Charity

Lagi Central Market…

IMG_8933

kerusi kekayu nih, korang minat? hah bolehlah tempah kalau nak. Tapi kalau ko nak duduk lelama, kalaau ada satu je set living area umah ko, baik jangan amik. sesuai untuk yang ada 2,3 sets living area, so bolehlah dok sini. Cantik payah gila buat ukiran kerusi tu yer…

 

IMG_8970

kita tunggu kat lobby, macam biasalah, aku 3 beranak akan on time tapi Ustaz Hafis akan selalu lambat. Ada sekali tu sampai aku tepon dia suh turun coz dia leka buat kerja dalam bilik hotel dia tak sedar dah jam 3petang. Alahai, dah wasted sejam….tu yang kalau nak turun tu kena make sure dia pun sama dah siap sama, kalau tidak menunggu la ko. Dia buzy, dok buat paperworks korban ni banyak. Coz orang ramai derma untuk agih2 bagai ke serata kampung.

aku ni pakai timer nak posing ngan abah, ada jer Kedek datang menyelit.

IMG_8972

Dalam Central market yang panas berdentum berkuap peluh koooooo! Abah tengok bag

Kita dah checked out sesiap, coz nanti tak nak balik hotel dah, boleh le terus ke airport, flight petang tuh

IMG_8977

Pun abah jugak, aku kerja menolong untuk bargainkan. Semuanya Abah and Kedeklah.

IMG_8991

Muka bengang tak puas hati dia letak harga mahal mencucuk kat bapak aku, tengah ngadu kat Kedek kahkahkahkah

IMG_8995

Tak habis lagi nego. Selagi ko tak bagi selagi tu lah aku berzikir dengan harga yang aku nakkan tu, till aku suh depa bagi bapak aku  kerusi, sebab mana boleh berdiri lelama pun abah aku tuh

Finallynya aku dapat pun harga yang aku asked kan, yang nih for Abah and adik ler. Nothing for me…

IMG_9067

ini kedai kain memang aku borong. Eh tak banyak, semua for me and Kakak.

IMG_9076

hah semua warna tuh, saja….buat apa pun nanti pikir. Dress ke jubah for kakak, baju kurung pun boleh but tak berapa In kot dah kan ahhahaa….sok sok le pikir nanti nak raya

IMG_9109

abah and kedek setia tunggu, yelah for them dah settled, for me je lah. Ini pun dah boleh nak balik, depa kalau tunggu barang aku, mulalah lapaulah, cepat je lapau kan. Time barang korang tak pelak melapau yek…

IMG_9115

one last shop sini, untuk anak2 aku gak. The Beats headphones yang aku cakap tuh, 2 for me halus kecik, 2 for abang kakak sorang satu and satu lagi casing hp kakak. Kat Ecurve yang street tengah tu pun jual sampai 50hinggit, tu yang laki aku suh cari kat Kemboja jer, memang murah 2 kali ganda le kan beli kat sini.

Itupun bergolok tekak dok bargained.

IMG_9121

Kami stop kat mana tah, amik Khalifah and bawak sekali pergi makan. Buat penat je Khalifah ikut, patut dia ikut dari awal kita menyoping hahahaha, ini takat dah nak pergi makan and pastuh nak pergi airport kan. Makan besau lagi kat sini…malam sebelum tu nak makan sini tapi takde buat reservation so tak leh masuklah, full house. Siangnya lunch kita makan sini ya allah apa ke nama restaurant ni memang aku dah lost track ler.  Malas nak tanya Ustaz.

IMG_9135

Our last pose dalam dunia Kemboja sebelum balik pulang.

Ustaz Hafis dah ada kat KL skang nih, sapa2 nak derma, or nak hantar barang derma, boleh berurusan dengan Ustaz, bulan 12 nih sapa nak ikut pun boleh jugak, ini number Ustaz, he s going back on Dec ni so bolehlah korang bercharity coz ramai yang tanya2 haritu kan.

Apa2 hal contact Ustaz Hafis Cambodian number KLnya since dia dah back to KL kan: 016 971 6045, call or whatsapp boleh. He can speak Malay fluently.

