To guess and to win something :)

 

IMG_8316

berpaut itu penting ye…tak kira le akak haku ready ke tidak…

IMG_8312

this was our mission. Carik kipas lagik. Huh banyak betul kipas kat rumah aku heh, bilik abang kakak je kena sorang 2 kipas (stand and ceiling wajib). Bilik aku pun ada 5 bijik kipas and satu aircond. Makan banyak kipas betul dok umah atas tanah ni. Dulu kat VA secipot je hahahaha…tapi sana aircond memang sorang satu pun. Untuk Red House bilik depa memang belum ada aircond lagik, bapaknya nak biarkan anak2 bersusah sikit takde sesejuk. Asal nak sejuk je depa lari bilik kami. Satu lagi aircond kat bawah tu jarang on kan.

IMG_8313

Lawa kau ni. Merah menyala but harga kau amboih! tak padan yang kecik. So tak jadi le amik kau, dahlah aku nak amik 2 bijik, so amik sebelahnya.

Kisahnya kita ada panggil contractor tetambah lagi plug suis kat rumah tu, abis dia hack 1-2 walls yang dah cecantik painted (nak kena repaint balik adoih), coz ketidakcukupan plug (masa buat rumah ingatkan dah berlambak rupanya masih lagi tak cukup. So pertambahan tu menunjukkan kena lagi tambah 2 fans.

IMG_8318

budak ni, ada sekali hilang kejap. Apaknya suruh abang kakak eyes on adik, tau la Zeeshan tengah meligat. So depa bawak dia masuk kat MPH. Aku ngan laki aku kat fans station. Tup tup, Zeeshan datang to us, huk aloh. Aku terus tepon abang, tanya  mana adiknya. He dengan kompidennya jawab ‘oh ada kat sini’

ada kat mana?

ada near by us

where?

alamak, takde la mami, jap abang carik

adiknya masa tu dah tentulah depan mata aku. Meaning adiknya keluar dari MPH and jalan to our stations kat bahagian kipas tuh, eh kira jauh gak lah kalau ikut kira umur budak nih. Hem kena sound le abang kakaknya….depa tak tentu arah keluar carik adiknya.

IMG_8320

Itupun dia keluar dari MPH tu bawak satu toy (a small truck), takde la pulak bunyik tret tret kat pintu MPH tuh, kalau tidak memang gelemer lagi le Red Family hari tuh. So dia dah bawak keluar tu, aku suh abang pi hantar balik toy tu ke MPH semula. haih anak oh anak, makpak kau nak beli barang, subcon jaga adik pun meleka. Yelah dah dapat kedai buku, mata memasing galid kat buku ler, takde le depa nak ingatkan kat adik.

Tu le pasalnya, adik beradik jaga adik beradik memang tak sama makpak jaga anak2…korang nihh

IMG_8331

kat sini memang takde le orang yang melayan, kebetulan budak2 yang jaga fans ni ngah break kot. So laki aku le yang angkut kipas yang dia berkenan bagai test try buat sendiri bagai. Itu yang water cooler biru tu, aku penah ada, but dah bagi kat rumah mak mertua aku. Pastuh last year kot, panasnya rumah mak mertua aku, lot tepi, mau tak panas berdentum, jam2 tu gak aku pi kedai ngan laki aku belikan 3 bijik kipas stand untuk mak mertua aku. Umah besau tak cukup kipas yang ada paneh anak cucu. Super lega le pastuh…

IMG_8338

Ni kakak yang jaga adiknya, habis segala ceruk dia masuk terpaksa kakak mengekor. Semua kakaknya amik gambar nak tunjuk bukti ‘nakal’ si adik kat mak nya hah

IMG_8342

member dok nak carik yang 4/5 bilah, so dia berkenan ngan dedua nih, dok pilih nak amik satu jer for the stand one

so we picked yang facing him tuh, better gak dah over 2 weeks gak kami pakai. ada le remote segala, yang kecik satu lagi tu for our bathroom, itu dah bape kali tukar ler. Setiap kali beli ingatkan better, tapi tak kuat ler, bising ler, memacam lah…so far yang baru tu memang the best for him lah.

IMG_8350

Dah datang sini mestilah main bebenda dalam nih, inipun depa bertiga jer asalnya pi main, aku pi amik barang lain. Tapi hati aku tak leh lama coz tadi tu kan adiknya dah ilang kejap, jadi aku pun joined the club. Ngekor depa dengan trolley bagai. Laki aku masih lagi carik barang lain…

IMG_8351

Zeeshan ni macam ada gaya melonjong ikut abangnya….

