Cat

Chanel for my birthday…

IMG_8343

i went down pagi on my birthday, ado all these…

bunga ni aku suspect laki aku beli kat florist, bukan yg florist hantar coz pagi betul ada kat meja makan hah…on 11th July tu hari bekerja but both of us amik cuti, quality time. Bebudak pun dah start school too

IMG_8345

dia siap2 letak bagai pastu dia pi sambung tidur hahahaha, bijak bijak. Kalau tak silap aku malam sebelumnya was the final bola tu pasal dia kena qada tidur. hemm….anyway bunga tu, dah bape taun bape kali celebrate dah aku cakap, jangan bagi lagi dah bouquet2 ni, aku dah tak nak. Aku nak bunga berpasu sudah. Tapi kalau takdak pun takper, dah tetua ni tak heran dah sume ni pung…tapi adiah ye, alwajib ehehhee

IMG_8372

kek pun ada gak, tapi petang tu ler dia pi beli. Yang sonoknya dia beli kek coz his BFF is coming to our house that nite, depa datang all the way from Jakarta and raya kat KL ni so harus ler kita menyambut malam tu, hari lain kang laki aku takde pulak, so takpelah malam birthday aku pun no hal. Lagipun Zeeshan sangat ler pencinta chocolate cake tu yang laki aku nak gak beli. Sebelum tetiup segala, dah kena potong sekokak coz Zeeshan tak sabar sangat nak makan, his fav indulgence flavour nih.

Banyak kali kalau dia cakap nak choc cake kita kena beli indulgence nih, kalau hok brownies yang aku buat tu dia makan gak but idok le aku nak bake hehari heh…

IMG_8398

We served nasi ayam and bihun goreng. The Jakarta frens, tiap kali aku pergi Jakarta pun mesti jumpa depa and if they are in KL pun depa mesti datang our house.

IMG_8420

The blow blow cake but Zeeshan yang terlebih dos untuk dia coz he ingatkan birthday dia ler kan

IMG_8438

Dedua laki yang susah badan nak naik pastu bini bergempal2 herhehhehehe…

IMG_8445

Rememer aku ada pakai baju Prue Fishtail from Blubelle nih, so malam depa datang on my birthday tu aku pakai balik tapi this time aku match it ngan my reropol long skirt, in black too…

you should see the red reropol skirt nanti, one day ai melaram

IMG_8349

 ok iklan, part of mak’s job hahahaha tengah rumah orang ke mana tah nih, susun kain baju kotor

 IMG_8931

so so this is my birthday present, officially.

I want an iphone 7 but belum keluar lagi so tu kita simpan during the anniversary lah, jadi bila suami tanya apa mau, aku nak persian cat ler. Sekoq je nak pun. Yang 9 ekor punya cerita will be in different entry ye.

I got a new Chanel 🙂

2 months old, female. My husband bought from donno who lerr, if i m not mistaken dia contact sampai 11-12 sellers. Ini first time kami beli kucing, tak pernah dalam hidup aku kot dapat kucing belian, biasa kucing2 orang bagi, tak kira le persians apa pun.

Cuma masa dapat, seller tu hantar datang dengan baldi jer, pastuh tak groom bagai, telinga pun ya tuhan kotornya, mandi jangan cakap le kan.

IMG_8915

so for now, for Chanel, i m her mom lah. Dia akan mengekor aku 24jam. Kalau aku make up sejam, sejam le dia dok kat kaki aku, tunggu dok situ. Kalau aku turun, dia ngekor sama, kalau aku masak, dia pun dok kat dapur sama….she sleeps with me but when my husband balik, she will transfer her dalam bathroom (she is still new for the house so kena belajar pakai pasir in the bathroom first, new kitty to new home memang macam tu)

IMG_8906

isn’t she cute????

IMG_8938

mengerekot ko yek sedap betul dalam aircond

IMG_9264

since dia baru je 2 bulan, aku memang bagi susu lagi la, susu kambing, sume bembarang kucing aku beli balik dari pet shop, terus jadi member to 2 petshops near by my house. Dia belum vacci, will send this later coz tengok weight dia tak boleh lagi untuk vacci. Kuku dia aku dah ketip, mandi je belum lagi, rasa nak amik cuti betul sehari to groom dia, sesusah aku panggil je service grooming tu datang rumah (yes i did already hahaha).  Cos service depa tu lagi complete, tu kemudian ler cite ye.

Pasir pulak aku pakai pine wood, memang mahal, seguni bag tu je RM45 but it s better than pakai the usual pasir. Lagipun aku ada sekor je so takpelah invest mahal sket for her, tak payah banyak keje, senang tu satu hal. Kalau pasir biasa tu leh dapat 3 bags at RM50 but tu kalau banyak kucing senang ler. Setakat sekoq ni je pung…

Food pulak dia makan blackwood, wet food aku belum bagi lagi, ngah timbang kati the best one.

