Jun 22 2015 Monday, 9:00 am
Casa Ombak – Ramadhan Buka Puasa & One Stop Wedding Centre
Salam Ramadhan semua.
Pejam celik dah a few days kita berpuasa. Kalau dah bulan puasa memang tak sah lah kalau takde Buffet Ramadhan kan. I have Eyriqazz, Kaoi and Sohok in this picture.
So baru-baru ni aku sempatlah pergi menjamah dan menjamu selera dengan menu berbuka puasa ala kampung di Buffet Ramadhan @ Casa Ombak. Bukan aku sorang jer, aku ditemani of cos Red Family dan paling best ramai geng-geng bloggers lain yang turut hadir.
Air oren tu kan, Zeeshan dok perati jer. tetiba dah bawak segelas ke meja.
nangis, mak merah terlepas roti jala! tu ler menceceh je borak ngan gang2 bloggers
Jamuan makanan dia memang pelbagai pilihan. Dah nama pun buffet Ramadhan ala kampung, dari ulam-ulam kampung sampailah ke western food, goreng-goreng, nasi Arab, segala jenis mee. kuih-muih, manisan, buah-buahan, roti john, roti jala, keow teow goreng, ikan bakar, ayam goreng berempah dan pelbagai jenis masakan panas dan instant food. semuanya ada! Ikutkan hati memang nak jamah semua, tapi kena control diet gak hiks. Tapi teh tarik dia memang umph, bergelas-gelas aku togok hai…
Tapi kalo jamah secuit dua tak la rasa guilty sangat hehehe. Yang penting kena merasa, tak nanti menyesal pulak 🙂
Kambing golek wajib ada 🙂
Terima kasih Akma atas jemputan 🙂 On my left is her sister, Shieda
Oh by the way, actually Casa Ombak juga adalah merupakan One Stop Wedding Centre.
Korang tengoklah sendiri himpunan koleksi baju pengantin yang depa ada, alahai cantik-cantiknya. Tapi mana merah?
So kalau korang nak lokasi perkahwinan yang berkonsepkan taman, bolehlah contact Casa Ombak. Depa boleh arrangekan A to Z semua kelengkapan kawin korang dari segi venue, catering, pelamin, chiavari chairs, make-up, dekorasi ataupun hiasan, butik pakaian dan of cos baju pengantin yang lelawa tu. Semua all in one punya pakej. Senang hai keje cam ni. Tak yah pengantin pening-pening. Pening-pening muntah-muntah lepas kahwin jer gitu hiks
Together with Kak Hanny and Azwa
Paru goreng cili yang jadi idaman aku
Udang goreng yang jadi ratahan Kakak
Dekorasi yang cantik menyedapkan mata memandang dan selesa untuk makan gitu.
Tengah bergossip pasal *tut* tetiba RD nak ambik gambar la pulak hehehe
Me with dress dari Jakarta dong, the one i bought last year tau, bukan yang this year punya trip, baru dapat pakai hah.
Cantikkan hiasan dia, Susun atur kerusi meja makan pun quite selesa dan a bit loose, so senang nak gerak pi ambik makanan. Tak le dok bergesel-gesel celah-celah kerusi hiks, just nice. No berlaga bontot.
Bila berbuka puasa di Casa Ombak seolah-olah seperti berbuka di dalam taman. Ini kerana Casa Ombak bukanlah sebuah restoran, ia adalah sebuah halaman kawasan banglo mewah dikelilingi dengan pokok-pokok yang hijau dan rendang ala-ala taman gitu. Memang santai dan tenang.
Zeeshan tu leka ngan iphone bapak dia, tapi kita bagi time makan kejap tu jer supaya dia tak ligan lari keliling.
pastuh, bertukar uniform le akak merah kau!
Kitorang sambung tengok Minions lepas tu, suka sangat Zeeshan tengok sambil menjerit-jerit dia hehehehe.
 antara teman dan bloggers
So apa lagi sebelum penutup kita bergambar reraamai gitu. Again thanks to Akma yang sudi menjemput kami berbuka puasa di Casa Ombak yang Berkonsepkan Dalam Taman
Dengan harga yang berpatutan memang sangat berbaloi. Untuk tempahan boleh hubungi nombor di bawah ni:
Casa Ombak Buffet Ramadan “Ala Kampung” yang menyelerakan dengan suasana open garden dan santai 🙂
Casa Ombak
No 22 Jalan Damai Off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur
Call/whatsapp : 013 6241417 / 012 6621062 / 03 2181 8750
RM55 nett/pax Dewasa
RM27 nett/pax kanak2 (5-12tahun)
Dibuka untuk individu/group/company
Facebook page :Â Ombak Creative page
Landmark
(Berdekatan dengan Ampang Park dan Lokasi belakang Double Tree Hotel dan The Intermark)
Ada surau untuk solat, jangan al khuatir.
Terima kasihhhhh Akma and team for our first buffet ramadhan.
Lynda
Jun 22, 2015 @ 11:46:26
Nampak sedap tu kak. Murah pun murah 😉
Lynda recently posted..Berbuka Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort
AkmaOmar
Jun 23, 2015 @ 00:06:37
Terima kasih kepada sis Red Mummy & family sudi berbuka di Casa Ombak…tq sis nice review
AkmaOmar recently posted..Promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak Kuala Lumpur
musadun
Jun 23, 2015 @ 02:35:47
casa ombak merupakan tempat buffet ramamdhan yang paling popular bila setiap kali ramadhan menjelma..
Anuar
Jun 23, 2015 @ 11:31:18
Ramainya Blogger yang datang berbuka puasa di Casa Ombak…
Anuar recently posted..BR1M Vs KOM1SEN
hanny abdullah
Jun 24, 2015 @ 01:10:47
Memang best berbuka kat Casa Ombak ni, 2 tahun berturut sis kat sini berbuka puasa..santai jee kan. Harap2 next year kita dapat jumpa lagi kat sini.
hanny abdullah recently posted..Ikan Patin Sedap Di Samudra Exotic River Fish
JMR
Jun 24, 2015 @ 02:49:09
paru goreng tu nampak menggiurkan..slurppp…makin membesar Red fmily ni..bila Zeeshan nak dpt adik lak? hehehe
JMR recently posted..Check up 9 bulan
Lyn Yusoff
Jul 03, 2015 @ 10:13:14
ermm murah dari tempat lain so far..
menarik jugak tuh…
Lyn Yusoff recently posted..Hello Weekend!!!