Cat

One more kitty please…

IMG_8222

 

Bercerita kita pasal the kekucing kita pulak lah yeah. Hai QuPuteh ni berapa kali mandi pun tetap gak badan dia comot capuk. Pasalnya main luar, main pasir ke hapa, ada sekali dia balik rumah dengan basah kuyup pas main hujan ke kau…mencekik ke main tak pandang kiri kanan. Tau lapau ko yek.

Ini malam yang dia merendek dok menyibuk nak tengok sama tv, sesambil aku blogging gak….

Tapak kaki kau omanghaik, tapi kaler je buruk, bersih actually.

IMG_8224

yang ni memang tak nak kalah ler kan, dia pun menebeng sama. Tu dia ngah tidur, pastu aku tetepuk badan dia (macam tepuk badan baby tidur) terjaga le kejap, then sambung balik membongkang. Aminah ni ada rasa tak malu sangat, satu rumah dia boleh lepak membuta….tak macam QuPuteh, tu batasnya kat bawah  je, dia takut sangat nak naik atas.

IMG_8242

ha macam ni, memang tidur tak hengat….aku rasa dia pun dah pasrah yang anaknya mati keguguran so dah takde kantung baby dalam perutnya…

Aminah ni suka tidur kat sofa or even atas katil, hari tu aku demam, dia le yang tidur sama teman aku demam. hehehe…siap kongsi2 blanket lagi

IMG_8243

hok sekor lagik nih, tidur matik gak kalau dapat masuk dalam, tapi dia tak suka tidur sangat kat sofa, so carik lantai sejuk jer…

once a while dalam sehari memang kita akan bukak pintu bagi depa masuk, bosan le jugak dok kat porch tu kan. Kadang2 sampai berejam2 dok dalam rumah, kalau tetiba depa dah kat pintu mengiau2 means depa dah time nak makan or nak pi menunaikan hajat kencing berak ler (itu memang kat luar rumah, kat tepi jalan longkang macam tu ler, jauh dari our house).

IMG_8679

adakalanya depa berdua tu akan dok kat bilik abang, teman abang belajar. Abang angkut depa 2, tutup pintu biliknya so depa 2 ekoq tu tak merayau sangat, depa akan mengadap je muka abang tu kalau boleh pada abang ler. Tak lama, max pun sejam. Cukup time nanti abang bawak letak depa kat luar balik. Ataupun nanti depa sendiri mengiau untuk keluar for their ‘hajat kecil besar’ 🙂

IMG_8296

This is the  new bed for them. Aku beli online jugak, Hah antara barang baru kat rumah ler. Yang hari tu barang2 mop korang tanya bagai tu, akak beli kat Lelong.com.my , yang bed ni kat Groupon. Kalau kat Lazada pun ada gak barang akak beli, banyakkkkkkkkkkkkk sangat from them but depa ada screwed up buat hal ngan barang aku, terus aku ban dah Lazada tu. No more dah le nak menyopping kat depa. They took over 2 weeks to refund, dengan bebudak helpdesk depa yang jawab macam pakai machine je tuh. Hish…So annoying.

By the way aku ni ngah ada darah2 dah jiwa nak membela baby2 kittens sekarang nih. Kalau dah pencinta kucing, lama mana pun tetap akan kembali ke asal. Untung kami coz tetiba ada Aminah and QuPuteh datang rumah ni terus kami bela, so alhamdulillah. tak perlu mencarik. Tapi depa dah besau. Datang2 depa masa tu terus berjimak.

So kalau dapat yang pussy kekecik comel tu kan…syok nih. Laki aku tak tau lagi  ni (if he reads this mau dia jawab oo no no no), but alah, leh pujuk kawtim, 3 VS 1 tu hahaha…so kalau korang ada little pussy nak sedekah jariah akak jagakan, meh lah. I just want 1 jer, 2 alhamdulillah, 1 pun dah syukur.

