Brainy Bunch Islamic Montessori

The ‘hot’ Sport’s Day…

IMG_0190

630 pagi punya make up berasaskan lampu kereta yang sesamar. Ngam2 655am macam tu kita sampai Wetland Putrajaya. Zeeshan kena be at his school sport’s day before 7am, gitu kata nak start at 730am kan. So kami ni memang mengikut kata sajaa….

IMG_0211

we dropped le Zeeshan kat tent campusnya, tapi dia punya meraungg…dia ingat kena tinggal coz the red family semua nak berjalan walaupun dah ada kawan2nya and Cikgunya dok memujuk, tidak le berjaya jugak. Kita tinggalkan jer…sambil2 tu kita pusing2 pi bergambo bagai ler…

dari kejauhan sebesar sukan ni nya port aku boleh dengar suara anak aku kau! eii budak ni…

  IMG_0213

buang2 masa amik gambar kat sini

IMG_0215

tak lama kita nak bergambar, belum sempat pun nak posing kat photobooth tu, aunty Zeeshan dah called aku suh amik dia gak coz budak tu takde harapan nak senyap, dia tau makpak abang kakaknya ada somewhere there, hishh…

IMG_0224

boleh ler gak amik gambar photobooth beramai2 sini kan but dah budak kecik tu bad mood (wpun dah senyap tangisnya) so memang dia tak nak le kan pandang camera at all. Gambar printed pun takde gambar mukanya, eii ko ni dik

IMG_0227

Kita je ler yang hover2 kan, adik kau jangan harap ler…

we are the Red team, mendukung warna yang Zeeshan bawak, red. Molek sangat ler tu, sarung je semua baju merah memasing, warna wajib gobok Red Family (except laki aku, bought him a new shirt a day before)

but for Rose, her daughter rumah pink, so depa semua all in fink fink hehehe…wig si afa…goli akak tengok weih

IMG_0238

tak habis2 meraung lagi koo….inipun dah dapat toy set, keter kekecik situ 20hinggit, beli nak bagi mengsenyapkan dia

 IMG_0248

so well, kembali semula ke tent depa, aku kena dok diheret sama by budak nih. Dan of cos hadiah nak bagi dia join the group tu yang 20hinggit tu kan, berpeluk sakan ngan dia. Aku sorang je mai sini ngan kakak, so pastu nak cabut blah (not nice ler nak dok sini lelama, parents lain pun dok luar dari tali khemah ni), so aku cakap aku nak kena pergi toilet. Dia pun tunjuk oh situ toilet ammi, ha baru aku leh blahhh. Kena banyak cong kalau nak berpisah dengan dia nih…

IMG_0259

so ada senyum juga ini budak…

IMG_0261

baru le dia nak pakai bintang bulan kat palanya tu…

IMG_0267

dan kita kembali le dok tepi padang, memang le ada tent untuk berlindung but ko nak tengok apa kalau dah semua kerumun tepi padang tu tengok anak memasing (expected pun), dan jugak anak2 korang bukan jenis tetinggi galah macam abang tu, semua nya macam semut jer macam Zeeshan jadi kena le semua parents ke depan

 IMG_0274

panas pun dah mula start pun, walaupun katanya nak start at 730am, tapi dijangka juga itu semua mesti le lari dari itinerary

IMG_0275

macam aku cakap semuanya semut kan, mana le nak tau mana satu anak kau, kalau hok oren ni nampak le jugak tepi sekali tapi kalau yang tetengah tu, hah dah semuanya merah, agak2 jer ler…

IMG_0279

jadi kami anak beranak berpisah, lonjong2 macam bapaknya anda bang bertenggek kat port macam nih…

aku yang pependek ni memang tak kuasa le nak berlawan ngan orang2 yang tetinggi semua tu

IMG_0290

yang pastinya kena check on the BSP’s outlet jer..situ le dok anak aku

 IMG_0311

 Zeeshan’s first game, berteleng2 pala ko dik bawak baloon tu, his fren tu namanya Irfan kalau tak silap…out of 20 shots, hanya satu ni jer lah yang ada molek sikit, lelain sume blocking by aunties, parents and jauh. Zoom pun tak cantik.

 IMG_0316

semua gambar video pun anak2 dan suami aku yang uruskan, aku dok jerit2 pun dia tak dengo tak tau tak nampak mananya mak ayah dia

IMG_0329

ini satu lagi game yang Zeeshan masuk, susun ball kecik atas botol….video nak show pun alahai, blocking sangat. so tak yah ler

IMG_0330

dan of cos, kalau tengok pun panas dah berdenting denting gak heh

 IMG_0362

habis game bagai, aku tengok dia jap kat tent ni, tunggu jap for the medal collection. It s time to get home, coz panas tu toksah cakap ler kan, takut dehydrated jer, aku pun jap2 hantar kakak suh bagi adiknya minum.