Hok harga kain2 ela Kemboja tu akak tak tau le murah ke mahal, rasanya murah lah kot, lagipun kalau ko  nak kata mahal, barang dah beli hahahaha….tak yah nak sakit hati.  So speaking of Shopping, like we said kita repeat Central Market ni 2 kali, Russian market buat sesak pala, paneh sangat pun yer.Rerupanya entry untuk Russian market tak keluar lagi hahahahah, ai is lupa hupload gambo.

Comment: 4

Central Market/ Pasar Phsar Thmei of Cambodia

IMG_8164

Shopping ler, tengok apa ada dalam Central Market Cambodia nih. aku punya style soping, sebelum sibuk pilih warna bagai segala, let s deal off the price dulu. Kang kalau nak gaduh apa bagai, senang cite price dah dealed. Ini 2nd kedai kita tanya selepas yang satu kedai awalnya tak setuju dengan harga yang aku bargained.

Khalifah pun ada as our interpreter but takde dia pun takpe jugak coz dia macam tetakut je nak tanya hahahahha….dia nak translatekan aku cakappun gigil dengar harga yang aku cantaskan.

aku dah biasa buat bargained gegini so ko letak le bape harga pun, aku akan cantas either 50 – 70%. Nak ngan tak nak jer. Tak nak gak aku blah.

 

IMG_8188

Tshirt Cambodia for kenkawan, family members. I bought for 60pcs! 60 helai ok….pasnih beli 50 helai or 40 helai sahajalah. beli 60 lai ni ada berlebih lagi hah.

IMG_8221

Sessi pilih warna. I amik 2 sizes, M and L. and warna cecampor.

They are selling at 5 dollars per pc, aku bayau at 2 dollars per pc. Mintak 1 dollar kang kena hamukan plak, ada satu kedai leh amik 1 dollar but the quality is not as good as what I bought. Itupun dalam 60 helai aku beli tu, ada gak terpelanting 3,4 lai yang quality tak bagus.

IMG_8242

kids baju Cambodia tu aku amik 5 helai, 2 jer for Zeeshan. 3 lai for orang. ole2 orang.

IMG_8264

kedai ni pun sama, bila dah bargain baru boleh borong. Kalau dia tak setuju, aku tak suka buang masa nak tengok apa2, biasanya depa kalau nak, depa akan panggil kita balik and setuju dengan harga yang kita offered. Khalifah geleng pala jer tengok aku punya bargain.  Central Market ni also known as Pasar Phsar Thmei. aku tengok location kat ipon dia lebih detected location Central Market jer.

Shopping sini amanlah sikit, walaupun aku ni asyiklah kena chop sebagai Cambodian by Malaysians yang meramai shopping kat dalam nih. Boleh ke main ramai Malaysian dok tanya2 aku  harga barang bila aku bersidai kat kekedai sini, gamaknya coz sling bag aku bawak. muka pun bih kurang kot. Yelah Asian mar…muka sama ler wei.

IMG_8277

also fridge magnet, 30pcs aku beli. Pasnih cut down to 25pcs jer. Berlebih2 5 hah sangat, unless ada yang datang jumpa akak, hah memang akak bagi nanti korang

IMG_8394

eh dah habis shopping. Kita datang sini dah kol 3 lagipun tutup kol 5, belum pun lagi le tutup but Khalifah tu nak segera balik rumah kakaknya, naik motor so nak le kena hantar dia bagai segala mana tah, kalau tak jauh dia nak balik needs 45min gak. Kang nak gelap, payah pulak.

IMG_8417

Berdiri lelama kat sini tunggu driver van, sangat rimas jiwa raga. Sorang2 orang depa datang tanya ko nak tempah tuktuk tak, berulang kali datang tanya. Kadang2 dia dah datang tanya, dia datang lagi 5,6 lagi pastuh. Nak tunggu driver bukan 2,3 minit coz driver pun nak merempuh jem segala mai situ kan.

Aku jalan aritu kat Central Market tak pusing merata, lagipun tangan memasing dah penuh sarat, kalau takde Khalifah tu memang kita tunggu sampai abis lagi soping, tu yang lusanya kita repeat balik datang.

IMG_8432

Dinner itu malam, repeat ke Mamak Restaurant, abah and kedek amik nasi goreng2. aku amik bihun sup but alahai tak sedapnya lah tak leh lalu kat tekak. aku cuit2 abah punya nasi goreng. Ditapau lagi burger, and buat supper. Malam tu relaks sikit, kita terus balik hotel and dapat le mandi and dok kat hotel ngadap tv panjang lama sikit.

