Anniversary Day

Dapur gas rosak??

Korang ingat tak (readers lama sure ingat) yang kisah my dapur gas kat rumah lama rosak and RD rushed pergi beli malam tu gak when the shop was about to tarik tutup pintu jer….very the dramatic betul. dia ler jugak yang pasangkan segala bagai.

So our hob and hood di Red House, considered baru ler, not even a year. So past few months dah mula rosak one by one. Ada 3 hobs, memula yang kanan, pastu yang kiri dah mula tak menyala. Imagine aku kena masak dengan yang tengah api kecik tu. Yang kiri tu masih bernyawa lagilah if over the weekend kan (RD pasangkan donno how bagai).

So paling buat aku dah naik darah bila yelah this week kan kakak ada class full day so i need to prepare bekal yang lebih sikit lah (bear in mind all of my kids tak pernah beli kat kantin sekolah, chinese school mar…).

Bayangnkan the api kiri kanan tak leh nak jalan gak and kena pakai api kecik. Next week is already ramadhan and i need to pong pang masak for the sahur buka puasa, mana boleh dengan api kecik ni heh, adalah tidak wajar.

Dan aku kalau dah hangin aku bebel2 kat laki aku ler. wassap dia yang ngah keje, suh dia pi beli baru by esok gak, gantikan.

But pastu malam tu aku mcm terpikir takkan le belum setahun dah nak ganti baru, banyak le cantikkan. So aku google here and there (yang aku dok suruh laki aku siasat berbulan dulu tak dibuatnya), rupanya ada service gas dapur.

Jadi aku tanya member aku, tanya adik aku, dapat le 2,3 contacts, malam tu gak aku tepon depa booking suh datang esok pagi nya gak.

hah kau! Aku suruh laki aku contact, dia jawab ‘ok esok i callkan’

hallooooooooooooo, nak aku hangin lagi ker, esok nak call bila orang tu nak datang, so aku take over ler lagi molek, lagi cepat, i cannot tahan already, malam tu gak aku dapat orang, esoknya orang tu datang.

IMG_3959.

habis dia bukaknya!

memang le sebelum ni laki aku dah godam dalamnya tapi tak le sedeep macam nih, so bila dah tau punca bagai, kena tukar maknek bagai, barulah tau why segala. Kan air and minyak yang kita masak tu yang tumpah2 kat dalam hob tuh, masuk ke dalam bagai, so dalamnya jadi berkarat (ye walaupun blom setahun). Itu puncanya.

Tapi selama setahun masak ni pun, aku masak weekend jer (weekdays jarang sangat) coz mak aku yang masak, 2,3 weeks ni je yang mak aku tak masak dah coz mak aku tak sihat kan, so aku le yang masaknya.

 

IMG_3960

Lepas 2 jam dia godek godam bagai segala, barulah sihat walafiat my dapur gas.

Nasib baik ler aku sedar diri akal panjang untuk panggil service man ni instead of beli baru

lagipun laki aku malas nak dengar tazkirah bininya bebel pasal dapur gas dia jawab je ler, ok ai ll buy a new one tomorrow

dari ko poi beli dapur gas baru yang lom setahun usianya baik le aku makan duit ko tu heh

 

IMG_3958

dan baik pulih sudah the dapur gas. engkau kalau tak sihat lagi aku dah planned dah nak amik yang brand lain yang jenis lagi cun melecun hah ko jangan nak buat hal lagik yek. Raya nak dekat nih, aku nak buat rendang ketupat segala kang.

paling penting for masak2 bukak puasa tu ler, aku jenis pantas cepat, mana boleh tunggu sesatu lauk masak, mesti nak sekali rap 3 dapur nak pakai. ai is cannot ler seselow niiii

 

IMG_3961

dan 5 minit lepas dapur gas tu baik pulih, abang goreng keropok. Dan hasilnya, too closed ngan dapur gas, habis mak kau punya mangkuk fav. Walaupun mangkuk ni biasa2 jer but usianya dah over 15 years kot, dan kita surely ada yang mangkuk fav kita kan, hah ni salah satunya. abang ooo abang, api kuat benau ko buat bang oiiii

Service dapur gas tu was RM200, 2 jam, termasuk spare part yang dia tukar ganti segala, If lah kan aku tau ada service gini dari 6 bulan lepas aku dah panggil, eiiii, encik suami pun sama, bini dah berzikir berbulan2 pun dia buat pokak yooo…

kalau lebih 5 taun ke engkau jahanam aku tak kisah gak beli baru kan, ini baru sangat heh.

