Birthday

Birthday Pelangi…

IMG_9862

mana kakak RB?

hah tu kakaknya ngah sakan main game with Mr Bear of A&W. abang pulak claim dia dah besau so tak rock le main benda2 gayak gini. whateverrrr le bang.

Gegirl kan happening, sumer dia suka masuk, sume dia nak tibai. Kalaulah cikgu sekolah pilih dia masuk semua jenis sports, memang dia belasah gak main.

 

IMG_9882

ai lak dok kat meja makan jer, membuncitkan lagi perut.

senang je babe. aku baru beranak, so buncit tu halal. ko dah bertahun beranak kalo membuncit lagi, so toing jari kat muka ko, jangan toing kat muka orang lar. ai sedar diri. aku pun tak cakap aku dah menguruskan? ada lagi lelemak, but bandingkan ngan ko yang bercakap kata orang gemuk, hish. dok molek le kamu nih.

btw, we have the right tak approvekan your comments dalam sponsored posts. Ko bayar ke s/post tuh? Tak bukan?

So menjaga hak advertisers, i dont have to approve some of it. Nak sentap pulak komen ko tak keluar. buat blog sendiri le suh orang baca. Itukan s/post kalau ye pun hangin je tak dapat dipaparumumkan komen ko tuh. Not worthlah dalam advertorials package!

IMG00080-20120324-1724

Tema pelangi.

Birthday girl pakai pelangi tuh…. Happy Birthday Baby!!

RedFamily tak pakai pelangi plak, kaler cecampo!

Happy Birthday Baby. kamu sebaya Abang. tapi sebab kamu anak bongsu, kamu begitu manja. Abang tak leh memanja, sebab dia ada adik berderet2 nak dijaga. Dia manja light2 jer.

IMG_9899

Tumpang le tuan tanah punya rumah, depan pagau pun boleh ler.

Nak amik gambar gini, letak anak kendong di depan, orang tak nampak le buncitnya. Tak perlu jugak menahan nafas yek.

 

IMG_9841

ada la few games yang staff A&W ni buat!

IMG00083-20120324-1758

si ibunya

tuan rumah yang mesra ramah

alah kawan aku pung

tak ramah pun aku buat bodoh je

takde gambar paling vass dari camera, ni pun belas kasihan dari camera bb jer.

lupa dia? cis…she is Datin Liza.

IMG_9857

budak kecik montok!!!

orang kata baby tu bag tangan ibunya. tapi aku rasa, bag tangan boleh gak kita tinggal-tinggalkan. but the small little tiny thing nih kena gak dikendong kulu kilir. My new status with my new brand ‘handbag’ little RB.

Abang sayang and kakak tercinta ko jangan ditanya ler…sibuk dengan dunia depa sendiri.

IMG_9922

Masa birthday abang 4 tahun and Gegirl setahun, aku buat gak birthday party kat A&W nih. yang kat PJ nun. Mascot nih datang kat Gegirl, meraung kuat dia. She can only accept the mascot at the age of 5 years old, waktu dia di tadika, bila dah belajar mix around.

But but bila pikir nak buat birthday party gini2 nih…letihnya!!!

IMG_9894

Yah, sapa buat birthday party anak korang? ke korang pun berparty2 bagai. amboi kelas ko kiyah, redmummy pun takdo gitu.

Comment: 22

Sejarah 23rd October…

IMG-20111023-00023

 

pelik tak pakai Baskin Robbin’s cake je as abang’s birthday cake?

aaa itulah terjadinya dek kerna si adiknya kena chicken pox. We were supposed to be away over the weekend and nak jadikan cerita aku dah pponed the hotel stay ni 3 ke 4 kali!

Dari sebelum puasa ke raya, raya ke abis raya, dah masuk raya Deepavali pun asyik pponed jer. Alkisah semua yang pponed tu coz conflict clash ngan events aku, tak leh nak buat apa kena gak dibatalkan and bila dah ok just nice jer nak pergi masa birthday Abang, adiknya pulak hai kena chicken pox.

so sebabkan pponed lagi untuk last minute, makanya kek pun takdak. coz supposedly kita nak suh hotel sediakan kek untuk abang but dah cancel, ha gagau le carik kek.

Budak ni pulak nak kek ada badminton’s illustration segala, mana nak cekau. 3,4 orang owner keks aku contact, last minute tak dpt nak buat..plain kek je boleh.

So bapaknya bawak pergi Baskin Robbins and beli je kek apa yang ko nak…

IMG-20111023-00026

Tapi abang ni hampehs, dia tak makan pun kek aiskrim tuh, kitorg je kendurikan beramai2. Celebrate kat umah mak aku jer, buat small mini kenduri coz adiknya kan baru lagi sangat lam chicken pox. Itupun RD punya idea lagi hampeh, angkut je Gegirl pergi hotel, amboi ko Sirman, nak suh orang hotel halau anak ko, dahlah baru je naik pox nya, mau orang lari coz kang berjangkit2.

lagipun takkan nak biarkan je Abangnya have the fun kat hotel, adiknya melopong tengok. takper ler kita ppone kan je selagi hotel tu tak bosan nak re-book booking aku.

IMG-20111023-00016

Sian gegirl berselubung hahahahaah, tiap kali dia kuor umah pi klinik ke hapa, dia akan pakai shawl gitu ler, malu ko, coz rambutnya pun putih gak bapaknya sapukan ngan lotion tuh. But la ni dia dah pakai baju2 sejuk aku yang ada hood, so ada style le sket.

