Nov 23 2011 Wednesday, 8:00 am
The MasterChef Malaysia!
48hours Sponsored Post
Semua sekarang tengah kaw kaw demam memasak kan? Aku lain… Special case… aku tengah demam makan. Kenapa aku cakap semua tengah menggila hobi masuk dapur? Sebab sekarang kan ke tengah musim MasterChef Malaysia. Rabu start je sampai la Sabtu tepat je 9pm… mula la ramai pengulas tak bertauliah pun bunyi sama kat twitter nun… meriah ok timeline aku… dah la meliur je tengok masakan derang ni semua…
And of course, selain masakan… tukang masak tu pun mainkan peranan kan? Macam Nik yang tengok dia je dah ramai yang kenyang.. oppsss.. But I like Felix.
Nak tau kenapa? Sebab dia kan ke Gym Instructor wei.. agak auuummm oooo gym instructor memasak ni.. isk isk…sok sok akak dah beranak, ko jadi personal instructor akak boleh Felix?
Tapi memang tak dinafikan semua berbakat. Aku kalau masuk harus berkecah la wei.. ni semua background bukanlah tukang masak professional pun kan.. but sempoi je masing2.. yelah.. saringan dah berapa kali saringan… punya dari beribu banyak tu je hah yang tinggal kan? Dalam banyak-banyak yang derang dah masak korang suka yang mana? Aku paling terliur and rasa macam kena dengan tekak aku yang si Azilah masak tu.. Nama dia Bot Kerapu Dua Warna. Rasa macam pedas semua cukup tu…. Meratah sedap.. makan dengan nasi panas2 pun sedap tu…
Tapi satu la, yang aku tengok MasterChef ni terlalu ikut sangat macam MasterChef yang lain. I mean, selagi kita mengikut guideline and copyright yang ditetapkan, tak salah kan kalau kita buat Malaysian’s style sikit. Bukan lah menu ke apa, I mean, cara judge, pemakaian… Tapi mana la tau.. Astro ni kan ke full of surprises. Tetiba kan ada episode semua kena kukur kelapa old style tu.. ha jenuh la korang. Who knows kan?
Selain Felix… aku suka tengok juries gak, specially Chef Riz. Walaupun telah tersebar kehangatan di dunia nyata akan kesilapan Chef Riz dalam CVnya, takpelah, Astro pun dah memaafkan ye dok. So let it be. Anak muda macam Chef Riz ni harus lagi disokong dan didokong pencapaian dia, tidak berdiri atas nama belakang bapaknya. an. Hiks…
Lagipun he apologized to the public jugakkan, and bapaknya si nama besar Chef Wan pun dah membagi anaknya sendiri gak ahaks….come on lah korang, aku rasa benda tu boleh kita drop off jer. Lainlah dia cakap besar lagi bolehlah kita marah2 but now dia pun dah mintak maaf and Astro pun dah tutup kes nih.
Excited dengan episodes yang ada Peti Saji, boleh tengok dalam Episode 5, ha merata segala jenis beras kena masak. Ada tuh, cara potong bawang buat dadu, wah aku pun belajar sama coz biasa aku hiris besau2 tu jer, mana penah buat dadu. Cara potong ayam Chef Johari pun lain kan, ada boxing chicken lagik. Episode 7 kot yang semua terperanjat dapat itik. Hamikkk korang… kalau aku.. aku dah lama singkirkan diri sendiri dah tu… nasib laaaa….
Siapa yang kamu sokong?
Anw, dalam reramai, aku salut tinggi betul pada Saiful…seorang anak muda yang bekerja sebagai penoreh getah sahaja tapi mampu mengimpresskan the juries!
Eh cakap-cakap banyak ni kan..korang dah like belum MasterChef Malaysia punya FB page? Click sini yek.. sebabnya, you all boleh join contest kat situ and hadiah meletup2 juga disediakan gak… contest tu start next week… 19 Nov – 21 Dec!
Korang tau la Astro kan… hadiah tak pernah menghampakan… boleh jugak follow MasterChef Malaysia kat twitter… Click sini.. So, mau hadiah hebat, get it here here here!!