IMG_5642

nampak je depa marching, itu dah kompem ler nak pi amik medal kan..elok sangat le awal abiskan, tak yah ler nak tunggu habis majlis coz health anak2 ni lagi penting gak

IMG_0349

but of cos dia punya manjanya sebelum tu berkepit sakan le kan…

IMG_5659

one little happy boy on his sport’s day walaupun paginya ko punya meraungggggggggggg satu Wetland boleh dengar heh

IMG_5671

us, tengah panas. semua topi memang aku bawak pack dari rumah, 4 ketoi but RD and kakak tak nak pakai…Zeeshan tu dah kuyup rambutnya yer

si pinky Myra ehhehehe comel jer. She s in the same outlet with Zeeshan gak, barulah gang kan Rose 🙂

Amad anak Yanok pun sama tapi outlet lain and his sport’s day was a week before us, baru nak bertenggek sesama…

IMG_5689

so semua dah dapat medal dan terserah to parents if nak bawak balik anak memasing or nak stay, ada lagi event untuk parents main jugak…

 IMG_5696

the beautiful Aunty Dee, the one yang jaga Zeeshan sejak dari first year aritu, tq Aunty, penat korang hari tuh…

IMG_0300

jadi dah dapat medal segala apa nak tunggu lagik, moh ler balik. If last year ada gak laki aku masuk parent’s game tu (he forced me to join too but aku maleh, there r times aku boleh all out tapi ada masanya aku lebih suka lay low and observe sahaja). Jadi untuk this year, laki aku pun tak nak join, sebab utamanya ialah kepanasan, dengan elnino (rasanya dah abis masa ni tapi kita kan masih lagi dengan  musim panas skang ni). Abang and laki aku pun dah basah kuyup merecik2 badan memasing…so memang time to balik le sangat.

IMG_0382

930am pagi, ngam aku terus keluar dari Wetland.

IMG_0386

dan 10min berikutnya, dedua dah melentok tidur. Zeeshan tu tak geti penat betul ler dah lah kau yang bersukan…

kami berenti di QB around 10am, for brunch, balik rumah semua mandi bla bla bla bagai, on aircond and tidur. Semua kami berempat tidur tapi hanya Zeeshan je yang berjaga. Masyallah budak nih, ko tak penat ker. Dalam kol 1.30pm macam tu, aku ada dapat urgent called, terus melompat bangun, mandi and kejut laki aku. Bersiap kita lelaju, yang urusan call tu aku dah settledkan tapi aku nak kena pi rush to another event, the Sepetang Bersama Blogger pulak, itu sudah ada perjanjian.

IMG_0392

Thanks Brainy Bunch untuk yearly tahunan ni, seronok anak2, depa apapun tak kisah, buat indoor ke outdoor ke sama jer. But being concern parents, heharap taun depan tolong jangan buat lagi dah outdoor macam ni, kembali semula la buat kat UNITEN Bangi tu, indoor stadium. Lagi afdal. lagi selamat, insyallah kita more fun.

Nak tengok anak pun senang coz position kerusi stadium tu tinggi boleh nampak anak dari atas, takde le memasing peluh menitik2 dek panas membahang dan jugak tidak ler nanti kita balik cepat. To compare indoor vs outdoor, akak sure sangat 99% parents setuju kalau pindahkan semula to indoor.

Ye ler memang ler kena panas pun boleh jadi orang, tapi dalam perjalanan nak jadi orang tu akan ada sakit bagai, jadi kalau boleh ngelak, elakkan ler. Pepanas ni boleh kena heat stroke tau tak. Besides, dari zaman tok kaduk dulu lagi kita dengar ungkapan, hei supehawau ko…ko balik cepat balik Piannnnn, jangan main tengah panaslahhh! hah, pernah dengar kan, so tak yah ler ai nak elaborate lagi.

Apapun, kami enjoy di bawah bahang nih, cuma tak sanggup nak bertangga lelama, ramai parents lain yang ada baby, beranak kekecik tu, ramai yang dok bawah tent jer…anyway penutup khalam, Zeeshan seronok, that s more important. Pastu aku lupa yang Monday tu sekolah macam biasa, tapi aku bagi dia cuti coz aku ingat skul cuti hahaha….mak kau dah beranak 3 ni banyak yang tune lari sikit, jadual pun terlepas pandang.