N pagi birthday Abang pulak, plannya lagik aku dah janji ngan mak kawan dia nak bawak abang pergi The Curve coz kawan baikknya yg dulu tu dah lama pindah sekolah. Kononnya ler. Sekali aku punya penyakit pemalas nak kuor datang, hoh kang kalo kuor nak suh family aku jaga Gegirl pulak, eh abaikan ler.

So kita tukar plan, bapaknya bawak dia pergi KLCC, depa the boys jer pergi. Aku bagi dia RM50, beli le ko nya transformers yang ko nakkan sangat tuh. Bapaknya pun bagi RM50, ha dapat 2 bijik itupun hutang bapaknya RM20, short terlebih sampai RM120. ahahhaha bapaknya tuntut, so dia contra dengan buat kerja rumah double triple. Rajin ko kan bang dapat transformers terus buat keje umah tak berkira.

But tu lah, hari birthday dia, satu hapa kerja dia tak nak buat, buang sampah tak nak, siram pokok bunga tak nak, coz katanya hari ni abang cutilah, hari ni kan birthday abang.

Maka si bapaklah mengtakeover. N kalaupun abangnya dapat adiah birthday, adiknya pun dapat gak, mintak Baby Alive lagik, versi splash2 ke hapa tak tau le aku si RD siap anto gambar to confirm betul ke dia nak yg tu coz dah dok umah, kejenya menggoogle jer ler toys untuk orang sakit.

Ko ni Gegirl, adik ko dah nak kuor pun ko nakkan doll Baby Alive nih!

Comment: 14

Abang is 10 on 23rd!

IMG_3638

What s new on  him sejak masuk umur 10taun nih…huii mulut bukan main lagi skang nih, very the honest betul membagi makpaknya. Ceramah kat bapak dia dah tentu, “ustaz shameel” pun dia jugak. Paling terbaru bila dia suh aku membebel hari weekdays jer, tolonglah mummy hari weekend jangan membebel.

Mummy, tak penat ke mulut mummy asik membebel jer?

Dah tu kalau tak nak mummy membebel, buatlah kerja abang sokmo, ni asyik nak kena bersuruh and keep on reminding jer.

Yelah tapi mulut Mummy tak penat ke? hari2 mummy cakap benda yang sama tau

Eiii ko ni kan….skang mummy yang berleter ke ko yang berleter ni bangggg???

Happy birthday Abang! Doa mak pak pada anak2, semoga baik2 sahaja untuk mu.

Nampaknya plan kita untuk celebration birthday party Abang dibatalkan di saat akhir kerna condition Gegirl yang masih lagi baru 2,3 hari ber’semambu’. Kita akan ganti ngan back up plan B and C.

Sejarah kelahiran dia, ahahah tak larat nak cite coz dah bertaun repeat cite ni lam RM, so check back lah yek.

Comment: 16

Siapa menyukur bulu?

image

gambar ni aku carik dari twitter RD

itu je le budget depa untuk beli adiah birthday bapak depa.  mana le ada masa nak beli kat luar, bertiga je ngan mak nya, depa nak pilih sendiri, kalau kuor weekend pulak bapaknya ada….so ni depa beli kat kedai umah jer.

dahlah dedua benda tu biru hahaha! duit pun si abang yang menyupport adiknya gak. adik pilih bubble (si gegirl ni kalau pilih adiah bapaknya mesti ada kaitan dengan dia gak tau hahahaha) yang abang pulak ok logik gak adiah tu, dia tengok bapak dia pakai shaver, so he beli satu. not bad.

ok cakap pasal shaver, memang ler RD ada shave kat bilik air tuh, tapi pagi birthday si bapaknya, aku tengok ke main bersepah sinki ngan shaver + bebulu tak berkemas. eh tak pernah laki aku shave tak basuh kemas balik.

so being makkkkkkkkkkkkkkkkkk….

aku siasat kat bapaknya dulu coz si bujang kecik tu dah pergi sekolah kan. bapaknya tak ngaku. lagipun mmg tak logik aku tau sirman kalau shave takde nya dia nak buat sesepah and some more dia takkan shave waktu ngah sibuk2 peak hours nak pergi kerja gitu, this must be done by Abanggggggggggggggggggg!

apa yang ko shave tu bang?

bulu pun takde lagi

ko shave rambut ko ke??????????????

ei budak2 ni!! explore tak agak2.

Comment: 32

RedDaddy turns 38!!

tahun lepas, tiada di sisi.

 

 IMG_4821

Sudah padi letak diresmi

Alur temu buah berangan

Doa kami cinta kami

Biar usiamu insyallah berpanjangan

****************

Tanah rantau asal rumbia

Bawalah tuah untuk sirami

Kerna kau pencinta setia

pada sebuah Red Family

******************

Cinta bersemi wahai kekanda

Dalam sejarah telah berrtemu

Sebagai suami sebagai ayahanda

Dan Allah merahmatimu…..

**************

Daun semalu dicarik pagi

Kayu delapan letak siraman

Ulangtahunmu kembali lagi

Tiga puluh lapan usiamu Sirman

 

p/s: kalau baby bangun malam, jangan buat2 tak dengar yek, kata mithali 🙂

Comment: 40