Accident

My car accident’s story…

so so so

my car was hit by a Kembara.

hem….apapun Alhamdulillah, takde ler minor ke major injured to me pun. Kereta je lah yang hemm hemm…

IMG_1360

lepas kena hit, on the right lane, so taulah petang jumaat, jam nya hujannya. jadi kita pi aside on the left, aku follow belakang dia coz takut dia lari ke hapa, so park le tepi jalan kat depan Lexus Showroom yang hala ke Sungai Besi/Salak South nun.  Tu pasal dalam gambar ni keter aku kat belakang dia, dah  namanya pun kena hit, of cos lah masa kena tu aku depan dia kan.

Aku tak tengoklah sangat damage dia coz damage aku boleh tahan gak lah. Songkek bonet ko lengchai.

IMG_1364

jadi dalam hujan rebas.

Kisahnya aku tengah mode berhenti, dah few seconds lah. biasalah jem kan, kadang2 laju, kadang2 kena berenti jem. Normal ler. Keter depan depan depan aku pun berenti gak masa tuh. But lengchai ni boleh barai driving mata ke kiri (katanya mata dia tengok lane kiri laju), so dia sudah pecut and bang terus keter aku.

Motif le mata ko belah kiri wei, orang driving mata ke depan. Ke ko tengok handphone ni? kan kan? nipu akak yek….

IMG_1365

so aku bagi dia 2 options, kita settle by police report / insurance cover or send to your mechanic and you pay the bills. Dia dok roger ayahnya ke kawannya ke tak tau lah pulak aku, sian hakak, aku payungkan dia ler. I memang keluarkan payung utk badan aku le coz tengah hujan kan…sebelum aku share payung tu dia ckp ooo sejuk sejuk so cold. Yelah dah ko mandi hujan. Jadi berkongsi le payung and berdiskus. Mana ko nak dapat orang yang dah kena langgar dok payungkan ko dik? Ado ado? sesilap kena tumbuk kena maki hamun pun ko dapat kot nanti.

Tapi options aku bagi tu pun aku refer dari laki aku ler. The first person to know aku accident dah tentu le laki aku kan, dia tak bagi aku deal apa2, dia nak tengok dulu the damage. Dari gambar tak boleh justify.

IMG_1385

muka lengchai yang ke main ramai berkenan  nak buat laki le adik angkat yek…bila ai ig/fb kan. Looks baik le budaknya, entahlah aku pun tak marah pun dia. Cuma masa kena hentam tu, aku keluar kereta terus tanya ‘whats up man?’ hahahhaha pastu terus ajak dia pi the other side kasi settle. Tapi entahlah, aging factor ke or memang mood aritu aku macam calm gila so aku memang takde le memarah. Gegelak lagi ada le ngan budak ni. Dia bagi IC dia bagai, suh amik gambar coz yelah takut aku ingat dia lari ke hapa yek.

Semua details dia aku amik ler. sesiap.

Malamnya dia WA cakap nak pi buat polis report, though dia offer nak bayar RM500, of cos lah aku tak nak. So aku memang nak pergi gak buat report, but kena tunggu cik abang ai. Laki aku tu pun dia kuor awal dari biasa, midnite coz nak uruskan keter aku hah. Kita tak boleh tunggu esoknya, aku banyak hal sangat setiap weekends kena keluar uruskan project.

Jadi malam tu gak kita pergi Police Traffic Jalan Bandar. Lepas aku settled, lengchai pun buat report gak.

IMG_1406

Lepas buat report bagai, naik le atas jumpa Pegawai Penyiasat. Masa aku type report tu kan, ada sebelah pun sorang wife ni type report sama jugak, laki dia teman, sepesen je kita. Ni package2 bini bini bini orang yang accident le nih. kahkahkah…but for my case, mamat tu yg hentam belakang aku. Halahai, benda dah jadi.

Habis urusan bagai, kena bawak masuk kereta to amik gambar pulak.

IMG_1410

laki yang baru balik kerja dan kelaparan, Balik report nih aku terus belanja dia makan kat mamak. Ada le dekat kol 1 pagi baru sampai umah balik. Huh!

