Jan 21 2014 Tuesday, 11:30 am
Korea – Red Family Datang ni…..!
mak ko bukan main lagi suka yek….
sebenarnya aku seronok nak pergi coz one of my country yang nak visit, specially during winter. but a few days sebelum nak fly, the feeling macam down. macam tak berapa keen pun excitednya.
ni gambar je ke main suka
padahal biasa2 jer.
rupanya betul feeling tuh.
ada sobab heh.
i bawak the whole battalion this time. trip nih pukul canang timbang kati, just a week before the trip baru confirmed segala.
itupun cadangnya nak pergi berduaan jer, but you know….one nite aku pandang laki aku, diapun terus, ok kita angkut semua!!
so since last minute plan, MAS dah full. next flight available is Korean Air. belasah lah…nak dapat duduk sederet takde, so depan 3 orang, 2 di belakang.
Abang kakak dok super excitednya berdoa semoga mak pak bagi nonton movies back to back/main games from the inflight entertainment.
memang tak ler kan…
tapi malangnya aku tertidur dulu dari depa sumer. letih bonar tuh.
tapi bapaknya yang lambat tidur, nampak abang kakak berjaga ngan movies, langsung suruh tutup and tidur. hoi ni flight midnite ok. gila tak tidur.
6 jam je tu flight nih.
in between tidur tu, ada ler jugak Zeeshan bangun, so aku amik ler dari bapaknya. si bapak tidur kroh kroh betul anak kat sebelah hok hek pun dia boleh tak sedor. ooo pak encik letih sangat ko ker yelah habis kerja je terus cabut angkut family pi KLIA kan. Kita sampai Incheon Airport is so early morning at around 6 am local time.
makan breakfast earlier pun lapar but ada le aku bawak bekal2 roti bagai tau depa ni tengah2 muda ni asyik nak mengunyah jer. nak beli kat airport macam heh nantilah, was-was lagi.
nampak tak tuh Amber Chia ngan laki anaknya? mesra betul dia bila ditegur. dia sama flight ngan aku even balik pun kita sama in the same flight. Anak dia pun ada sama jugak….
i m the ‘First Lady’ so kena ler duduk jaga anak kahkahkah….yang depa lain tu amik luggage.
skinny betul ler Amber Chia nih
kat immigration pun settle tak sampai 5-10 min hoi walaupun queue sangat panjang but coz kami ada toddler and kanak2 riang except abang yang lonjongkan itu officer terus hint and bawak aku to the the empty counter. TERBAIKlah!
bagus bagus, nampak ada budak kecik sila beri laluan yer kat kanak2 ni. macam naik flight jugaklah, anak2 ni kena naik dulu baru yang bebesau takde budak nih.
kita pusing airport cari data
nan ado!
tapi sudahnya elok ler takde pun, we used the tourist guide punya data jer. easier. Kesian Zeeshan, tidur tak cukup, muka dah serabai. nak tidur lagi.
abang kakak bawaklah pusing merata airport ada le memacam yang nak distract adiknya. Kami ni melanguk tunggu tourist guide.
ini kalau tengok real life cantik sangat….
pastuhkan si laki aku pi kuor taste weather forecast camne punya tulang sejuknya. dahlah dia kuor tu dia pi bawak sekali anaknyaaaaaaaa si kecik tu. huk aloh! kematu budak tuh. abang kakak pas merasa sejuk kat luar apa lagik terus masuk dalam….
bila tourist guide kita sampai, nak kena naik airport limo.
ok pendapat aku bila dengo airport limo is cab le kan. rupanya airport limonya is a bus! shuttle bus.
jadi siap2 kuorkan winter jackets and gears memasing.
sarung pakai…
memang gampang punya sejuk hoh!
tak tahan lagi, sementara tunggu shuttle lari masuk dalam semula. biar dah sampai nanti busnya baru kita kuor balik heh…
from the airport to our guesthouse is about an hour. tu dia terus anak2 terbongkang tidur.
Zeeshan too. sian dia mengantuk letih. aku pun tidur sama. sesedor bila dah sampai.
First time travel kita kena tolak luggage sendiri dari station ke rumah, jauh tak jauh gaklah. biasanya by cab or worst pun by speedy train and menapak pun sket je lagipun itu aku 2 orang jer. or max pun 3 orang ngan Zeeshan kan, but ini kita berlima beranak hokey!
my husband was so not happy with this kind of traveling. Dahlah sejuk, baru landed, kena on the move macam nih. Kecewa kecewa hoh.
Just fyi, we engaged a malaysian student who lives there to be our tourist guide.
menunggu check in
sejuk2 dok luar tuh…
kesian aku tengok gambar nih
hahahahha that s it, no more engagement with this kind of service. serik!
despite of the hiccups, of cos we want to have fun ler , tak nak le memuncung walaupun hati memang robek bangat!
mingle around at the waiting area. bih tuh dok luar tu bukannya suam pun, kematu le, sian anak2 aku
patung ni hari2 le kita balik pergi balik borak ngan dia nih….on the final nite lagi ler, bapaknya ngan abang kakak buat pakatan main korek toys dalam satu machine tuh. nak perabihkan duit won gitu ler…
so anw sebelum apa2, kita sapadek makan dulu. ini pun dah tengahari pun. lapau. bolehlah korean food, wpun tekak aku memang payah sket ler nak telan. ada yang aku boleh telan ada yang tidak. mee udong dia kat ski park memang aku tak leh layan langsung…
payahnya nak memakai glove si kecik tuh, end up kitorg beli yg khas lagi for toddler jenis masuk sarung tu jer. beli kat
korang nak tengok food details ni kena pi tengok kat instagram laki aku ler. dia suka le tempek2 benda gitu. gambar scenary ke hapa sume dia suka letak situ.