Oh apapun, hari ini, 2 June, genap setahun kami berpindah dah menetap di Red House. Today was the day. Happy Anniversary Red House 🙂 .

PLEASE STOP CALLING/WHATSAPP ME FOR THE DAPUR GAS REPAIRMAN’S DETAILS,  KINDLY GOOGLE YOURSELF. I WONT BE ENTERTAINING ANYMORE CALLS/MESSAGES ON THIS. THANK YOU.

Comment: 16

The 15th Anniversary

IMG_4766

kerana huruhara yang agak sebulan tu, sampai dah nak ke April pun baru le hakak boleh nak upload cerita2 lama, sebulan 2 lepas. Korang ingat tak lagi citer Langkawi? ada berbaki lagi 2 entries patutnya, macam tak adil je kalau aku tak habiskan cerita tu, sian Ima kat Beijing menunggu2 menanti, tapi laki aku dok cakap, oh my pelislah, dah over 2 bulan tu yang oi, tak yah le letak cite tu…

So let s go back to 19th January 2016.

It s our 15th Anniversary. Hem..15 taun dah ye. We are so old already.

IMG_4657

On that particular day, kami berdua amik cuti. To pergi jenjalan carik barang for anniversary, saja menggetiks jalan2 berduaan. Anak2 pun sekolah on that day. So kita keluar hari tu, about to leave the house, ada bunga sampai. Ler suami. udah kubilang tak yah dah ler bagi bebunga bagai nih, somak yo. Lagipun kalau nak sangat bagi, hah make sure yang ada vase tuh, so boleh gak aku gunapakai vase tu untuk deco2 kat red house nun.

Jadi bunga tu sudah pun skang over 2 bulan pun, masih lagi berdiri dok dalam vase tapi dah mengering2 ler. Nanti cukup waktu, kena gak dok tong sampah kan…

IMG_4626

i love these accessories, ada jugak kaler merah but aku kena kurang2kan sket bebenda warna merah, too much already..

IMG_4636

by the way aritu kita pergi to few locations, first one was hemm…masalah aku nak ingat ke mana. Tapi aku ingat yang satu ni lah, kat sebelah Medan Mara yang Low Yatt kononnya, Tapi hadoih, kering betul dalamnya. Tak cool betul jalan2 dalam tuh, bape banyak je lah kedai lam tu heh.

IMG_4676

jadi kami sambung terus ke Low Yatt yang sebenarnya, situ je hasilnya akan ada nampak…one class bout this Low Yatt, toilet dia bersih piang kau! Tak pulak disangka, ingatkan kotor ke banjau ke kan…

IMG_4683

dan siap settled. Ini our anniversary gift. A new PC 🙂

Ini hadiah yang aku belikan untuk suami aku, tapi technicallynya untuk aku yang pakai hiks…

We bought a PC not a laptop coz laptop aku masih ada lagi. PC aku pun masih elok lagi, ni cuma additional. Rumah IT macam kami ni, mana le cukup dengan satu 2 gadget. 3 PCs adalah paling minima. Jadi a PC for our anniversary.

From him to me, aku dah dapat dah pun, dah selesai. pulus pulus pulus 🙂

IMG_4688

habis di Low Yatt kita menuju pulak ke Ampang Park. Dalam masa bape jam je dah few places, itu sebabnya utilise habis guna cuti bila during weekdays nih. Tapi barang yang kita nakkan tu takde kat Ampang Park, so makan le mee kari (di tengahari panas yang patutnya makan nasi for laki aku). Coz dia bukan sokmo datang Ampang Park, I nak sangat dia try itu mee kari ampang park.

Kan sedap…..

IMG_4694

ini mee karinya, kalau hari Jumaat berpeluh nak dapatkan seats, tapi makan sini pun panas gak, tang tak dapat kipas tuh, memang ler terasa.