IMG_1417

abang agent insurance kat police traffic jln bandar tuh yang sedia berkhidmat untuk korang. Tapi kami tak amik pun dari dia, kita terus suruh our service centre handle this case. Tak nak lah pakai agent2 camnih, lagi kusut pala aku nak pikir semua. Ini pun laki aku yang handle balik take over bagai.

IMG_1388

Pastuh esok2nya, laki aku bawak keter pi our service centre, hem…nasib baiklah kita pilih unuk insurance cover (to be claimed at the Kembara’s owner lengchai tu punya insurance nanti). The cost of the damage, kena tukar bagai all the bumpers (tak de maknanya nak main keketuk heh), pak puk pak puk pak puk, close to 7 ribu! hamik ko.  Dah agak dah pun memang makan riban. Itu pun kena tinggal kereta berapa jam / hari pun tak tau lah, halahai…patah la kaki hakak merah ni kang. Jom tumpangkan akak pergi kerja meh?

Cuma tu lah, masa kena hit tu, tangan aku punya menggeletar shocking gila sampai pegang stering pun leh nampak gigilnya. Skang pun bila driving, dok tengok distance depan belakang. Aku cuba ler sangat biar jauh sikit dari orang belakang tapi tu lah, kot kita berhati2 pun orang pulak yang careless. Macam contoh lengchai  ni, something yang aku rasa tak logik betullah. Ni bukan hentam sikit2 tau, ni hentam punya kuat betul, kalau ada anak kecik kat belakang/depan tak pakai seat belt memang boleh tercampak ke depan wei.

Awal2 tahun ni pun ada gak nyonya ni amik kanan, tapi tak bagi signal, aku dah mmg ada kat kanan, dia hentam side mirror aku, tapi boleh kepak balik lah, takde mende. Tu pun claim tak nampak tak perasan. Halahai, traffic pagi gila camne le leh jadi tak perasan tak nampak wei. Keter slow pun semuanya. Aku punya style, setakat ko nak masuk kanan kiri depan aku overtake aku, either bagi signal or tidak, aku tetap akan bagi (cuma yg tak bagi signal ni memang makan maki je lah lam hati kan), so no hal, tapi benda yang hentam belakang kita ni memang kita tak boleh nak justify nak elak or even nak tahan ler, itu the other party punya masalah.

Please drive carefully, kalau awak tak sayang nyawa awak, ingatlah ada orang sayangkan awak.

 

Comment: 10

Bang! I hit a car!

Gambar-gambar dalam entry ini adalah rakaman semula kejadian

Jadi sebarang tingkahlaku yang kurang berpadanan adalah disengajakan untuk penjelasan ramai dan kemeriahan story 🙂

IMG_6469

halahai lembabnya kereta depan tuh Kak Ngah weih

jalan tu rosakkan coz dok construction so lori dok kuor masuk

Acik nak cepat nih, nak pump sangat nih heh…..

 IMG_6461

Acik, tu kondo baru kan cik, dah nak siap dah yer

ha ah ler Kak Ngah…

 

BANG!!! BOOM BANG!!

**mata dok tengok kiri kondo yang niece aku cakapkan tuh, tup2 tetiba dah sondol Cik Kancil**

 

ko tolong tepon Cik Mi , tell him what had happened, acik nak pergi jumpa orang yang acik hit bontot keretanya tuh, ask him to come down


Cik Mi is RD

Kak Ngah is my niece

Supaya tidak mengganggu kenderaan lain, dan malam gelap gulita pulak tuh, dah nak midnite pun, so i pulled the car ketepi, side jalan supaya Cik Kancil nak hentam gua pun, dah siap2 on the side.

IMG_6466

kak, mintak maaf ye (salam hulur tangan, tapi tak disambut salamnya)

oh well…ok

Awak ni pegang handphone yer ha?? tu pasal awak langgar keter saya!

