikit, hok geram2 tu boleh membantu kot 🙂

Comment: 8