 

Comment: 8

Recap for my 3 weekends…

 

IMG_4878

wah kau, sedap nampak landing atas tuh, carik apa??? Eh budak Aminah ni tak pregnant la, aku tak nampak pertambahan kebesaran perutnya. Unless dia memang mengandung perut kecik kan, so not sure. Idok le aku bawak pi jumpa vet pun.

hari tu pagi2 buta subuh tu, dia boleh terlepas naik ke atas, and pastu aku masa tu ngah sayup2 mata, terkejut je tengok dia ada sebelah aku. Sempat dia kejut aku dengan cara mengscracth sebelah katil merah aku huwaaa…ko ni pun nak kejut agak2 ler. pastuh dia tak nak pi dok bilik lain ke hapa, dia dok je kat lantai sebelah aku tuh.

Ada gak one day sampai ke toilet dia ngekor aku, siap duduk lagi kat lantai tengok aku memerut hahahaha but bila dia nampak Zeeshan je terus dia menyorok dalam walk in wardrobe. Ngeri betul dia ngan Zeeshan hahahahhaa

IMG_4879

seguni seminggu punya ironing, all done by yours truly. rutin.

IMG_4885

peneman ironing, tapi masa ni tangan dia dah sakit gak, belah kanan tuh….

IMG_5010

di weekend lainnya, pun sama jugak. kiri ironing, kanan kena lipat.  pun dedua aku buat solo gak, berejam gak lah coz mata sesambil kat tv, anak2 ada jobs lain kena buat gak but taun ni depa kurangkan sket buat kerja rumah coz banyak school things,tuitions sort of so tak perlah.

Laki aku pun weekend memang job dia vacuum and mop satu rumah.but except tv and kitchen, itu hehari kena sapu and mop, Zeeshan punya makan nasi je boleh bergemah merata.

 

IMG_5002

dan jugak last week too, ada isu air kat Cheras. rumah aku affected gak. Kalau paip lain tak kisah, ada direct dari tangki with pump tuh, but kat sinki, tu direct bukan dari tangki so sama ada air slow nak mamp or takde langsung. Jadi for that one day tu memang takde air langsung, air kencing lagi kuat ler diibaratkan. So kumpul2 and Abang angkut semua dalam baldi, basuh kat dalam bathroom, lagi laju aman dan cepat pantas kerjanya.

Frankly speaking, aku maleh kuor rumah le sejak dok Red House ni. Lelagi takde maid kan, lagi lah bahagianya dok rumah. Kita pun jarang kuor makan luar, wkend biasa pun memang aku masak, kalau supper jer baru beli kat luar tu macam burger for the kids tu kan.

IMG_4899

beginilah yeah kalau dah makin tua makin pelupanya laki aku hah….RM700 tuh dok dalam pusing wachine machine. Nasib baik ler alhamdulillah lembab, tunggu kering jer. Kalau sama hancur. Hah…bukan rezeki. Ada yang tanya kenapa tak letak dalam wallet, thing is he baru lepas cucuk duit kot masa ni, wallet pun ada duit gak tu pasal dia letak je dalam pocket. Duit ni memang duit aku pulak tuh, aku yang suruh cucukkan (aku kan pemalas nak pergi ATM bagai nun), jadi takde maknanyalah kalau sapa jumpa dia dapat, coz dah memang pun duit aku hahahaa….cuma kalau hancur berderai ni laki aku kena double up kan ler kan..

IMG_4985

aku dok pelik napa ler jem sesak betul kat Permaisuri nun, i was on half day that Friday. Biasa le orang parking untuk solat Jumaat but masa tu dah 2 lebih pun, awat jem lagik, rupanya semua kereta u turn back, tak boleh nak lalu. Luckily ler ada laluan uturn sebelum cement truck ni sangkut. Ko tengok, dia dok bergesel sudah sama itu 2 kereta kiri kanan, tak lepas. Tak boleh ler pulak nak salahkan truck coz both cars pun illegal parking, but the cement truck pun tak boleh gak nak lepas, cuma waktu lalu tu memang salah ler, donno  ler since what time pulak stranded. Aku pun terus pusing ler lalu ke Bayu Tasik, nasib baik le ini territory aku dah tentu aku tau mana jalan selok belok nak celah bedah.

IMG_4995

Always have pens and papers in your car. For me aku sentiasa ada 2 helai kertas ni, satu for my number satu lagi untuk number laki aku. At his car pun aku ada buat sama jugak, so in the event ko kena double park, letak je lah kertas ni. Dulu aku tulis2 gak but asyik tulis jer, hish buang masa jadi terus sesiapkan nih, by default jer. Life is eazy if u menyenangkan orang, coz kita pun salah double park.