Ha kak jangan nak menipu buat ceritalah kan, saya dah parked kereta tepi baru saya pegang handphone saya tu pass kat niece saya tu suruh tepon laki saya, apehal plak saya pegang hp masa driving nih, akak mata tak nampak jangan main tuduh2 plak

So macamana nih?

akak saya ni first time ler involve lam accident gini, so saya pun tak tau lah kak, nak ikut pala senang saya, memasing report so nak claim pun pi insurance memasing ler. Lagipun memang my bad lah, salah saya pun hentam bontot keter akak, well, nak claim akak bawak macam siput sangat pun with the jalan contrusction koyak2 tu pun tak boleh, tetap saya salah jugak ni Kak.

oklah kita, kita report memasing je lah

tapi akak punya ni calit secoit je kak, kalau akak nak gantirugi saya settle sini jelah kak, boleh akak repair ke? saya pun tak tau langsung nak suggest apa lagi kak.

**kakak ni kan susah betul aku nak interact ngan dia coz dia asyiklah berpusing jalan pandang sana sini pusing mata tak nak eye contact, astaga, tension betul nak cakap ngan dia nih. she cannot stand still!!!**

IMG_6459

Acik, Cik Mi datang tuh, jalan kaki je …..

RD gi slow talk ngan kakak tuh, prung prang prung prang

You settle je lah ngan kakak tuh, buat gelak je kalau polis tengok calit bumper kakak tuh, insurance pun tak kuasa nak layan ke main secoit je tuh, lagipun i doubt lah dia nak pi repair ke report so on coz dia punya kemek kereta depan dia yang dari bila punya accident dia pun tak berrepair2 at all. Bayo je lah dia penalty sket, ganti rugi a bit.

Hokeyyyyyyyy, you are the husband, u should know about the accident better.

laki aku pernah gak tersondol keter orang kan, tapi record dia lagi teruk le dari bininya kan, aku clean. aku ni first time. ahaks!

IMG_6472

I ok jer, dek hentaman tuh, handbag aku je dari seat belakang tercampak ke bawah. My niece melatah2 hek ahhahaha (we were from somewhere in the middle of the night), kejadian berhampiran at my house area, tu pasal laki aku datang pun jalan kaki jer turun bawah tengok. Kakak tu pun ok je kot, kereta aku pun ok, takde calar balar, tapi tu lah, laki aku cakap rasanya bumper Kancil tu renggang, yelah kuat gak kot aku hentam. Sorry ampun kakak. i gave her some ganti rugilah.

Ni ler, kalau dok bincang2 pasal nak upgrade lagi kereta, so kereta pun merajuk.

Maka terjadilah kejadian menyondol tanpa dapat dikawal.

Eh ceh…

Terus tak jadi nak upgrade kereta baru, tunggu dululah.

Deduluuuuuuuuuuuu, i think 13years ago, waktu aku belum kahwin ke baru bertunang ngan bercinta ngan si RD tu hah, that was my first accident, keter kami kena sondol dek 4WD, boleh tahan kemek baik punya bumper belakang, that fella paid for the bumper’s bill.

eh ada lagi satu accident, si RD tu ha dulu bawak motor, zaman bujang2 gitu, so aku pun naik motor ngan dia, sekali dia ada keter pompuan nih boleh langgar kitorg, gampang betul then dia blah lari, aku dah terburai tepi jalan, ada omputih ni wt his driver sent me to the hospital. Tercalit tanda kat kaki ai tau.

Korang, apa yang korang sondol? Kira accident ringan2 ler.

Comment: 40

Accident Depan Mato

sapa pernah accident? ok aku pernah…

sapa pernah tengok accident depan mato?pun aku pernah gakIMG10535

tp ni sangat2 terbaru, petang pulang dari kerja myvi pink depan aku. dok nak masuk VA, masalahnya sapa yang dok VA ni memang tau lah kalo ko nak masuk guard VA tuh, siksa sket nak masuk coz keter menderu laju dr opposite of the road.

pastu keter lak kiri kanan parking, so mmg susah sket nak nampak whether ada keter ke idak depan tuh..

tp si myvi nih

aku dah sah2 belakang dia kan, aku dok perati dia ni cam tak nyenyempat nak masuk, keter ke main laju dari arah bukit depan tuh…sekali kooooooo! baru aku cakap lam ati ado gak yang accident nih, menderu dia melaju nak masuk VA, ha motor yang ngah laju turun bukit pammmmmmmmmmmmmm langgar dia. motor tu tak sempat nak ngelak, wui kalo ngelak ke kanan mau sampai naik atas dashboard depan aku pulak. so tercampak lah pakcik tua yang bawak motor tuh, anak pompuan dia dah beso pun sama le teruk tercampak sama.