Nanti kan ada entry on Russian Market, bila buat vs ngan Central Market, aku prefer lagi CM nih, yang Russian tu panasnyaaaaaaaaaaa coz atap dia zink ko. At least Russian tu ada le sikit aircond gak. Bila panas tu depa pakai kipas je lah, situ memang berkuap2, but i shopping gak kat sana, abis tu ko dah jalan jejauh takkan tak membeli.

Speaking of CM nih, nothing for me pun, semua aku belikan untuk buah tangan orang and family members.

Tak explore sangatkan, kalau ada lagi 3,4 jam mau gak aku capai barang aku. But sokay, kita repeat datang balik lusanya 🙂 . Tshirts Cambodia tu sapa datang jumpa akak, memang akan akak adiahkan kat hangpa. Physically meeting jer, jangan nak suruh post LOL.

Comment: 11

Killing Fields, Cambodia.

IMG_8461

Assalamualaikum!

Pagi ke 4 di Phnom Penh. Abah bersiap kemeja bagai hah….tapi pastu bila tengahari bukan takat Abah, aku pun sama tukar baju gak nanti.

IMG_8471

Pagi tu ialah misi melawat Killing Fields, agak jauh sket dari hotel.

IMG_8476

Killing Fields  yang diperhaarui cara modern sikit coz dah jadi tempat lawatan wajib di Cambodia, asalnya mana ada macam ni pun

IMG_8482

kalau tak silap aku lah kan, ada 7 tingkat kat menara tuh, depa placed segala jenis tulang temulang, tengkorak anggota badan manusia yang telah maut mati waktu zaman rejimnya Pol Pot

IMG_8485

kecik jer laluan masuk sini, Abah tak masuk, dok luar, jimat tenaga kaki coz kang nak pusing lagi tempat nih. Some more Abah dah penah visit gak sini

IMG_8489

tu setiap tempurung tengkorak ada sticker warna, untuk camne cara mereka mati dibunuh….Iron tool pun ada. neck cutting pun ada, ngerinya…

IMG_8493

kena masuk tempat nih, aku ngan kedek dok geleng pala je bila dengar Ustaz Hafis cerita

IMG_8495

ha masa ni aku dah naik 3kg kot hahahaha

actually 4kg yang akak naik tu datang dari akak sakit vertigo, so akak takleh diet langsung masa tu, kena makan makan makan, campur pulak ngan Cambodia, so sambung lagi makan makan makan, tu yang total 4kgs. but dont worry, starting last week lepas je aku habis sakit mata conjunctivitis tu aku dah sambung balik puasa.

So lam 1-2 weeks the 4kgs will be gone ler.

IMG_8499

IMG_8503

IMG_8505

IMG_8514

ada nampak bunga belakang tu, ha ramai le beli buat letak lam pasu tu balik, hormat to the mangsa2 tu sume but kita Muslim tak buatlah. Ustaz Hafis dok bilang, tolong sedekah duit (if intend to donate to here) to the muslim people in Cambodia, through surau depa, anak2 depa. Yang macam kita buat tu lah kan, pi misi derma qurban tu.

IMG_8521

self explanatory

IMG_8523

memahami lagi cerita sedih dari Ustaz Hafis

IMG_8524

Duh….

IMG_8570

 takde kena mengena but Cambodia trip ni aku bawak Long Champ yang sling biru, just bought. Pasnih tak yah mengada lah beli bags tiap kali trip, pakai je yang melambak ada tuh.

IMG_8584

IMG_8585

IMG_8587

IMG_8588

IMG_8594

tetepi pagar kanan tu ada macam sungai dan payah le orang nak lalu, tetiba ada orang naif daif dok mintak sedekah dari pagar tu. Aku punya terkejut, kot le mana datangnya tetiba ko muncul. Dahlah kita ni melawat tempat orang yang berjuta matinya dan cara kematian pun mengerikan.

