Sep 12 2012 Wednesday, 8:00 am
Red Family di Legoland Malaysia…
Last 2 weekends sempat kitorang RedFamily terjah ke Legoland Malaysia nun di Nusajaya, Johor Bahru. Kiranya special invitation la ni sebab Legoland ni open to public only on 15th September ni.
Abang dah tak sabar nak masuk tu…
Legoland map
Tempat ni aku habaq awal-awal kat korang yang plan nak pi tu, memang panas hangat membahang! Maklumlah tempat baru, pokok pun baru nak berkembang. So siap-siap la prepare apa-apa yang patut ek. Tapi budak 2 orang tu ape de hal… semua depa terjah, sampai tak mo nak balik pulok. aku dok balun tarukkan sunblock, sunglasses, topi tapi penyudahnya bila depa naik ride sume tu aku yang pegangkan plak…
Hangat membahang pun, posing tetap posing hiks 🙂
merchandize Legoland boleh tahan le mahalnya gak, depa beli topi sorang satu about RM50 seketui.
abang amik topi hitam, kakak amik topi Legoland merah
nak hujung2 balik tu jadi le aku bergambar ngan si Lego Chef tu hah, kat The Cafe tu ler aku duduk berejam ngan RB, gini ler ye ada anak kecik
the girls je yang poyo
abang dah cakap awal2, dia dah big, tak nak dah amik gambar lelompat
heh banyak pantang betul budak yang baru nak membesar nih
Untuk budak-budak memang depa enjoy very much, but for me since ade RB dengan bahangnya sangat, most of the time aku dok lepak kat cafe dia jer, sejuk sket. bukan most pun, sampai2 jer memang ye le ko tengok aku bergambar ria tapi pastuh aku tak ke mana pun, dok dalam cafe jer, not just me je, kebanyakan ibu2 yang berbaby2 ni ler…
Tunggu RB besar sket kita repeat balik mai sini 🙂 harga details ke hapa tolong pergi www.legoland.com.my . pastuh emm, kalau nak tunggu hotel Legoland siap, is by 2014. so kalau dok sini ikut pandai2lah carik hotel mana, I dok Thistle. ada ramai my frens pun datang balik hari jer. JB KL mar dekat je kan.
Thistle to Legoland to JPO tu sume around that area tak jauhlah. Aku rasa le tak jauh. tak sampai 30min to each other pun coz kita bukan orang JB jadi kita jalan pun taklah terer, ikut hala Papago gak.
aku pun balik malam tuh, laki aku pecut ke main laju coz aku suruh budak2 sumer tidur, if not lagi letih depa coz the next day dah nak sekolah. ada nursing cloth aku pakai hujung2 entry ni kan coz semua buttons bongek baju tu tercabut. hampeh sangat ler. sib baik le ada kain nursing leh coverkan 😛 .
Selamatlah ye those yang nak pergi hujung minggu nih, depa dah open to public.
Ada jugak annual passes, kalau hangpa nak repeat masuk in a year ha tu u all must buy. At least merasa jugaklah aku pergi Legolandkan walaupun USS tu pun tak sampai yet. Tu takper….if we are going end of this year, aku and RB kompem dok jalan2 kat Orchard Road jer, biarlah abang kakak and bapak ko yang melenjan. tu kalo pergi…
Hujung tahun aku dah ada plan lain. Jalan2 makan anging deh.. 🙂
Izz Latif
Sep 12, 2012 @ 08:13:27
wahhhh
Seronoknya!!
:8
Izz Latif recently posted..[ FoodLover ] : Bihun Goreng Ayam Lazat Bandar Sri Permaisuri !
KiD
Sep 12, 2012 @ 14:17:49
@Izz Latif, bawak duit banyak2.. kompom seronok beb.. 🙂
KiD recently posted..BE ke 21 dari Nuffnang
X Lupa Dot Com
Sep 12, 2012 @ 23:02:48
Wow.. sapa tangkap gambar nih?
semuanya profesional..huhu..
Sepatutnya mereka taja RM kat sini gak..
X Lupa Dot Com recently posted..10 Misteri Teori Konspirasi Paling Terkenal Di Dunia
Fazrol
Sep 12, 2012 @ 08:17:56
Kena tunggu anak besar sikt baru saya nak p…
He he…
Fazrol recently posted..ww – I’m Superdad!