korang nampak van tuh kan, lam tu van bawak budak2 sekolah, budak2 lam tuh tekejut ada yang menangis2. aku mmg pegang hp, tp aku tercengang tak dan nak amik gambar dah, aku pun kuor sama reramai tolong depa, tp sempat lagi aku capai hbag (eh kau, kang nak selamatkan orang buatnya orang bukak keter aku amik hbag, nangis pulak aku)…keter  belakang aku pun kuor sama, x kira nak masuk umah cepat kira nak tlg orang je kan. tu yang tak matikan engine, sbb quick one nya reaction.

depa bawak pakcik and anak dia kat guard house tuh, n makcik myvi pink oh jiran aku !! grr..aku tak kenal dia, tp tu lah kak, akak dok cakap akak tak nampak tak nampak tp akak tak sabar2 (aku dengo dia mintak mahap cakap dia tak nampak), saya dok belakang akak tengok akak main menderu je laju tak nyenyempat. skang, motor pakcik rosak, anak dia ngan pakcik tu luka tercampak, bumper keter akak pecah. jem ya hamat depan belakang marahkan akak.

luckily orang2 msia kita tak kira bangsa agama tolong bantu membantu masa tuh. sian lah..

sian satu hal

img105361

tp aku menderu2 naik bulu roma, cam trauma tol aku tengok bangggggggggg depan mata gini. jalan ni jugaklah anak2 aku balik. jalan ni jugaklah abang lalu naik motor balik sekolah ngan atuknya. sejak aku dok VA, jalan ni dah bape kali amik nyawa, kalo tak silap aku dah 2 kali, and at least once a week mesti ada accident.

naik umah aku cite kat fifin, sampai geletar2 aku citer….terus dia pun lari ke balkoni ngendap nak tengok. alohai….ngeri lah. benda ni jadi depan mata, masa pakcik tu nya motor nak hit keter myvi tuh, aku dah menjerit sorang2 lam keter. adoiii! aku yang tua tengok dah trauma, apatah lagi budak2 kecik lam van tuh.

eii takuttt!

kepada jiran2 ku di VA yang membaca RM, aku tetap salahkan kakak myvi pink tuh, wpun dia bagi alasan dia x nampak x nampak, tapi tetap salah sebab dia tak sabar. aku betul2 belakang dia and aku nampak dia mmg tak sesabo sangat nak masuk VA. sampai teksi depan dia yang buat u turn pun dia overtake utk senang dia masuk ke kanan.

aku yang rendah pun boleh nampak and sabar tunggu keter depan opposite tuh sampai abih clear, takkan akak yang tinggi dari saya tak nampak kot kak? pakai myvi lagi senang nak nampak…ni aku suspect dia nak cepat tu yang melajuuuuuuuuuuu dia masuk, sekali rupanya tak sempat, motor bang keter ko.

huh lega dapat tulis, wpun while on d road aku adalah jiwa kacau sket, 3 orang buat aku sentap and sakit hati, dengan satu berita bagus, tp yang satu nih accident depan mato, make me to be very more careful.

Comment: 22

Susah senang mengambil gambar for blog

img_5138

cantik tak rantai labuh Puff Daddy gegirl? aku panggil rantai Mr T ehehhehehehe. itu rantai arr…sudah lebih 10 taun usianya, masa zaman2 kita pakai baju kurung ngan rantai2 style gitu lah, mengelip2 but it s not gold. ni aksesori dipakai di tpt kerja mahupun di kenduri kawin. aku dah wakafkan rantai2 yang aku x bekenan nak pakai kat budak kecik nih, with her selamba rock, dia sarung n bergaya kat Q Bistro.