Pasnih sukan sekolah abang kakak pulak, tak tau le depa nak buat ke tak, or resked to pas Raya coz skang ni pun coco activities dah kena batal sebabkan musim panas nih.

Comment: 1

Our little dinosaur….

 

IMG_9498

jarangggggggg yek aku nak amik gambar ootd bagai kat cermin umah. But that day exceptional case coz aku nak ajak Zeeshan bergambar ria sebelum kita pergi sekolah. Tapi dia tak nak, so biarlah mak kau jer…

IMG_9500

tapi tetiba dia mencelah hahaha

dapat le snap ni satu jer. Perut apak kau, kasi cover sikit.

Ini costume yang hampir 3 minggu ke sebulan aku ordered online dan sangatlah aku teruja untuk beli coz anak aku ngah stage suka dinosaurs.

Ayat teruja fuiyoo.

IMG_9507

Kek Zeeshan, dengan flash – dari cikgunya

tema hari tu ialah dinasours

IMG_9508

ini dengan takde flash. ada 4 ekor dinosaurs, rerumput pokok hah complete. Aku tempah dari kawan aku yang dah bertaun jadi bakers kami anak beranak. Dengan dia senangnya, kalau malam ni esok ko nak kek, insyallah laju jer. Ini pun kawan aku terus hantar ke sekolah, so sebenarnya aku tak tengok pun kek ni actual, aku pun tengok dari gambar2 jer. Tapi dapatlah makan, sedapppppppppppppp bangat dong.

IMG_9549

The goodie bags bagai….tapi goodie bags untuk aunties short pulak dalam gambar ni, depa dah amik kot. Eh entry ni boleh keluar coz depa dah selamat pun buat event ni last week. tu pasal aku selamba je kuorkan entry goodie bags few days ago. Ni pun aku tengok dari gambar je gak. Aku tak join the event pun. Tu pasal gambar2 ni sizes macam cinonit je kan

IMG_9542

waaa ini dia my little dinosaur dengan keknya. Ada video happy2 bday bagai, Allah selamatkan kamu, tapi aku hidok le macam biasa kan tak rajin nak update sini. Janji mak dah simpan save untuk kenangan. Walaupun mak kau takde di tempat kejadian. Set2 topi merah mask merah tu pun kita provide, paper plates cawan pun kita provide gak yakni the memerah.

IMG_9533

tapi ni memang win ler, siap ada sessi YB bagi adiah kat rakyat jelata tu!

he gave the goodie bags to each one of his schoolmates. Girl ni is one of his fav frens, nama ni je sokmo aku dengar dia sebut, with another girl

IMG_9538

kita supplied ngan nasi lemak, kuih muih and bihun goreng. Laku bihun rupanya ni, anak aku susah betul nak makan bihun. tengok dia je yg makan kek. Mee goreng or spageti dia nak ler, payah bonar le nak makan heh. Tapi at least ada food yang dia dah boleh nak makan bila pergi sekolah ni, abis tu dok reramai makan bagai kan, hah jadi seronok le.

Contohnya abang, anak sulong aku tu, ada yang dari kecik payah betullah dia nak makan tapi bila dia besar, specially dah teeenager ni, lagi le banyak dia cuba  makan coz kawan2 dok ajar. Dia tengok kawan makan so dia terpengaruh, hah baru tau sedapkan.

Aritu pun aku ajar dia makan apa yek, muka food tu buruk, aku paksa, semua rasa, korang kena rasa jugak, baru judge sedap ke tak, sesuai ngan tekak or not, hah apa lagik, bila dah ngap, terus berngap2! see ini ler contohnya, tapi nak suh bebudak kecik cam Zeeshan ni mencuba, agaklah payah.

IMG_9540

pengantin bersuap2 lagi….tapi kek ni memang sedap ler

IMG_9561

thanks Dee and aunties lain yang look after Zeeshan. Lawo cikgu Zeeshan nih 🙂 . This week anak korang dah cuti kan, tapi anak aku this week masih lagi sekolah, final one. coz depa started lambat masa awal taun tu yang cuti pun extended 1 week baru start.

 

IMG_9467

ini malam sebelum his birthday, abang kakak dok teased je dia. sian Zeeshan, tapi dia nak le maknya amik gambar dia ngan costume ni. so dia ajak aku pi kat living area, pun abang kakak dok mengintai gak. eii menyakat je le korang nih. Ini dia dok kibas2 ekornya ler. hahahaaa, ada ke abang aku cakap (from the photo), buaya idup worr! oi Dinosaur le.

IMG_9468

ada pulak yang cakap macam dragon. abangnya ler, so dia dok jejerit nak nangis, no noooooooo ni dinosaur!!