Reason ai nak bela balik kucing (walaupun banyak stray cats yang kita bagi makan gak), coz kalau dah pencinta kucing, tak leh le nak hilang ke mana. Last kita bela pun masa aku pregnant, so many cats yang kena gave away, depa pun semua persians. So i need one indoor cat, lagipun yang kekucing lain tu sume tak masuk dalam, depa kan dok ka porch (once a while je depa dibenarkan masuk pun), lagipun sharing the same hobby with my kids, suka kucing, specially my anak sulong yang penyayang benau ngan kucing.  Suami pun dah terima hakikat, tu yang dia hadiahkan this cutey.

Cuma tu lah, nak kena beli all the scratches tiang bagai segala so dia tak boleh nak mencakar kat sesofa hakak ni….

IMG_8994

 

Because she s still bebaby lagi gitu kan, yelah 2 bulan, so dia dok tidur pun macam nak kena dodoi2 gitu. kalau tidur ngan aku kan, if tepuk2 badan dia ha kejap je dia tidur, tu dia suka. Ini dia tidur kat peha my bff’s punya anak, tidur2 terlentang tup2 dah berdengkur. I hope she s gonna be manja, senang dijaga sumenyalah.

That s my beautiful Chanel.  Thank you suami for the birthday gift.

Comment: 6

Blue Lubna…

IMG_8093

make up of the day yet tak cukup tiduq sangat nih, yelah pagi tu sampai dari Melaka pun jam berapa…yang belakang2 tu pun longlai jer

IMG_8103

kecuali yang sorang ni asyik nak kiss kiss je sangat

IMG_8117

not just the kiss, tapi he sibuk nak carry my Dior

IMG_8120

risau je aku hahahaa…buatnya dia letak kat tengah jalan tuh, he insisted sangat nak carry coz nak tolong mak nya bawakkan, padahal dah tentu le aku yang nak bawakkkkkkkkkkkkkk

IMG_8142

so we were here…kawan RD’s open house. En Apis, sebelah tu pulak Fazli (dia ler antara teman yang offered his ‘street cats’ to us’. Kakak was not well sangat masa ni, perut dia masuk angin so lepas makan sikit dia muntah2. Dah kemudian tu baru dia ada tenaga and baru leh makan back.

IMG_8148

terima kasih tuan rumah untuk jemputannya…

IMG_8158

near by rumah tuan rumah tu ada Paya Indah Wetlands jadi kami singgah le kejap, tengok2 apa mende yang ado

IMG_8172

ada 2 kawan korang, abang tolong amikkan gambar heheheee

2 hippos, rasanya depa ni mak ngan anak.

Pusing kejap je kat tempat ni pastu conclusionnya kalau nak amik gambar kat sini, memang terbaik….masuk ni free, tak bayar pun. So kemudiannya kami balik but masa balik ni ler yang membuak2 lagi nak bela kucing.

So kita terus ke kedai kucing pertama, tutup pulak, kalau ado jual situ kot aku terus beli gamaknya heh…

IMG_8274

jadi kita gi makan, depa le yang makan, aku dah ‘kenyang’. Kenyang dek penyakit hahahaa…ai think by now ppl pun dah dah tau  ai tak sihat pasal apa coz I dah cerita kat instagram. To kita go borak2 later la coz my treatment ke test bagai tak hehabis lagik heh.

IMG_8279

and hari tu jugak kita buat misi beli barang2 kucing walaupun masa ni kucing pun takde lagi. I mean I ada la kucing, but semua tu street cats yang kita bela. Yang datang porch, kita bagi makan. Speaking of that dah 3 ekor street cats yang kita bela tapi tinggal sekor je. QuPuteh mati, tak tau sakit apa, Aminah hilang dalam bulan Ramadhan tak balik2 rumah, entah mana perginya, yang ada tinggal Cathy jer. Semua ni tak tidur dalam rumah pun, semua dok kat porch, tunggu je kita bagi makan, once a while kita bawak depa masuk rumah.

So i nak indoor cat, yang dari baby2 kekecik tu macam dedulu kucing yang aku bela tu kan, so nak macam tu la, yang jenis dok dalam rumah tidur baring bagai ngan kita hah…so takper, belum ada kucingnya, kita pi beli dulu barang2 kucing.

Jadi misi mencari kucing persian pun bermula.

**My blue kurung is by Lubna, check online.

Comment: 3

I m 41!!!