Bebalik makan kat Q Bistro, 2 reasons kali nih:

first nya … sirman nak makan mamak 🙂

Keduanya ….pasal aku perlu mengambil 2 gambar for my assignments. subject dan tempat  dedua berdekatan ngan Q Bistro. Satu berjaya tiptop, since aku amik di luar kawasan ‘subject’ ehehehehhe (almaklumlah kan dah semenjak kena maki kena lock kat Suara Bangsat @ AURA Ngeri tuh kan (naruto, akak pinjam words Ngeri hehehehe), so kita kena lagi berhati2 lah). Satu lagi subject aku gagal….memang aku akan mintak izin tapi subject yang ke2 tuh degil, alasan yang sama ‘NO NO PHOTOS HERE’ apek ni kemut arrr. Jadi aku blah, aku tanya nicely, dia jawab nicely…dedua puas hati takde sakit bengkak senyonyong.

asalkan dia tak lock kunci aku dalam kedai dia, sudah cukup bagus 🙂

Memang kita tak boleh nak paksa orang bagi kita amik gambar jualan depa, wpun kita berniat ikhlas untuk mempromosi, tapi nak wat gano, pemahaman dan konsep business kedai kat msia or mbe seluruh dunia ‘mengambil gambar di dalam premis kami adalah dilarang!’

aku cukuplah x suka buat iklan dengan gambo2 yang dari web, ai need real photo, with real manusia nya model dari redmummy.com either aku sendiri or anak beranak aku. so project nih aku kena buat lagik kat tpt lain…aku sebab dah biasa menda2 gini, aku akan buat di tpt ‘busy’…hiksss. saya akan carik jalan, jangan riso…dah biasa.

kesusahan dan payahnya mengambil gambar apabila memblogging. udahlah aku paling tak suka bercerita kalau x dak gambar…kira ada gambar lebih bonus and attraction lah dalam sesatu entry. Tapi betullah, bertaun jadi blogger tetap, itu Aura Ngeri adalah satu pengalaman paling nyahpahitpetaka7!!!

**update sket lah pompuan korina giant dari Aura Ngeri Bandar Sri Permaisuri dalam entry nih tak sudah2 dia nak mengaco member aku ni dengan harapan member aku akan mendengar cerita version dia pulak dan hoping member aku menjaja kan mulut kot. si kornia giant tuh tak mengaku dia locked aku,dia tak mengaku dia unjuk2 hp ke muka aku suh paksa aku cakap ngan boss dia. Moralnya kan korina, napa ko x taram aku ni ha, u ve got my blog add, my mobile no, motif ko apa la nih? Hoi! udah-udahlah tu, jangan ko kaco kawan aku tuh. Aku assume that she is reading my blog and this entry, engko sungguhlah pompuan paling gila, awat pi lock customer? ko dah mereng kot ye pun takut aku ni spy kat memana beauty centre.

Jadikan pengalaman sAURA aku tuh sebagai modal blogging korang gak, nak amik gambo sila pastikan ‘anda tidak dikunci’ hiksss

img_5155

sedang kami melalui BTR, ahad kan..cam biaso ler nak melawat mak aku nak pi nganto barang bebudak nih, ha cantik baik jer keter honda tuh parking menjunam…alo bang, lesen mandu terbang ke?  2 keter accidents, yang nih sungguh kaw2 cantik dia landing kat stesyen minyak BHP tuh, alangkan tak terbang lagik jauh, ada gak plak terbakar petrol station tuh…

img_5156

close up gambo beso untuk gang redmummy.com tengok. tah camne lah depa accident, idok le teman ketahuan. ini jugak gambar for blogging, very easy lagipun subject2 nih sume di lokasi awam, tak dak sapa leh ‘kunci’ ko hikss. sambil sirman driving, boleh dia berenti kejap untuk snap the photos. Pandai dah dia, modal2 entry aku gitu kan…specially untuk subject susah senang mengambil gambar for blogging

img_5157

keter ni pulak mangsa ke dua yang accident ngan keter terbang tuh…sirman gegas campak camera kat aku untuk aku lak snap for left  shot. anak2 masa ni ngah jakun tengok kiri kanan, ater 2 keter accident kan…but the best part, abih je aku click snap camera, the white shirt man tuh, ngan blue shirt tuh, dedua dok pandang kamera kan with their smiling face dengan kuat nya cakap sambil bagi Peace fingers ‘SAY CHEESEEEEEEEEEEEEEEEEEE’ ….wah aku suka subject2 gini, very the sporting abang2 wpun ntah2 keter korang yang berdebush berlanggar tuh. Itu subject kita yang easy going, yang tak kisah apabila camera aku berkelip2 kat depa.