IMG_9475

hah ni dari sisi kepalanya pulak. Suka betul dia dapat nih, tak larat dah mak nak beli lagi costume ko dik.

Masa pergi birthday dia tu, dia pakai baju lain ler kat dalamnya, and half costume tu aku ikatkan lah.

At first dia malu le tak nak pakai, tapi nak tapi tak nak. But bila birthdaynya tu cikgunya pakaikan, terus dia excited dapat pulak kenkawan dok puji2 wow wow wowwwwwwww kat ko kan, of cos le kembang bagai.

IMG_9474

Jadi sapa2 lagi nak sewa costume dinasour ni (yang ada gak kata macam buaya and dragon) bolehlah datang kat akak gak hahahahaa, dah jadi macam supplier betul. Last night kita pi tengok the premier of the Good Dinosaur, pun dia bawak sama gak, tapi tak pakai ler (speaking of that move, ada banyak huru hara terjadi, insyallah aku cite kat sini).

Semoga tahun akan datang, Zeeshan akan pilih costume lain pulak ler, tema Hang Tuah pulak boleh tak, senang sikit keje mak kau.

By the way parents tak boleh nak join the birthday event kat skul, depa punya regulations. Cuma aku terkilannya kat BB outlet lain, boleh pulak parents datang. Member akak siap bawak clown lagi for her daughter’s birthday kat BB.

 

I did mentioned this la kat BB pun takde feedback yet. Takde le aku make noise napa le tak boleh parents join kan, but rerata most of the kindies boleh je parents menyelit sama untuk special occasion nih. In fact ada BB outlet lain pun boleh. Heharap, consider ler, rules undang2 ni ciptaan manusia, jadi pasti boleh diolah dan dipertimbangkan.

Kan BB? ..additional 2 orang adult jer or maybe 1 of the parents jer, and bukan sepanjang hari, max pun 30min kot.

Comment: 3

The goodie bags…

IMG_9420

selambakan goodie bags untuk Zeeshan’s birthday party. But bukanlah aku buat kat rumah or kat fire-station pun (hajat hati kan nak buat kat situ), tapi ni mengejar untuk buat kat sekolah anak aku. Kan dah nak penghujung2 sekolah pun kan

Biarlah kot ye pun awal sebulan setengah hahahaa….janji buat. Dia bebudak mana tau sangat tarikh sebenar dia bagai pun.

So balik dari the semua kedai and kejadian Lady of Beruk tu, aku terus dok dapur menyiang lebih 60 ekor ikan tu, pun aku dah cite kan. Naik mandi lepas tu and turun, suh abang kakak sumbat2 goodies dalam nih lah…

IMG_9429

Aku monitor je, dah terdampar kepenatan. Aku kalau penat, orang rehat tengok tv hapakan, aku layan chess online. hahahaa….as a chess player, adalah sangat janggal kalau sehari tak main chess tu weih.

Tapi sekejap je pun, main pun timer seminit lelaju, after few games, sambung pulak tengok depa buat goodies nih

IMG_9432

antara yang kami letak untuk students perempuan – hair set ni ler. Ada lain2 gak, aku kurangkan makanan dalam tu, coz snacks tu tak berapa healthy, might as well belikan something useful for them or to play with.

IMG_9433

For the boys pulak, ada 2 bijik kereta ni, whistle too (girls pun ada dapat) and 1-2 jajan gak. Kereta ni sonok le dapat mainnya, coz I know Zeeshan memang suka toys kan, jadi apatah lagi kanak2 lain, kawan2 sebaya lebih kurang dia, sure happy dapat ni jugak.  Zeeshan as birthday boy tak dapat le goodie bags nih but untuk dia aku dah asing2 kan sesiap.

Masa kita buat ni semua, Zeeshan dah tidur, yelah satu hari suntuk keluar, balik tu flat ler.

IMG_9431

Dalam 5 paperbags pulak, untuk Aunties (cikgu) yang selama hampir setahun mendidik dan menjaga Zeeshan, doesnt matter apa position depa dalam tu, but the 5 tetap dapat. Untuk 4 orang aunties tu aku bagi ni, the cosmetic mirror dan jugak organizer.

IMG_9435

Untuk sorang lagi aunty tu, special sket coz dia kira cikgu utama gitu, dapat the same cosmetic mirror nih tapi the organizer pulak, a bit larger and besau sket ler.

IMG_9443

ni mirrornya, aku pun beli sama gak hahahaha. Last kopek jer ngam2 ada 6 kotak.