IMG_8596

caya tak dalam sungai ni pun ada tengkorak2 yang masih tak dikutip, abis tu dah berjuta, mungkin masa misi pencarian tak jumpa, tetiba arini sok lusa ada jumpa dalam tuh, so biarlah depa bersemadi di situ sahaja…

IMG_8614

macam golf punya lubang kan, padahal sinilah depa gali lubang2 dalam untuk disumbat mayat2 yang telah depa bunuh. Aku ada query le apahal tak bunuh pakai pistol ke apa kan, cepat sket mati yang ko pi siksa kenapa, katanya tak boleh pakai pistol selain bising jugak mahal. Kalau pakai pistol kang tentera Vietnam tau pulak kedudukan the Pol Pot buat keje2 nya nih. Yelah dalam tahun2 tu jugak tentera Vietnam sedang bergerak masuk ke Cambodia nak hentikan rejim zalim Pol Pot nih ler.

IMG_8629

rehat lagi untuk Abah. Minum dan mineral dan dengar cerita Ustaz Hafis

Selesai pusing satu Killing Field ni barulah kita bangunan yang ada kipas aircond sikit sejuk untuk tengok the indoor punya museum pulak

IMG_8631

 

IMG_8632

mana icon airmata nangis nih, nak letak sini hah…

 

IMG_8633

Depa 2 ni pelakon penyanyi terkenal yang juga dibunuh dek tentera Pol Pot

IMG_8638

dalam nih ada jugak video, seronok tengok video tu, ada gambar live real masa zaman2 Pol Pot tu, ada jugak gambar omputih yang buat DNA eh bukan, yang cek berjuta gigi, tak sampai juta kot, asal boleh je lah coz nak tau jaws tu semua umur bapa rangesnya, or cara kematinya segala bagai. Ditunjuk jugak gambaran sebenar the Killing Fields waktu depa memula venture the place, termasuk jugak the Pol Pot’ high school tempat dia buat kezalimannya.

IMG_8644

kooo! dia smashed babies kat pokok kelapa ko!!

alahai, apa yang maknya mampu buat, maknya pun tunggu masa nak kena bunuh jer. Ko nak bunuh boleh tak ko tikam habis ke jangan le sampai smashes macam tu, sakitnya tersiksa baby2 ni.

IMG_8645

sila baca!

IMG_8646

ni kubur si Pol Pot, hish ada jugak berhias atap bagai, patut tak perlu ada semua tu. walaupun poor maintained, tak perlu, biar dia laknak kat situ. Berjuta rakyat Cambodia mati dek arahan ko, dek deraan ko, mana yang ko rogol ko liwat ko siksa dera bunuh. Eii ptuih!

nah lagi haktuih!

IMG_8647

elok la mati pun takde upacara sangat!

IMG_8648

depa cakap dia mati dalam tidur tapi dengan memacam penyakit le kan

IMG_8649

ini pakaian rasmi Pol Pot and the gang

IMG_8650

hah ini rahang2 gigi yang depa kumpul gak,  yang ko tengok ni  sikit je pun, padahal berjuta

IMG_8654

tu dia tulang2 manusia….semua ni yang dijumpai di Killing Fields

IMG_8659

mengutip tulang dan tengkorak yang dizalimi

IMG_8662

3 beranak

IMG_8673

ini orang kanan Pol Pot

  1. IMG_8674

IMG_8679IMG_8680

 

hopefully gambar2 ni dah besar enough for you to read. Else meh datang Cambodia. Puas hati sendiri tengok ngan mata kepala the places

IMG_8684

Museum ni adalah destinasi terakhir kami….sedih dah hati. Aritu sedih dek Pol Pot, pastuh sambung sedih ngan the Killing Fields pulak. Simpati sangat ngan rakyat Cambodia.

 

IMG_8687

The entrance of the Center, Abah aji and Ustaz dok borak2 lagi

by the way Killing fields kat CAmbodia tu ada banyak yelah, bukan satu ni jer tapi yang famous ni is the one yang kami visit ni lah. Pi satu je udah ler, tak yah le ko nak pi semua fields dia, satu ni pun dah tersesak napas tengok siksaan depa.

IMG_8691

ok ini akak ada letak penceritaanya kat IG and page, so akak cite balik ler yer.  eh copy paste sudah hahahaha, dari my page gak.

Antara rejim kekejaman Pol Pot cara pembunuhannya, as per photo atas ni yek:

1. Memula dia tutup mata dia ikat pastu dibilang kata kita nak pindah kampung baru so reramailah naik lori, sekali naik lori 60 pax. Ini mostly dr penjara Tuol Sleng.

