Bersama Mak Merah

Bersama Mak Merah – Chek Bosan!

Salam Merah pada Kak Red,

Chek ni bukan la ape….chek Cuma nak meluahkan perasaan jer nie… slama ni jadi pemerhati ajer.. tapi macam tak tahan pulak tengok macam2 perangai blogger zaman skarang nie.. ader jugak check perasan a few bloggers yang dulu baik dgn kak red.. now hentam kak red di belakang tabir.. dulu nak dapat nama punya melekat dgn kak red..mintak tips mintak aper bagai.. bila dah dapat..wallahhh terus tikam kak red dari belakang.. yang tak seronoknya tu kak… mereka2 nie..bukan nak
tanya direct kat akak ker..tapi terus hentam kromo dalam blog depa.. yang paling obvious ader 3, 4,5  orang budak kaler warna nie laa.. Macam mana saya boleh perasan?

Wahh sejak kes saman menyaman tu.. saya banyak menganalisa blog2 orang nie… *yer saya banyak free time because im a housewife..* tu la orang kate housewife nie banyak masa.. banyak lah benda boleh pikiaq.. so boleh lah buat analisis sikit2… so chek dok perhati laa depa ber3 ni..bukan main bercakap segala pasai kak red… duluuu nak
dapat nama ..bukan main laa memuji kak red.. skarang bila kene tikam dgn orang..

wahh terus hentam.. chek tak paham laa.. nak kata takdak akai.. depa nie sumer abes skolah… mungkin persekitaran depa gitu kot.. akai cetek nooo… chek ni bukan laaa nak cakap paa… bukan laa nak mintak hits dari kak red ka apa.. chek blog
pon takdak nie kak … Cuma suka baca2 blog2 orang.. cerita pasal kisah hidup depa.. tapi bila main hentam2 nie chek tak berapa gemar laa.. sebab depa hentam ..depa takdak bukti.. depa dok dgr cerita orang jer.. not fair kan??

Tapi depa nie chek tengok macam tiru gaya kak red jaa.. kak red ada camera besaaq depa nak camera besaq jugakk..kak red pakai nie..depa pakai jugak.. kak red ada blog manager si dia ada jugakkk..tapi masalahnyaa tak nak mengaku tuuu tiru kak red…

dah ramai chek tgk blogger2 skarang nie..takdak identity sendiri..sumer nak tiru orang.. haish sedih.. dan borring laa nak membaca.. tapi hits nak jer..cuba ubah sket..carik identity baru..ni dokk copycat jaaa…itulah luahan saya sebagai pembaca dan penganalisa blog… harapan saya sudah2 lah menikam orang dari belakang.. kalo dok puas hati.. cakap depan2.. ni tidak buat entry menghentamm..tapi takdak pon nak tanya depan2… dan cariklah identity sendiri as a blogger..

Wassalam,
Chek Housewife

Comment: 63

Bersama Mak Merah – Nak kicapppppp!!!

Salam Kak Red,

Saya tahu ini bkn laman marketing or apa tp sy dah lama pendam hal ni so sy nak RM publish juga spy org2 berkenaan terbaca n buat inisiatif. Ni utk tolong bangsa Melayu juga ok.

Sy dan ramai lg di overseas ni (sy di Australia) sgt kecewa sbb kami sgt susah utk mendapatkan bekalan KICAP KIPAS UDANG di sini. Bila sy baca kat internet, rupanya bkn di Australia je yg susah tp di London dan negara2 lain yg ada Msians pun mengalami hal yg sama. Di sini kami boleh jumpa semua benda yg kami nak EXCEPT kicap kipas udang. even rempah ratus yg tak glamour pun kami boleh jmpa di overseas ni…tp…kicap yg we grew up with frm small ni sgt lah susah. Di tempat sy ni, kena drive 2 jam baru ada kedai2 Asean yg jual tp tu pun asyik habis je sbb of coz la org2 di daerah tu dah ‘rembat’ dulu kan

Apa lagi yg Habhal tunggu utk memasuki pasaran global secara besar2an? Skrg ni, hanya kicap Indonesia je yg dijual di supermarket2 besar overseas (jgn main2 tau, diorang dpt jual kicap ABC ni supermarket2 besar, bkn setakan di kedai2 runcit Cina je). Padahal i can say, Kicap Kipas Udang malaysia tu JAUH lg sedap dr kicap ABC tu…sbb tu tak ramai rakyat Msia beli kicap ABC tu…rasa dia lain sgt sedangkan kita dah membesar dgn rasa authentic kicap Kipas (dan Tamin dan Adabi juga actually)

