The IOI again…

IMG_6508

lepas aqiqah aritu, dah dekat le sangatkan nak ke IOI City Mall, anak2 aku yang 2 orang tu bila dengau nak ke sana, diorang pun ya syukur alahai. dapat le jugak main lagi skate.but seperti perjanjian asal, once a while makpak boleh bayarkan the skate, but korang kena kumpul gak duit sendiri.

So depa memang manjang le kumpul duit, aritu punya cuti sekolah patut pergi skate, tapi coz depa buat kes ‘telur tembakul’ so semua kena grounded.

Jadi untuk hari ini, depa pakai duit depa sendiri. Socks ke gloves semua memang siap bawak sendiri dah, bayar duit entrance jer. Jadi kita tinggalkan dedua berjimba kat skatelah.

 

IMG_0878

yet kami bertiga pulak, pusing mall. Tapi kan, Zeeshan dah waktu nap tau. dia dah ngantuk sangat. but ada boss besar sorang nih, ngan kompidennya sebelum keluar noon tu aku dah tanya, pram ada tak inside my car. coz last time aku check, aku transferkan pram Zeeshan dalam kereta RD. Dia dok manjang je ada ada.

Dan apabile di IOI, nan hadonya pram!!

So hamik, kenalah kau berdukung anak kecik kau kan.

IMG_6515IMG_6513

Jadi nak shopping pun lemah semangat coz Zeeshan dah merengek, tak pun dia nak berkendong je lah kan, letihlah bapaknya. Aku leh dokong sekejap jer ler, ai wanita yang lemah. Katanya kau kan.

So aku kena pergi kat kedai yang ada tempat duduk ler untuk si bapak anak santai sikit.

Kat dalam nih, ada kerusi luas sikitkan. So jadilah untuk depa but tu lah aku tak membeli pun. Sesambil dia rehat tu pun dia dok pusing dalam kedai. Lotih kejar.

IMG_6523

Kat food court IOI nih, aku bagi dia main rambut aku. Ada vid dia jadi hair stylist. Buatlah apa saja nak oi, asal ko puas hati and duduk diam. Kalau tidak kang dia nak pusing berjalan merata, aku tak larat le nak kejar. Apaknya masa ni tengah beli air. Lama gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr nak tunggu airnya sampai, rupanya sebesau2 food court tu, satu je kedai jual airnya pun.

Jadi adalah dengan ini, secara rasminya pasnih, kena ban food court IOI City Mall, keji betul satu je kedai air dalam food court tuh, berpusing orang menunggu beratur airnya. Sebabkan nak dptkan air jer lama, jadi takde ler kita beli food. Aku laki bini pun mmg tak nak makan yet, dah kenyang dari rumah kenduri Liza. Tapi kesianlah kat Zeeshan, dia dok mintak fries.

 

IMG_6540

air yang dibeli tu, termasuk ler jugak air panas, nak buat susu mar. Toilet depa takde for baby ler, tak de pulak aku jumpa baby’s room siap  ngan air panas segala. Mungkin kat wing lain or tingkat lain but selama aku datang sini, tak pernah nampak pun. Dok ler kita kat food court nih , tunggu dia minum susu, belai2 sikit, memoga tidur ler.

Mana boleh gak tidurnya, takde pram nya kan.

Masa ni ler ada lalu train bebudak. Train yang pepusing dalam mall tu lah.

So kita pergi ke sana pulak.

IMG_6552

while bapaknya beratur untuk train

IMG_6545

aku tengokkan dia ni main kete ni hah. Punya nangis2 nak jugak naik keter nih. Dah sokmo sangat naiknya pun kat Car Viva, so ingatkan dia muak ler, tapi tak de ler dia nak kenal erti bosan. Mengantuk pun dah hilang ke mana, dek penangan keter ni hah. Naik ler dia, katanya 5min tapi aku rasa macam depa pun tak sampai hati nak bentikan in 5 min kot. Ada lebih 7min ke 10min gak depa pusing main nih.

dah abis main ni pun, apaknya tak gak abis beratur for train. So aku turun bawah dulu, tengok Abang Kakak, pekabau le depa. Check depa punya solat bagai, and depa janji untuk habis main selepas Maghrib.

IMG_0888

by the time aku naik just about time untuk train tour. Aku ngan Zeeshan je naik, bapaknya pulak rotate pergi tengok Abang kakak.

 

IMG_6557

kita berkongsi naik ngan 2 orang anak2 remaja, about my son’s age. Senyap jer 2 beradik tu, kena paksa kot ngan makpak naik ni hahahhaaa

Zeeshan suka2 ler dia dalam nih. Bila dah duduk ngan anak umur 3 taun lebih nih, umur kita pun kena macam depa,  pikiran pun kena macam depa, so kalau nampak truck tu, aku pun kena menganga lopong sama. kahkahkah!

IMG_6562

Nak mengabiskan masa lagi, pergi balik HomePro.

IMG_6566

demi kita duduk letakkan dia dalam bakul tu coz bapaknya tak larat nak dokong. Woi dalam ni tak boleh buat main, kang dia punya berlari, ada gak yang bersepai.

IMG_6569

brand ni Tong Yan kan? hah, beli beli. Aku pakai brand nih, dah 4 tahun lebihlah. Masa tu aku ngah sarat mengandung Zeeshan, sehari aku duduk dalam bilik, tak gak sesiap depa pasang nih, DIY dek laki aku ngan kawannya. Aku punya yg half tuh, tak amik yang long one nih coz dulu mana ada space. Jadi kita minum air bersih, dah filtered lah.

Pindah rumah baru pun, kita bawak sama gak si Tong Yan nih. I think the price selling here lam RM1k, about thatlah. Highly recommended!!!

IMG_6576

siniki ni, cantik. tapi kalau crack, ko tak nampak cracknya, tetiba je leaking je bawah. Bak kata contractor ai hahahaha…

IMG_6592

habis dinner, kita terus balik ler. Dah seharian keluar hoi!

IMG_6594

End up kan, berejam2 kat sini, beli satu barang jer. Yang kat HomePro tuh. Itupun untuk sangkut kat bilik maid aku yang sekarang nih, dah 80 kali roboh ampaian bilik dia (for ironing kain baju aku). So kali ni, kita pajak terus kat wall, biar tak jatuh. One more thing aku perasankan, bench dah banyak le ada sikit.  Cuma perlu tambah lagi dan lagi. Specially kat skaters area tuh. Banyak lagi ruang kosong, tepi2 pillars pun boleh letak lagi kerusi yek.

Next visit kita, harus bawak le pram tuh. Kadang2 kalau ada abang kakak pun, dia tak nak bg depa dokong. Dia nak makpaknya yang dokong. Tu lah kuasanya budak kecik nih, untuk ko jer 4 orang kena mengalah tau dik.

Apapun trip arini memang terkesanlah coz takde stroller. Penat tu berdukung satu IOI CityMall nih, dari hujung ke pangkal. Adakalanya jer dia nak turun berjalan, tapi banyak berlari, berkejaran tu yang letih gak.

Comment: 5