Khidmat pesanan masyarakat Astro is brought by Redmummy.com
farahdiba
Nov 23, 2011 @ 09:25:26
mmg best masterchef!bnyk dpt ilmu baru utk memasak hehe
Alyza Fisol
Nov 23, 2011 @ 10:21:42
@farahdiba, kan..banyak ilmu yg dapat n boleh dipraktis dlm masakan kita… 🙂
ayu
Nov 23, 2011 @ 09:54:06
memang terliur tengok dorang masak….kita pun bleh curik idea masak sama hihik..
<a href="http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/2011/11/15-wordless-wednesday-pernah-terfikir.html"Bila group photo kena sabotaj…kejam LOL! haha
Alyza Fisol
Nov 23, 2011 @ 10:22:21
@ayu, bukan takat terliur, siap bile memasak tu, ade la angan2 cam masterchef jugak…hahah..nk decorate bagai…hahaha..
Alyza Fisol
Nov 23, 2011 @ 10:23:41
masterchef best…banyak benda yg kita tak tau selama ni, bleh tau and belajar… 🙂
shah
Nov 24, 2011 @ 08:57:59
@Alyza Fisol, tu la,pelik jugak dari mana diorg tau masak macam2…respek
Alyza Fisol
Nov 24, 2011 @ 17:34:29
@shah, kan…ade je cara2 baru yg dia nk tunjuk..hebat arr diaorg ni.. 🙂
masni syafie
Nov 23, 2011 @ 10:48:07
saya suke tgk masterchef malaysia…suka dgn masakan ezani..hehe..nak jadi masterchef di hati suami pun jadilah…hehe
shah
Nov 24, 2011 @ 08:57:37
@masni syafie, saya sokong penoreh getah tu,mmg respek la sama dia
Zarul Umbrella
Nov 23, 2011 @ 11:19:51
ada jugak sekali2a layan MC ni..kes Chef Riz dgn kelayakannya tu secra tak sengaja mempromosikan MC ni
ezna
Nov 24, 2011 @ 17:01:24
@Zarul Umbrella, Biasalah org muda. Maybe nak masuk rancangan ni, dia letak le gah gah profilnya kasi gempak. Harap dia belajar melalui kesilapan dia….
Alyza Fisol
Nov 24, 2011 @ 17:35:32
@Zarul Umbrella, taktik nk naikkan rating pn bleh jadi gak…but at least dia belajar dr kesilapan…jgn amik mudah benda2 camni, bleh menjatuhkan diri sendiri & keluarga… 🙂
Zarul Umbrella
Nov 23, 2011 @ 11:21:02
eh nape blog RM ni gambo2 banyak tak kuar..i.e header,ads dan reply button
shah
Nov 24, 2011 @ 08:57:03
@Zarul Umbrella, ok je,cuba cek page view,zoom jadik kecik kot sbb tu tak kuar,agaknye,ok je ni
Zarul Umbrella
Nov 24, 2011 @ 10:02:57
@shah, tq shah
KiD
Nov 24, 2011 @ 08:40:48
Saya pun nak masak2 8)
Alyza Fisol
Nov 24, 2011 @ 17:38:41
@KiD, bleh la buat makan2 nanti, kid masak tau… 🙂
shah
Nov 24, 2011 @ 08:56:30
wah,RM pun follow masterchef
hilang respect kat chef riz la RM,semenjak kejadian resume dia tu
ezna
Nov 24, 2011 @ 12:40:22
disebabkan masterchef, saya jadi rajin sikit cook cook ni. Saya suka Ezani, Zamir, Nik Michael, Felix…:-) 🙂
shah
Nov 24, 2011 @ 15:39:30
@ezna, sian michael dah terkeluar
ezna
Nov 24, 2011 @ 17:00:03
@shah, kesian nik…. =(
akuzle ayu
Nov 24, 2011 @ 17:07:49
penoreh getah kaya wooo….heheheh… aku tgk chef riz tuh still semacam… ngan gaya dier marah2/psiko2 peserta mcm tuh…mcm bagus pdhal penipu…ahahahah… so sorry aku still ingat penipuan dier itu….huhuhuhuuh
Alyza Fisol
Nov 24, 2011 @ 17:39:20
@akuzle ayu, hahaha…memahami kalo masih x dpt menerima hakikat ape yg dh berlaku sblm ni…hehehe… 😀
Lyn Yusoff
Nov 24, 2011 @ 18:59:58
syok tgk masterchefMY ni..
kadang tu sampai terliur tgk hidangan yg dorang masak..