Furniture shops…

IMG_6917

Esoknya, selepas cerita segala viva ikea maknek sumer tuh. Aku pulak keluar sorang2. Coz laki aku sibuk dengan askar dia semua (except bibik je dok umah) kemas kekotak kat Red house. Bertrip2 depa angkat barang, so aku tak leh kacau depa, depa pun tak leh kacau aku, aku kena pi carik barang sendiri.  Yang ni takper, asal jangan laki aku pi beli sendiri tanpa aku, hah tu parah.

Coz dia memang tau taste aku camner, banyak songeh. Jadi serupa gak kalau aku pergi sesorang. So kita kena subcon subcon lah.  Ko handle sana, aku handle sini.

IMG_6918

aku suka pergi satu kedai perabot nih, kat somewhere lah hahahha, tak suka sebut tempat. So aku dah tempah memacam ler kat 2,3 shops situ. Jadi aku datang balik coz aku nak tengok barang lain pulak. Lagipun depa nak start mula hantar barang kat rumah kami pun bila aku dah bagi green light, sekarang ni semua tengah dalam process buat lagi by these shops ler kan.

Tak boleh ler depa hantar sekarang coz rumah aku tak siap lagi hoi. Cabinets tengah pasang merata tuh.

IMG_6925

Kat kedai ni jer, aku spent for 3 hours! sampaikan sesak dada aku coz ekon kuat benar kedai nih, aku memang dah 4 weeks tak sihat, batuk kong2, masa ni 4 weeks lah, minggu ke lima baru baik! tu pun selepas 3 kali jumpa doctor, kali ketiga doctor insist aku amik MC coz aku kena amik ubat yang need me to lie down tidur rehat lama sangat.

IMG_6955

Jadi sebab datang solo, apek yang amikkan gambar ni pun macam kesian je tengok aku selfie.

eh tak, aku tak amik sofa putih ni, gila hapa putih. Our sofa kena customized coz dek panjang pendek depan tv tu ler. Tu yang hak depan tv le kan, main hall / dining, semua lom pikir lagi hehehee

IMG_6966

my Edvin guy. esok lusa kan dia tepon aku cakap A stuff yang aku nak (dah aku dah bayar pulak tuh) takde kaler merah. For 3 days dia tolong aku carik kaler merah yang heharap aku berkenan, pun tak jalan gak. Last2 dia terpaksa ‘belanja’ aku yang mahal punya stuff, and rugi a bit coz barulah aku setuju. Tu ler, masa aku tanya ada merah ke tak ada merah, kompiden kata ado. Sekali kilang kata, no red for that ‘thing’.

But dia ni baguslah, memang the best!

Aku kena datang balik kedai dia nih, nak kena carik barang lain plak.

IMG_0939

Belanja sikit gambar rumah baru. Tapi merah painted belakang tu, dah tukar.  Aku dah tukar cat kaler lain, padahal merah tu aku gak yang pilih hiks. Tiles ni asalnya rumah ni kaler lain, like I said, kita pecahkan rumah ni, kita cabut tiles, ganti roof, pecah dalam, habis semuanya kita cabut, and rebuild.   U imagine sebuah rumah yang habis semua kita ‘ranapkan’ and ‘ganti baru’ ikut selerea kita.

Jadi proses rumah kami ni, dari pilih tiles, pilih cat, pilih WC (toilets), suis lampu, kipas dan semua little tiny things, memang semuanya kita mulakan dari zero. Tu pasal it took us like almost a year.  Officially pun rumah ni mula pecah dalam was Sept/Oct last year.

Tang cat purple tu, hah tu tv area 🙂 .

Budak kecik ni dah tumpahkan air, bapaknya suh kasi lap, tau lah pulak tu amik mop lapkan.  Berpeluh2 depa buat kejer kat sini. Petangnya aku sambung lagi kat furniture shop lain, sambung jumpa RD kat sana pulak, Pastu jumpa contractors. Huh list goes on…

Comment: 8