KiD
Sep 12, 2012 @ 09:13:29
@Fazrol, kita pi dulu nak.? anak tinggal laaa jap.. hik3
KiD recently posted..Tips Dapat Sponsored Post
ainighaffar
Sep 12, 2012 @ 08:20:47
Kak Red..kalau lalu highway Legoland – JPO around 20 minit gitu…tapi kalau lalu jalan perling – skudai 50 minit ade kot… 🙂
yuyu zulaikha
Sep 12, 2012 @ 08:45:27
hehehe.. lepas ni turn saya pulak nak pergi Legoland ^^
yuyu zulaikha recently posted..Pulun Taip Entry
Unsmiley
Sep 12, 2012 @ 08:46:35
Assalamualaikum wbt…
Pegi dengan budak2 baru best agknye..takut tak byk game yg org dewasa boleh naik..
Unsmiley recently posted..Scene Yang Mempengaruhi
zana
Sep 12, 2012 @ 08:58:48
Salam RM…kwn akk kata tiketnya RM160 seorang, kalau betul….mahal gila tu. Ada juga rancang nak pegi hujung thn ni.
zana recently posted..River Park Sadong Jaya, dah takde idea
ezna
Sep 12, 2012 @ 10:24:22
@zana, Kalau pergi Matta Fair, tiket dewasa RM96, kids RM70 😀
ezna recently posted..Coverage me and Dania dalam Majalah Seri Dewi & Keluarga Oktober 2012
KiD
Sep 12, 2012 @ 09:12:38
tu laaaa… tengok dari gambar dan suasana, dah nampak bahangnya.. tapi macam best aje.. wooohooo!!!
KiD recently posted..Tips Dapat Sponsored Post
ezna
Sep 12, 2012 @ 10:23:43
@KiD, u bila nak bawak sefamily Kid? 🙂
ezna recently posted..Coverage me and Dania dalam Majalah Seri Dewi & Keluarga Oktober 2012
hazman aka species1980
Sep 12, 2012 @ 09:13:02
Kalau taman tema cenggini mesti standard harga makanan mahal kan…huhuhu…tunggu tahun depan la bila pokok2x tu dah besar skit…hehehehe
hazman aka species1980 recently posted..WW : Susu Segar Jabatan VETERINAR
ezna
Sep 12, 2012 @ 10:23:18
@hazman aka species1980, memang ler. They alls cam ambik kesempatan itu i rasa …. 🙂
ezna recently posted..Coverage me and Dania dalam Majalah Seri Dewi & Keluarga Oktober 2012
Diana
Sep 12, 2012 @ 09:14:09
Hi, kak red. Saya di Sarawak sentiasa mengunjungi laman website kak red sebab banyak memberikan maklumat mengenai tempat2 yang best untuk keluarga beriadah..Kebetulan Legoland memang dalam list family trip next year. Thanks sharing the photo..
akuanakpahang
Sep 12, 2012 @ 09:19:55
Salam dari kami. Semoga anda ceria sekeluarga.
akuanakpahang recently posted..TAMAN GELORA, KUANTAN PERLUKAH DITUKAR NAMANYA?
alialisa
Sep 12, 2012 @ 09:40:52
anak sibuk nak pergi legoland nih…early next year kut!!!..buland dec takut crowded!!! thk u for the infor kak red 8)
Anuar
Sep 12, 2012 @ 10:02:46
Seronoknya tengok pemandangan dekat Legoland ni.. Kalau ada masa nanti boleh bawa family jalan-jalan dekat sini..
Anuar recently posted..4 Tips yang Perlu Di Lakukan Untuk Lulus Peperiksaan Bertulis SPA
ezna
Sep 12, 2012 @ 10:21:59
Yay!!! i nak pegi Legoland this week :love:
ezna recently posted..Coverage me and Dania dalam Majalah Seri Dewi & Keluarga Oktober 2012
c!kpuanmuda
Sep 12, 2012 @ 11:13:30
ko makan angin je keje kan kak? jeles aiiiii
eyriqazz
Sep 12, 2012 @ 12:07:48
wah,meriahnyaa…tak sabar nak bawa isteri dan anak2 jalan2 legoland weekend ni…akan follow tips2 dari kak red…
eyriqazz recently posted..Kenapa Bisnes Orang Melayu Susah Nak Maju?
itmemawarputih
Sep 12, 2012 @ 12:59:18
Wah, bestnyer Kak Red & family dah sampai ke sana.
