Sep 8 2015 Tuesday, 10:00 am
Nikah Kuale…
sudah sampai kita di masjid, tak lama kemudian datang pulak belah pengantin lelaki
anak sedara pertama RD, cucu pertama mak mertua, gadih manis 25 yo
ko kahwin masa baya2 maktam la dulu elin.
rombongan pengantin lelaki
orang Melaka – tapi aku tengok bila dah kekenal tak de la gaya macam orang Melaka cam aku and family aku sangat, depa macam dah boarder Melaka/Muar
so majlis nikah pun berlangsung, lelaki di depan
wanita perempuan dok belakang2
sampai naik blushing pipi dia hah merah, dok main pusing satu masjid ngan the cousins (all girls coz no boy baya dia)
berpeluh2, basah kuyup melencun. datang kat mak nya bila nak mintak air suamnya jer….(isi minyak)
Pengantin siap dinikahkan, kalau tak silap aku 3 kali akad gak baru sah
selamat dah, jadi suami isteri, yey dah halal!
masa majlis batal air sembahyang, nak pakaikan gelang tangan, menggigil2 tangan suaminya kau….kitorg dok mengacau ler kan…nampak sangat dia punya ketar tu
aku suruh suaminya cium dahi isterinya, pun dia tak nak. pemalu gilerrr.
the memakcik, yakni my ipar biras
selamat sudah kalian, 7 dulang hantaran berbalas 5
keluarga besar Kapar di Kuala Kangsar
hantaran pun ada resmi pink pink nya …. korang tunggu masa sanding, pun lagi ler pink belacan lagik
kami menumpang hantaran orang jer…
ini je satu gambar yang jadi, lain gambar sume kena photobomb dek anak2 aku
kemudian terus ke dewan sebelah, untuk makan2 sikit…
at this hour hujan lebat dah kat luar nun…ringkas dan senang je majlis nikah sini
gang2 menantu dan mertua
4 menantu pompuan(missing 2 tak cukup korum – sorang tak dapat datang, sorang lagi pulak ada ke mana tah)
jubah mak mertua aku tu dari Jakarta gak aku belikan, tapi yang last year punya not this year, tak nampak mak mertua pakai lagi, ada 2 ke 3 pasang rasanya aku bagi.
habis majlis nikah, kita terus balik hotel, mandi manda tapi aku nak gak kena cari kain baju jubah untuk Kakak, pink belacan tema untuk esoknya, bawah hotel ada kedai2 jubah kain baju gini, hah apa lagi, the first kedai kita masuk, the first tu aku terus beli. Beli 2 helai terus untuk next week nya tema purple too (tudung pun 2 helai terus aku beli sini nak matchkan ngan dress pink kakak).
Bukan yang orang tu pegang, ada nantilah sok sok keluar kat entry lain. Beli siap pun senang yek, tapi tak tau le kalau ramai orang pakai yang sama je kan. Kakak dah tak minat ngan baju kurung, aku pung kot, bolehle pakai kalau ada. Ini all 4 pcs (2 dress jubah and 2 tudung) RM310. nak tambah lagi selai jubah merah tapi aku takut tak cukup cash lagi nanti nak pakai. Bapaknya and the boys dah selamat naik hotel kau…bukan ada lift nak turun naik banyak kali.
Nikah selesai, baju untuk tema pink belacan esoknya for kakak pun settled.
akubiomed
Sep 08, 2015 @ 13:38:15
Wah dapat orang kuale. 🙂
akubiomed recently posted..Karipap pusing segera untuk minum petang
Lynda
Sep 09, 2015 @ 14:43:35
merah belacan …baru tau nama color ni kak..
Lynda recently posted..HADIAH UNTUK TOP KOMENTAR OGOS 2015 DAN SEPTEMBER 2015
Lyn Yusoff
Sep 10, 2015 @ 15:15:31
terus shopping yer….
senang klu ada yg berkenan.
selamat pengantin baru 🙂
Lyn Yusoff recently posted..Raya Open House – Part 2