Dec 16 2015 Wednesday, 8:00 am
Back to school…
budak yang sangat le bff dengan aku, sampaikan kedai ni bebudaknya cakap, kak, sayang lebih anak kecik ni kan?
eh tetiga pun sayang, tunggu le si kecik ni besar macam abang kakaknya, sama je kena jegil jerit gak nanti.
korang dah settled baju sekolah anak2? Huh lega aku dah selesai. Tinggal nak jahitkan badge depa jer, which aku plan to settle gak by this coming weekend.
Paling sempoi untuk pilih baju sekolah kakak, nak licin or cotton? nak licin pulak mummy. Nak ni nak tu? nak yang ada tali pulak mummy
ok aku ikut jer. Senang. Settled untuk kakak. Laki aku yang pi pusing btr satu round tu pun bila datang balik kedai, tekejut je bila kakak punya dah settled.
for abang? huh….ini le yang menyebabkan dari aku berdiri lelama sampai carik kerusi!
abang punya, tak nak geloboh tang lengan. Tak nak macam ni, tak nak macam tu. Bila tak nak gobos, kena lengan panjang tu jadi pendek, eh mana satu ko ni bang oiiii
tapi aku dok ingat cakap si Zaid aritu, if you cant beat them, join them!
so hah, aku put myself at the age of 14, 15 ni ko nak camne bang sebenarnya. Abang nanti bila tuck in, nak baju tu labuh, takde le pependek sangat nanti senang terkeluar. Abang nak camni camni camni. Jadi huh…3,4,5 kali ler keluar masuk fitting room gak, naik bosan adik2nya menunggu.
But alhamdulillah, ada gak jalan penyelesaian.
adiknya mintak satu, pencil case. Tapi bila malam tu aku tengok lam plastik bag, mana takde pun pencil case nya, rupanya apak and abangnya cabut, tak bagi amik. Ler…
lepas tu dia ada mintak wallet superman. Dik, bukan mak tak nak belikan dik, tapi wallet tu lagi besar dari poket seluar ko dikkkkk.
bakul kiri kat cashier tu, hah antara hasilnya. Belum tinggi menggunung lagi tu.
bag sekolah pun ada kat kedai ni, set2 untuk sukan pun ada. semua ada le kat kedai ni, Boleh kata ler kan dah kuor blog aku banyak kali pun. Famous je kedai ni, kedai baju sekolah, kat BTR. Aku dah jadi customer depa sejak abang umur 7 1/2 tahun. hahahah coz dulu tak tau ujudnya kedai ni, sebelum abang masuk darjah 1 dulu, kita beli kat Midvalley punya kedai baju sekolah. Dah lepas tu baru tau, so pertengahan tahun abang darjah 1 tu yang kita baru jadi customer kedai ni, sampai le skang ni.
Adik aku cakap, masa depa dulu beli kat sini gak. Aku tak rasa aku beli kat sini zaman2 aku dulu, masa sekolah menengah tu kita pakai recycle punya baju sekolah jer, dari budak Sains Selangor or dari kakak aku hahahaa..yelah money was quite an issue kan dulu, mak aku kan anak ramai, jadi kita yang tetengah ni takde le dapat macam yang atas2 dan yang bebawah…
habis jer tuh kita makan kat Kedai Mak Siti, aku suapkan Zeeshan dulu. Dia dah pun makan nasi sebelum keluar rumah tapi aku suap lagi nasi and sup, pun dia makan gak, lapar ke ko dik…yang lelain pun makan lauk campur. Tapi aku makan bihun sup, baru nak sapadek, pun dia tak leh nak berenggang ngan aku si kecik tu. coz kena marah dengan bapaknya. habis tu dia dok gigit manja lengan bapaknya, mau tak hangin orang tua tu.
Aku kalau laki aku marah je, cecepat aku tangkap anak2, or pegang laki aku, ai is cannot see you know anak2 ai kena marah jegil dek bapaknya. Baran marah lelaki dengan marah mak nya ni lain. I know my laki so well lor…garang2 aku pun, anak2 tetap mak mak makkk….
tu dia heh…kali ni tak sampai seribu. Eh ni belum lagi yuran2 sekolah depa, adik punya kain baju sekolah yuran jer will be RM1500 kalau tak silap aku. Ini pun belum lagi masuk kakak punya kain baju sekolah agama, coz tu hanya dapat dibeli pada akhir tahun cuti sekolah nanti coz dia belum tahu lagi dia masih lagi jadi prefect or not for next year.
Hari tu dah beli pakaian biasa sekolah agama, baru le sekolah cakap dia jadi Prefect, adoiyai, belanja lagi…tambahan. Kenapa le tak dibilang awal2. Bila dah bagitau lambat macam tu, ada makpak yang tak bagi anaknya jadi Prefect, yelah bertambah lagi belanja baju sekolah lain. Kena pikir le gak, tak ramai makpak yang willing nak buat double payment. Tapi for us, insyallah duit untuk anak2 ni memang ler ada tapi masih menyusahkan, pembaziran kalau dah beli kena beli lain pulak. Jadi tu pasal kali ni aku cakap, jangan beli lagi, tunggu sampai depa announced. Sekolah pun satu, lam mim baba sangat!