Ini case aku pi jumpa optician, kena le double park. Kat Permaisuri tu tak pernahnya tak kena double park. Kan kes mata aku yang rabun jauh rabun dekan. so aku pi buat la gak spek yang 2 in 1 tuh, the multifocal or progressive lens. Aku baru buat satu frame dulu, lagi 1 frame will be later. Aku beli frame asing, tapi aku hantar kat optician aku nih, He s very nice apek, lama dah aku jadi customer dia. Besides aku pi tempah contact lens aku gak, dengan dia dah lama so dapat harga pun agak harga lama lah, tak penah dia charge aku harga gst or harga baru memahal tuh. Kena buat lebih frames coz aku bukan jenis bawak spek merata2. So satu kena ada kat atas, satu lam keter satu kat bawah, satu kat opis, macam tu ler.

IMG_4718 (2)

Among my bembarang ordered online. Lama pulak aku tak menayang barang2 yang aku beli kan…

Carpet belakang tu, dijemur, jadi aritu musim hujan, so jemur dalam rumah le pulak. Takkan ler korang tak pernah nak jemur kain baju dalam rumah pulakkan, dah berlipat pun carpet tuh, simpan, Raya nanti kita bukak hahahaa…so far dah 4 carpets aku simpan. Menyapu lagi mudah dari mengvacuum.

IMG_4724

one from the items I bought online.

Yang buat aku pilih palette ni coz of the green, in my collection belum lagi ada this green, tak pakai pun lagi, but collecting is a must ler kan. Masalah bila nak pakai, not your problem, that s my problem. 🙂

 

Comment: 5

Cik Aminah Encik Qu…

IMG_1043

suatu pagi, aku nak pi kerja, but Zeeshan masa ni masih skul break, dia ler yang bagi makan si cats 2 ekoq tu. Dah over 2 months, depa masih bermastautin di Red House, takde gaya nak pindah kuor rumah nampakk….

IMG_1035

bakul ni untuk ko tidur sesantai yek…memang pun dia buat tidur, kengkadang si Qu tidur lam tuh. Depa 2 ekoq tak masuk dalam rumah, dok luar jer, ada ler masuk gak, but hantar je Zeeshan, laju dia menghalau suh kuor.

IMG_1552

Sedap tidoq nampak…..Qu pun sama tidur atas kosi, berlapik kain dah skang nih…

IMG_4140

so one day yang kita nak pi 5 hari to Langkawi tu, walaupun depa ni macam menumpang (yang tak geti2 nak cari jalan pulang), so kita pi carik tempat makan yang leh letak lama banyak sikit food air tu…

jumpa ni jer, jadiklah. Insyallah boleh cukup ler…

IMG_1593

Masalahnya, bukan 2 ekor ni je yang makan minum. Ada sekor lagi hitam putih kucing bulu badannya, ha yang tu memang street cat coz dia sangat tak nak dekat ngan manusia. Dia penyinggah makan di rumah. Asal orang takde je, dia pun datang makan sama. Ada gak yang hitam pun datang, dah memang macam 2,3 ekor gak kucing luar yang datang makan menumpang makan minum si Qu dan Aminah.

IMG_4085

masa ni Qu macam sakit, few days dia melepek jer…makan tak lalu minum tak lalu, tapi skang dah ok ler.  Dah time to kena mandi lagi bebudak 2 ekoq nih…

IMG_4083

ini menggedik manja bonar…asal kita lalu jer dia pun bersidaian badan mintak diusap…

IMG_4090

aku ngah suspect si Aminah ni pregnant. Ada few symtoms dah ada, perut belum besar lagi, lam bulan ni mesti nampak besarnya ler kalau betul dia pregnant. Tak macam Reddy dulu, lagi le tak tau dia pregnant sampai tetiba hari beranak!

Itu ngah carik port, sampai attic dia mencarik. Kucing kalau dah mula mencari port tu dia nak buat tempat beranaknya ler nanti tu. Aku ngah pikir alahai, mana le aku nak letak anak2 dia ni kang…ada sesapa nak amik?

