Sep 22 2014 Monday, 11:30 am
A trip to Penang…
kakakkkkkkkkkk, sian anak mak tidur ternganga! The boys yang belakang tu pun tidur sama jugak. Aku rasa aku tidur kejap jerlah coz laki aku tak bagi aku tidur, suruh borak borak borak segala. Sampaikan citer ex boipren lama sebelum kawin ngan dia pun kena citekan gak. Ngeng btol. untunglah ex boipren aku tersedak2 kena sebut.
Aku suspect dia baca gak blog nih, gila tak baca. Tak pun bini depa.
Wah depa.
Macam banyak.
Adakalanya kita berenti for jamak lah, for kencinglah for makanlah….ini stop kali kedua. Mana ke tempat nih aku pun dah malas nak mengrecall. So ini dok kat gazebo jerlah, kita ada bawak bekal bagai, ada yang beli, ada yang makan kat atas tpt makan tapi aku dok kat gazebo ni jer coz asalnya Zeeshan tidur dalam kereta so tu yang aku menunggu.
Bila dia bangun jer, mula ler nak melekat pastu berzikir carik daddy daddy daddyyyy.
Dia punya tahap close rapat gila ngan bapaknya dah macam aku rasa aku ni mak tighi jer. Tak bolehlah bapaknya hilang kejap!
Pastu tetiba aku dah bertukar wajah jadi ‘bibik’ kahkahkah….kita sampai kat homestay Penang tu lam kol 10lebih malam ler. Borak borak borak, lepak anak beranak, 5 bijik kereta kan, ada lagi adik aku amik satu lagi rumah tapi kita cancellah, rumah ni pun besar, double storey. Cuma bila dah reramai, rumah dah macam sekolah tadika jer. Dengan bingit bebudaknya, bingit suara bibik aku lagik
Waktu laki aku ngan Zeeshan dah beradu, aku turun and berkampung kat bawah coz nak memakaikan pengantin tu inai. Inai dah bawak khas dari KL sesiap. nak pakai 3 jari je pun kan. Itupun dia ngelat je tak nak pakai but kita kakak-kakak punya mulut lagi power so dia pasrah je lah.
udah siappun. dan lelain pun sama berinai, aku tidak ler berminat hahahaha…..
pompuan bertudung tu mesti berkata, kenapa le aku dapat adik yang suka ngan job clown ni kan? Terkangkang2 lompat ko dalam masjid dah kenapa Dik?
eh kakak Lofa
tudung dipakaikan oleh my niece and tudung ni pun kakak yang punya
dan kami yang ber’cuti’ kena duduk di tangga masjid sahaja, untuk pernikahan adik kami, he s not the last in the family (second last) but insyallah the last yang kahwin lam family lah kan. Kalau ada yang pasnih kawin lain hah tu toksah citer ler. Macam nih, dedua wanita ini adalah bermadu. Dedua ni kakak ipar aku from my Along.
Akak ada cakap lam instagram yang my brother pernah bernikah 5 kali kan (3 isteri masih ada, lain bercerai) sebenarnya salahlah fakta tu, dia dah menikah 6 kali hiks…
Abang sulong aku yek. Ini isteri2 untuk no 2 dan no 6.
Memandangkan nikah ni aku pun dok kat tepi tangga jer, so harap belas ikhsan dari depa ler je kan. Yang duduk atas kerusi tu Abah, kaki abah aku kan tak kuat, solat pun solat duduk jer. Dengan sekali lafaz, Epi sah menikah.
ahhaha pendek gila penceritaan, abis tu, gambarnya je untuk lam masjid ni beratus but pasal aku takde sama, so takyah letak bebanyak sini heh.
Doa dibaca suami, belakangnya mak ajah. Mak aku kena pakai shades most of the time coz matanya yang tak berapa sihat
adik ipar baru aku nih, orang Penang. tapi bukanlah cam anak mami mami tu…
pertukaran cincin dan barang kemas untuk pengantin pompuan, sakan laki aku gelak apa le yang depa bahankan tuh…mementang ai cannot join
yang di tangga, buat je lah apa2 yang patutpun…
hah dah habis majlis di dalam, so kita satukan Red Family sekejap sebelum memasing bertempiaran
jubah biru kakak aku baru beli dari Ampang Park untuk occasion nih, abang ngan Zeeshan pakai kemeja tak berbaju melayu coz aku malas nak pack up dari KL. untuk bapaknya jer wajib pakai yelah dah adik ipar lelakinya kahwin kan, takkan semuanya nak bertshirts manjang.
the complet family of my parents, cuma 2 brothers je tak dapat hadhir atas tuntutan kerja
anak2,cucu, menantu. oh ada sorang makcik
dan kemudian pengantin jadi rebutan untuk digambarlah specially kami the 3 sisters!
tak caya ke yang belah kiri tu sekali mak merah?
hish….kakak lopa tu
i love my Kree Skirt!!!