2. Pastu export naik lorry to Killing Fields. Kang kalau tembak payah plak nak lari cos tentera Vietnam dah almost nak sampai ke Phnom Penh.

3. Sampai Killing field, depa suh duduk melutut ngan mata bertutup lagi depa chop chop pala.

4. Dan begitulah dicampaknya mayat yang dah dibunuh dalam lubang besar, some lubang can fit up to 450 bodies. Main sumbat2 jer.

Paling sedih bila cara depa bunuh babies, depa smashed kat pokok. Hidup2 macam tu depa smash kepala and campak dalam lubang.

Kalau mak meraung tengok anak kena smash, dengan mak sekali kena bunuh.

#Cambodia yang berdarah di tangan #PolPot

Comment: 12

Zalimnya Rejim Pol Pot…Tuol Sleng Museum

Let s jump back to day one di Phnom Penh, hari yang kami sampai Cambodia, petangya ada masa sikit untuk buat sight seeing. Tempat ni is a must to visit dalam itinerary hangpa. Boleh buat kesedaran sesangat. Aku harap kalau anak2 aku datang tahun depan insyallah, depa pun kena tau pasal sejarah dan tengok sendiri peninggalan rejim zalim Pol Pot.

IMG_7399

katil yang digunakan untuk melaksanakan hukum pada rakyat Kemboja

IMG_7402

Kita dibawak Marina, tourist guide but Abah aku pun coz dah pernah datang sini pun jadi pencerita untuk tour nih. Untunglah bapak terer betul sejarah Pol Pot kan.

IMG_7404

Banner besar dalam Museum tuh, antara anak2 survivors yang diselamatkan

IMG_7405

 

IMG_7406

hah ini adalah asalnya tempat gymnastic pelajar sekolah, tempat ni kan dulu asalnya high school pastu si Pol Pot tu tukarkan jadi penjara untuk menzalimi rakyat Kemboja. Otak pala dia punya jahat dia utilise the gym tiang tu buat gantung orang, pastu ada jar ko nampak tu, hah direndamnya orang dalam jar tuh. Part of cara rejim zalimnya.

IMG_7408

Tu yang setiap kelas dalam high school ni, ada sejarahnya ada cara deraan dan kezaliman Pol Pot

IMG_7416

besi yang kukuh, tak nak bagi prisoners keluar. Banduan yang dipenjarakan si Pol Pot tu bukan buat salah menda pun, mostly adalah orang terpelajar, tapi yang tak terpelajar pun dia bantai jugak, tak kira gender dan umur.

IMG_7418

IMG_7419

ini konsep hidup si Pol Pot

IMG_7425

dari dekat, the gym tiang dan jar yang digunakan untuk mendera rakyat

IMG_7429

apa ni, kawah? hah segala jenis peralatan yang boleh dia guna untuk menzalimi, habis dia pakai

IMG_7432

mereka2 yang telah pergi, tak boleh blah tu dia amik setiap satu gambar rakyat jelata yang dia tahan, dera, bunuh

IMG_7438

si cilaka haprak Pol Pot

IMG_7441

hah ni gang2 dictator Pol Pot

IMG_7443

aduhai, korang tengok gambar ni macamana depa didera, kurus2 plak tuh, dah mati pun diaorang amik gambar, buat kenangan ke hapa wei! tu satu gambar tu ngan bebuih keluar dari hidung.

IMG_7445

Mangsa2 yang diamik gambar, pun diberi number

IMG_7446

ini aku paling tak boleh tahanlah. Mak tu ngan baby, pun dia nak bunuh gak. Even babies pun dia bunuh ok! dahlah cara bunuh, dengan putar skru kat pala maknya tu. Hidup2. Ko kenapa le zalim benau yer…Apa le pompuan dan baby tu leh buat kat ko pun.

Pada Pol Pot, bebudak ni kalau tak dibunuh nanti dah besar depa akan menuntut bela. Halahai….

IMG_7451

Masa kejadian adalah tahun 1975 hingga 1979, aku baru lahir tahun 75, aku rasa kat Malaysia pun masa tu adalah sangat maju dah kot, tapi kat Cambodia dalam tahun2 yang sama masih lagi bunuh2 orang, depa kan negara mundur.