IMG_4739

Malamnya kita dinner kat luar, bawak askar semua, tapi makan tak leh lelama le coz anak2 pun sekolah kan, nama pun weekdays. Aku suh abang kakak membelanja apak mak nya, semua buat2 blur muka tak bawak duit. hhehehe budak2 ni dah pandai jaga duit, so depa agak berkira kedekut betul kalau nak kena keluar duit sendiri

IMG_4751

dan begitulah our PC/Blogging area…dengan 2 PCs, 2 laptops, 1 tv (tablet lain tak perlu duduk kat meja nih). baru le sonok….tapi skang kan, aku makin malas je pulak nak bukak laptop kat bawah or even PC kat atas nih. Dok mengharap le laptop tu berjalan sampai ke katil and nak blogging pun dari atas katil je lah.

Ado gak den poi beli netbook kecik ni kang untuk on the bed punya pemalas blogging…

So that s all, our 15th anniversary day for me and my husband.

Tohcei…anda telah berjaya membaca entry ini yang berhutangan 2 bulan 🙂

Comment: 4

Our 15th Anniversary…

tu dia decent habis gambar heh…

tak leh tak yah nak bebunga sangat ler, kami ni bebunga sendiri2 jer, tak tetayang sangat bahasa tu kahkahkah. 15 taun kot, bukan 15 hari. kalau 15 hari mau hehari ai lap you ai miss youuuu…

Happy 15th Anniversary suami, bernikah on 19th January 2001 Friday selepas orang habis solat Jumaat tu. Berapa kali lafaz ek, 2 kot. Nak pi menikah pun, aku yang pengantin kena drive sendiri bawak diri pi masjid, bawak pengapit and kenkawan. Habis semuanya tak geti drive masa tu hahahaa….

Alhamdulillah, moga dalam lindungan Allah perjalanan perkahwinan ini, bersama the askar-askar yang tak banyak mana, walaupun tiga orang, itulah nyawa harta kami- Shameel, Melysha dan Zeeshan.

Sebab 15 tahun, kasi special sikit ler…hari ni akak ngan laki akak cuti, pi merendek sat… 🙂

Dari kita zero to nil, dari kita kosong-kosong dengan hidup susah, giler ler kalau kitorang ni tak pernah susah pun, sesama bantu each other. Aku tersadung dia ler pendakapnya, dia tergelincir aku le pendindingnya. Terima kasih Allah untuk suami yang tak perfect, macam isterinya tak perfect tapi tetap syukur amin amin amin.

The 15th Anniversary…huh, banyak onak duri nak ke number 15 tu. Semoga panjangkanlah perkahwinan ini, dan perjalanan usia kami untuk berpuluh2 tahun lagi….insyallah.

 

Comment: 13

The 14th Luncheon…

IMG_7887

i have posted this in my instagrams segala, hadiah untuk laki aku for our anniversary. Dia dok cakap nak beli drill, aku pusing kiri kanan tanya2 orang, aku sebat satu hah.

Dan seperti dijangka, jadi troll, mendapatlah yang double kuning nya otak dok ingat drill sesajarrrrrrr.

Sebab 19th tu hari Isnin, jadi kita buat advanced2 one luncheon nih. As his practise pulak setiap tahun, he sent me a basket of roses, tu pun tengok ler lam FB, malas ler nak upload sini coz gegambau lam nih pun aku dah siapkan dari weekend lepas.

Terima kasih Allah for our marriage, though ada up and down, masih lagi dia suami saya dan kami masih lagi happily together with the batallions. Susah senang jatuh bangun, insyallah akan masih lagi bersama.

 

IMG_7994

Jan 18th, 2015’s photo. Kenapa le sang suami tidak bolehlah bukak mata dia bebesau pun!

IMG_8001

Our 14th anniversary’s luncheon. Laki aku ingatkan pergi berduaan jer. Pastu pagi tu aku jadi mak tarzan suh semua bersiap.

Aik bawak anak ke?

Yelah bawak askar, lain kali lah kita pergi dating makan berduaan, today ai nak askar ai ikut.

 

IMG_8012

what the ler susah benau nak amik gambar berlima dengan package si kecik tak nak berdiri setempat.

IMG_8014

untuk package anak2 dengan mak pulak

IMG_8016

fail one time

IMG_8019

fail second time

IMG_8020

fail 3rd time

IMG_8038

alright, ko amik clutch mak kau nih, ko diam kejap!

