Jan 15 2016 Friday, 8:00 am
Cik Aminah Encik Qu…
suatu pagi, aku nak pi kerja, but Zeeshan masa ni masih skul break, dia ler yang bagi makan si cats 2 ekoq tu. Dah over 2 months, depa masih bermastautin di Red House, takde gaya nak pindah kuor rumah nampakk….
bakul ni untuk ko tidur sesantai yek…memang pun dia buat tidur, kengkadang si Qu tidur lam tuh. Depa 2 ekoq tak masuk dalam rumah, dok luar jer, ada ler masuk gak, but hantar je Zeeshan, laju dia menghalau suh kuor.
Sedap tidoq nampak…..Qu pun sama tidur atas kosi, berlapik kain dah skang nih…
so one day yang kita nak pi 5 hari to Langkawi tu, walaupun depa ni macam menumpang (yang tak geti2 nak cari jalan pulang), so kita pi carik tempat makan yang leh letak lama banyak sikit food air tu…
jumpa ni jer, jadiklah. Insyallah boleh cukup ler…
Masalahnya, bukan 2 ekor ni je yang makan minum. Ada sekor lagi hitam putih kucing bulu badannya, ha yang tu memang street cat coz dia sangat tak nak dekat ngan manusia. Dia penyinggah makan di rumah. Asal orang takde je, dia pun datang makan sama. Ada gak yang hitam pun datang, dah memang macam 2,3 ekor gak kucing luar yang datang makan menumpang makan minum si Qu dan Aminah.
masa ni Qu macam sakit, few days dia melepek jer…makan tak lalu minum tak lalu, tapi skang dah ok ler. Dah time to kena mandi lagi bebudak 2 ekoq nih…
ini menggedik manja bonar…asal kita lalu jer dia pun bersidaian badan mintak diusap…
aku ngah suspect si Aminah ni pregnant. Ada few symtoms dah ada, perut belum besar lagi, lam bulan ni mesti nampak besarnya ler kalau betul dia pregnant. Tak macam Reddy dulu, lagi le tak tau dia pregnant sampai tetiba hari beranak!
Itu ngah carik port, sampai attic dia mencarik. Kucing kalau dah mula mencari port tu dia nak buat tempat beranaknya ler nanti tu. Aku ngah pikir alahai, mana le aku nak letak anak2 dia ni kang…ada sesapa nak amik?
Aku tak nak bela dah kekdahnya…
ni betul2 dia dok teman aku kat pc tau….memang kalau betul2 bela dari kecik ni kompem jadi sahabat setia kami anak beranak gamaknya. Dah tetua pun ke main manja. Paling sayang concern kekucing ni semua abang ler…aku ngan RD pun sama ler jaga. Kakak pun sama ler bila balik sekolah tu, kena belai dulu, depa 2 ekor kan guards rumah kami nih.
One thing for sure, memula awal dulu ada le depa berak kencing kat porch, aku suh abang basuh ngan clorox lepas depa dah menetas tuh, skang alhamdulillah, no more. Asal berak kencing, depa pi seberang jalan, kat tepi2 longkang, kira jauh le dari rumah. Bagus jimat dah pasir hakak.
hok nih aku tengah sidai baju memalam, standard le working mom kan. Dedua datang teman kat kaki…
tapi hari tu yang 5 hari kitaorg takde tu, balik2 tengok budak 2 ekoq ni takde kay. food air semua abis. Tah mana ler, abang dah tak senang duduk. Malam tu jugak abang ronda basikal carik 2 ekor ni, rupanya depa pi menumpang kat satu jiran kami ni, abang amik bawak balik.
Memang ni bukan kucing2 kami but under our supervision skang ni, sekali tu lah lepas tu depa tak hilang dah, manjang je ada kat rumah. Sesekali depa hilang, tau dah pergi buang air ke berak bagai. Kalau kita bukak pintu, dia masuklah rumah.
Cuma ada sekali si Aminah hampir nak mencakar kat sofa aku muahahhaha mencicit aku angkat dia. Ko jangan weii…sofa mak merah ko tu baru lagi…
Jadi skang nih, aku ngah mengira hari, kalau betul Aminah is pregnant, dalam less than 30 days patutnya dia dah boleh deliver (ini kalau betul kiraan aku coz kucing bunting between 60 – 65 days). Nasib baik ler skill kucing ni memang dah sebati dalam pala otak aku lagi nih.
Puting dia pun dah macam memerah sikit, some more dia dok carik port dok mengriki2 tempat nak beranak, satu rumah dia siasat. Aku dah sediakan kekotak, bakul2 if betul dia beranak ni. Nak letak kat porch, kang ada kucing jantan yang makan, Quputih pun jantan, takut dia pulak yang ngap. Btw if betul pregnant, Qu is the father lah.
Tapi Qu and Aminah ni kan, sehari 2 yang lepas Aminah datang tu, Qu pun sama menetap sama kat rumah kami. Ada kemungkinan, kedua2nya telah keluar dari rumah kelamin mereka (atau dihalau), sampai tak jumpa jalan rumah. Dan atau dedua lari dari rumah, dan cari port mahligai baru membina keluarga semula. kahkahkah…
tapi apapun, kucing ni pun bawak rezeki, selagi berdaya bela kita tolonglah bela sama. Cuma tang anak2 nyer tu…aku memang kena bagi orang, ni ada yang nak bersilat ngan anak2 aku ni kang specially abang, depa surely nak membela dan abang adalah manusia yang palingggggggggggggggggggggggggggggggggggggg penyayang ngan binatang.
liyana
Jan 15, 2016 @ 09:33:23
sangup tu abang gie ronda cari kucing2 tu..mmg betul2 pecinta binatang..
akubiomed
Jan 15, 2016 @ 09:40:43
Menarik bekas makanan untuk kucing. Kalau nak tinggal rumah tak risau.
akubiomed recently posted..Melepasi fasa minggu pertama tahun 2016
Raihanah Ahmad
Jan 15, 2016 @ 10:40:27
comelnya kucin
Raihanah Ahmad recently posted..Kepentingan Nilai ORAC Bagi Suplemen Antioksidan
raihanahahmad
Jan 15, 2016 @ 10:40:48
menarik juga bekas makanan tu
raihanahahmad recently posted..Testimoni Pengguna Facial dan Spa Bergerak Gombak
JD
Jan 15, 2016 @ 11:24:32
Kak Red, rate sikit pasal product blue tuh? – water/food dispenser
RedMummy
Jan 15, 2016 @ 11:35:46
8/10
Ani Haryani
Jan 15, 2016 @ 12:00:30
Kucing pandai pilih orang dia akan pergi kepada penyayang. In sha Allah bela kucing ni bawa rezeki baik-baik masuk. Best, dowg terapi bila kita stress hehe
Ani Haryani recently posted..Vivix & Ikhtiar Berhenti Merokok
Fyda Noh
Jan 15, 2016 @ 16:20:10
Anak saya umur 2 tahun, memang suka sangat kucing. Boleh bangun pagi2 bukan cari mak tp cari kucing
Fyda Noh recently posted..Susah Kencing Selepas Bersalin Mungkin Tanda Saraf Rosak
Lyn Yusoff
Jan 27, 2016 @ 12:37:43
dah jadi pemastautin tetap dorang tuh kak..
rezeki2!!
Lyn Yusoff recently posted..Wordless Wednesday #220
cik Jaja
Oct 12, 2017 @ 09:28:34
Saya pun suka kucing, hehe. Tapi mak tak suka.. 🙁
cik Jaja recently posted..Fungsi Kolagen dalam Badan Manusia