IMG_7453

IMG_7457

IMG_7460

Some of the pain memories

IMG_7465

jaring2 besi

IMG_7470

bilik kecil ni pun untuk menampung the rakyat jelata yang didera. Pas sorang2 dok sini

IMG_7472

Setiap bilik kecil ada numbernya…

IMG_7476

Tu ha darah kering pun ada lagi. Minum makan toksah le cakap waktu tu, ko dapat makan sehari 2,3 sudu bubur nasi cair bayau pun dah kira untung sangat depa.

IMG_7479

such a small room

IMG_7486

ini bilik salah sorang survivor yang masih ingat biliknya di mana. Bayangkan masa tu mana ada api air dalam nih, depa bergelap gulita didera, siang malam apa kira.

IMG_7490

memory lane

IMG_7497

kitorang ni nak buat muka sedih keras macam abah memang tak boleh lah, but walaupun kami senyum dalam gambar nih, visit to this museum sangat menusuk hati. Malam tu gak aku ngan Kedek google lagi cerita pasal Pol Pot. Siap sambung lagi bercerita dalam van waktu ke Kampong Cham.

 

IMG_7501

hah ni alat yang depa gunakan untuk bunuh slowly the Cambodians, tak kira laki pompuan. Itu yang mak yang dukung baby tu, pasrah untuk mati je lah

IMG_7503

cara tidur pulak, budak2 macam nih. dalam bilik sempit and depa tidurlah macam tu.

IMG_7505

cara nak mandikan pulak, sebulan sekali tu depa akan simbah air macam nih and itu je lah air mandiannya.

IMG_7506

Depa nak bunuh the kids, the babies, kalau ko mak nak meraung2 bagai, ngan ko sekali kena bunuh gak lah. Abis tu, gila hapa tengok anak kita diamik depa, takkan nak gelak senyum kan, dah tentu le meraung nangis jugak.

IMG_7507

Begini punya ko buat macam binatang kat rakyat Cambodia

IMG_7508

antara tools untuk menyiksa dan membunuh

IMG_7512

 

ok can akak cakap pasal gym tiang tu kan, hah macam ni lah cara depa zalimi.

IMG_7511

sorang vs 4, apa barang weii! sah le sorang tu mati, dahlah ko ikat dia.

IMG_7514

awwww…cabut kulit kuku or kerat jari

IMG_7515

yang ni plak cabut kepit nipple….hidup2 tau!

 

IMG_7608

abah wait wait

 

IMG_7517

some tools

IMG_7518

2 beradik  ni, antara survivors yang diselamatkan. Sedih baca cerita depa. Depa datang ngan mak depa, bukan datang willingly, depa kena tangkap. asalnya bapak depa kena tangkap dulu, pastuh mak ngan 2 beradik ni pun kena tangkap konon kata nak bawak pi jumpa bapak depa ler. But malangnya bila sampai sini, depa semua kena tipu, depa dipisahkan dari mak depa. Meraung2 cari mak. Umur depa waktu kena tangkap tu 7,9 years old.

IMG_7519

Sehingga hari terakhir depa diselamatkan, depa cari mak depa, takde dah, dah kena bunuh le kan. Alahai…pedihnya hidup masa tu.

IMG_7520

 ini gambar depa 2 beradik masa diselamatkan tentera Vietnam…tak ramai yang beruntung nasib hidup masa tu. Yang ada tu lah bersyukur tak sempat dibunuh, walaupun sempat dizalimi

IMG_7522

Those muslim lagilah akan jadi mangsa. Ko solat ko kena bunuh. Ko tak makan babi yang depa bagi, pun kena bunuh.

IMG_7528

meremang bulu roma aku masa baca cerita2 kat museum nih. Aku paling lambat keluar dari setiap bilik yang ada cerita di papan coz aku sibuk baca, such a sad story. Bila baca cerita dan tengok gambar, lagilah menusuk pemahaman dan sakit hati benci ngan Pol Pot dan rejimnya.

IMG_7534

di penhujung tour

IMG_7543

Kalau datang lagi Cambodia, aku  nak lagi visit this place. Killing fields pun kita ada pergi, tu nanti next2 post

IMG_7546

Dah dera dah bunuh, hah takkan nak tanam memayat tu kan, tu yang depa hantar ke Killing Fields, export ngan naik lori…

IMG_7557

gambaran jauh the Museum yang menyemadikan sejarah kezaliman Pol Pot

IMG_7588

ni dak Kedek ko nak bawak boat ke mana dik?