makan kat sini agak pancaroba, coz anak aku tak nak lepas betul. dahlah kat Korea memang takde le baby chair kat kedai makannya.
after the jamak (balik guesthouse semula) sekangkang jer, so ready to jalan2….
aku dah pakai 3 lapis tapi winter jacket aku ni more to stylo takde le tebal mana sangat. so beli satu lagi. untungnya beli sini harganya murahlah dari KL kita tuh tapi boleh sharing2 aku pakai ngan anak2 aku.
itu abang punya winter jackets sume dari aku punya, aku dah tak muat sejak beranakkan RB. yang kakak pulak pakai abang punya, turun temurun. korang ingat murah winterjackets tuh. pakai hari2 boleh tapi aku jenis stylist, suka bertukar2…
Pakcik kecik pun pakai 4 lapis nih. longjohn lain, baju tebal dalamnya lain, winter jacket pun lain. Dia dah membesar so sizes winter jackets dia masa baby sumer dah kecik jadi kena jugak beli baru hah. ni pun aku amik size 3 tahun hokey! but yang penting tebal. hood pala tu sib baik ler pakai glove kalau tidak dia nak menarik jer.
Weather was -2 most of the days kat Korea masa nih so memang kematu ler kan….bercakap pun keluar asap segala. Ini video bebanyak hangpa memang kena check ler kat my Keek, some kat situ, some kat instagram. hoi bersepah2 social media updates!
Jom pi jalan2 Korea…
banyak pakai public transports lah (not so our fav).
kena cut le entry ni, banyak panjang bonar heh. Wpun aku cuba ler nak habiskan day one in one entry jugak but gagal. Tak kelaratan ler heh lagipun yang baca scroll pun kang letih, ye dok kan. Overall, this is the first day story, hari kita sampai, hari tu jugak jalan merata. mana dengan mengantuknya yelah bukan tidur lena sangat dalam flight tuh.
Kalau aku ler jadi tourist guide, hari pertama kedua hari shopping.
dah habis shopping ha ko belasah le pi sight seeing segala. tu kalau aku, ni engage orang. kena ler ikut itinerary orang yang bukan jadi pilihan kita.
Anyway, we decided on the trip pun just a week before pergi nih, wpun bercadang nak pergi berduaan jer but coz of some reasons, kami laki bini macam sian ngan anak2, angkut le samaaaaaaaaaa. Tapi anak2 tak boleh le ikut overseas trip makpak sokmo, makpak selalu travel. Once a while je boleh, korang standard2 domestic jer sudah….kahkahkah, bengang abang kakak dengo nih.
Azira Yusoff
Jan 22, 2014 @ 03:42:11
Mmglah kak….. studentnye service mmg sesuai tuk backpackers je…. lenkali ko kena amik ngan travel agency…. my junior ade TA nih…. mmg khas tyk sefamily cam ko kak. Takpe lenkali tuuuu
nadya yusof
Jan 22, 2014 @ 11:46:28
Kak, mahal x akak amik tour guide student kat korea tu?
mmg stress kalau bwk anak2 jalan kat tpt org..lepastu x well manage kan?dgn nak bawak stroller sume…
seb baik saye bace ur blog ni..mmg xjd nak bwk twins lepas tgk kne angkat stroller n all..dah la kami plan mmg jalan sendri je…xpakai tour guide yg memahal tuh
alin marlini
Jan 22, 2014 @ 14:21:52
seronok tgk kak red jenjalan..tp yelah bawak budak musim winter mmg payah…sedangkan kt yg tua nipun kesejukan apatah lagi budak2..
alin marlini recently posted..Wordless Wednesday #044
Nurul
Jan 23, 2014 @ 14:22:14
slma ni jd silent reader je..but now ble tgok post k.red psl korea trip ni..mmg sgt2 mgamit kngan sy g seoul,korea last year..sgt2 best..skrg ni da terasa rindu plak..sy g under company trip..hehehehe..so mybe tu 1st n last la kan sy g oversea tu heh..
jgn lupa try SUSU PISANG KOREA, sgt sdp 🙂
SHA
Jan 23, 2014 @ 14:29:28
banyak hiccups ? kesian kat akak..dgn budak2 lagi..RB lagi..brg2 dan stroller bagai… hmmm sabor ye kak , ade hikmahnye tu..
SHA recently posted..Tiada yang lama, tiada yang baru
Lyn Yusoff
Jan 23, 2014 @ 16:47:59
klu pakai tour guide student mahal tak dr guna TA..
nampak semangat RB dgn winter jacket tu.. geram…
Lyn Yusoff recently posted..Lawak Khamis
JunAina
Jan 29, 2014 @ 17:35:33
Kalau nak gi satu family dan bercuti dengan aman ambik je package…lega tak yah fikir2 macam2 bagai. Ada baby lagilah kena fikir keselesaan dia jugak.
JunAina recently posted..Melur and Thyme KLCC
azwa
Feb 04, 2014 @ 11:21:59
Kesiannya…mesti penat. K.red ambik dgn siapa? Nov hr tu saya pon gi korea dgn hubby and 3 kids. Ambik dgn student juga tp service alhamdulillah. Ok sgt. Dari airport – guesthouse – airport diorg bawak naik cab. Masa nak balik diorg bawak kereta. Kemudian, kalau naik subway, diorang tolong bawakkan stroller. Tempat2 yang nak gie pon flexible. Sebab kitorg mmg xmo gi tempat2 museum tu.
Sape2 nak gi korea, bole try tgk fb Kimcheeland Muslim Style. Namanya Azree and mmg fulltime buat service tourist guide.