IMG_8007

the end…sila cari di mana Zeeshan?

Comment: 5

The anniversary dinner!

IMG_3690

korang pun dah paham, kalau mak merah kuor rumah, harus wajib bawak food RB! wajibbbbbbbbbbbbbbbb!! makan nak makannnnn, meh makan yek!

IMG_3696

make up aritu aku pakai product dari most brands yang bawak ado kat Hishop. best wor, siap aku lelanting lagi, banyak gila dapat!

IMG_3702

passing batton yek, turn bapak ko plak. mok nak buat sessi mengubat lara hati si kakak bila diusik gundah dek abangnya heh!

IMG_3710

jangan haraplah kakak nak pandang camera kan, mood belum mari mar…..

ok ok kita kali ni makan jauh sket dari tempat biasa rumah tuh, ni kat Meat Works Publika. RD pilihkan, tapi aku yang kena bayau ahaksss pasal anniversary kan sesama le kuor duit, hotel bagai segala maknek dah dia kena cover, takat dinner je eleh. cehhh ko RD!

IMG_3712

anak2 punya lapar, nak tunggu steak memasing lambat so mintak anto banana split dulu. tapi bila baru makan 2,3 sudu, sampai pulak steak apa lagik, mintak waiter hantarkan aiskrim ni simpan dulu lam freezer biar kita makan the heavy meals sat. Aku kerja Baskin Robbins dulu kan setakat Banana split nih alah kacang sangat buatnya, lagi sedap tambahan toppings aku leh buat dari yang nih

IMG_3718

baby mula ngantuk mau tidurrrrrrrrrrrrrrr!

tak sempat kita nak amik gambar foods, memang super sedap and super kenyang! kakak punya junior steak, dia order sampai 2 plates, tak cukup 1, kalau tau tak cukup amik yang steak size orang tu jer heh. memasing dah pandai makan steaks so nanti kalau order western semua nak steak sajorrr….aku pun tak ler hantu steak pun, laki aku yer!

For all 4 of us punya makan membulat memasing, RM250! mak aikhhh…sama harga hotel bapak ko bayar hiks

IMG_3730

terpaksa mengsedondonkan ngan kakak

IMG_3739

flash mak kau! balik malam tu sumer mengenyang alhamdulillah and tidur pun nak cepat jer, ngantuk penat memasing. Sebelum tu kan selain badminton depa ada fardhu ain and mengaji class. 3 beranak gambar atas ni depa cakap kami satu stamp satu chop, ada yek? RB ngan Abang tu memang muka satu choplah camner abang masa baby dulu ha gini ler rupanya.

for puting pacifier RB tuh, dia bukan pengguna tegar, sekadar kita nak lekakan dia sejak dari baby coz dia asyik  nak melekap je ngan bfeed kan, walaupun tak minum tapi dia nak melekap jer, mana maknya leh tahan, so kita opt ngan puting lagipun masa kes RB was admitted dulu tuh, kes urine infection tu pun doctor tak bagi dia melekat sangat dek kerna takut bacteria bila too much lama ‘bergantung’ bukan minum but hanya untuk melekap.

kira kalau takde puting pacifier tu pun RB ok, but kalau dia dapat, lagi dia suka!

IMG_3815

 

2 hari kemudian baru kita dapat budget anniversary cards! penjimatan kan kan kan semua pakai pakai kertas putih and celoreng2, kakak satu package ngan adiknya jer, ni style tak dak masa nak beli cards untuk makpak. Takper. ingatan itu indah anak-anakku. but tu lah, dinner malam tu abang kakak janji nak bayarkan, depa nak tong2 sorang RM50, pastu tak bawak duit, pastu cakap nanti mak tolong gantikan RM60 if depa keluarkan sorang RM50. eh mark up pulak. pastu sampai sudah takde hahahahaha dedua kemut nak kuorkan duit. Dah pandai simpan duit so tau le sangat RM50 tu besar nak belanjakannn

ok watamat. nak habiskan citer anniversary bukan boleh tetiap hari….tu lah hangpa, suh bukak account twitter instagram tak mau. kan dah baca citer basiiiii….

Comment: 11