Aku tak nak bela dah kekdahnya…

IMG_4095

ni betul2 dia dok teman aku kat pc tau….memang kalau betul2 bela dari kecik ni kompem jadi sahabat setia kami anak beranak gamaknya. Dah tetua pun ke main manja. Paling sayang concern kekucing ni semua abang ler…aku ngan RD pun sama ler jaga. Kakak pun sama ler bila balik sekolah tu, kena belai dulu, depa 2 ekor kan guards rumah kami nih.

One thing for sure, memula awal dulu ada le depa berak kencing kat porch, aku suh abang basuh ngan clorox lepas depa dah menetas tuh, skang alhamdulillah, no more. Asal berak kencing, depa pi seberang jalan, kat tepi2 longkang, kira jauh le dari rumah. Bagus jimat dah pasir hakak.

 IMG_4390

hok nih aku tengah sidai baju memalam, standard le working mom kan. Dedua datang teman kat kaki…

tapi hari tu yang 5 hari kitaorg takde tu, balik2 tengok budak 2 ekoq ni takde kay. food air semua abis. Tah mana ler, abang dah tak senang duduk. Malam tu jugak abang ronda basikal carik 2 ekor ni, rupanya depa pi menumpang kat satu jiran kami ni, abang amik bawak balik.

Memang ni bukan kucing2 kami but under our supervision skang ni, sekali tu lah lepas tu depa tak hilang dah, manjang je ada kat rumah. Sesekali depa hilang, tau dah pergi buang air ke berak bagai. Kalau kita bukak pintu, dia masuklah rumah.

Cuma ada sekali si Aminah hampir nak mencakar kat sofa aku muahahhaha mencicit aku angkat dia. Ko jangan weii…sofa mak merah ko tu baru lagi…

Jadi skang nih, aku ngah mengira hari, kalau betul Aminah is pregnant, dalam less than 30 days patutnya dia dah boleh deliver (ini kalau betul kiraan aku coz kucing bunting between 60 – 65 days). Nasib baik ler skill kucing ni memang dah sebati dalam pala otak aku lagi nih.

Puting dia pun dah macam memerah sikit, some more dia dok carik port dok mengriki2 tempat nak beranak, satu rumah dia siasat. Aku dah sediakan kekotak, bakul2 if betul dia beranak ni. Nak letak kat porch, kang ada kucing jantan yang makan, Quputih pun jantan, takut dia pulak yang ngap. Btw if betul pregnant, Qu is the father lah.

Tapi Qu and Aminah ni kan, sehari 2 yang lepas Aminah datang tu, Qu pun sama menetap sama kat rumah kami. Ada kemungkinan, kedua2nya telah keluar dari rumah kelamin mereka (atau dihalau), sampai tak jumpa jalan rumah. Dan atau dedua lari dari rumah, dan cari port mahligai baru membina keluarga semula. kahkahkah…

tapi apapun, kucing ni pun bawak rezeki, selagi berdaya bela kita tolonglah bela sama. Cuma tang anak2 nyer tu…aku memang kena bagi orang, ni ada yang nak bersilat ngan anak2 aku ni kang specially abang, depa surely nak membela dan abang adalah manusia yang palingggggggggggggggggggggggggggggggggggggg penyayang ngan binatang.

Comment: 10

Cik Aminah…

Hari ni, kita bercerita tentang Aminah. Seekor kucing betina.

Umur agakan aku dalam baru anak2 dara lagi ler, masih stage muda but blum tua dan bukan jugak kekanak. But sangatlahhhhhhhhhhhhhhhhhh manja. Manja gile weih.

Hari tu kan aku menying 50-60 ekor ikan (again), dari bathroom tu aku leh dengar ada suara kucing mengiau. Anjing jiran aku pun dok berlawan gong gong ngan diapun, dia masih jer mengiau. Lama gak lah  dia bunyik.  Tapi pastu aku lupa akan dia, habis menyiang bagai, cam biasa la naik atas mandi segala.

Sampai malamnya, masih ada lagi bunyiknya. So kita siasat, ni dah berejam2 ko mengiau heh. Abang pi jenguk belakang rumah, amik dia. Manja ya hampun!!

Jadi letak dia kat depan, macam kucing orang, bersih and manja, must be tersesat kot dia ni. So aku suh letak kat pagar kang kalau dia nak keluar pandai dia ler.