Tapi aku ada gak mirror ni kat opis, a fan of mine hadiahkan, lagi besau, Thanks adik. tak sangka ada jual kat sini rupanya. Hok nih yang aku beli tak berapa besar sangat ngan yang aku dapat dari my reader tu. but pun tetap cantik, molek. Ini aku letak kat meja PC rumah aku gak, coz kengkadang anak2 aku yang 2 orang tu suka main terjah2 terkejut dari belakang mak kau, skang tak boleh lagi dah, mak kau ada mata belakang yek 🙂

Siap je semua stuff nih, simpan kat bonet terus. Esok pagi nya aku dropped kat sekolah anak aku, stand by terus coz masih lagi deciding to do on Wed or Thurs. Kisahnya aku ada beli online costume dinosaur Zeeshan dari China nun jadi kena ler menunggu dengan tabahnya. By right memang akan sampai dalam sehari dua tu lah coz tracking tunjuk last Friday dah sampai KLIA, dah clear custom bagai, So patut busuk2 Mon Tues patutnya sampai rumah.

Jadi all set. Nice planning. Sebulan aku beli online costume anak aku, hahahaa….itupun kan, lepas tu dia tukar pikiran nak costume elephant pulak. Eii mak tiau ko kang, but pengakhir citer, jadi dinosaur gak.

Comment: 3

Parenting issue!!

IMG_8478

The other day kita dah bertahun2 tak pergi Hajris, so pergi le sana jap, ni port lama aku kan, kita makan lat kat sini, tapi adoi, panas hati betullah ngan waitress yang takde manners nih. Tak kira la, kepantangan aku kalau ko bawak air panas, pastu ko pi serve kat sebelah budak kecik.

Aku nak cakap, kalau ko teraccident merecikkan air panas tu kat anak kecik aku, camne?

Kalau kena kat aku makpak lagi kita boleh lagi terima.

Kalau anak aku yang kecik ni tertepis gelas2 air panas ko, apa ko rasa???

eii!! so aku sound kat sorang ane dia. Kira supervisornya lah. Make sure jangan buat lagi camni yek, nak serve bebenda panas ke apa tolonglah kat bahagian adult, kat orang2 tua bagak ni bukan di sebelah budak2 kecik, baby ke.

Pastu datang pulak food, kali ni aku tak perasan, mata dok galid kat laki aku. Tapi kakak terus – mummyyyyyyyyyyy dia served sebelah adik!

baru aku teleng, mamat waiter tu dah jalan laju blah.

Arghh!! dia buat lagi (waiter lain pulak). Kali ni dia hantar maggi panas 2 mangkuk meruap2 sebelah anak kecik aku. Itu order dari abang kakak, diorang dapat makan maggi ni once a month je kan. Hish, aku sokmo pikir yang negative, yelah memacam hal anak2 ni aku risaukan. Andailah terlepas maggi panas mangkuk tu ke anak aku.

Ini tak boleh ditahan. Langsung aku terus panggil manager 3 paku Hajris tu.

Kali pertama boleh terima lagi, kali kedua ko buat hantar kat sebelah bahagian anak kecik aku, unacceptable. Actually aku tak kira ler kalau bukan anak2 aku pun, aku akan tegur gak if they serve kat anak2 buah aku yg kekecik tu. Masa kat KK aritu pun aku sound gak, I just cannot help if bebenda gini jadi kat anak2 kecik kita. Sianlah sangat. Bahaya ler.

I have one attitude yang keselamatan anak2 ni kita kena 24jam alert.

IMG_8649

Macam kat sini jugak bila Zeeshan dok nak pergi ke kedai toys/buku sebelah Hajris ni. Dalam ni dahlah sesak, mana ngan orang mana ngan pekerja lalu lalang ngan air dan  plate panas kan. So Zeeshan dok nak pi kuor masuk kedai tu, nakkan toy, Bapaknya dok subcon kat Abang. Yang abang di kulu adik dikilir tapi hish tak boleh ler aku. Suh bapak, bapak suh anak. Memang aku about to bangun dah, biar aku je lah yang pi kejar anak. Terus laki aku bangun, dia pi sendiri tengok Zeeshan.

Memang aku tak percaya kalau abang kakak jaga adiknya di public, kalau kat rumah boleh ler ini kat luar, adik beradik punya jaga adik2 tak sama ngan mak bapak jaga anak2, specially mak mak ler.

