Nov 12 2014 Wednesday, 1:00 pm
My car accident’s story…
so so so
my car was hit by a Kembara.
hem….apapun Alhamdulillah, takde ler minor ke major injured to me pun. Kereta je lah yang hemm hemm…
lepas kena hit, on the right lane, so taulah petang jumaat, jam nya hujannya. jadi kita pi aside on the left, aku follow belakang dia coz takut dia lari ke hapa, so park le tepi jalan kat depan Lexus Showroom yang hala ke Sungai Besi/Salak South nun. Tu pasal dalam gambar ni keter aku kat belakang dia, dah namanya pun kena hit, of cos lah masa kena tu aku depan dia kan.
Aku tak tengoklah sangat damage dia coz damage aku boleh tahan gak lah. Songkek bonet ko lengchai.
jadi dalam hujan rebas.
Kisahnya aku tengah mode berhenti, dah few seconds lah. biasalah jem kan, kadang2 laju, kadang2 kena berenti jem. Normal ler. Keter depan depan depan aku pun berenti gak masa tuh. But lengchai ni boleh barai driving mata ke kiri (katanya mata dia tengok lane kiri laju), so dia sudah pecut and bang terus keter aku.
Motif le mata ko belah kiri wei, orang driving mata ke depan. Ke ko tengok handphone ni? kan kan? nipu akak yek….
so aku bagi dia 2 options, kita settle by police report / insurance cover or send to your mechanic and you pay the bills. Dia dok roger ayahnya ke kawannya ke tak tau lah pulak aku, sian hakak, aku payungkan dia ler. I memang keluarkan payung utk badan aku le coz tengah hujan kan…sebelum aku share payung tu dia ckp ooo sejuk sejuk so cold. Yelah dah ko mandi hujan. Jadi berkongsi le payung and berdiskus. Mana ko nak dapat orang yang dah kena langgar dok payungkan ko dik? Ado ado? sesilap kena tumbuk kena maki hamun pun ko dapat kot nanti.
Tapi options aku bagi tu pun aku refer dari laki aku ler. The first person to know aku accident dah tentu le laki aku kan, dia tak bagi aku deal apa2, dia nak tengok dulu the damage. Dari gambar tak boleh justify.
muka lengchai yang ke main ramai berkenan nak buat laki le adik angkat yek…bila ai ig/fb kan. Looks baik le budaknya, entahlah aku pun tak marah pun dia. Cuma masa kena hentam tu, aku keluar kereta terus tanya ‘whats up man?’ hahahhaha pastu terus ajak dia pi the other side kasi settle. Tapi entahlah, aging factor ke or memang mood aritu aku macam calm gila so aku memang takde le memarah. Gegelak lagi ada le ngan budak ni. Dia bagi IC dia bagai, suh amik gambar coz yelah takut aku ingat dia lari ke hapa yek.
Semua details dia aku amik ler. sesiap.
Malamnya dia WA cakap nak pi buat polis report, though dia offer nak bayar RM500, of cos lah aku tak nak. So aku memang nak pergi gak buat report, but kena tunggu cik abang ai. Laki aku tu pun dia kuor awal dari biasa, midnite coz nak uruskan keter aku hah. Kita tak boleh tunggu esoknya, aku banyak hal sangat setiap weekends kena keluar uruskan project.
Jadi malam tu gak kita pergi Police Traffic Jalan Bandar. Lepas aku settled, lengchai pun buat report gak.
Lepas buat report bagai, naik le atas jumpa Pegawai Penyiasat. Masa aku type report tu kan, ada sebelah pun sorang wife ni type report sama jugak, laki dia teman, sepesen je kita. Ni package2 bini bini bini orang yang accident le nih. kahkahkah…but for my case, mamat tu yg hentam belakang aku. Halahai, benda dah jadi.
Habis urusan bagai, kena bawak masuk kereta to amik gambar pulak.
laki yang baru balik kerja dan kelaparan, Balik report nih aku terus belanja dia makan kat mamak. Ada le dekat kol 1 pagi baru sampai umah balik. Huh!
abang agent insurance kat police traffic jln bandar tuh yang sedia berkhidmat untuk korang. Tapi kami tak amik pun dari dia, kita terus suruh our service centre handle this case. Tak nak lah pakai agent2 camnih, lagi kusut pala aku nak pikir semua. Ini pun laki aku yang handle balik take over bagai.
Pastuh esok2nya, laki aku bawak keter pi our service centre, hem…nasib baiklah kita pilih unuk insurance cover (to be claimed at the Kembara’s owner lengchai tu punya insurance nanti). The cost of the damage, kena tukar bagai all the bumpers (tak de maknanya nak main keketuk heh), pak puk pak puk pak puk, close to 7 ribu! hamik ko. Dah agak dah pun memang makan riban. Itu pun kena tinggal kereta berapa jam / hari pun tak tau lah, halahai…patah la kaki hakak merah ni kang. Jom tumpangkan akak pergi kerja meh?
