Red Story before Red Gongxi!

pasal citer sambungan Malam Misteri, ada sambungannya, kan aku cakap aku a bit malas nak naip pepanjang. kena bebetul lapang and type tu pun kena siang2 hari hahahahaha kalo idak kang sambil aku type aku terteleng2 pandang belakang, tengok tingkap etcs. paham2 lah kan, kowang x agak2 tau nak citer saspens tp aku lak kang yang ngigau.

so nanti akan kusambung jugak.

img06413

btw aku ada posted something kat yoyooh, seorang Maniam yang sangat baik hati budinya. balik pulang tadi, jap ujan jap x ujan, tetiba bila ujan depan aku ni lori kecik, aku tengok Uncle tu ngah sibuk dok mencarik menda kat lorinya. dia yang dok terkial2 tarik kain atap lori tu buat menampung dari kena rembasan hujan. kawan2 yang dok kat dalam lori pulak dok cuba tolong suh sana suh sini ajar dia bagai tp sudahnya dia give up. at the end dia katup pala dia ngan kain jer. sian….

but ujung jalan lori tu benti kat shell, nak pasang atap lori lah gamaknya…

img06436

kita hidup ada kerja macam2 kita buat, tak kira kerja tu senang, tak kira keje tu hebat. ada bawah panas, sedap lam ekon, ada kena berdiri. ada jadi boss, ada jadi machai apa sahaja, demi sesuap nasi utk anak beranak keluarga kita. perjalanan aku sepetang tadi membawa ingatan pada memori2 silam…baskin robbin yang aku blogkan arituh, keje kilang aku penah buat, keje jadi sales assistant guardian – ni kena buat masa semester break itm dulu, tp aku x leh cakap aku student coz kang depa x nak amik aku keje kan….

banyaklah jugak keje dan pengalaman seblom aku dpt keje yang benar2 stabil.

keje kilang tu, aku keje kilang air BIS, kat BTR. tak tau lah ada lagi idak, aku pun tak jenguk2 pun. tp dari pengalaman keje tu aku tau and terer salotape kotak2 beso ngan pantas, aku tau camne nak buat labelling botol, letak cap botol, eh macam2 lah. muka pun dah naik jadi cam botol. nak buat inspection botol lagik. keje tu lak ala2 pengkhususan, aku ni x leh buat keje gitu but sebab nak dptkan RM10 per day (gaji waktu tu) gigih la jugak wpun kadangkala tersengguk2 mata menahan.

sket lagik aku nak tersadung kat lam kotak penuh botol dulu.

ada jugak keje yang membawa pangkat kamu terlalu di atas, sehingga kamu memandang rendah sangat di bawah. ada aku kenal satu makhluk Allah ni, padanya dia hebat. orang yang susah ke x susah ke, dia tak suka nak ngamik tahu ye betul ko x suka amik tahu but bila dulu orang ada mintak derma untuk orang susah ….

‘kenapa plak aku nak derma duit aku kat orang susah, nasib memasing lah orang susah tu, nak mintak2 derma apehal’

ha gitu…

dari 10 taun dulu aku kenal dia, orangnya masih yang sama jugak. hidupnya? makin kaya…dan masih lagi kedekut untuk menderma, 10 taun aku kenal dia pun, 1.20 nya air kotak pun dia kira mintak bahagi dua haahhahaha….

gamaknya tu pasal dia kaya kebana kot, manjang je kedekut.

mak aku cakap, kalau pun duit ko tinggal seringgit, tp kalau ada fakir miskin datang, ko tak boleh sorok duit singgit ko tu, either ko bagi dia barang seposen 2 pun dah cukup besar nikmatnya pada mereka.

aku larikan sket entry ni, coz aku takut kang korang teringat2 lak cite Misteri Malam.

apapun, Jangan Pandang TIngkap 🙂

Comment: 39