I would like to share you a story about satu lagi issue, mak bapak yang tinggalkan anak dalam kereta without any adult supervision. Ini korang kenapa?? Tak serik2 lagi anak2  mati dalam kereta tak bernapas. Anak2 diculit, kereta dibawak lari pencuri. Tak  nak belajar dari pengalaman dan kejadian yang dah melambak dalam social medias, berita, news allout lagi ke? Anak2 terkunci dalam kereta. Eh korang ni camne nak bagi kesedaran?

Dah 2 kali kejadian aku tengok anak2 kecil ditinggalkan dalam kereta kat depan sekolah anak kecik aku, to be exact di BSP tu. Kali pertama, mak nya tinggalkan anak dan pergi beli nasi lemak kat depan tu, kena gak melintas jalan sikit gak. Anak ko yang kecik dalam umur 4,5 taun or below that age kot dok sorang dalam tu. Aku mula masa tu tengok, aku baru pas hantar Zeeshan kan, aku nak bukak pintu kereta, terhenti kejap langkah aku tengok takde sapa dalam kereta tapi ada budak kecik. Kejap tu maknya datang, baru pas membeli and suruh si anak kecik tu bukak pintu (she probably dah ajar lock dari dalam, and bila mak datang bukak kan lock tu).

IMG_8626

Tepuk dahi aku tengok. Aku terpaksa tegur, di situ jugak, dengan cara yang molek ler. Jangan lagi tinggalkan anak dalam kereta ye, tak kira le anak ko lock, budak lagi tu. Bawak angkut sekali tak boleh ke pergi beli nasi lemak tu??? or panggil one of the aunties to jagakan anak ko jap but tu macam tak logik ler, dah depa pulak yang kena jadi macai ko kan.

Kali kedua ni pulak, pun sama tinggalkan, hari tu belakang kereta aku, kali ni depan kereta aku. Aku dah masuk kereta, about to blah ler pas hantar Zeeshan. Tu lagi, dia tinggalkan anak, n pintu kereta dia tutup macam tu jer.

Ini kalau aku jahat ler kan, kalau aku dah tau pattern2 mak mak hantar anak macam ni, memang ada le 2,3 bijik motor yang akan tunggu. Once mak buat camni, sorang jahat ni masuk je kereta, bawak lari kereta, dengan anak2 ko sekali dia angkut!!

Pintu tak berkunci, bukan kunci maksud aku, tutupnya tak kuat. kira anak boleh keluar, dan orang boleh masuk of cos. Haih….if lah tak boleh sangat nak bawak sama anak tu, suruh je lah aunty tu datang amik, depa pun boleh timbangrasa.

IMG_8680

Kalau ada lagi buat gini, aku amik gambar aku letak dalam ni. Korang nak menyesal sampai anak korang kena kidnap? Sampai orang bawak lari kereta dengan anak ko tu?

Sentiasa le peka dengan persekitaran. Hari tu dari simpang sebelum QBistro, aku ada nampak satu motor ni, 2 orang dok berlegar2 dari simpang tu, sama jalan ngan aku. Sampai aku benti kat sekolah Zeeshan, depa dok meround. Pagi2 tu, pala otak aku, ni nak cari mangsa ragut ke hapa. Coz macam aku cakap, sentiasa alert dengan environment, kalau rasa suspicious tu lagi ler kena berjaga2.

Please ye mak bapak sekalian, kalau sayang anak, tolonglah jangan buat camni lagi.  Mak Pak di sekolah anak kecik aku tu, kalau ada lagi akak nampak (dah cam cikgu besar jer), yang korang tinggalkan anak korang dalam kereta while hantar anak or even beli nasi lemak gerai makcik tu (tu mak angkat aku btw yek), kalau ai tegur, jangan nak sentap kay. Tu nasib baik aku tegur. for the sake of your kids tau. Bersedia jer ler. Tak larat baca berita anak2 ni jadi kecuaian orang tua sendiri.

Dunia anak2 kita sekarang tak sama dengan dunia kita dulu. Dari sek agama kakak ke rumah mak aku dulu kat Sek Alam Shah, aku berjalan sorang2 je balik sekolah. Jauh sangat tu, main road ye kiri kanan. Tapi sekarang, dalam rumah, luar rumah pun banyak penyangak super lahanad merata. Aku paling benci bila baca news anak2 jadi mangsa macam ni, nak tengok video pun sedih, boleh berlegar2 dalam pala otak.

Kerna tu lah aku sentiasa bgtau anak2 aku, kenapa mak buat camni, kenapa mak jaga korang tak boleh tu tak boleh ni, kenapa bahaya banyak sangat dari bahagia kat luar tu, sebabkan tengoklah, dunia zaman sekarang sangat jauh banyak bencananya dari zaman mak dulu. Ya Allah, jagalah anak2 kita.