IMG_8357

seluar panjang aku yang dah berpassing batton to kakak

IMG_8358

betul2 tetiga beradik ni menari atas benda nih, idok le aku nak join the club

IMG_8377

asalnya kitor berempat naik motor nih tapi pastu abang ngan aku kena sound ngan riders 2 orang tuh kata berat le bagai segala, so kami pun bawak diri hehehhee….keje hakak jaga trolley balik le kan.

IMG_8379

donno le since when coz kami pun dah lama tak datang AEON Maluri ni, so kat games section ni untuk tokens tu dah pakai card. Ke dah bertaun kot ada pakai card untuk setiap games yang anak2 ni main. Sebelum ni kan token yang coins tu…aku bagi RM30 untuk depa 3 orang pakai main, aku rasa adiknya bape kerat je kot main pastu sekali main yang macam boat kita naik nih, boat kot, RM3 kau, punya le sekejap.

IMG_8389

we had our dinner kat Nandos. Outlet depat kat Maluri ni ada sorang staff dia sangatlah nak kena makan penampau sangat. Cut the story short, aku nak kena ban ler Nandos Maluri tu, satu family aku hangin btol hari tu. Malas nak citer ler. Aku biasa dengan Nandos KLCC, service situ memang tip top, staff pun sangat-sangat frenly walau macamna junior or senior pun depa, ada bahasa ada susila. Anak2 yang suka sangat Nandos nih so kena le pasrah ikut gak tapi pasnih maybe aku akan timbang kati, tak nak dah kot makan kat Nandos Maluri. Serik.

But kalau delivery, hantar ke rumah, ordered online tu, datang dari Nandos Maluri ni jugaklah…tu boleh pejam mata, tak jumpa orangnya, order pun pakai online jer.

IMG_8636

Come back on cite kipas tuh, a week later aku datang balik Maluri’s AEON (just a few days ago), coz aku nak kena beli lagi satu stand fan yang serupa dengan yang kami beli previously. Kekdahnya bapaknya buat ketuk-ketuk kat bilik anak2, so depa sudah tukar position katil meja study bagai and agak jauh dari the ceiling fan. Kakak ada stand fan but not abang, jadi kena ler belikan satu lagik.

Moralnya aku pi Jusco ni sorang2 pun coz nak kena beli tu juice blender aku. Dulu aku ada promote yang aku beli online shake mende tah brand tuh, murah memang le ye tapi cepat jahanam. 2 kali laki aku pi antau service kat apek rumah aku tu sampai sudah di akhir hayatnya naik berasap2 waktu laki aku ngah blend the juices.

2 hari gak lah aku takde juices while odw to work. itu dah rutin, biasanya dulu oranges jer, pastu upgrade tambah green apples pastu tambah lagi banana. Pasnih nak tetukar lagi tambah kurma ke prunes ke, apa saja ler, itu yang lama biasanya belum Jalan Tun Razak aku dah abis minum (sambil make up plak tuh) but yang Cornell baru nih, power wooo…so far ler. Dahlah leh dapat banyak ml laju pun ye gak, sampai dah naik opis pun masih gak tak habis2. So kita tengok berapa lama pulak nak jahanamnya tapi takper ler ada warranty.

For me ada benda bagus for online ada yang buat ko sakit hati jer. Kalau  heavy user, jangan le pakai yang brand shake shake tu, baru masuk epal dia dah kiok. Keras bonar gamaknya. Anw, aku prefer juices blender yang on the go, flip and chow. macam tu punya jenis, takde yang nak kena transfer bagai kalau macam tu aku ada lagi 2 blenders at home like that, lambat heh nak kena tetukar bekas segala.

by the way aku nak buat give away, siapa yang dapat teka berapa jumlah kipas yang kami ada di Red House (tidak perlu add up ceiling fans – ini kita ada 11 ketul), so hanya untuk stand fans / small fans etcs sahaja. Ada berapa jumlahnya?  Hadiahnya adalah sehelai baju baru 🙂

Tolong jot down your email address at this comment entry, takde email address susah le hakak nak contact the winner. Just give the numbers untuk the fans, and name / email address. Closing date till the new entry is up after this entry 🙂 .

 

Comment: 41