Sampai kena sound bila nak update blog LOL.

Sorry ler, ai is cuti2 lama sket raya kali ni, hari ni pun masih lagi cuti gak, special day, it s my birthday ler today.

Tapi nothing special, perabih 2 hari dengan melipat berlonggok-longgok kain baju yang dari sehari sebelum raya sampai la ni, cuci kain baju segala etcs.

Tapi istimewanya gak, Kak Red tengah beranak 10 sekarang nih.

FYI, Aminah dah dekat 2 weeks tak bebalik, hilang ke mana ler dia. Tinggal Cathy je ler kan.

So yesterday akak wished nak bela kucing persian sekoq je pun…tup2 menjelang tengah malam, ai dapat sampai 9 ekor! dari 2 ibu, ibunya pun ada sama hah. 4 kittens baru lahir dalam 10 hari, lagi 3 kittens baru lahir 2 hari lepas. So apa lagik bersilat le akak kau hah ngan 10 ekor kucing serentak datang. But tak mungkin ler akak bela semuanya nih, i ll let go coz banyak sangat nih, akak tunggu depa habis susu je, skang masih lagi menetek dari dedua ibunya nih. But tak semua ni persians pun, ada yg beranak 3 tu je yang macam mix persian. Camne akak dapat bagai segala, tu nanti kemudian ler kita cite yek.

apapun, thanks korang for the birthday wishes, nanti ler akak update blog lagik, sok lusa dah kembali ke asal. Insyallah.

Salam raya korang….

Comment: 0

Missing Kathy…

 

IMG_3743

 Zeeshan and his bestfren. Bila depa 2 main, tak leh tinggalkan coz Zeeshan agak rough ngan Kathy tuh. Cara dia dukung pun masih lagi tak betul hahahaha, macam tu le dia dokong dak kecik tuh yek…

IMG_3747

 Kathy ni aku rasa masa dia belum datang Red House dia adalah makan makanan biasa yang manusia makan, coz asal dia kat dapur je dia punya mengiau wohai. So bila kita bagi ikan ke ayam memang kenyang suka btul dia makan, but if the cat food yang kita hidang tu, dia makan2 ler gak but kalau dapat ikan sebelah itu lagi dia bedalnya.

IMG_1784

Sekarang dedua dah gang. Aminah dah boleh terima le Kathy at the house, Kathy pun dah tau cara mana hidup dalam Red House, the rules is no wiwi shishi yakyak di Red House, maybe dia dah tengok cara Aminah bawak diri. Bila kita panggil ko masuk, hah masa tu bolehlah kalian berjimba dalam rumah. if not kena dok kat porch ler…

IMG_1857

Aminah as you tengok, akan suka membuta di dalam rumah asal ada peluang. Hari tu my family pergi tengok X-Men (tinggal aku ngan Zeeshan jer) sampai ke dapur dia dok tidur teman aku kemas dapur. Elok je perangai budak nih.

IMG_3923

 Ini dia lari dari bilik abang, teman Zeeshan tidur, coz ada aircond. Dia pun pencinta aircond gak si Aminah nih yek

IMG_3761

For Kathy dia tak suka tidur atas sofa, dia suka tidur celah atas lantai sejuk gamaknya…ini dedua dah terbungkang while aku ngah buat keje blog, malam minggu.

IMG_3734

Dan kisahnya last week kami hilang Kathy for about 2 days. Last aku tengok dia waktu pergi kerja but pastuh semua tak nampak dia dah. I was so worried makan minum dia, kalau orang amik tu mungkin kita akan terasa jugaklah but kot le dia sesat bagai. Selepas 24jam tak balik jugak rumah, Abang buat round satu taman. In fact aku dah bagitau guard of our taman to look around gak, jejiran sebelah2 aku pun aku dah siasat. Masih takde yang nampak.

Rupanya abang jumpa dia kat satu rumah ni yang tengah reno, dia dok situ, sesat sangat ler tu, satu lorong jalan kita pun. Abang angkut dia bawak balik, dia punya makannnnnnnnnnnnnnnn ngap ngap ngap, hah melapau ko yek.

Sila belajar yek, bau lebih sikit Red House tuh ko jangan ler asyik hilang jer, boleh luruh jantung mak merah Kathy oi…specially Abang, apatah lagi Zeeshan.

By the way, abang baru siasat, Kathy is actually a jantan hahahaha…ater nama kamu Kathy, biak pi ler heh.