Comment: 8

Brainy Bunch Sports Day @ Uniten, Bangi

IMG_4762

muka memasing at 730am di UNITEN, Bangi. Pagi tu, compared rumah yang kat Cheras kan. So memang dari 630pagi on Sunday yek kita dah bersiap bagai segala. Itupun aku dok cepat cepat cepat semuaa…..Maid aku nak basuh gelas minum pagi pun aku tak bagi, biar biar bik, tinggalkan je semua,  kita dah lambat nih!

biasa ler mak mak. Kecoh kena lebih.

Alhamdulillah selamat sampai on time.

IMG_4770

Dalam sibuk kulu kilir sana sini, aku sempat siasat semua orang ada warna purple. Semua ok all set, aku pun pakai baju kerja gak hahhaaha, ungu nya pasal. Bapak korang jer, memula kata ada pastuh bila dah jumpa tak nak pakai, besau le katanya. Mengadaaaaa. So dia terselit kaler biru. Hoping konon bila bergambar tak nampak le sangat kaler birunya kan, padahal, obvious cik oi.

IMG_4793

10 kali snaps abang asyik buat main jer, hah tenyeh tarik muka dia sikit.

IMG_0708

even my maid pun pakai purple too! memang all out kitaorng sumer for Zeeshan. Bibik aku ni dia ingat dia tak perlu ikut ler, but of cos le aku nak dia ikut. She s very closed and kamcing sayang sangat ngan Zeeshan tuh, takkan ler dia nak dipinggirkan dari melihat aksi kecil boss kita kan.

Oh even Zeeshan’s baju bag pun was in purple.

IMG_0718

ini pertama kali kami dengan Brainy Bunch. Yelah first year Zeeshan sekolah kat sin kan, baru 4 bulan lebih pun. Ingat lagi his first week, punyalah struggle aku nak hantar pi sekolah, asyik menangisssssssssssssss jer. Kalau tak pun aku kena dok dalam kelas kejap and lari menyelinap. But after one week, tetiba dah jadi addicted ngan school. Hebatlah BB, memang buat anak2 kecil addicted to school.

And he is very sayang to his Aunty Dee. Sayang yang sesangat. Jangan le ko berenti Dee oiiii.

IMG_4810

Yey RB in purple!

Asalnya cikgunya (Aunty) nak bagi dia jadi mascot tapi aku cakap boleh tu boleh tapi akak tak rasa le dia nak pakai lelama pakaian/outfit mascot tuh, knowing him. Mesti tak sampai 5 min dia cabut.

Benar seperti dijangka. Esok lusa tulatnya project memascotkan Zeeshan tidak berjaya hahahaha. Dia tak boleh ler nak pakai tu sume lelama, memang toksey. Kira dia pakai topi grapes kat pala dia dalam stadium ni dah kira hebat lama ler, coz right after dia habis event, terus dia cabut headgearnya tuh.

IMG_4833

so the Sports Day, ada 3 campus bergabung hari nih. Ada sessi lain jugak, petangnya, weekend lain too. Banyak campus kan. So for our day, ada campus Putrajaya dan jugak Kajang, selain Zeeshan’s campus the Bandar Sri Permaisuri.  Untuk Playhouse pakai baju purple. Depa purple ni cos depa yang below 3 years old. Macam Zeeshan he ikut tahun patutnya to 4 years old but since dia Dec baby, baru je turns 3 taun kan, so dok dalam Playhouselah.

IMG_0723

Masa marching nih, dia dok tengok je mana ke mak bapak aku. Udahlah masa kita sampai dia langsung tak nak lepas tangan aku, tak nak ikut Aunty. So aku pass batton kat bapaknya, and aku anak beranak sume pi cari seats. RD pun main lelari jugak, yelah kang nak melekat jer, bila masa pulak ko nak bersukan dik oi.

Si mascots 2 orang tuh, grapes and epal 🙂 .

IMG_0735

bila dah nak bermula jer majlis, mulalah most of mak bapak terus ke depan nak tengok close up anak memasing. nak turun bawah pun boleh jugak. Ada nampak abang yang di belakang seat tuh? ado ado? hehehehe bibik pun lagi ler siap ke main jejerit adik adik adikkkkk

IMG_0740

ini Zeeshan tengah berjoget satu dewan pun sama. Wah bershuffle shuffle ko kan, kat rumah tak nampak pulak ko berjoget gini dik. Ke main ko simpan rahsia yek. Berpusing ler, shuffle kaki tuh, ada video, scroll je nanti

mengekek2 kitaong gelak tengok 🙂

IMG_0745

game pertama untuk group Playhouse, pilih fruits kat tengah tu and puzzlekan ngan yang dalam hop tuh. Bebudak ni jalan pun kena ada guidance kalau tak depa punya mata dok melekaaaaaaaaa ke kiri ke kanan. But dah been trained kan so either tau ke tak, ada ramai yang akan tolong hehehehehe. Syokness tengok nih.