Habis tour semua kat Tuol Sleng Museum, kita di bawak to Mamak Restaurant, tapau lauk situ, patutnya makan situ tapi Sofyan dok ajak pergi naik boat dulu. Sedangkan kat boat pun ada makan, tapi dah ordered dah siap pun, kita bungkus je lah pi naik boat. Boat besar, dah macam Ferry je gamak rupanya.

IMG_7597

Burger pun wajib beli kat kedai mamak tu, abah aku dok cakap sedap sedap. Hah mana ngan nasi mana ngan burger, so depa makan burger, but balik hotel depa makan nasi, aku pulak makan nasi tapi kat hotel buat supper the burger.

IMG_7603

dalam boat yang sama ada lebih kurang 30 pax govt servants from Johor. Jabatan Agama Islam Johor kalau tak silap, depa pun misi yang sama for qurban dan derma di Kampong Cham. Ini yang kami duduk ni kat tingkat atas, ada buffet halal disediakan dek boat nih. Lelauk sedap, sama je ngan lauk melayu kita kat KL cuma rasanya je lah lain.

IMG_7619

Kita atas boat tour nih about sejam.

some of the boats tu, depa chartered privately, buat party, kitorg dok tengok je orang terkinja2 bila passing by some of them. hahahaha…hamboih!

IMG_7620

Selesai abis tour, balik semula ke Pacific Hotel.

dan tepi jalan ni jugaklah, group jabatan agama islam Johor (one of them ada salah sorang Imam Muda), sembelih kambing for qurban. Entah macamana ada request dari Cambodians, so syarat cukup, jadi depa tolong sembelihkan dan derma terus masa tu jugak. Terkejut hakak tengok memalam gelap tepi jalan pun boleh hahahaha.

 

IMG_7418

Penutupnya, malam tu kita balik hotel, longlai tak berapa sangat. Tapi tu lah, aku tidur kekejap jaga coz terkenangkan kezaliman Pol Pot. terbayang2 ok. Nasiblah takde apa2 kot soul yang terlepas dok ngekor ke hapa kan, kena bebacalah sikit. Kot yang lemah semangat tu ada yang ngikut balik hah..haru ko kang. Yelah berpuluh ribu, jutaan yang dibunuh di sekolah tu, mana kita nak tau their ‘after death’ tu kan. Tu yang ada yang souls merata mengikut.

Udahlah aku tidur sorang2 kan, pasang lampu pun dok terbayang2.

Bersyukurlah zaman kita sekarang takde lagi dah zalim macam nih, but depa pun sekarang dah takde gak the 2nd Pol Pot cuma depa masih mundur. Aku rasa scala Cambodia ngan Malaysia, not even half to beat us, janganlah mengada2 nak migrate kat memana yek, coz our country is still the best to us.

Life in Prison, boleh baca kat Wikipedia nih yek. Lagi senang paham and quite details gak.

Comment: 12

Misi terakhir di Kampong Cham dan Asia Hotel, Cambodia

IMG_7915

menung seorang isteri/ibu.

IMG_7926

Pagi ketiga, kami nak kena balik dah ke Phnom Penh semula tapi nak kena jugak singgah kat satu lagi kampung terpencil untuk misi derma.

Puan Merah bersama anak bongsu dan ibunya, puan rumah ni.

Khalifah the young lady adalah antara rakyat Cambodia yang ditaja oleh Syed Bukhary, hartawan Malaysia. Ramai rakyat Cambodia yang ditaja oleh Syed Bukhary, one of them pun Ustaz Hafis sendiri. Khalifah ni sedang belajar kat KL jugak, dia balik Cambodia sebulan for cuti kejap. She can speak Malay.

IMG_7919

Marina our tourist guide, anak tuan rumah. Juga kakak pada Khalifah. suaminya pun tourist guide, bawak orang pi Haji, Mekah.

IMG_7933

rumah yang kami duduki, macam aku cakap bentuk 2 tingkat tapi bawahnya tu memang kosong, coz untuk kes2 banjir.