Tq, atas infonyer, kena buat planning ke sana nie. 🙂
itmemawarputih recently posted..Wordless Wenesday #3
yangbaik
Sep 12, 2012 @ 13:44:37
hebatnye… banyak pula lokasi menarik…
apa lagi… itu jer lah..
bila nak pergi? tak tau lagi… dah lama tak jenjalan jauh2 cam ni… :love:
yangbaik recently posted..Baik diam jika tidak mampu berkata yang baik
Erinhakim
Sep 12, 2012 @ 15:03:32
teringinnya nak pegi…
tp tiket masuk sure mahal ni kan kak…?
razila
Sep 12, 2012 @ 16:43:07
Bestnyer…
razila recently posted..Nak holiday gak…
jaakechik
Sep 12, 2012 @ 17:50:08
best jer tempat ni kan. terliur tgk ramai blogger pegi sana. dan jaa baru perasan yg abang makin tinggi kan? ngn RD pon cam lebih kurg dah! hehehe… jaa paling suka gmbar kakak yg sentuh KL Tower tuuuu…..cantekkk!
jaakechik recently posted..blurrr and blank!
qadar
Sep 12, 2012 @ 22:01:07
cantik dieorg buat replika bangunan kat malaysia
qadar recently posted..Kerjaya di KTMB
X Lupa Dot Com
Sep 12, 2012 @ 23:03:25
adess.. napa reply comment seputih salju lak.. x mcm dulu..
X Lupa Dot Com recently posted..10 Misteri Teori Konspirasi Paling Terkenal Di Dunia
Lyn Yusoff
Sep 13, 2012 @ 09:46:02
menarik..
tapi nak peginya tah bila..
Lyn Yusoff recently posted..Allergic Budu
Hazmin Hamudin
Sep 13, 2012 @ 10:02:54
TUnggu segala pokok membesar sikit baru pergi Legoland tu… Haha..
mama tisya
Sep 13, 2012 @ 11:50:39
sronok kak red dpt invitation b4 diorang rasmi 15 sept ni…kalo bawa baby sure tk brp selesa cz panas
**isnin baru2 ni tgk kak red dlm whi@tv3 psl produt nestle..mula2 tk cam cz nk rushing p meeting tp tgk lg btul rsnye:)
mama tisya recently posted..7th cheque payment
sha
Sep 13, 2012 @ 12:46:16
kreatifnya depa susun atur lego tu alahaiiii.. hihi
sha recently posted..iphone 5, iphone 4 s dan perbandingan
hidayah
Sep 13, 2012 @ 22:02:53
puas hati layan gambar..
and thanks sharing all info related to mom..
senang nak buat persediaan..
hidayah recently posted..tips menarik hati lelaki yang dicintai
wanie-ladybird
Sep 14, 2012 @ 11:42:09
nak lari dr tajuk cerita…
kakred, abang dah tinggi dari u laaa…wahhhhh
wanie-ladybird recently posted..makan @noodle tabco subang skypark
pinkbubblegumprincess
Sep 15, 2012 @ 20:50:10
wahhh sweronoknya….pegi Legoland!!
pinkbubblegumprincess recently posted..Regatta Sarawak serta Karnival Saind dan Inovasi Sarawak 2012
Wanayu.com
Sep 20, 2012 @ 00:03:36
Bangga rasanya tgk legoland pertama di Asia ni..Best nye tgk …
Wanayu.com recently posted..Anmum materna untuk mu
MyLegoland
Oct 07, 2012 @ 15:08:52
Memang best tempat ini. Tak sabar mahu ke sana lagi. Cuma agak panas sikit la kan?
MyLegoland recently posted..Exclusive Photos From Legoland Malaysia
Global Venture
Feb 23, 2013 @ 10:28:32
Memang menarik. Nampaknya macam-macam ada. Terima kasih kerana memaparkan gambar-gambar itu. Semoga anda sekeluarga berbahagia selalu. Aamiiinn …
Global Venture recently posted..Speaking Test October 2011- Beginning Tuesday 11 October 2011