Kami menonton dari atas. ada sebabnya.

IMG_4842

Selepas 2nd game, lompat pagar yang tak sampai lutut tu pun heheheheh, terus duduk terjelepok. Alaolo comelnya anak2 riang ria ni semua. Dengar je arahan tau, kalau ada family dia memang dia tak boleh nak dok diam gini. Tau le pulak ko kan school’s rules.

Ini kakak turun bawah, tengok close up lagi dekat.

IMG_4855

Kami masih lagi di atas coz sebabnya kalau turun ke bawah, dia akan surely distracted. Bila distract mesti dia nak keluar dari group kawan2 dia and nak kat makpaknya. Kompem sangat. Jadi biarlah kami dok aman kat atas nih. Aku tengok ramai parents turun, habis huru hara anak2 kat bawah dok nak melekat kat makpak. Sian ler pulak makpak tengok anak nenangis, ngan bapak siap bersukan tolong anak sama pun ada.

Jadi aku tau pangai anak aku, demi untuk mengamankan keadaan, biarlah kami tengok dari atas jer pun.

IMG_4862

nak le pulak ko pakai tanjak ni yek dik

IMG_4878

yey dah menang! dah dapat medal! dah habis sukan!

IMG_4880

selfie dulu ngan kakaknya!

IMG_4893

Next pulak turn untuk the star program

Zeeshan dah memang kat kami ler masa nih, belasah nasi lemak. Lapau dak kecik tuh.

IMG_4901

Ini budak sebelum acara bermula dok melentok2 kat bahu aku nak membuta. Abang, sekrang turn adik kau. dulu turn ko, turn kakak kau. Jadi bersedia jer lah yeah. Sok sok nanti, ko tua plak, turn anak ko plak bang.

IMG_4908

hah kemudian ada acara for parents, the fathers and mothers. Wakil untuk BSP mak mak, banyak kali depa panggil suh datang, aku tengok je dari atas, malas nak join. Nak tengok RD main dalam group bapak baru best. Memandangkan Zeeshan yang dok melekat kacau bapaknya nak perform, jadi kenalah jugak aku turun. Dah boleh sangat turun tanah.

IMG_4915

Depa main satu game je pun, cecmapur 3 campus dalam 3 lanes tuh. Mothers pun sama. Group laki aku dapat number 3, dapat hamper dan dibahagi2 but ada yang bapak2 tak amik. so ikut ler sapa yang mendapat.

IMG_0755

Kembar baju sama.

Dari atas lagi awal2 pagi aku ngan Kakak dok bilang RD yang ada orang pakai baju Netherlands, sekali kau hahahaha rupanya kawan opis lama dia!

IMG_4919

Kakak geram je mak tak nak masuk apa2 game. Takpelah kakak, bagi chance kat mak2 lain, kang asyik ler mak kau mak kau mak kau jer yang all out plakkang

IMG_4961

Zeeshan dah tak sabar nak callo bette!

IMG_4966

ada jualan kat dalam stadium tu gak, so aku beli satu benda jer, madu halia, dari Pakistan. untuk batuk. Moga batuk malam aku berkurangan. Bukan malam jer, siang punya tidur pun kalau asal nak tidur je dia batuk2, ada aircond punya tidur lagi le batuk.

IMG_5129

Tahniah Zeeshan!!

Anyway, ada aku dengar citer pasal komplen parents sana sini about BBIM, yes of cos. mana2 sekolah ada pro cons. I have confranted with the teacher personally, but tak yah citer sini ler. Just my bual2 biasa about the BBIM issue recently kat outlet lain.

Dulu pun anak2 aku ada problem gak kat kindy depa, but i resolved it peacefully. Salah satu tu aku tarik bawak anak aku keluar (that was abang when he was about 4yo). Kemudian ada jugak aku confrant kindy kakak for something yang aku tak happy.

Kira mana pun pergi, tak semua sekolah kindergarten tu perfect, mesti ada yang sangkut jugak. Asalkan tak heavy issue, insyallah.

Kalau ada hal anak aku ngan BBIM Bandar Sri Permaisuri, i will blog it and say it loud.

They donno pun anak aku tu anak Redmummy 🙂 . Just yet. Moga bebaik sajalah, so far depa so good. Insyallah.

Comment: 5