A trip to Penang…

IMG_2631

kakakkkkkkkkkk, sian anak mak tidur ternganga! The boys yang belakang tu pun tidur sama jugak. Aku rasa aku tidur kejap jerlah coz laki aku tak bagi aku tidur, suruh borak borak borak segala. Sampaikan citer ex boipren lama sebelum kawin ngan dia pun kena citekan gak. Ngeng btol. untunglah ex boipren aku tersedak2 kena sebut.

Aku suspect dia baca gak blog nih, gila tak baca. Tak pun bini depa.

Wah depa.

Macam banyak.

IMG_2694

Adakalanya kita berenti for jamak lah, for kencinglah for makanlah….ini stop kali kedua. Mana ke tempat nih aku pun dah malas nak mengrecall. So ini dok kat gazebo jerlah, kita ada bawak bekal bagai, ada yang beli, ada yang makan kat atas tpt makan tapi aku dok kat gazebo ni jer coz asalnya Zeeshan tidur dalam kereta so tu yang aku menunggu.

Bila dia bangun jer, mula ler nak melekat pastu berzikir carik daddy daddy daddyyyy.

Dia punya tahap close rapat gila ngan bapaknya dah macam aku rasa aku ni mak tighi jer. Tak bolehlah bapaknya hilang kejap!

IMG_2704

Pastu tetiba aku dah bertukar wajah jadi ‘bibik’ kahkahkah….kita sampai kat homestay Penang tu lam kol 10lebih malam ler. Borak borak borak, lepak anak beranak, 5 bijik kereta kan, ada lagi adik aku amik satu lagi rumah tapi kita cancellah, rumah ni pun besar, double storey. Cuma bila dah reramai, rumah dah macam sekolah tadika jer. Dengan bingit bebudaknya, bingit suara bibik aku lagik

Waktu laki aku ngan Zeeshan dah beradu, aku turun and berkampung kat bawah coz nak memakaikan pengantin tu inai.  Inai dah bawak khas dari KL sesiap. nak pakai 3 jari je pun kan.  Itupun dia ngelat je tak nak pakai but kita kakak-kakak punya mulut lagi power so dia pasrah je lah.

IMG_2731

udah siappun. dan lelain pun sama berinai, aku tidak ler berminat hahahaha…..

IMG_2847

pompuan bertudung tu mesti berkata, kenapa le aku dapat adik yang suka ngan job clown ni kan? Terkangkang2 lompat ko dalam masjid dah kenapa Dik?

IMG_2824

eh kakak Lofa

tudung dipakaikan oleh my niece and tudung ni pun kakak yang punya

IMG_2901

dan kami yang ber’cuti’ kena duduk di tangga masjid sahaja, untuk pernikahan adik kami, he s not the last in the family (second last) but insyallah the last yang kahwin lam family lah kan. Kalau ada yang pasnih kawin lain hah tu toksah citer ler. Macam nih, dedua wanita ini adalah bermadu. Dedua ni kakak ipar aku from my Along.

Akak ada cakap lam instagram yang my brother pernah bernikah 5 kali kan (3 isteri masih ada, lain bercerai) sebenarnya salahlah fakta tu, dia dah menikah 6 kali hiks…

Abang sulong aku yek. Ini isteri2 untuk no 2 dan no 6.

IMG_2911

Memandangkan nikah ni aku pun dok kat tepi tangga jer, so harap belas ikhsan dari depa ler je kan. Yang duduk atas kerusi tu Abah, kaki abah aku kan tak kuat, solat pun solat duduk jer. Dengan sekali lafaz, Epi sah menikah.

ahhaha pendek gila penceritaan, abis tu, gambarnya je untuk lam masjid ni beratus but pasal aku takde sama, so takyah letak bebanyak sini heh.

IMG_2942

Doa dibaca suami, belakangnya mak ajah. Mak aku kena pakai shades most of the time coz matanya yang tak berapa sihat

IMG_2962

 

adik ipar baru aku nih, orang Penang. tapi bukanlah cam anak mami mami tu…

IMG_2978

pertukaran cincin dan barang kemas untuk pengantin pompuan, sakan laki aku gelak apa le yang depa bahankan tuh…mementang ai cannot join

IMG_3021

yang di tangga, buat je lah apa2 yang patutpun…

IMG_3035

hah dah habis majlis di dalam, so kita satukan Red Family sekejap sebelum memasing bertempiaran

jubah biru kakak aku baru beli dari Ampang Park untuk occasion nih, abang ngan Zeeshan pakai kemeja tak berbaju melayu coz aku malas nak pack up dari KL. untuk bapaknya jer wajib pakai yelah dah adik ipar lelakinya kahwin kan, takkan semuanya nak bertshirts manjang.

IMG_3095

the complet family of my parents, cuma 2 brothers je tak dapat hadhir atas tuntutan kerja

anak2,cucu, menantu. oh ada sorang makcik

IMG_3104

dan kemudian pengantin jadi rebutan untuk digambarlah specially kami the 3 sisters!

tak caya ke yang belah kiri tu sekali mak merah?

hish….kakak lopa tu

IMG_3146

i love my Kree Skirt!!!

Asalnya akak tuck in baju but pastuh yelah kat masjid kan, kakak aku nak terajang bontot aku hahahaha so kenalah keluarkan.

Takpelah sok sok pi kerja ke event, pakai balik Alida Skirt by Kree nih lagi.

dah habis ler sakan berposing, kami kena menganjak ke rumah transit.

IMG_3187

batch Along and anak2 dan isteri2nya…

IMG_3196

ini pulak batch wanita wanita, kat luar ada batch lelaki lelaki but pastuh yang kat luar tu pun dok masuk dalam. agak berejam le jugak kita tunggu kat sini coz pengantin pompuannya kena bersiap bagai. Tapi sib baik dihidangkan dengan kuih yang sesedap, air panas dan air sejuk.  Jadi perut pun berlapiklah coz kitorg dari rumah homestay sebelum ke masjid, makan ala kadar je apa yang ada buat lapik perut. Yelah nak menikahnya jam 10pagi, 930 dah kena keluar, batallions bukan sikit alang.

IMG_3213

Kakak aku suka benar posing dengan Kakak Lopa

IMG_3218

ini my niece, pas Pokdenya kahwin nih, hopefully is going to be her turn, tahun bila tu entahlah….

niece aku ni sangatlah rapat ngan aku, dan dialah jugak yang bertanggungjawab dalam menyarungkan tudung untuk Kakak Lopa. Makanaya dengan ini, habislah cerita pernikahan Epi.

Dan bersambung lagi siri akan datang untuk majlis persandingan belah pompuan, berjalan pusing2 Penang segala.

Syok gak dapat orang jauh nih, merasa gak jalan jauh kan.  Kalau yang dapat sesama KL hah dok ternganga lah kita sekejapan dah sampai rumah mertua hiks….

Dalam penceritaan majlis nikah kahwin nih, macam smooth je kan, sebenarnya hiccups sangat banyak hahahaha, but majlis pun dah selesai so kita tak yah lah cite details, aku pun malas nak memikir imbas kembali. Kalau aku cite yang major2, sure korang geleng pala 😛 .

Comment: 8