Kpd HABHAL, apa lagi yg anda tunggu. Cepatlah masuk pasaran global!!! Kesian kat kami yg duk overseas ni, pakai kicap terpaksa berjimat n pakai setitik dua je sbb takut habis. Bila kicap Kipas kitorang dah nak habis, mula la kitorang susah hati sbb takut kedai takde stok. Aci ke susah hati sbb kicap??? nak goreng mee and goreng nasi pun pikir 10 kali sbb takut kicap habis. Mmg la boleh pakai kicap ABC tu tp confirm mee/nasi jd tak mcm mee/nasi kita Melayu dah…rasa lain gile!

So…kpd sape2 yg baca ni tolooonggglah:-

1) supply kan kicap kipas udang to us (saya duduk New South Wales, Australia. di daerah saya takde langsung kedai yg jual, terpaksa drive beratus-ratus kilometer utk dpt kan. tu pun belum tentu dpt beli)

2) sape2 yg ada sedara mara kerja HABHAL or Zarafood Industries (pembekal), bgtau hal ni kpd diorang k.

3) If supplier Habhal tak nak hantar, then hantar je kicap Tamin or Adabi to us sbb kicap2 tu pun we are familiar with juga as long as we dont need to use Kicap ABC keluaran Indonesia tu 🙂

sekian TQ RM i hope this message is conveyed to the enthusiastic businessmen and suppliers in Malaysia. This is golden opportunity!!!

Melayu Perantauan
– New South Wales, Australia

Comment: 88

Bersama Mak Merah – Suami Cemburu

BMM ialah masalah readers dan dikongsi di sini, nama pemilik yang menghantar BMM adalah dirahsiakan.

Salam BMM,

Diruangan ini saya mohon pandangan….. saya seorg bergelar isteri mempunyai 4 org cahya mata…. saya surirmh spnh masa.menguruskan anak2. seblm ni penah bkeja kat dua buat syarikat penerbangan….sblm ini saya merupakan seorng yg yakindiri, ceria dan berfikiran positif..saya mempunyai suami yg penyang n amt btggjwb.tpi masalah nyer, hubby saya telalu cemburu terhadap mana3 lelaki yg berbual dng saya waima, org yg saya x kenal atau pun pembantu kdai runcit di kdai yg biasa saya beli brg dpur skali pun….’kecemburuan’ nyer ini yg buatkan saya dah tahap fobia dah skang ni.

saya kini menjadi terlalu berhati2 dan kurang yakin pd diri..saya seprti rg yg lugu krn amat menjaga hati n perasaan suami saya…dia amat cemburu andai kata ade lelaki lain bercakap dng saya, hingga skang saya sentiasa dlm keadaan berjaga2 supaya dia tdk marah2kan saya andai kata saya bercakap dgn lelaki lain.kemarahan nyer mejadi2 sejak akhir2 ini.Sebagi isteri saya hanya berdiam diri andai kata dia marah2 krn tdkmahu kemarahan nyer berpanjangan.

saya amat buntu dng keadaan ini.krn ini membataskan aktivi saya seharian.diwaktu ini, saya ingin membuat pernigaan kecil2an utk membantu mcari jeki… bila keadaan ini bertrusan saya menjdi buntu…sudah tentu setiap pekrjaan yg saya lakukan, saya akan berinteraksi dgn customer lelaki atau perempuan.

tlglah BMM atau rakan2 yg lain utk membri pandangan buat permsalahan ini… terima kash atas pandangan kalian…

Syerry

Comment: 38

Banker / Contributor?

ni satu citer ke kisah ke soalan ke nak tanyalah..

contoh kata si Alma yang sangat suka memberi…kira murah hati lah. pada family pada adik beradik dia pada mak ayah, pada kawan2 pada orang yg tak kenal pun kalau orang mintak tolong ke mintak apa2 ker, dia takde hal, mengulur jer…bagi je lah. tak pernah berkira…

tapi adalah satu hari tuh bertahun2 menjadi ‘pemberi’ memanjang. satu hari dia offer one of the items yang sangat berharga to salah sorang yang kat atas tuh. mbe sebagai contoh dia bagi kat mak dia lah yek…

tapi mak nya tak nak, maknya suh beri pada abangnya.