Sebelum tu kita bagi dia makan nasi + sardines.

IMG_0233

Esok pagi-paginya, aku turun dulu, boleh dengar dia mengiau. Ler ada lagi kau. ingatkan dah balik. Lapar ko?

IMG_0234

Bagi lagi sardines + nasi, hari tu aku tak masak, kita nak bertolak ke Melaka pun. Lagipun kucing macam ni, bagi nasi je ler, walaupun aku memang expert on kucing, tapi aku takde bahan benda utk disuap kat ko (makanan kucing).

IMG_0237

hah tengok, sikit punya manjanya lahai….memang nak mintak dukung jer. Dia asyik suruh kita belai2 dia, dok bergesel2 jer…

IMG_0238

jap lagi anak2 aku turun, boleh dia main ngan ko yek….

pastu kita pergi Melaka, seharian, bila kita balik, ler….ada lagi ko. Ler apasal ko tak balik2 lagi rumah ko…

Jadi malam tu kita namakan dia Aminah

IMG_0376

ni Aminah sedang jadi bahan ujibergambar 🙂

Tapi dia tak duduk lelama ler dalam rumah, aku masih lagi assume yang dia akan carik jalan pulang rumahnya. So dia dok kat luar je lah. Esoknya, pagi aku pergi kerja, masih lagi ada dia…hahaha adoi. Tapi, pagi tu agak berlainan, ada teman. Dia bawak kucing QuPuteh!!

Baik je duduk 2 ekor tu kat porch….

aku cakap kat laki aku, si Aminah ada kawan tuh….

dan bila aku sampai di opis, laki aku hantar gambar ni…

gambar di bawah ni…

IMG_0486

HOI BUAT APA KORANG!!!

Bercengkarama kat rumah aku korang yek….

IMG_0488

jadi pagi tu, laki aku dan anak2 pergi carik cats food. Cos sian je bagi depa nasi sardines….tapi tak carik yang per glamour bagai tulah, mana laki aku beli pun aku tak tau (aku kerja ler).

Lapar dia koooo….aritu makan pakai paper plates. pastu ni for food cats ni letak atas suratkhabor ler, ngan air suam.

IMG_0489

hah pasangan sejoli dok ‘mating’ ni lapar yek….yang Quputeh ni pun aku rasa kucing belaan, kucing orang, tapi dia mungkin tersesat gak coz tengok bulu2 dia kotor, nampak macam dah lama tak mandi. At least si Aminah ni ada le nampak bersihnya lagik.

Quputeh ni muka dia serupa dengan kucing aku yang nama ‘Adik’ dulu, masa tu zaman2 aku anak dara, sampai aku mengandungkan abang dia ‘pergi’. Serupa sangat.

IMG_0492

Ari tu gak, aku suruh abang pi carik kat attic, the bekas makanan kucing yang masih aku simpan. Gila ko takde, semua aku ada lagi kay, bapak cage, anak size of cage, semua ado lagi yek. Ai kan the queen of cats gak di satu masa dahulu….

so ni proper sikit ler, ada bekas makanan minum cantik. Merah menyala. Kita upgrade lagik bekasnya hah.

SAM_1661

Tak tahulah sampai bila Aminah akan menumpang kasih di rumah kami. After few days, dia tau dah, kalau pintu bukak pun dia tak akan masuk. Tapi anak2 akan bermain ngan dia di luarlah. Bukan apa you…aku takde pasir kucing, kalau aku ada kang, dah jadi kes aku akan membela kucing balik semula.

As of now, kami berempat tidak lagi dapat green light dari RD, bapaknya heh. Apaknya tak bagi lagi bela kucing, yelah rumah baru, kang habis perabot2 kena  cakar. Abis tu ko ingat aku bela kucing banyak dulu tu, furniture aku tak hancur? siap pergi tukar baru the kain, beribu2 riban kena bayar. Demi kasih sayang pada kucing. Kami rela jer.

Skang bukan tak sayang kucing dah kalau tak nak bela, sayang gak ler. tu pasal as of this entry is up, dah lebih 2 weeks, Aminah masih lagi dok kat rumah aku. Entah la bila dia nak pulang ke rumahnya. Kalau dia punya ‘mating’ menjadik, and kalau masih dia tak pulang ke rumahnya. ayoyoooo…..jadi mak kucing le aku balik kot.