Sebenarnya, sejarah aku mengambil gambar banyak jugak aku tak ceritakan, tapi cam aku cakaplah the worst part was the sAURAbangsat, itu sungguhlah mempercepatkan degupan jantung aku. ada jugak kenangan2 lain waktu aku amik gambo, kena marah, kena tegur kena jeling kena diekori dek salesgirl coz depa suspect aku dah snap satu gambo barang depa, eh macam2 kenangan dan cerita sejarah redmummy bila nak amik gambar untuk hasil memblog.

tapi apapun lah kan, walau teruk camne dan pengalaman yang datang, saya tetap akan terus buat kerojer click click flash camera…. 🙂

Comment: 45

Gila x gila!

yday eve, ai had to go somewhere….aku x keje gak smlm, cuti ku 2 hari jor melayan kerenah sekolah anak2….so ni kat traffic light nak ke Midvalley, ada lori nak cornar ke kanan, keter sblh dia pun ke kanan, memang sume ke kanan lah x leh ke depan or ke kiri….boleh keter tu x menyempat2 nak jalan gak dah tau lori tu panjang.

ya udah sudah sangkut kat situ.

driver lori tu dah marah2, kang dia jalan gak abih dia sondol calar tepi keter ko yang mahal gah tuh…driver pompuan tu aku dah zoomed, kompem pompuan hikss…

eii skett je lagik nak bergesl, memang kalo dedua x brek kompem lah aku stranded lam jem camni. lastly si keter mewah tu dok dendiam sajor, bagi lori panjang tu lalu dulu. pantang aku kalo drive dok belakang lori, or depan lori, even sbelah nyebelah pun aku akan kalo boleh lari jejauh…sama gak ngan bas. aku rasa binatang2 bas lori yang godang2 beso nih kan, memang mengerikan dan menakutkan…

kalau dulu satu cerita satu entry kan..skang bagi memanjang kan cerita dalam entry dan mengurangkan numbers of entry, ni meh aku rangkumkan lagik cerita satu nih. gambo atas nih….bapak berani ko nak pakai kuku pepanjang gini, ngan kaler yang sungguh ‘nakal’….ehehhehehehhe. itu bukan kuku palsu yer, itu memang kuku betul panjang giler…bandingkan ngan kuku aku yang kemetot tuh

nanti aku revealkan sapa owner itu si kuku panjang (dia non muslim ye)…

citer kuku panjang, ada kawan tanya aku mlm tadi pernah tak redmummy berkuku panjang.

ye jawabnya pernah

bilo?

ehhehehehe..masa form 2 🙂

gila ko nak simpan, punyalah susah masa tuh. asal tidur jer kan kalo sedor ok lah boleh sorok2 bawah bantal kuku aku tu, kalo tak sorok, mak aku nampak jam2 tu gak kena ketuk silap2 dia potongkan. ater masa kekecik luh, nak le merasa kan, tengok kawan2 masa tu ngan kain gantung, ngan rambut ramos hahahahaha ngan kuku panjang, kira minah rock kapak lah masa tu pi skolah gaya gitu.ada gak pakai celak kay pi sekolah, ha rugged x rugged dulu. dpt kalerkan rambut pakai hydrogen tu dah kira syok lah! eh ai did ok!

x kena tangkap ngan cikgu ke?

pengawas sekolah aku dulu gang kawan2, so depa kasi lepas. tp kalo cikgu yang perasan, jam2 tu gak lah kena potong, tapi pastu bela panjang balik huhuuuuu…very naughty.

masa sekolah form 1 form 2 dulu jelah aku simpan kuku panjang, pastu takde dah. skang aku pikir kalo aku bela, x yah cakap halal haram bagai lah kan….cuba pikir tang basuh yak yak tuh? ok tu satu, aku yang berkuku pendek ni pun kalo goreng ayam ikan, masa gaulkan kunyit tuh, abih kuku aku kuning menyala dek kunyit camne ek kalo ngan kuku panjang lak…

alkisah 2 ribu kisah 🙂

Comment: 50