tapi dia tak nak bagi kat abangnya benda tuh, sebab niatnya nak bagi mak nya. udah maknya tak mau, so dia bagi kat orang lain, yang lebih memerlukan. Bila dah diberi, maknya dapat tau dia ni pi bagi kat orang lain, mak nya punya melenting, coz tak nak bagi kat abangnya.

kira dalam masa seminggu tu maknya asyiklah menyalahkannya yang asyik mementingkan orang luar tak nak bagi barang tu kat family sendiri. Pastuh mak nya mintak benda tu, mak nya nak jugak, yet dia dah bagi pada orang lain. pdahal awal2 dia offered kat mak nya, maknya tak nak, bila dah diberi pada orang lain macam mak dia tak senang hati plak.

yang buat dia jauh hati bila antara kata2 mak nya …. tak kenang adik beradik langsung, dok sibuk nak bagi orang luar jer…yang pergi bagi kat orang lain kenapa , dahulukan family baru orang luar!

something like that lah bunyiknya so si Alma ni sangat jauh2 terasa hati ngan maknya. Selama berpuluh tahun dia tak pernah lupa daratan memberi dan menghulur untuk ahli keluarga, dia makan kurang pun takper janji berlebihan dapat pada parents and family dia tapi hanya kerana satu benda tu sampai gitu sekali ucapan si maknya pada dia lah…

Punya dia berkecil hati, menitik2 air mata si Alma, sampai datang padanya mengadu kat aku. tu pasal malam tadi aku diam sket kat twitter, lepas buyer bags aku balik, datang pulak Alma mengadu hati. Eh sedihlah jugak aku dengau. Memang aku tau dia sangat pemurah, family dia nak apa, bawak berjalan ke mana, nak duit nak macam-macam semua dia sediakan, tapi bila hanya kerna satu benda yang alahai small matter, entah maknya sakit hati dia tak nak bagi pada anak yang lain sampai begitu maknya bercakap…

siap menjerit2 and mengamuk2 marahkan dia. She diam jer, takde sepatah pun dia nak membalas cakap tuh, tapi dia jauh hati sangat. Sampai Alma ni cakap, berpuluh2 ribu entah beratus ribu aku dah habiskan untuk family aku Red, kenapalah diaorang masih tak nampak apa yang aku dah beri. Aku ikhlas berkongsi duit ringgit harta benda aku tapi kenapa sampai nak cakap begitu. Ni kang aku ungkit listkan apa yang aku dah bagi selama ni, nak tegakkan kebenaran, boleh jadi issue jugak ni kang…

kesian kan….

nak suruh dia confront  kat mak dia macam tak patut. so aku suh dia berdiam diri dulu. tak yah lah buat apa2, yelah kadang2 sebab kita dah selalu menjadi ‘contributor’, orang dah pejam mata tak nampak budi baik kita hanya selepas kita dah berenti menjadi ‘bank’ baru diaorang akan terbangun dari mimpi. huk alohai…

Korang pernah rasa tak camne yang Alma rasain ni? Apa yang korang buat? apa yang korang pernah kena. Takpelah, aku jadi bahu, korang jadi telinga. Help her out here pls….

Comment: 34

Bersama Mak Merah – Medan dan Bali!

Puan Red

saya nak pergi Medan pada bulan October tahun ini dan juga ke Bali pada awal bulan December tahun ini juga. Flight tikets pun saya sudah beli, cuma belum dapat hotel dan apartment. mohon kalau Puan dapat bantu saya melalui RM.

Untuk penginapan di Medan, saya mahukan cadangan untuk hotel apartment, sekurang-kurangnya 3 bilik dalam satu apartment, 4 atau 5 star pun boleh.

Untuk penginapan di Bali, saya suka di Kuta untuk 4 atau 5 star hotel juga, tetapi satu bilik hotel sudah mencukupi.Harap sudilah kiranya readers Puan di RM boleh memberikan pelbagai cadangan.

Sekiranya ada supir atau pemandu untuk jenis kenderaan seperti Carnival untuk sekurang-kurangnya 9 orang di Medan, pun saya hargai terima kasih. Kalau ada site, boleh diberikan juga, dan harga yang ditawarkan.

Salam dari Selatan

Puan Som

Comment: 13