Plastic makan kucing dia pun aritu dalam plastik, dah duduk proper dalam very nice big tupperware. Abang dah pun mandikan dia bagai, cuma dia masih belum masuk rumah jer. Takut ngan Zeeshan kot. Dalam ramai2, dengan anak kecik aku tu je yang dia tak berapa gemor, coz Zeeshan kan budak lagi, and first time dia tengok kucing camni pastu dia agak kasar ler, dok tarik ekor le dok dokong tak tentu arah so Aminah tak suka Zeeshan hikss..

IMG_0933

IMG_0938

aritu aku kemas2 rak kasut, Aminah baik je dok sebelah aku sambil aku borak le ngan dia, mana rumah ko Minah? Sian family yang bela ko mesti carik kau, napa le tak nampak ada orang letak gambar ko merata. Sedang kami bergurau senda, dia lari mencicit dok bawah kereta, menyorok. Rupanya Zeeshan datang berlarian. Hish ko dik, takut Aminah ngan ko.

Kenapa namanya Aminah, hah nantilah kita reveal. Buat masa ni sesapa datang rumah aku, jangan terkejut le tengok Aminah dok kat porch, baik je dia kang datang mengendeng tanya kabar nak mintak diusap2 pala…

By the way bila Abang tanya kenapa Aminah datang rumah kita yek mom?

Rumah kita ni ada bau rumah pencinta kucing Bang…so dia tau kat sini dia boleh menagih kasih sayang menumpang teduh.

🙂

 

Comment: 6

Tetamu kucing lagi….

20121023_092848

hello, saya pula kucing brown, campur2 warna badan saya. saya sesat. saya datang rumah mak merah. mintak minum sket boleh. saya sedang berusaha untuk mencari rumah tuan saya.

Boleh, tapi ko jangan dekat ngan RB yek, coz RB tu menggigil je dia nak mencokak ko, jadi jauh-jauh sket. ado gak RB bebaling ko kang

20121023_093329

makanya dari jauh je lah bapaknya bagi RB tengok si kucing kecil tuh….kejap2 pa dia minum kucing tu pun pergi, tak taulah hala ke mana.

Oh my, rindunya nak bela kucing balik! tapi alhamdulillah, insyallah kucing2 kami yang 4,5 entah bape ekor di tangan orang tu sume semoga sihat walafiat hendaknya, tiada deraan tetapi penuh dengan love dan cinta.

20121023_093344

speaking of this budak kecik! rumah kitorg skang dah berpagar kat dapur. haritu sket lagi nak beli dah pagar baru tapi mak aku bilang pagar lama masa zaman Abangnya dulu ada lagi kat rumah mak aku, coz pas Abang and Kakak pakai, memang aku passing batton bagi adik beradik lain pakai, dah rupanya tersadai kat rumah mak, wallah!

11 tahun wor usia pagar tu, sama ngan Abang and masih lagi boleh pakai, jimat RM200 lebih! cuma dibasuh2 sikit and sepatutnya perlu dicat semula but tu lah, you know, nak suruh menda apa2 pun kat bapak budak2 nih agak bersuruh 100 kalipun tak tentu berjalan. But baguslah, barang2 baby anak2 aku banyak yang bertahan lama, walau abang kakaknya dah pakai, kemudian sepupu2 nya pulak pakai, masih lagi boleh digunakan semula. so worth it! tak sia2 jugak beli yang mahal, inilah hasilnya.

But aku tak rasa aku beli mahal sangat kottttttttttt pagar baby tu dulu, namanya pun 11 tahun dah kan. Jadi dia skang, agak berbulu ler bila kita dok dapur, dia tak dapat nak masuk, muka bongang jer. But masa Abang dulu umur dia bape tah, dia pandai jugak bukak pagar tuh, ok abang ko tu jangan cakap, dia bijak, explored habis! Dari luar pagar tu RB jenguk je bilik Abangnya. At least kakak tu rajin gak amik adiknya bawak masuk bilik main2, tapi Abang memang pantang kalau RB masuk bilik dia, harus dia rasa nak terbalik barang-barang dia yang mudah dicapai dek si adik, tension je dia bila nak kena kemaskan.

Comment: 12