IMG_7943

terima kasih keluarga mertua Ustaz Hafis, pakcik makcik dan semua orang kampung. Kat sini lupa nak cakap walaupun depa yang datang tolong2 sembelih melapah semua tu, kita kena jadi pemurah, bagilah depa duit jugak. Tak kira siapapun, coz mereka buat demi Allah but apalah salahnya duit tu kita bagi jugak kat depa coz as i mentioned, depa bukan orang senang. tak dapat bagi duit, bagi barang.

Tak sampai sejam kami tinggalkan Kampong Cham, kami sampai di satu kampung muslim lain.

IMG_7959

aku rasa aku baru sampai tak sampai 2,3 minit tapi kemudian telapak surau dah penuh dengan orang2 kampung yang datang

IMG_7964

sini ada surau and jugak ada sekolah islam, 2 tingkat tapi yang dipakai satu kelas sahaja, masalah utamanya, guru yang tidak ada sangat juga keperluan asas pun takde. Kesian sangat.

IMG_7971

Macam kelas nih, penuh anak2 orang kampung belajar tapi panas berkuap, satu kipas pun takde, sian lahai.

IMG_7983 (2)

Kita habiskan duit derma kat sini, not just to the kids, but also to the orang kampung yang datang waktu kami sampai ni, tak kira umur dan gender.

IMG_7998

Sambil tu dengar Ustaz Hafis explain on the situation of the class/students

IMG_8009

IMG_8010

IMG_8012

IMG_8054

Tak lama kami di sini, mungkin tak sampai 20min atau setengah jam. Habis misi, duit derma untuk depa semua dan jugak untuk surau yang perlukan lagi baik pulih.

IMG_8065

keadaan usang sekolah muslim, atas tu dah takde kelas pun, bawahnya je pakai satu

IMG_8070

nanti insyallah tahun depan kita datang lagi, hopefully derma ni tak putus untuk hari ini sahaja. Hari2 nak hantar duit untuk derma kat depa pun, digalakkan.

Kemudian kita teruskan perjalanan, 4 hours journey back to Phnom Penh. Memang tidur tidur and borak jer lah dalam van

IMG_8090

Terus ke Ariffin restaurant, yang hari pertama kita makan tuh. Lunch besau.

IMG_8094

Alhamdulillah kenyang, rasanya untuk Cambodia trip jer aku naik 4kg!

 

IMG_8122

Habis aje lunch, kita terus check in hotel, kali ni kita duduk kat Asia Hotel. wallah weii best betol hotel ni, punyalah besarrrrrrrrrrrr!!!

Abah and Kedek dapat 1 king size bed sorang satu. Pastu bila aku tengok brochures ada lagi satu katil dalam bilik ni, for 3 bijik katil besar. Hah tu kalau anak 5 ke anak 6 memang boleh sumbat sebilik. Cuma ko kena berebut bilik air le kan hahaaaaaa

IMG_8118

Ini bilik aku sendiri, pun king size bed, just sebelah je ngan bilik Abah and Kedek

IMG_8123

Puas hati bilik ni, sapa mai Phnom Penh, meh dok sini, pun sekangkang je ngan Central Market

IMG_8125

mai amik gambar sendiri hahahaaaa

IMG_8129

kita duduk kat hotel ni 2 malam. so total kami di Cambodia ialah 4 malam. 1 malam di Hotel Pacific, 1 malam di Kampong Cham dan 2 malam di Asia Hotel. Aku memang recommend gilas la hotel nih for your visit.

Rasanya selama 2 malam dok sini, aku dok jumpa Malaysians kat hotel ni beratus orang kot. Mana yang datang in group buat the same mission qurban dan derma, ada jugak Singaporeans pun buat misi yang sama, smaller group like kami yang 3 orang ni jer.

IMG_8106

if you nak contact Ustaz Hafiz, ini yer…..ada number KL and jugak no Cambodia nya. He pun duduk hotel yang sama ngan kami coz dia yang guided us kulu kilir kat Phnom Penh, dia tak bagi adik2 or ipar birasnya jaga kami bertiga. Thanks Ustaz for your hospitality too.

So habislah cerita misi qurban dan derma di Cambodia. Pasnih adalah cerita kami sight seeing dan jugak sedikit shopping buat kenkawan dan family di KL.

Shopping mestilah ada, dah kalau ada tempat nak beli belah, takkan tak singgah, lagipun kita pun dah selesaikan kerja amal kita kan, so bolehlah jenjalan a bit.

Comment: 13