Ramai tanya tetiap taun, mana kedainya, alah kat Bandar Tun Razak, kat sebelah2 ngan food court belakang BHP tu, belakang kedai Pak Aji, sesatunya kedai baju sekolah. Merata manusia datang kedai tu, staff dia mesra, setiap tahun depa improve the kedai ni. Setiap section ada jer staff yang jaga. Kasut lain, baju lain, baju hok ni lain, cashier lain, yang jaga depan lain. Tak de le terkejar2 kalau short of staff. Memang dia punya cara kerja organized ler.
Aku le yang mengunpackpun tetiga bags ni, cabut segala harga mala bagai. Dah nak hujung tahun aritu bila sekolah kain baju masuk washing machine, pasni aku cakap masuk dalam bakul biru, mak kau sanggup basuh tangan. Jahanam baju putih sekolah kalau masuk w/machine heh, bercampur dengan warna lain.
Tang iron no hal, bebudak 2 orang tu yang ironkan jugak sendiri baju sekolah depa tu.
on top of that, ini lemari gobok buku cerita, buku agama, dan segala jenis buku red family. Di sini ler. Siap dengan tangga kerusi gak, untuk mereka2 yang pendek memanjat ke atas tuh (mak korang). Asalnya nak buat build in cabinets untuk buku2 tapi pikir long term, mungkin tempat ni nak letak sofa panjang for our reading pleasures lepak2 sambil blogging pc bagai, some more ada TV jugak for our Hypptv tu kan. So tak jadi buat build in, beli yang 7 kaki ni jer, cukup gak untuk semua buku2 cerita. Tapi buku2 sekolah masih di bilik memasing ler…
Cuti sekolah ni once a week depa punya tanggungjawab habiskan satu buku cerita, pastu kena buat synopsis and nanti bapaknya akan tanya setiap Sunday on the buku2 cerita tu ler. Bukan baca sembarang macam tu jer…
Bagus gak lemari buku ni, kalau buku cerita tu boleh letak double depan belakang, penuh santak gak lah. Elok le cabinets buku gini, mostly open kan, aku tak nak open, dulu2 punya rak buku jenis open, so bila tak kemas, adoi sakit mata ler. Aku kepantangan betul bila tak kemas bersepah2 ni. Jadi jalan paling bagus, amik rak buku yang jenis bertutup. Kalau bersepah dalam tu pun, takde le aku berzikir sangat. coz jarang nampak jarang bukaknya. Harga gobok ni, idok le ingat, sebelum pindah dulu aku dah pre order, so ni antara barang yang 7 lori hantar masa pindah rumah.
akubiomed
Dec 16, 2015 @ 09:01:27
Baru semalam settle pakaian sekolah anak-anak. 🙂
akubiomed recently posted..Jom sertai peraduan IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015
YAYA
Dec 16, 2015 @ 14:53:52
saya pun merata cari kain merah skolah agama…sudahnya jumpa kat kedai sbelah mak siti tu je…sbb kami dok langat anak2 skolah kl…rupanya kat selangor n kl skolah agama kain kaler lain..:)
Lyn Yusoff
Dec 17, 2015 @ 12:01:21
kt klang ada satu kedai famous mcm kt BTR ni.. org panggil lorong jepun.. murah2 sana & kualiti bagus
Lyn Yusoff recently posted..Wordless Wednesday #215
Molly
Dec 17, 2015 @ 12:17:44
Hi Kak Red,
Suka tengok Kak Red shopping barang sekolah anak-anak. Kalau ditengok harga di resit tu kira reasonable. Bagus la Kak Red ni, walaupun sebenarnya mampu beli kat dalam shopping complex tapi still pergi kedai kecik-keci tepi jalan. Janji baju sekolah tu sama jer beli kat mana pun, bezanya harga saja. Bagus..bagus…saya puji Kak Red. Satu perangai Kak Red yang saya suka sangat, sangat tak lokek bila membeli barang anak-anak, barang family, barang rumah, diri sendiri dan mak bapak adik beradik. Memang jenis tak berkira. Alhamdulillah. Kadang Kak Red, bila kita ada duit lebih sikit, kita mula la berkira itu ini yada yada.
Oohh ya, satu lagi saya nak puji ni. Saya tengok tak kira la sejak ada maid ker takde maid ker, Kak Red ni jenis tak reti duduk diam. Boleh dikatakan aktiviti sabtu ahad penuh sesaja. Kadang pagi keluar, tengahari balik rumah, pastu petang keluar lagi. Dengan selit-selit buat kerja rumah, memasak, itu ini..pelik sangat. Kak Red tak penat ker? Memang la kadang ada masa lepas hantar kakak/abg pergi kelas badminton/tuition/etc Kak Red cakap boleh pecut rumah tido sekejap. Pastu keluar balik ambil dioarang. Tu yang saya kagum sangat. Kalau saya mood confirm swing sebab penat hehehe…
Sebenarnya apa yang Kak Red buat dalam family boleh jadi inspirasi kat isteri-isteri yang bekerja especially yang baru kahwin 1-4 tahun. Sebab kebanyakkan lingkungan begitu sampai rumah dah letih, nak kemas rumah jauhhh sekali lagi. Sabtu ahad tak nak pergi mana-mana, nak buat taik mata.
Ewah, panjang pulak saya tulis.
Mohd Sharifuddin
Dec 20, 2015 @ 11:05:24
kak red xnak skolah balik ke? haha
Mohd Sharifuddin recently posted..K-LITE MEGA CODEC PACK