Comment: 3

Perginya QuPuteh and the new Kathy…

IMG_0704

RIP QuPuteh. He s gone. Petang Jumaat lepas Asar lepas 22 April 2016, telah pergi dan matinya seekor QuPuteh. To recall sejarahnya, QuPuteh datang Red House sehari 2 selepas Aminah datang dan depa ‘berjimak. Sejak itu QuPuteh pun jadi penghuni tetap dan kami anak beranak bela keduanya walaupun kita tak tau asal usulnya. Depa pun tak nak berganjak dari rumah kita pun. So depa pun berkelamin dan Aminah pun pregnant (but gugur on Feb lepas waktu kita tengah musim denggi). So pastuh bebaru ni Qu macam sakit and I didnt bring him to the vet, thot sesakit macam biasa jer. Yelah kot kena hujan ke demam ke apa kan, depa kan tido kat porch and jalan2 around taman our house, but of cos le mesti ada masuk rumah tidur baring gak memain with us.

So hari Fri tu aku leh nampak from the cctv yang abang tengah struggling to comfort Qu. Nampak benar dah nazaknya sangat si Qu. Abang called aku and i told him to let him go, biarkan dia pergi, coz aku tau dah tiba masanya Qu tu pergi. Memang abang pun masa tu dah meraung2 menangis, dia kan sayang sume kucing2nya, tak kira le apa binatang pun memang Abang pencinta sangat.

Betul dijangka, Qu pergi tak lama kemudian. Mendakap abang pada kucing kesayangannya. Haih sedinya. Sampai di rumah, abang dah placed him there, macam dalam gambar tu. So aku terus singsing lengan, bungkus dia memolek dalam suratkhabar and taruk dalam big towel. I asked him to go to his nenek’s house and uruskan tanam kat situ. Sebak2 abang, muka dah sembab bengkak bagai.

IMG_0712

Dia menyangkul and kebumikan kucing kesayangannya. Sedih sangat abang. Tapi pasan tak sebelahnya tu ada kucing, ha itu kucing baru 4, 5 bulan rasanya dok berkepit ngan abang. Dok tanya makcik and neneknya, if ada tuan, dan depa kata can take ler kalau nak. Hah, laju ler dia bawak balik. How la ai say nope kan, anak aku ni baru je mati kucingnya, so biarlah if dia nak membela lagi. Kena mula dari awal lah, baru aritu aku cakap nak cari sekor kekecik, hah dalam cara macam ni dapatnya.

IMG_0721

so dah few days lah kucing ni jadi teman di rumah, cuma Aminah asyik bergaduh je le ngan dia. Yelah Aminah tu kan rasa dia the queen of the house, pastu datang sekor lagi betina, ko pehal kan. Dahlah aku baru mati laki kot. Hiks..The new kitty ni kita namakan dia Kathy. Susah sangat abang nak letak namanya so masa kita tengah lelepak buat photoshoot tu dari Cat Cat Cat hah Kathy udah.

IMG_0845

Blackie ni kucing masa kat studio yang kita buat shoot, 12 jam kat situ so seronok le kami anak beranak dapat main ngan Blackie yang sangatlah active dan meriah. Udahlah abang baru pas mati kucing kan, so dia recovered sikit ler dapat kawan kecil kat sini.

IMG_0991

dan this Kathy dah start memanja and pandai le bawak diri sikit2. Sedap je lah abang kakak memain ngan dia nih, Zeeshan tu jangan dibagi kucing, dia kasar sikit haih..

IMG_0992

cuma kita perasan dia ni jalan dengkit2 sikit, bila kita main tali, dia tak larat nak melompat yet umur baya gini suka lagi memain kan. So belek telek tengok rupanya celah kelangkangnya dah macam lebam bengkak. Alahai kenapa pulak le ko nih. Entah ler tak tau ngapa, kena langgar ker or kena pukul bedik ke. Dah malamnya baru pasan so aku suh letak le minyak gamat, mana tau lebam tu baik sikit.

IMG_0988

steady je dia, nak jugak dia kejar train Zeeshan tu tapi dek kakinya sakit tu kan so dia lepak je lah. Masa depa main train ni, abang ngan Aminah tengah tidur kat atas. For Aminah, aku queen and ko junior lagi so jangan nak diva sangat kat rumah ni gamaknya. Macam ari pertama aritu si Aminah dok mendengus2 marah ngan Kathy hoh.

But tu lah kita bagi time lagik, tengok camne. Memoga depa leh get along ler and also abang pun dalam proses pemulihan untuk kematian QuPutehnya. Now ada Aminah dan jugak ada Kathy, meriah gak la. Aku pun dok kekejap carik depa 2, specially Kathy nih yang baru lagi kan, she loves lah kita pepeluk usap2 palanya.

Apapun, sedih lagi kami dengan perginya Qu, terima kasih atas kasih sayang mu QuPuteh, you will be missed.

Comment: 2