Asalnya akak tuck in baju but pastuh yelah kat masjid kan, kakak aku nak terajang bontot aku hahahaha so kenalah keluarkan.
Takpelah sok sok pi kerja ke event, pakai balik Alida Skirt by Kree nih lagi.
dah habis ler sakan berposing, kami kena menganjak ke rumah transit.
batch Along and anak2 dan isteri2nya…
ini pulak batch wanita wanita, kat luar ada batch lelaki lelaki but pastuh yang kat luar tu pun dok masuk dalam. agak berejam le jugak kita tunggu kat sini coz pengantin pompuannya kena bersiap bagai. Tapi sib baik dihidangkan dengan kuih yang sesedap, air panas dan air sejuk. Jadi perut pun berlapiklah coz kitorg dari rumah homestay sebelum ke masjid, makan ala kadar je apa yang ada buat lapik perut. Yelah nak menikahnya jam 10pagi, 930 dah kena keluar, batallions bukan sikit alang.
Kakak aku suka benar posing dengan Kakak Lopa
ini my niece, pas Pokdenya kahwin nih, hopefully is going to be her turn, tahun bila tu entahlah….
niece aku ni sangatlah rapat ngan aku, dan dialah jugak yang bertanggungjawab dalam menyarungkan tudung untuk Kakak Lopa. Makanaya dengan ini, habislah cerita pernikahan Epi.
Dan bersambung lagi siri akan datang untuk majlis persandingan belah pompuan, berjalan pusing2 Penang segala.
Syok gak dapat orang jauh nih, merasa gak jalan jauh kan. Kalau yang dapat sesama KL hah dok ternganga lah kita sekejapan dah sampai rumah mertua hiks….
Dalam penceritaan majlis nikah kahwin nih, macam smooth je kan, sebenarnya hiccups sangat banyak hahahaha, but majlis pun dah selesai so kita tak yah lah cite details, aku pun malas nak memikir imbas kembali. Kalau aku cite yang major2, sure korang geleng pala 😛 .
Lynda
Sep 22, 2014 @ 14:36:40
nasib kak RM dah kawen, tak pe la nk ddk kt tangga ye 😉
Lynda recently posted..Snorkeling katanya
Mazni Azmi
Sep 23, 2014 @ 04:03:28
Panang orang tua zaman dulu. Sebab menghalang laluan orang lain.
Mazni Azmi recently posted..Tips Memakai Tudung Pengantin Yang Cantik
sha
Sep 22, 2014 @ 16:24:22
Assalam sis,
Welcome to Penang..he3
sha recently posted..# Flashback Bekpes
aini
Sep 22, 2014 @ 23:32:03
Kak red… berseri…. maksud sy, kakak pengantin =)
aini recently posted..Sebelum Kahwin Vs Lepas Kahwin
Hasnul Mutawif
Sep 23, 2014 @ 04:01:44
Alhamdulillah dah selama t diijab kabulkan. semoga berbahagia ke syurga bersama sama. Insyaallah
Hasnul Mutawif recently posted..Pakej Umrah 2015 Hilton Memang Tak Patut.
mie
Sep 23, 2014 @ 04:54:13
oh kak lopa…
untung yang dapat bergambar dengan kak lopa..
ehehehehe
mie recently posted..Tokyo Tower: The Best City Landmark (Part 1)
asnida
Sep 24, 2014 @ 18:24:04
wah… akak berkenan sungguh tengok madu2 tu, kamceng sungguh. bukan senang nak tengok macam ni. bertuah lah abanglong tu
asnida recently posted..Resipi Hari Ini – Hummus
Lyn Yusoff
Sep 25, 2014 @ 16:41:31
dpt org jauh best lah jenjalan… sambil hantar pengantin sambil bershopping or makan2 segala..
Lyn Yusoff recently posted..Wordless Wednesday #170