Nov 7 2008 Friday, 12:00 am
Bersama Mak Merah
salam kak red…
minggu nie merupakan dugaan yg hebat wat saya… org yg rapat dengan saya telah menuduh bukan-bukan… saya tidak berdiam diri ke atas segala apa yg diperkatakan dgn niat untuk tidak mau mengeruhkan keadaan.
malangnya apabila ini saya mendiamkan diri, dia seolah-olah memprovoke suapaya saya menyatakan sesuatu… apa yg lebih menyedihkan apabila berlaku situasi yg tegang begini terkeluar satu ayat yg saya tidak boleh terima apabila ianya melibatkan anak2 saya ( dia berniat untuk mendoakan sesuatu yg buruk untuk anak2 saya)…
masalahnya sekarang dia ada meminta maaf dari saya dan saya maafkan tapi untuk bertegur sapa seperti dahulu amat sukar untuk saya lakukan. apa yg harus saya buat… untuk makluman saya sepejabat dgnnya. adakah saya perlu minta tukar (takut nanti saya bertindak luar batas bila tahap kesabaran menipis) atau biarkan sahaja…
Britney
RM Recent Comments