Cuma tu lah, masa kena hit tu, tangan aku punya menggeletar shocking gila sampai pegang stering pun leh nampak gigilnya. Skang pun bila driving, dok tengok distance depan belakang. Aku cuba ler sangat biar jauh sikit dari orang belakang tapi tu lah, kot kita berhati2 pun orang pulak yang careless. Macam contoh lengchai ni, something yang aku rasa tak logik betullah. Ni bukan hentam sikit2 tau, ni hentam punya kuat betul, kalau ada anak kecik kat belakang/depan tak pakai seat belt memang boleh tercampak ke depan wei.
Awal2 tahun ni pun ada gak nyonya ni amik kanan, tapi tak bagi signal, aku dah mmg ada kat kanan, dia hentam side mirror aku, tapi boleh kepak balik lah, takde mende. Tu pun claim tak nampak tak perasan. Halahai, traffic pagi gila camne le leh jadi tak perasan tak nampak wei. Keter slow pun semuanya. Aku punya style, setakat ko nak masuk kanan kiri depan aku overtake aku, either bagi signal or tidak, aku tetap akan bagi (cuma yg tak bagi signal ni memang makan maki je lah lam hati kan), so no hal, tapi benda yang hentam belakang kita ni memang kita tak boleh nak justify nak elak or even nak tahan ler, itu the other party punya masalah.
Please drive carefully, kalau awak tak sayang nyawa awak, ingatlah ada orang sayangkan awak.
hani
Nov 12, 2014 @ 15:18:23
haah kak red saya pun kena last year, dalam pantang pulak tu. baru je sampai dari kelantan ke shah alam sebab mak mertua meninggal. sadis sungguh. then ada baby dalam 1month huhu. nasib tak tercampak.
saya berenti kat traffic light. memang berhenti sebab lampu merah. budak cina hentam belakang. punca main sms. dia mengaku lepas dah kena tempik hahaha nasib tak jadi kiki haha.
dah la kete baru dapat 2 bulan huhuhu sadis. report polis, tunggu insuran tunggu keputusan kes dalam 3 minggu jugak. hantar toyota service centre dalam 6k. bumper lampu sume dapat baru mmg diorang charge kaw2. budak tu kena saman 300.
yg menyusahkan is masa la. 3-4 minggu nak tunggu kereta siap. lost of use pulak lepas 6 bulan baru dapat.
take care kakred!
Chekgu Azrine
Nov 12, 2014 @ 15:49:29
Alhamdulillah takde apa yg serius kan sis..cuma terkejut lahai..7k nak baiki tu..dasat!!
Chekgu Azrine recently posted..Review Makanan di Cafe De Rhu Resort, Kuantan, Pahang
KiD
Nov 12, 2014 @ 15:58:54
nak buat camner lah kan.. malang tidak berbau, sudah berlanggar dengan lengcai.. yang penting semua kena tukar nombor plet standard.. eh, eh.. jom lah saya payungkan akak lak.. kikikiki
KiD recently posted..Asam Pedas Udang Galah dan Mee Udang D’Laila SupPower
NOREHAN SAAD
Nov 12, 2014 @ 16:08:25
nasib baik tak ada apa-apa…bagus la kak red cool je….
NOREHAN SAAD recently posted..TIPS MEMAKAI LIPSTIK AGAR TAHAN LAMA
eyriqazz
Nov 12, 2014 @ 22:31:06
Teringat pula pengalaman accident di putrajaya last time..memang satu pengalaman yang cuba dilupakan…
eyriqazz recently posted..Testimoni Tanpa Kebenaran
akubiomed
Nov 13, 2014 @ 10:07:22
Perkara seperti ini sukar hendak dielakkan. Kecuaian orang lain turut membabitkan kita sekali. 🙁
akubiomed recently posted..Projek hujung minggu diy tukar bateri kereta kong
Mazni Azmi
Nov 13, 2014 @ 17:20:00
Jalan raya tempat kita bersama.
Insaf baca kisah akak ni. Boleh tahan rumit sampai pukul 1 pagi untuk buat teport polis saja.
Hehe. Sebab kena buat dalam masa 24 jam kan.
Bukan senang ye.
Kadang2 masa pegang stereng rasa power je diri ni. Hehe
Mazni Azmi recently posted..Tudung Labuh Online Murah Fesyen Terkini Untuk Muslimah Moden
aini
Nov 15, 2014 @ 11:03:28
hehe.. comel je siap selfie happy2 berdua… Alhamdullilah tak da yg cedera… =)
aini recently posted..Intan Yang Pandai Make Up
Lyn Yusoff
Nov 18, 2014 @ 17:04:13
bab accident ni yg lemah betul.. tapi benda dah jadi kan..
mmg zaman skrg ni mata sibuk duk tgk hp. bkn nk concentrate driving..
tu yg byk kes tuh jadi gini…
Lyn Yusoff recently posted..Gelak Ketawa
mama solehah
Nov 21, 2014 @ 00:03:01
obses sangat dengan telefon sampai cium kete org
mama solehah recently posted..5 soalan panduan memilih suplemen yang tepat